Month: November 2015

Iklan PERCUMA di sini !!!

Iklan PERCUMA di sini !!!

Iklan percuma di tambahcheese.com .

Web kami dapat  lebih 2 juta pengunjung sebulan. Kalau kutip tol , kaya raya dah aku. Tetapi duit banyak mana pun, sehari , kita larat makan tiga pinggan nasi saja , maka berkongsilah nikmat dengan orang lain. 🙂

Yang pagi petang dok spam kat group iklan sampai tolak post aku kat bawah tu, mai la iklan sini. Paklong nak tolong Melayu ni. Jangan kata aku tak payung.

Hantar poster iklan anda ke wassap 0134118772, buat comel-comel bagi orang tak serabut tengok , mai Paklong nak tolong hampa meniaga!  Aku akan letak baik punya kat tengah artikel . 🙂

Kalau ada yang sibuk nak bertanya, apahal orang tua ni tiba-tiba nak buat kenduri ni, cucu baru lepas sunat ka? Mai aku nak jawab. BIAQ PI KAT AKU LA NAK BUAT KENDURI HANG KALUT APA 😛

Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal

Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”

Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A’lam.

sumber darulnuman.com
(Kisah Benar) Penindasan Anak Yatim Di Majlis Makan Malam VIP

(Kisah Benar) Penindasan Anak Yatim Di Majlis Makan Malam VIP

Agak terkilan membaca sebuah kisah benar tentang hakikat penindasan anak yatim semasa berlangsungnya satu majlis makan malam melibatkan orang kenamaan.

Siapa sangka sampai macam begitu sekali orang kenamaan mengherdik anak yatim ini. Jika tak mampu nak prihatin atau jaga diorang, janganlah menyusahkan diorang. Berdosa. Apa pun bacalah perkongsian yang amat menyedihkan di bawah ini:

Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan. Bermula sekitar 3 minggu sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke rumah kami.

Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami En. Pitry Datuk Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau terasa nak datang, beliau akan datang sahaja. Di situ saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan bersangka baik, beliau mungkin ada banyak urusan. Maka, kami kompromi untuk menyesuaikan diri kami mengikut masa Datuk ini.

Jika diikutkan, kami tidak harap pun untuk terlibat dalam majlis yang bakal dianjurkan tetapi kami melihat sebagai satu jemputan yang mana mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk memeriahkan majlis malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir.

Pertemuan pertama ditangguh banyak kali, begitu juga pertemuan lain yang diaturkan juga ditangguh dan dan dibatalkan tanpa notis atau dengan notis minit akhir sedangkan anak-anak kami telah buat persiapan sepanjang hari untuk kononnya menunjukkan progress latihan lagu-lagu yang diminta untuk dinyanyikan.

Lebih dari 4 kali berjanji semuanya tidak ditepati. Nak kata ON pun tidak, nak kata CANCEL juga tak pasti. Beberapa kali anak-anak menunggu sepanjang hari sampai ke lewat malam kerana Si Datuk janji nak datang tengahari. Hancur semua program kem cuti sekolah gara-gara acara ini.

Dalam kesabaran anak-anak diuji begitu sekali, Datuk yang memetik nama Tuanku Sultanah Haminah membawa titah meminta anak-anak memainkan lagu “Minta Sedeqah” yang bertajuk “Tolong Kami” dendangan asal Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Anak-anak kami sudah kami didik untuk tidak meminta-minta. Furqan mereka mengatakan, adakah wajar kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk mereka mengatakan lagu ini kita nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang mahu mengutip derma, bukan kita.

Di dalam benak kami, masih kami berbaik sangka sedang pada ketika ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak kena. Bukanlah kami ini sombong kerana tidak meminta derma. Tetapi kami lebih suka berbuat sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka boleh memberi dengan ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan kerana kami meminta-minta.

Begitulah seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk pemeriksaan latihan, latihan bersama combo DBKL, pertemuan bersama composer, mesyuarat protocol, nak bawa anak ke Istana dan entah apa-apa, kesemuanya dibatalkan tanpa notis.

Kehadiran terakhir Dato’ ini beberapa hari sebelum majlis membawa titah lagi, iaitu minta anak berlatih lagu Yayasan terkini oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang bernada tinggi kerana beliau tidak dapat hadir. Hancur suara anak-anak sampai ada yang sakit tonsil, ada yang demam termasuk vokalis utama. Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin tahunan kami kepada anak-anak kami tergendala sepanjang 3 minggu untuk latihan koir dan MENUNGGU janji yang tidak ditepati oleh munafik ini.

PADA PETANG MAJLIS Program rehearsal protokol adat istiadat dan latihan bersama okestra DBKL yang dijanjikan jam 10 pagi ditunda jam 1 ptg. Itupun tertangguh lagi. Lagu “Ampuni kami” yang diminta telah dibatalkan. Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan majlis kerana mereka belum bersedia untuk beristighfar lagi agaknya.

Lagu “Tema Yayasan” yang membuatkan anak-anak demam dan pecah suara turut dibatalkan. Yang diminta ialah lagu “Minta sedekah”. Itu pun di’trimmed’ menjadi 3 ++ minit dengan versi mereka, bukan versi yang kami latih anak-anak. Segalanya harus dirombak semula dalam masa beberapa jam itu juga. Janji untuk latihan secara live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami diberi rakaman minus-one yang entah apa-apa.

Mereka sibuk melatih Jamal Abdillah, Jaclin Victor dan seorang penyanyi India. Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri memerhati penyanyi Diva berlatih.

Hampir jam 7, mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak perlu berlatih dengan Okestra. Kami kata apa sudah jadi? Lagu diubah senikata, nada dan kunci. Semua 3 lagu yang dilatih dibatalkan semuanya. Akhirnya dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama okestra. Nak minta tambah mikrofon pun mereka tak bagi. Datuk menjanjikan 3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan persiapan anak-anak lelaki dan perempuan sebelum persembahan.

Makan pagi dan tengahari tak perlu risau katanya kerana ia juga telah disediakan. Datuk juga dengan yakin menjanjikan meja anak yatim di barisan depan, sebaris meja utama Tuanku Sultan. Anak-anak ini akan diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu. Nama majlis itu sendiri adalah untuk meraikan anak-anak yatim kononnya.

Berubah dari janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12 tengahari untuk mengadakan rehearsal penuh bersama combo DBKL dan mesyuarat protokol pada jam 1 petang. Kami diingatkan untuk tidak lewat agar tidak menjadi masalah kepada Pegawai Protokol Istana sedangkan beberapa kali pegawai protokol dan combo DBKL janji untuk hadir ke RPWP terus senyap begitu saja..!

Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah berada di sana. Pada ketika ini, kami terbiar terkontang kanting sendirian apabila Datuk yang menjadi individu pengatur kami di sana gagal dihubungi. Telefon tidak berangkat, mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga beliau sendiri muncul pada sekitar jam 4 petang. Waktu itu anak-anak sudah kelaparan dan bergelimpangan atas lantai tepi tandas.

Anak-anak diberikan satu rakaman dan memaksa mereka ikut rentak baru yang diringkaskan itu, nada dan senikata semua kena ubah semula. Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat protokol dan juga tiada rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja. Dengan Datuk masih terus gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini menjadi gelandangan di tepi tandas lobi bawah berhadapan dengan ballroom yang mewah.

Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel kesemuanya terlampau mahal untuk kami beli. Bilik yang dijanjikan juga tiada, menyebabkan anak lelaki dan perempuan terpaksa menjadi gelandangan di atas karpet hotel sementara menunggu jam 6 petang untuk waktu rehearsal yang BARU.

Pada mulanya, di luar ballroom itu ada juga beberapa set sofa untuk kami 35 orang menunggu dengan perut yang kelaparan, tetapi sehingga jam 2.30 petang, pihak hotel telah mengalihkan kesemua sofa yang tinggal untuk di bawa ke tempat lain.

Barangkali itu cara mereka mengusir kita dari bersidaian di lobi itu dan mencemar pandangan ‘orang-orang tertentu’. Tambahan pula lobi itu menjadi persiapan satu parti sosial yang macam “sial” lucahnya. Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua Agama Negara dibuat di tempat dan masa yang sama dengan majlis maksiat yang bertelanjangan dan mabuk-mabuk semuanya?

Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas lantai. Lebih memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang dahulu adalah usahawan yang berjaya. Sekadar Shangri-La bukanlah sebuah hotel yang asing pada beliau.

Beliau sendiri memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta yang ada pada beliau termasuk diri beliau sendiri untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG oleh 19 lagi “co-founder” yang lainnya. Dr. Masjuki masih tenang sambil berbaring di lantai dek kerana kepenatan dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh 3 minggu.

Salah seorang dari co-founder mencadangkan kepada beliau untuk balik dan tidak beserta dalam program makan malam yayasan itu. Dr. Masjuki menjawab, ikutkan hati begitulah juga. Tetapi kerana hormat akan Tuanku Sultanah dan prinsip mendaulatkan Sistem Beraja, beliau telan sahaja layanan buruk yang sedang berlaku ketika itu.

Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada siapa yang kisah sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin ini menjadi gelandangan di situ. Tiada yang prihatin untuk tanya sudah makan ataupun belum. Perut anak-anak sudah berkeroncong. Setelah pasti tiada lunch dari Dato’ penganjur yang tidak nampak muka, kami terpaksa menghantar wakil untuk mencari makanan luar.

Jam 4 petang, wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk mencari makanan yang wajar untuk mengalas perut anak-anak. Dalam menunggu makanan itu sampai, Datuk dari Yayasan itu tiba-tiba muncul. Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus meluru kepada anak-anak untuk dipalau memalu kompang, bukan nak tanya dah makan ke belum? Dah dapat bilik ke belum?.

Beliau hanya memeriksa apa yang beliau rasa perlu untuk persembahan malam itu. Tidak pula beliau menemui, jauh sekali meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU yang jelas dilihat terbaring di lantai penjuru dinding itu. Jam 5 petang kami diberikan 2 bilik kecil. Sebaik saja kami anak beranak mula makan makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar itu, 5.30 petang baru kami dijemput ‘makan tengahari’. Rehearsal pula akan bermula jam 6 petang.

Itu bermakna, tiada rehat langsung. Kami ambil keputusan hanya anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain cukup alas perut makanan yang telah dibeli. Jelaslah satu pembuktian dari sangkaan kami bahawa insan ini hanya memikirkan tentang ‘perutnya’ sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan perasaan orang lain. Minta maaf diberikan lebih kurang sahaja. Mungkin malu YANG AMAT BESAR lalu mereka berdua tidak berani berhadapan dengan co-founder, sampai kami pulang.

KONFLIK REHEARSAL Sebelum makan malam, sesi rehearsal bersama combo DBKL hampir dibatalkan kerana kesuntukan masa. Mereka dahulukan latihan seorang anak India, Jamal dan Jaclin Victor sampai lancar. Dengan tegas kami katakan kami dipanggil untuk rehersal dan tidak diberi peluang langsung.

Kami akan tinggalkan majlis kerana tidak mahu mengorbankan maruah anak-anak kami untuk membuat persembahan tanpa latihan. Akhirnya anak-anak diberi peluang untuk mencuba. Alhamdulillah latihan agak lancar biarpun Cuma sekali. Padahal anak-anak ramai yang DEMAM dan KEPENATAN, terutama sekali anak perempuan kami yang tidak boleh selamba-selamba baring di atas karpet dan secara tak langsung membenarkan orang yang lalu lalang memerhatikan tubuh mereka yang sedang tidur itu.

Mereka sudah diajar tentang aurat itu bukan sekadar BALUT tetapi menutupi dan juga postur yang nampak dan menggamit aura. Apapun, prinsip kami adalah untuk melakukan apa sahaja dengan bersungguh sungguh. Memang kami didik anak anak kami untuk mendaulatkan Raja. Atas alasan itu juga kami teruskan persembahan dengan bersungguh sungguh walaupun tidak dilayan seperti yang dijanjikan sejak menjejak kaki di hotel pagi itu.

Jika ini jemputan komersial biasa, pasti kami sudah tinggalkan sahaja majlis itu. MALAM MAJLIS Kami jenuh menenangkan anak-anak kami yang terkurung awal dalam dewan, asyik bertanya kenapa maghrib itu tidak solat berjemaah macam biasa? Mereka juga pelik kerana dikatakan VVIP majlis, tapi diletakkan di tepi dinding HUJUNG dewan. Ada 5 meja untuk anak-anak yatim termasuk dari 2 sekolah tahfiz di sekitar Kuala Lumpur berada dalam barisan “VVIP” kami di sebelah dapur. Hiasan bunga di atas meja juga tidak sama. Menu makanan yang sepatutnya menu masakan Cina pada malam itu tetapi yang sampai ke meja anak-anak “VVIP” majlis hanyalah “makanan gorengan mudah” dan tidak ditambah apabila habis.

Mujur kami didik anak kami untuk tidak gelojoh dalam menjamah. Seorang sudah terbiasa ambil satu dan tidak lebih. Tetapi kami sempat jeling meja anak-anak tahfiz dan yatim yang lain di sebelah kami yang licin tak berbaki. Ada anak tahfiz yang baru 9 tahun umurnya mengatakan masih lapar. Sebak kami mendengarnya kerana mereka juga senasib dengan kami dan kami juga rasa ia tidak mengenyangkan anak-anak kami. Malang bagi mereka kerana murobbi mereka tidak ada bersama untuk membela.

Majlis yang dihadiri seorang Ketua Agama Negara itu menyaksikan seolah-olah satu pertunjukan fesyen pula. Anak-anak kami yang diletak di belakang asyik bertanya..> “Ayah, ayah… boleh ke makcik tu pakai tudung baju ketat begitu?” pakai tudung tapi dada terbelah begitu? “Boleh ke pakai sopan tapi kain terbelah sehingga ke pangkal paha?” “Kenapa pakaian Makcik itu terbelah di belakang”… Dan macam-macam lagi soalan yang terpaksa kami jawab kepada anak-anak kami. Baik juga kerana boleh kami tunjukkan mana baik dan mana yang buruk.

Pada kami, ia seperti satu penghinaan kepada seorang ketua Agama Negara Islam yang berdaulat dengan tetamu majlis berpakaian secara jahilliyah. Duduk sahaja Sultan dan Sultanah, seorang MC wanita membuka tirai program dengan mempersilakan sebuah tarian kebudayaan persembahan JKKN. Hati kami terdetik, di manakah daulat Ketua Agama Islam apabila disambut dengan tarian kebudayaan dan sepanjang aturcara sehingga pulang tiada langsung doa dibacakan.

Kami berbaik sangka lagi, mungkin kerana berkompromi dengan kira-kira 10-20% tetamu beragama lain. Di dalam ucapan Datuk Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun yang lalu. Kami mendengar dengan khusyuk. Pastinya dalam program yang singkat, beliau memberikan highlight kepada program yang paling besar sahaja.

Antara program yang dinyatakan ialah seperti;
1. Lawatan ke rumah anak yatim

2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim

3. Sunat beramai-ramai (50 orang) Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan belanja lebih dari RM100,000. Jika di”lajak”kan sekalipun mungkin boleh cecah RM500,000 dan ia masih jauh dari kutipan yang diperolehi.
Kami tak mahu menyangka-nyangka tentang ini, cukuplah kami tinggalkan satu persoalan di sini. Dalam ucapan Datuk Wira, beliau membacakan banyak hadith tentang anak-anak yatim. Antaranya adalah pesanan untuk tidak mengherdik anak yatim. Namun bagi kami, mengherdik itu tidaklah hanya terhad kepada meninggikan suara kepada anak-anak yatim. Apabila hak asas mereka mendapat makanan itu juga dinafikan, kami kira itu lebih dari satu herdikan halal seorang guru kepada muridnya. Kedudukan meja VVIP yatim, Jenis makanan berbeza untuk VVIP yatim, bilik rehat dan makan tengahari yang dijanjikan kesemuanya gambaran MENGHERDIK secara hakikat.

Yang paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi anak-anak yatim semahunya untuk kepentingan kutipan yang kami tidak pasti untuk apa. Sejak 8 tahun dengan residen seramai 109 orang, kami di RPWP jalankan usaha dengan cara berpuasa. Semua co-founder mengeluarkan dana dan tenaga sendiri mentadbir rumah ini.

Mungkin pada malam itu, sebahagian pegawai Yayasan memandang kami yang MENGIRING ini sama seperti mereka yang mendapat faedah dari kutipan tetapi di sebalik itu mereka mungkin tidak Nampak, Dr Masjuki sendiri bukan bertambah kaya setelah menubuhkan RPWP sebaliknya terus menjadi fakir. Begitu juga co-founder yang lain. Semuanya korbankan harta masing-masing dahulu dan tidak mengharap derma untuk menjalankan program harian kami. Kami sedar, mereka rupanya tidak cukup atau mungkin tiada anak yatim di bawah naungan mereka.

Anak-anak kami diwajibkan memakai badge Yayasan dan dengan itu ucapan Datuk Wira boleh memberikan highlight kepada Sultanah yang di dalam ballroom pada malam itu ada 66 orang anak-anak yatim.

Pengacara Aznil jelas mengatakan Yayasan yang memberikan penempatan untuk anak-anak kami kerana lencana Yayasan itu, atau mungkin diminta berkata begitu. Jelas kami dah faham. Sebuah yayasan yang sebenarnya tidak / kurang memiliki atau menjaga anak-anak yatim secara sistematik, juga tiada laman web yang aktif dengan facebook yang baru 300 likes membuat makan malam dengan menggunakan Nama Sultanah Kedah (Permaisuri Agong) bagi mengutip derma korporat dan persendirian dengan jumlah yang banyak.

Kami tak mahu melanjutkannya seperti ia satu tuduhan yang pasti, tetapi yang nyata kami hanya di bawa untuk menyanyikan lagu “minta sedekah” dan langsung diletak di hujung dewan TANPA ADA SEORANG PUN pegawai Yayasan yang sudi menjengah meja-meja yang “Kononnya VVIP” itu.

Kehadiran anak-anak yatim di hujung dewan hanya satu lesen bagi penganjur mengatakan mereka ada anak yatim dan juga membuka simpati penderma untuk menderma lagi. Operasi kami memelihara 109 orang anak yatim dan asnaf yang menjadi residen berbeza sekali. Di atas tanah seluas setengah ekar dengan kos pembinaan, makanan berkhasiat, pendidikan dari pakar pendidik.

Prasarana asas yang memadai yang kami bina sendiri secara gotong royong lebih dari 8 tahun lalu. Belanja bulanan kami hanya sekitar RM35,000-45,000 sebulan. Bukan mewah tetapi mencukup. Jika dihitung selama 1 tahun, kos operasi kami adalah sekitar RM500,000 sahaja. Semuanya berkat infaq dan hasil perniagaan kecil kecilan yang kami tabungkan kesemuanya. Kuncinya ialah PUASA. Kami pihak co-founder MELABUR harta dan diri kami, BUKANNYA mengambil sebahagian untung dari pendapatan derma.

INILAH JULUNG KALI kami izinkan anak-anak kami turut serta dalam program malam amal setelah bertahun-tahun kami menolak permintaan banyak pihak lain untuk menggunakan Nama kami untuk tujuan ini. Dan apa saja penyelewengan yang kami bimbangkan jelas terjadi pada kali pertama ini juga.

Kami kecewa dengan apa yang berlaku. Kami pasti Tuanku Permaisuri Agong juga akan kecewa jika mengetahui perkara sebenar di belakang tabir. Kami pula tiada laluan memandangkan laluan untuk kami menyuarakan perkara ini bagi pihak Yayasan mengambil pelajaran seperti tertutup.

Maka, artikel ini kami karang supaya ia menjadi pelajaran kepada yang lain-lain. Jika ada laluan yang lebih baik untuk kami memaklumkan perkara ini kepada Kebawah Duli Tuanku, pasti kami juga tidak gemar menyampaikannya dalam rencana terbuka sebegini. Sebelum ini kita dengar ada rumah-rumah anak yatim dari utara Malaysia yang anak-anaknya dikerah menjual barang dan meminta derma kononnya mereka daif. Tetapi dilihat, pengasasnya berkereta mewah dan akhirnya ia diharamkan.

Rupanya, kita mungkin akan saksikan apa yang terjadi ini adalah satu scam berprofil tinggi. Pengutipan derma untuk anak yatim tanpa ada anak yatimnya. Sebagai hamba rakyat, kami tidak rela jika nama raja yang menyayangi anak-anak yatim dan asnaf digunakan untuk kepentingan segolongan manusia.

Ramai yang meminta kami menyaman penganjur, namun itu bukan kerja kami. Banyak lagi urusan kami yang lain untuk anak-anak ini. Cukuplah kisah ini diambil pelajarannya oleh masyarakat. Para pengasas tidak hairan dengan makanan dan bilik hotel. Tapi apa yg dilakukan terhadap anak-anak kami SANGAT KAMI TIDAK RELA… Kerana kami sayang mereka, kami tatang mereka macam minyak yang SANGAT penuh.

Siapa kata Kapal Selam Malaysia tak boleh menyelam?

Siapa kata Kapal Selam Malaysia tak boleh menyelam?


BLACKSHARK DIRECT HIT

Foto yang dikeluarkan oleh Markas Angkatan Tentera Malaysia yang menunjukkan sasaran latihan yang musnah ditabrak torpedo Blackshark dari salah satu kapal selam TLDM…KD Tun Razak..

Bravo Zulu kepada krew KD Tun Razak, MKS dan TLDM khususnya….




KEJAYAAN PENEMBAKAN TORPEDO BLACK SHARK OLEH KAPAL SELAM KD TUN RAZAK

1. KOTA KINABALU, 31 Oktober 2014 – Kapal Selam KD TUN RAZAK (KD TRZ) telah berjaya melaksanakan penembakan torpedo Black Shark di Perairan Laut China Selatan (LCS) pada jam 11.20 pagi tadi. Penembakan yang dilancarkan dari aset strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini telah berjaya mengenai sasaran permukaan yang disasar pada jarak dan kelajuan yang telah ditetapkan.

2. Dalam penembakan pagi tadi, KD TRZ telah melancarkan torpedo Black Shark ke sasaran permukaan iaitu sebuah feri penumpang. Torpedo yang dilancar pada jarak yang dirancang ini telah tepat mengenai dan memusnahkan struktur feri penumpang yang telah diubah suai untuk tujuan penembakan.

3. Penembakan kali ini telah melakarkan sejarah, apabila buat julung kalinya kapal selam negara melaksanakan penembakan torpedo semenjak kapal selam pertama negara KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September 2009. Selain itu, penembakan ini merupakan penembakan yang julung kalinya bagi torpedo Black Shark semenjak diperkenalkan oleh syarikat pengeluar torpedo Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) dari Itali.

4. Operasi penembakan ini melibatkan aset bantuan dari perkhidmatan TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai aset untuk keselamatan kawasan, tim sasaran, rakaman dan analisis. Antara aset TLDM yang terlibat ialah KD JEBAT, KD TERENGGANU, KD KASTURI, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, helikopter Fennec, kapal penyelamat kapal selam MEGA BAKTI dan Bot Tempur CB 90 serta Tim Penyelam, sementara TUDM yang turut terlibat ialah pesawat B 200T dan EC 725.

5. Kejayaan penembakan torpedo ini telah membuktikan bahawa kesiagaan ATM khususnya TLDM sentiasa di tahap yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga sekaligus meletakkan TLDM antara pasukan tentera laut yang wajar digeruni di rantau ini.

6. Setiausaha Bahagian Pembangunan KEMENTAH, Tuan Haji Mohd Shahbudin bin Ibrahim dan Panglima Armada, YBhg Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli hadir menyaksikan penembakan ini dari platform pesawat EC 725 di Perairan Laut China Selatan. Eksesais penembakan torpedo yang dinamakan Op BARRACUDA 1/2014 ini dikelolakan oleh Panglima Angkatan Kapal Selam, YBhg Laksamana Muda Abdul Rahman bin Hj Ayob selaku Pengarah Eksesais. Kejayaan penembakan ini membuktikan keupayaan saling khidmat (interoperability) antara elemen dalam ATM.

7. Kemasukan kapal selam dalam inventori TLDM bukan sahaja meningkatkan keupayaan Armada TLDM malah melengkapkan keupayaan peperangan tiga dimensi iaitu peperangan bawah permukaan, aras permukaan dan anti-udara.

8. Kapal selam kelas SCORPENE merupakan antara kapal selam yang paling senyap di dunia dan amat sukar dikesan serta dijejaki pihak lawan. Ia bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter. KD TRZ dinamakan bersempena nama Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussien sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara.


sebelum ini kapal selam kita berjaya menembak peluru berpandu SM39 exocet dari bawah laut.
(disclaimer the target ship in this diagrame are randomly selected. Apologize to all Thais reader who are offended)

Gambar Dalaman Istana Baru Diraja Terengganu

Gambar Dalaman Istana Baru Diraja Terengganu

Menakjubkan sungguh gambar-gambar Istana Baru Diraja Terengganu ini. Tersergam indah di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Istana Diraja Terengganu ini membuatkan ramai orang teruja ingin melihatnya secara lebih dekat.

Kali ini saya kongsikan beberapa keping gambar Istana Diraja Kuala Terengganu yang diberi nama Istana Syarqiyyah yang membawa maksud “Jewel of the East”.

Istana ini direka oleh artikel, Bill Bensley yang menetap di Bangkok, Thailand.

Seni bina istana ini dihiasi dengan 5000 lukisan unik yang merangkumi sehingga 9 meter panjang.

Paling mengejutkan Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering di Kuala Terengganu ini telah mengambil masa selama 15 tahun untuk disiapkan. Wow! Sangat lama!

Baru-baru ini Jurugambar Von Wong telah dijemput untuk merakamkan seni bina istana ini yang tersergam indah di Kuala Terengganu yang mempunyai 100 buah bilik. Terima kasih kepada Von Wong kerana telah berkongsi koleksi gambar dalaman istana baru ini.

Kenapa Yahudi mempengaruhi dunia supaya mengharamkan Ganja

Kenapa Yahudi mempengaruhi dunia supaya mengharamkan Ganja

Sejak kita masih kecil, Kita sering ditakut-takutkan oleh “mereka” bahawa kononnya Marijuana (ganja) merupakan suatu dadah yang amat merbahaya dan akan dikenakan hukuman gantung sampai mati sekiranya kita didapati memilikinya.

Adakah motif sebenar “mereka” berkata begitu?

Apakah perbezaaan diantara daun Marijuana (ganja) dengan ganja serbuk (yang telah diproses)?

Perbezaannya ialah:

Daun Marijuana (ganja) merupakan suatu tumbuhan semulajadi yang diciptakan oleh Allah S.W.T. dan mempunyai khasiat kesihatan yang banyak.

Manakala serbuk ganja pula merupakan dadah yang telah diproses dengan bahan kimia yang merbahaya maka sudah tentulah orang yang memakannya akan menghadapi masaalah kesihatan yang teruk.

Sepatutunya “mereka” hanya perlu mengharamkan serbuk ganja yang telah diproses kerana memang betul serbuk tersebut amat merbahaya.

Tetapi kenapakah “mereka” mengharamkan pula pohon Marijuana? Apakah dosa pohon tersebut?

Anda ingin tahu jawapan sebenarnya?

Pada tahun 1974, Para penyelidik perubatan di Medical College Of Virginia di Amerika telah membuat kajian mengenai bahaya Marijuana. Tetapi mereka telah menemui bukti bahawa Marijuana mengandungi THC yang mampu menyembuhkan kanser kepada seekor tikus.

Selepas kajian itu, pihak DEA (Drug Enforcement Administration) dengan serta-merta telah menutup kajian yang dibuat oleh Medical College Of Virginia.

Pada tahun 1976, President Amerika iaitu Gerald Ford telah tidak lagi membenarkan sebarang kajian dibuat mengenai Marijuana dan memberikan hak utama kepada syarikat-syarikat perubatan moden di Amerika untuk membuat sebarang kajian tetapi syarikat perubatan itu tidak meneruskan kajian tersebut.

Pada tahun 1983, President Ronald Reagan telah menyuruh pihak Universiti untuk memusnahkan segala kajian yang pernah dibuat pada tahun 1974 mengenai Marijuana.

Tahukah anda bahawa daun Marijuana merupakan ubat semulajadi yang mampu untuk menyembuhkan banyak penyakit-penyakit merbahaya seperti Kanser otak, Kanser kulit, Kanser buah dada, Diabetes (kencing manis), Sawan, Asthma, Leukemia, Alzheimer (hilang ingatan) dan Parkinson (tidak mampu mengurus diri sendiri) dan banyak lagi …….

Kos untuk berubat dengan menggunakan daun Marijuana adalah sungguh murah berbanding dengan ubat-ubatan moden yang dijual di pasaran.
Malah rawatan Chemotheraphy untuk penyakit kanser juga hanya sia-sia.


Gambar dibawah menunjukkan seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang bernama Landon Riddle telah menghidap penyakit Leukemia. Doktor telah memberikan Chemotheraphy tetapi itu hanya menambahkan penyakitnya.

Akhirnya ibunya telah mencuba untuk berubat anaknya dengan Marijuana. Selepas dua bulan berubat dengan Marijuana, akhirnya Landon Riddle telah sembuh dan telah memulakan penghidupan yang normal.


Seorang lelaki berumur 63 tahun yang bernama Mike Cutler telah disahkan menghidap penyakit kanser. Beliau telah berjaya sembuh dari penyakitnya setelah berubat dengan menggunakan Marijuana.



Tahukah anda bahawa Industri perubatan moden merupakan industri yang kedua terbesar didunia selepas industri minyak?

Sekarang tahukah anda mengapa President Amerika dan juga DEA (Drug Enforcement Administration) tidak membenarkan daun Marijuana dijadikan kajian?


Pada September 18, 2014, Seorang doktor di Amerika yang bernama Stephen Bloomer telah dihukum penjara selama 5 tahun hanya kerana mengubati seorang pesakitnya dengan menggunakan daun Marijuana sedangkan pesakitnya yang menghidapi kanser itu telahpun sembuh selepas itu.



kredit
http://bumiyangtercinta.blogspot.com/

Sumber rujukan:
http://www.realfarmacy.com/3-year-old-healed-cannabis/#!prettyPhoto
http://www.sfweekly.com/sanfrancisco/miracle-cannabis-oil-may-treat-cancer-but-money-and-the-law-stand-in-the-way-of-finding-out/Content?oid=2825695
https://www.organicfacts.net/health-benefits/essential-oils/cannabis-essential-oil.html
http://www.dailymail.co.uk/health/article-3043607/Cannabis-oil-cured-bowel-cancer-claims-father-33-given-just-18-months-live.html
http://www.medicalmarijuana.co.uk/information/products-extracts/cannabis-oil/
http://www.health24.com/Medical/Cancer/News/I-used-cannabis-oil-to-cure-my-cancer-20150518
http://reset.me/story/woman-successfully-treats-stage-4-kidney-cancer-and-celiac-disease-with-cannabis-oil/
http://www.naturalnews.com/051009_marijuana_cancer_cure_cannabis.html

http://countercurrentnews.com/2015/10/oil-cures-3-year-old-boy-of-cancer-after-doctors-gave-him-48-hours-to-live/
http://www.spiritscienceandmetaphysics.com/mother-saves-her-son-from-cancer-by-choosing-cannabis-over-chemotherapy/
http://www.care2.com/greenliving/shocking-health-benefits-of-marijuana.html
http://www.lifehack.org/articles/lifestyle/20-medical-benefits-marijuana-you-probably-never-knew.html
http://www.dailymail.co.uk/health/article-2699875/I-cured-cancer-CANNABIS-OIL.html
http://fossbytes.com/marijuana-kill-cancer-cells-admits-us/
http://qctimes.com/stephen-bloomer-after-sentencing/image_fcab2f97-7624-5aac-8a31-be3ea41291fa.html

PUNCA SEBENAR P RAMLEE JATUH MISKIN SEBELUM MENINGGAL DUNIA

PUNCA SEBENAR P RAMLEE JATUH MISKIN SEBELUM MENINGGAL DUNIA

Disebalik nama besar Tan Sri P Ramlee mungkin ada diantara kita tidak tahu mengenai kisah hidup beliau. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuatkan ramai orang ketawa ketika ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan.

Lihat juga bagaimana ‘berjayanya’ P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai. Tahukah anda, sewaktu hidupnya beliau tidaklah hidup senang seperti artis-artis pada hari ini dan tidak begitu dihargai malah di penghujung hayatnya, beliau telah jatuh miskin, dipulau rakan-rakannya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan. Jasa beliau hanya diangkat, dihargai dan dikenang setelah pemergiannya.

P. Ramlee : Genius Yang Tragik

Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.

Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan “anything underhand”. Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee – hidupnya – keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.

Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan ‘sia-sia’, saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.

Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.

Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.

Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya ‘bikin filem’ ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.

Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini.

Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:

“A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my son except my name!”

Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar ‘filem Melayu’, beliau telah mencuri ‘Api Syurga’ yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri ‘Fire of Heaven’ dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus.

Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan oleh hering. Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah ‘makan hati.’ Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.

Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:

“The pain passes; but the beauty remains.”

– Al Fatihah buat Tan Sri P Ramlee –

Kalau betul Russia nak perangi Turki, ini kekuatan Ketenteraan Turki yang mereka kena Hadap.

Kalau betul Russia nak perangi Turki, ini kekuatan Ketenteraan Turki yang mereka kena Hadap.


1. F-16 Fighting Falcon yang Turki tembak jatuh haritu, Turki sendiri ada 300 biji benda ni.

Drone buatan Israel IAI Heron yang dimodified, 10 biji !

Drone Predator yang boleh ikut anda tanpa anda sedari, 

115 Black Hawk helikopter buatan USA.

Pantzer Howitzer buatan sendiri yang boleh tembak sehingga 25 batu.

]

100 biji  MGM-140 Army Tactical Missile System yang mampu tembak dari jarak 100 batu.

Altay Tank buatan Turki sendiri yang mereka amat bangga-banggakan.
Misil tembak udara  MIZRAK -U  yang dicipta sendiri

Kirpi , yang ni pun dia buat sendiri, ada 600 ketul.

1/2 million rifle buatan sendiri yang dicipta khas untuk tahan panas dan cuaca.

Ada , kapal perang Turki yang menyamar seperti kapal biasa , boleh setelkan segala armada laut yang datang , BUATAN  TURKI.
Type 209 Submarine buatan german, Banyak mana?  Tak siapa tahu.
SULIT : Malaysia hampir terlibat dengan Perang Dunia ke 3

SULIT : Malaysia hampir terlibat dengan Perang Dunia ke 3

TOP SECRET : MALAYSIA HAMPIR BERPERANG

1. Tersiarnya maklumat ini mungkin mengundang konflik.

2. Maklumat yang anda bakal baca seterusnya akan mengesahkan kepercayaan anda.

3. Sekitar beberapa tahun lepas, saya menikmati makan tengahari bersama dengan seorang pegawai paling kanan berpangkat jeneral dalam angkatan tentera (Nama tidak dapat disiarkan kerana saya bimbang maklumat ini boleh disalahgunakan, ketiadaan nama membolehkan sebarang konflik dinyahkan atas alasan ketiadaan kredibiliti).

4. Kesempatan ini saya ambil untuk bertanya satu soalan cepumas yang bermain dalam benak minda saya sejak sekian lama, soalannya cukup mudah, iaitu : BILA PALING HAMPIR NEGARA TERLIBAT DALAM PEPERANGAN?

5. Beliau terdiam, dan kemudian bertanya kepada beberapa orang awam lain yang duduk semeja

dengan satu soalan yang mudah iaitu Anda Kampung Mana?…ada yang cakap dari Johor, Melaka, Kelantan dan tiba lah giliran saya, saya jawab :”Saya berasal dari……tetapi taat setia saya adalah Malaysia”.

6. Beliau yang yakin dengan jawapan saya kemudian meneruskan percakapan tetapi seorang pegawai kanan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ketika itu yang duduk semeja dengan kami macam saspen sahaja kerana maklumat ini cukup sensitif.

7. Sebenarnya negara kita hampir diancam bahaya peperangan pada tahun 1988, jawab beliau mudah.

8. Beliau meneruskan percakapan, kita hampir berperang dengan Singapura kerana isu air.

9. Ya, pembaca sekelian sila semak akhbar lama mengenai krisis perjanjian air Malaysia dengan
Singapura pada tahun 1988.

10.Saya bertanya kembali, bagaimana pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahu keadaan begitu kritikal sampai hampir kepada bahaya peperangan?.

11.Katanya, pihak ATM berjaya memintas sistem komunikasi Singapura melalui mesej-mesej yang dihantar kepada rakyatnya di Malaysia.

12.Mesej itu meminta semua rakyat Singapura pulang dan terdapat keadaan luar biasa di kawasan sempadan pintu masuk Johor Bahru-Singapura ketika itu.

13.Saya bertanya kembali, jika perang, adakah ATM mampu menang memandangkan Singapura sangat kuat dari segi material tenteranya?

14.Beliau jawab, TIDAK…KITA TIDAK MAMPU MEMENANGI PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA SEMASA ITU, KITA PASTI HABIS.

15.Jawapan beliau sangat menghampakan saya tetapi kemudian jeneral itu menambah lagi, TETAPI SEKARANG JIKA KEKUATAN ATM TINGGAL 50 PERATUS, KITA MAMPU BANGKIT DAN MENGHANCURKAN MEREKA.

16.Kepada pembaca sekelian, pada tahun 80 dan 90an, negara kita tidak mempunyai senjata ofensif malah pasukan tentera kita yang telah menang perang dengan komunis baru sahaja memasuki arena peperangan konvensional sedangkan Singapura yang sudah menikmati keamanan dan kekuatan ekonomi sejak sekian lama sudah pasti berjaya membangunkan kekuatan tentera mereka bertahun-tahun lamanya.

17.Saya amat sering ditanya jika ATM berpontensi menang dalam peperangan dengan Singapura
malahan saya juga suka membuat tinjauan sendiri mengenai persepsi rakyat Malaysia mengenai
peperangan dengan Singapura.

18.Nampaknya ramai di antara rakyat kita yang tidak yakin ATM akan menang, kalau ada yang yakin pun balik-balik menggunakan hujah yang bangang dan tidak relevan langsung dengan strategi peperangan hari ini.

19.Apa itu hujah bangang??? hujah yang sering digunakan adalah kita lebih ramai bilangannya.

ANALISIS PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA, VERSI BARU BUKAN TEORI MERSING LINE

20.Seorang saudara saya yang merupakan anggota tentera Singapura sendiri tidak yakin Singapura akan menang perang panjang dengan Malaysia, peperangan Malaysia dengan Singapura akan jadi satu peperangan yang sangat-sangat singkat, kata saudara saya itu.

21.Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew sendiri pernah mengaku bahawa Singapura boleh bertahan selama 2 bulan sahaja jika berperang dengan Malaysia.

22.Mungkin Lee mahu menipu minda orang Malaysia kerana sejarah moden telah pun membuktikan bahawa negara-negara kecil seperti Israel akan memastikan peperangan dengan seteru mereka berlaku dengan tempoh masa amat singkat seperti Peperangan 6 hari yang berlaku di antara Israel dengan negara-negara Arab pada 196oan dahulu.

23.Sekarang anda pasti ke bahawa Malaysia tidak ancaman, saya sendiri sentiasa melihat Singapura sebagai ancaman yang besar malah percayalah negara itu berpotensi untuk melakukan tindak agresif terhadap kita.

24.Anda kata saya mengarut???…Baiklah, saya sebenarnya dilahirkan di Singapura dan saya
sangat-sangat memahami mentaliti orang Singapura tetapi berita baiknya, saya di pihak anda, saya sejak dari kecil tinggal, bersekolah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan kini warganegara
Malaysia.

25.Singapura akan berperang hanya satu sebab sahaja iaitu AIR.

26.Hari ini saya masukkan tiga sebab iaitu AIR, TANAH dan sekuriti Singapura sebagai sebuah
negara pulau pelabuhan yang hebat.

27.Mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Seri Dr Mahathir Mohamad seorang yang cukup genius dan melihat ancaman Singapura sebagai sesuatu yang sangat serius, malahan beliau melihat lebih jauh iaitu Singapura sebagai proksi Zionisme di rantau ini.

28.Kita tahu pada zaman beliau Malaysia mahu memusnahkan Tambak Johor tetapi projek ini terbatal dan ketika itu banyaklah suara-suara sumbang yang menyebutnya projek jambatan itu ada kaitan dengan kronisme atau kaitan dengan pengikut2 Mahathir.

29.Yang mereka tidak tahu adalah, pembinaan jambatan di Johor Bahru itu sebenarnya merupakan kehendak Sultan Johor dan Mahathir diminta membuatnya.

30.Pasal itu apabila Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan jambatan ketika di sebelah Changi, Sultan Johor tidak bersetuju.

31.Sultan Johor hanya mahu Tambak Johor di buang dan digantikan dengan sebuah jambatan.

32.Anda hendak tahu mengapa??? Sultan Johor bukan sebarang sultan, beliau tahu bahawa pelabuhan terbaik di selatan sebenarnya adalah pelabuhan Johor dan bukan pelabuhan Keppel di Singapura.

33.Cuba anda lihat geografi, pernahkan anda terfikir mengapa Johor tidak menjadi sebuah
pelabuhan dan mungkin ada yang mempertikaikan pendapat ini, kononnya Selat Tebrau sempit.

34.Saya ingin bertanya, jika Selat Tebrau sempit untuk laluan kapal, pernahkah anda melihat
bertapa sempitnya Terusan Suez dan Terusan Panama?.

35.Tulisan pada baris ini terpaksa dipotong (delete).

36.Saya masih ingat beberapa tahun dahulu ada cadangan untuk memotong genting Segenting Kra di Thailand untuk menjadikannya sebuah terusan.

37.Kosnya sangat mahal tetapi yang penting Singapura sudah beberapa kali mensabotaj projek
tersebut sehingga gagal dan hari ini dengan kekacauan di Thailand, harapan untuk melihat sebuah terusan di Segenting Kra tidak akan ada kesampaian.

38.Hari ini, Singapura dibangunkan dengan kekuatan tentera yang tidak ada tolok bandingnya
dengan mana-mana kuasa di rantau ini.

39.Tun Mahathir percaya, jika tambak Johor itu dicabut, ekonomi Singapura sedikit sebanyak dapat dilemahkan, perairan Selat Tebrau sebenarnya sangat dalam dan kapal-kapal besar mampu belayar di selat itu.

MERSING LINE DIGANTI DENGAN SERANGAN DARI KUANTAN

40.Kemudian datanglah pula Tim Huxley, yang menulis buku Defending Singapore dan sejak dari itu terkeluar pula strategi Mersing Line di mana tentera republik itu mampu melumpuhkan kekuatan ATM dalam masa dua hari sahaja dan akan memasuki Johor sebelum bertahan di satu garisan maya yang dipanggil sebagai Mersing Line.

41.Garisan itu dijadikan kerana tentera Singapura tidak mampu bergerak lebih jauh disebabkan
masalah kekurangan anggota serta bekalan logistik yang agak panjang.

42.Itu yang mereka mahu anda fikir, tidakkah bodoh teori itu apabila Singapura mengenepikan
ancaman TUDM dari Kuantan dan Gong Kedak.

43.Baru-baru ini, seorang sahabat saya, Nasir (kini jurukamera Channel 9 di Seremban) yang hari ini bersara sebagai kapten dari Rejimen Gerak Khas mengenepikan teori Garisan Mersing ini.

44.Katanya, pre emptive strike dengan tentera Singapura mara dari Johor Bahru sehingga ke
sempadan Johor sudah diketahui ramai.

45.Ini yang mereka mahu kita fikir, sama seperti perancang tentera British yang menyangka Jepun akan menyerang dari Selatan Singapura dari laut sebaliknya Jepun telah menyerang dari Kelantan, akibatnya meriam-meriam besar yang diletakkan di kompleks pertahanan Fort Siloso tidak mampu dipakai kerana muncungnya menghala ke laut di sebelah selatan.

46.Sejak dari 80an lagi, ATM sebenarnya telah memikirkan kemungkinan Singapura akan melancarkan serangan dari kawasan Pantai Timur dengan keberangkalian mendarat di kawasan Pahang untuk melumpuhkan Kuantan dahulu.

47.Anda fikir Singapura tidak mampu buat??? Kekurangan anggota?, bagaimana kalau saya katakan hampir 70 peratus rakyat Singapura mampu menembak dengan baik kerana setiap dari mereka pernah menjalani latihan khidmat negara.

48.Singapura tidak mempunyai masalah untuk mengumpulkan tentera dan mampu mengerakkan sekurang-kurangnya 500,000 askar termasuk kerahan tenaga jika keadaan memerlukan, malah 1.2 juta rakyat mereka yang berusia di antara 16 sehingga 18 tahun boleh dilatih untuk tujuan ketenteraan.

49.Dalam tempoh 24 jam, jumlah ini boleh digerakkan melalui kod-kod rahsia yang terpancar pada skrin televisyen mereka atau mesej-mesej pada alat kelui mereka.

50.Logiknya serangan dari kawasan pantai timur ini boleh dilihat melalui perolehan terbaru
mereka dari pembinaan kapal-kapal pengangkut jenis LPD kelas Endurance. Untuk apa sebuah negara kecil seperti Singapura memiliki kapal-kapal pengangkut ini.

51.Mana mungkin kapal-kapal pengangkut ini dibina semata-mata untuk membawa askar menyeberangi Selat Tebrau kerana tugas ini masih boleh dipikul oleh kapal-kapal pengangkut kecil dan dari artikel saya yang lepas, kawasan Johor Selatan sendiri tidak sesuai untuk pendaratan dengan keadaan tanah yang agak lembut serta pantai yang penuh dengan pokok bakau.

KAPASITI KAPAL PENGANGKUT LPD KELAS ENDURANCE

51.Singapura mempunyai empat kapal LPD iaitu RSS Endurance, RSS Resolution, RSS Persistence dan RSS Endeavour.

52.Setiap satu kapal dilengkapi dengan misil pertahanan udara Mistral dan mampu membawa
sekurang-kurang 350 tentera (kapasiti waktu aman) serta 18 buah kereta kebal dan 20 kenderaan.

53.Saya percaya semasa peperangan, kapal-kapal ini mampu membawa sekurang-kurangnya dua batalion tentera dan cukup untuk menawan pengkalan udara TUDM di Kuantan.

54.Armada laut Singapura masih mampu untuk bertindak sendirian tanpa perlindungan
pesawat-pesawat F-16 mereka kerana dilengkapi dengan pelbagai sensor serta peralatan senjata
yang baik.

55.Selain dari itu, perlindungan armada ini diberikan oleh friget-friget halimunan dari Kelas
Delta yang mengambil teknologi muktahir friget La Fayette, Peranchis.

56.Kapal-kapal Delta ini juga amat unik, ia direka untuk menangani ancaman udara dengan

maksimum, saya rasa semasa perancang tentera Singapura memilih friget ini, mereka meletakkan ancaman dari kapal-kapal TLDM pada tempat kedua.

57.Kedudukan pengkalan laut Singapura di sebelah pantai Changi membolehkan jangkauan mereka dibuat sehingga ke Kuantan dan bukan di sebelah Selat Melaka yang lebih sempit oleh perairan Indonesia dan Malaysia.

58.Tak percaya? Cuba lah lihat peta…perhatikan kedudukan Lumut, Changi dan Kuantan.

Related

sumber malaysia military power . com

Misteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai Tidak Tahu

Misteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai Tidak Tahu

Sejak kebelakangan ini mula tersebar berita mengenai “Terowong Rahsia di Putrajaya” yang menghubungkan bangunan “xxx” ke Lapangan Terbang Antarabangsa(KLIA). Ianya nampak seperti satu misteri yang tidak pernah dirungkai oleh rakyat biasa.

Ada yang membuat andaian bahawa terowong ini adalah satu langkah kerajaan(era pemerintahan Dr.Mahathir) untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku kelak. Kemungkinan terowong ini dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya berlaku peperangan.

Menerusi kajian yang dibuat oleh penulis di internet terdapat dua versi cerita mengenai terowong ini. Mari kita baca kedua-dua versi cerita ini.

VERSI 1

1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

2. Susah hendak percaya? tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.

3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.

4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu “Keluar” atau “Kecemasan”, untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.

5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.

6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.

7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta “basement”, paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.

8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.

9. Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya.

10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan.

11. Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit.

12. Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.

13. Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.

14. Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat.

15. Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan.

16. Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.

17. Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya.

18. Beliau mencabar saya satu perkara…”Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.

19. Memang hebat Putrajaya…visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.

20. Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.

21. Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya.

22. Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orang ramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad.

23. Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.

24. Kepada pembaca…tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan.

25. Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda…ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya.

26. Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar.

27. Kebangkitan akan bermula dari sini.

VERSI 2

Memang betul pun ada terowong ‘rahsia’ di bawah tanah Putrajaya tu. Tapi sebenarnya terowong itu tidaklah terlalu rahsia. Yang jadi rahsia sebab kita yang tidak pernah tahu. Jadi, bila ada orang ‘terjumpa’ dengan terowong ini, mula la orang kata kerajaan ada simpan ‘rahsia’ terhadap ‘terowong’ ini. Ok, yang ini memang lawak. Sebab apa lawak? Sebab ramai yang buat andaian tanpa tanya kepada tuan empunya tanah!Ok, sebenarnya, tak ada rahsia pun yang ingin disembunyikan pada terowong bawah tanah di Putrajaya tu. Serius!

Hakikatnya, terowong itu adalah terowong monorel yang terbengkalai! Dan bukannya terowong rahsia seperti yang anda mungkin fikirkan!

Kenapa terbengkalai? Sebab Pak Lah tak nak teruskan projek ini, walaupun terowong telah dibina. Ini juga menyebabkan Tun Dr. M begitu marah dengan Pak Lah.

Ada yang persoalkan, “Habis, kenapa terowong ini dijaga dan ditutup?” Mestilah kena tutup. Bahaya kot kalau dibiarkan terbuka. Nanti jangan kata binatang-binatang berbisa, manusia yang nak transformer jadi haiwan pun jadikan tempat ini sebagai sarang mereka!Kalau tak percaya yang terowong ini memang bukan rahsia, jemput baca wikipedia di link ini ya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Monorel_Putrajaya

Malah, cerita terowong yang rahsia sangat ini telahpun keluar dalam paper utusan: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Mungkin pada zaman Pak Lah, beliau tidak mahu meneruskan projek ini kerana menganggap ianya sebagai ‘membazir’. Lagipun, Putrajaya ketika itu masih belum sesak lagi dengan kenderaan. Namun, jika suatu hari nanti Putrajaya semakin sesak dengan kenderaan, projek monorel bawah tanah ini mungkin akan bersambung semula.

Nota kaki penulis: Anda mempunyai akal fikiran yang waras dan anda layak untuk menilai cerita ini mana satu yang betul dan mana satu yang salah. Semoga hidup anda tidak diselubungi misteri.