Month: August 2016

12 Kali Ganda Racun Ular – Doktor Ini Kongsi Tips & Langkah Penting Elak Derita Bisa Charlie

12 Kali Ganda Racun Ular – Doktor Ini Kongsi Tips & Langkah Penting Elak Derita Bisa Charlie

Seram sangat bila tengok kesan akibat terkena gigitan charlie ni, kulit merah kehitaman dan menggelembung. Mesti rasa sangat pedih dan gatal. Walaupun binatang ni nampak kecil je tapi racunnya sangat berbisa, bersamaan 12kali ganda racun cobra/ular tedung!

Jom baca tips-tips nak mengelakkan daripada terkena gigitan charlie yang dikongsi doktor ini. Jangan ambil ringan! Kesian anak-anak kalau terkena.

Racun dari Charlie bersamaan 12 kali ganda racun Cobra/Ular Tedung

(Sekadar gambar hiasan)

ILMU KESIHATAN. Artikel 381.
Kenal tak Mr. CHARLIE? Kacak handsome tu. PENGGODA! Siapa rapat dengan dia pasti jadi mangsanya. Ia Cassanova BERBISA!!! hihihi

Mai doc bagi info sapa Cassanova ni supaya anda tak jadi mangsa durjananya.

A. Mr. Charlie (nama glamournya). Handsome kacak. Tapi siapa tergoda, mangsanya akan dapat habuan racun dari Mr. Charlie bersamaan 12 kali ganda racun Cobra/Ular Tedung. Rove Beetle atau Charlie ni kita panggil SEMUT SEMAI/SEMUT KAYAP.

B. Charlie ni duk di sawah padi, padang dan hutan. Nak tau dak dalam badan Mr. Chalie ni ada sejenis TOKSIN terbisa di dunia, dipanggil ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) . Jika racun tu kena kulit kita, kulit kita merah kehitaman macam terkena api. Pedih, sakit dan gatal dipanggil “whiplash atau lineris dermatitis”.
Empat langkah penting elak gigitan Charlie

(Sekadar gambar hiasan)

C. Doc nak bagi tau apa yang Mr. Charlie suka:
1. Tertarik pada cahaya lampu waktu malam. Elok tutup lampu, tutup semua pintu dan tingkap supaya gang-gang Mr. Chalie tak mai serbu pada cahaya.
2. Gunakan jaringan nyamuk untuk elak Mr. Charlie masuk rumah.
3. Jangan guna semburan aerosol serangga sebab Mr. Chalie kebal dengan Aerosol.
4. Kalau le Mr. Charlie merayap atas badan anda, kuis je, jangan menjerit/jangan pukul sampai perutnya TERBURAI pecah. Ini la kesilapan kita pi hentam cassinova tu sampai terburai isi perut!! Tau tak BISA/RACUN dalam perut dia tu ada HAEMOLIF tu yang 12 kali bisa ular senduk akan lekat pada kulit anda lalu TERBAKAR KULIT ANDA. KULIT JADI KEMERAHAN atau GELEMBUNG. Lalu kulit jadi PEDIH, SAKIT dan KEHITAMAN. Kadang GATAL…. Aduui emak Sakiiitnya.
Ubat gegat paling mujarab nak halau Charlie

D. Apa patut anda buat bila kena Racun Mr. Charlie
1. PI MANDI TERUS. Buang bekas racun tu secepat mungkin. Jangan jari kita menggatal tu pi garu di kulit tu.
2. Ada yang kena ALAHAN kulit yang teruk mesti dapat rawatan perubatan.

E. Senjata yang dapat JAUHKAN Casanova ni bukan PERFUME HIGH CLASS YANG WANGI SEMERBAK tapi… hihihi… UBAT GEGAT je! Dia lari lintang pukang.

F. Hihihi… Nasihat doc
Lebih baik mencegah daripada mengubati kan! Bawalah UBAT GEGAT selalu dalam poket anda… doc melawak je.

Ada soalan, doc jawapkan.

Drp Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda.
Bayan Lepas. Penang.
Tel: 04-6444181

Kunyah Chewing Gum Untuk Kurus, Doktor Ini Kongsi 15 Tips Turunkan Berat Badan Dengan Mudah

Kunyah Chewing Gum Untuk Kurus, Doktor Ini Kongsi 15 Tips Turunkan Berat Badan Dengan Mudah

Ramai orang menghadapi masalah berat badan dan obesiti tetapi tidak tahu cara ideal untuk mengatasinya. Kalau tahu pun, usaha untuk menurunkan berat badan selalu menemui jalan buntu kerana tidak konsisten dan dibelenggu sifat putus asa.

Menurut pakar perubatan ini, 90% daripada pesakit obesiti yang dirawatnya gagal menurunkan berat badan. Oleh itu beliau berkongsi tips mudah yang mudah untuk diikuti oleh semua orang. Lepas ni tiada lagi alasan untuk berubah kepada gaya hidup sihat!

(Sekadar Gambar Hiasan)


Kawal & Ubah Tabiat Makan!


Amalkan Kunyah Chewing Gum!

TASKA BOLEH TAK PERASAN BAYI DAH LAMA MATI DIHURUNG SEMUT?

TASKA BOLEH TAK PERASAN BAYI DAH LAMA MATI DIHURUNG SEMUT?

Jika ada yang masih ingat, pada Januari 2013 seorang bapa menyebarkan di laman sosial/blog kes penderaan anaknya di sebuah taska di Putrajaya.

(BACA – Pengacara Ras Adiba Dimasukkan Ke ICU – KLIK)

Bapa tersebut menceritakan bagaimana anaknya berusia 10 bulan dilempang pengasuh taska berkenaan tanpa belas kasihan.

Untuk membaca luahan bapa ini sila klik >>> TASKA PUAKA

Turut dikongsikan di sini adalah wajah pemilik taska terbabit.

Tup-tup kelmarin, di taska sama nyawa seorang bayi yang baru berusia 3 bulan melayang.

Apa yang dikesalkan keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa hanya disedari ibunya sendiri ketika datang untuk mengambil si kecil jam 5.30 petang.

Bayangkan betapa luluhnya hati si ibu apabila melihat Nur Imna Khalisa bukan sahaja sudah kaku dan biru tidak bernyawa malah semut didapati menghurung bahagian leher dan dada bayi. Kening dan dagu bayi juga dikatakan lebam.

Ini menandakan bayi tersebut sudah meninggal dunia lebih dua jam tanpa disedari sesiapa pun sebelum ibunya sendiri perasan!

Pengasuh taska hanya menangis dan memberitahu mereka tidak menyedari kejadian ini apabila ditanya ibu bapa bayi malang tersebut, Muhamad Zamri Anuar dan Nafisah Ahmad Jauhari.

Difahamkan mayat Nur Imna sudah selamat dikebumikan di Gopeng, Perak selepas selesai proses bedah siasat semalam.

Bagaimana pun keputusan bedah siasat masih dinantikan untuk memastikan punca kematian.

Di bawah, kami kongsikan status Facebook bapa saudara bayi ini:

Jika benar bayi ini diabaikan hingga meninggal dunia dalam keadaan sebegini rupa tak marah bukan?

Apa pun berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga ibu bapa Nur Imna tabah menerima dugaan berat ini.

Bagi pihak berkenaan, tolonglah ambil berat setiap aduan diterima kerana kes kematian di pusat jagaan bukan sekali ini berlaku di Malaysia. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

[MOHON SEBARKAN] INILAH CARA PALING MUDAH NAK BUAT SOLAT TAUBAT

[MOHON SEBARKAN] INILAH CARA PALING MUDAH NAK BUAT SOLAT TAUBAT

INI CARA PALING MUDAH NAK BUAT SOLAT TAUBAT [MOHON SEBARKAN]

Assalamu’alaikum..

*Kit@ ni tak lari dari buat dosa.. Dosa nyata dan dosa yg tak nyata.. Bila terbukak je pintu hati dan mula sedar selama ni banyak buat dosa, hati terus rasa nak bertaubat.. Risau kalau esok lusa mati.. Terus tak sempat.. Tapi ada di antara kita tak berapa pandai.. Solat pun sebelum ni kejap buat kejap tak.. Hafal pun mana yg perlu je.. Ni nak buat Solat Taubat, bila bukak buku, ada do’a.. ada Penghulu Istighfar.. ALLaH.. Dah la tak hafal.. Nak baca arab pun tak tahu.. habis macam mana?

^T@kpe.. Ini cara Solat Taubat yang paling mudah.. Satu je nak tekankan.. Kita bila bertaubat, kita tak boleh sekali buat, kompom ALLaH terima taubat.. Kena buat selalu.. Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih.. Pastu rajin nak beribadat.. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok.. Tanak lagi buat dosa-dosa lama.. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima..

#Sol@t ni elok buat malam-malam.. Sebelum tidur atau sebelum Subuh.. Waktu sunyi malam.. Bunyi cengkerik je ada.. Baru tenang bila nak mintak ampun dengan ALLaH..

Bersihkan diri.. Amek wudhu..
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki)..

Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x

Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.

“La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”

Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dalam keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..

Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit..

AstaghfiruLLaHhal’adziim /

AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.

Baca seberapa banyak yang kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah…
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.. Bila berdo’a, kita kena bebetul menyesal dengan dosa-dosa kita..
Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..

Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLAH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ini peluang nak mintak ampun dengan ALLAH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLAH?

Bukan tak boleh baca do’a taubat atau Penghulu Istighfar, tapi kalau nak baca pun masih terkial-kial, macam mana? Kita nak mintak ampun ni.. Takkan dengan air mata meleleh-leleh tu jugak kita nak refer kertas baca do’a? Guna sahaja do’a bahasa melayu dulu.. Nanti inshaALLaH bila dah istiqomah, baru la upgrade sikit.. Cari do’a bahasa arab..

Dah selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan;

Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.. macam mana kita nak bersihkan hati..

InshaALLaH, kalau buat selalu, kita akan rasa beban yang ditanggung tu hilang.. Senang kan?
Satu kita kena ingat, ALLaH Maha Pengampun.. RahmatNya melebihi MurkaNya..

Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

Kalau rasa ada manfaat, SHARE ler… Mana tau ada kawan-kawan kita yang masih mencari-cari macam mana cara nak bertaubat…

5 PERKARA WAJIB GUNA DUIT SUAMI

5 PERKARA WAJIB GUNA DUIT SUAMI

Nak tahu apa dia 5 perkara tu?

1. Makan minum isteri.

2. Peralatan mandian.

3. Ubatan.

4. 2 persalinan pakaian baru setahun.

5. Rumah yang selesa dimana isteri tak perlu menutup aurat setiap masa.

Kalau dah tahu, apa lagi… bagitahu kepada suami. Sama-sama kita ingat-mengingatkan. Insya Allah bahagia hingga ke syurga. Aamiin….
Pembantu Rumah Buat Kek Nak Bawa Balik Indonesia. Bila Majikannya Belah Kek Itu, Sungguh Mengejutkan!

Pembantu Rumah Buat Kek Nak Bawa Balik Indonesia. Bila Majikannya Belah Kek Itu, Sungguh Mengejutkan!

HAL-HAL MACAM NIE RASA CAM NAK HENTAM CUKUP2 TAPI NAMPAK MUKA SEDIH PUN ADA.TAPI ITULAH MANUSIA MANA BOLEH PERCAYA 100%

Dah jadi lumrah ramai pekerja asing yang datang ke Malaysia semata-mata nak mencari rezeki lebih dan kebanyakkannya gaji akan dihantar balik ke negara masing-masing kerana kadar tukaran yang tinggi.
Ada antara mereka yang datang ke sini bekerja berdasarkan “target” dimana bila sudah cukup wang dihantar mereka akan pulang ke negara mereka balik dan dengan wang tersimpan berkenaan mereka boleh jadikan modal berniaga di sana.
Kita juga seringkali terdengar majikan bertindak kasar dengan pekerja terutamanya pembantu rumah, namun ianya hanyalah segelintir sahaja di mana ramai majikan yang baik dengan pembantu rumah sehingga menganggap mereka seperti keluarga sendiri.
Kisah kebaikan majikan tersebut samalah seperti kebaikan keluarga lelaki ini yang menganggap pembantu rumahnya seperti keluarga sendiri namun secara tiba-tiba pembantu rumahnya meminta untuk pulang ke negaranya Indonesia kerana katanya anaknya sakit.
Namun mereka terpaksa merelakan dia balik, tetapi disebalik itu rupanya ada ‘udang sebalik batu’. Ada misteri di dalam sebiji kek yang dibuat pembantu rumah berkenaan yang hendak dibawa pulang ke Indonesia.
Semasa dipertengahan jalan menuju ke lapangan terbang di mana pembantu rumah berkenaan terlupa untuk mengambil keknya itu dan bertegas mahu berpatah balik semula. Apakah misteri dengan kek berkenaan?
Jom kita baca.

Apapun bukan semua pembantu rumah jenis macam tu. Apa yang diceritakan ini boleh dijadikan sebagai peringatan, Admin dulu pun ada maid. Dia lari tengah malam. Siap tukar baju terus. Tinggal baju malam tu kat pokok bunga. Ikut boyfriend la agaknya.

Anak Anda Mempunyai Pusar Dua? Ramai Yang Tidak Tahu Rahsia anak yang mempunyai Dua Pusar Di Kepala..

Anak Anda Mempunyai Pusar Dua? Ramai Yang Tidak Tahu Rahsia anak yang mempunyai Dua Pusar Di Kepala..

#~Perasan tak ada individu yang mempunyai satu pusar pada rambut. Ada yang mempunyai dua pusar pada rambut.

#Anak yang mempunyai dua pusar dikatakan agak nakal sikit, susah nak diuruskan, sukar untuk difahami, dan agak degil sekali. Anak saya yang sulung mempunyai dua pusar di kepalanya.

#Memang sebegitulah sifat semulajadinya, tambahan lagi sangat petah bercakap, banyak bertanya yang perlu kita jawab, adakalanya atuk, nenek dan pakcik dan makcik sangat pening melayannya. Namun begitu sangat mudah diuruskan jika kena dengan gaya dan perlu banyak memuji nak memujuk anak.

#Menurut Dato’ Fadzilah Kamsah lagi, sifat Individu yang mempunyai dua pusar sebenarnya samgat banyak akal, banyak idea, dan sangat bijak.

#Anda mempunyai anak yang dua pusar di rambut?

Tindakan TNB untuk menipu Rakyat TIdak Menjadi ?? Saksikan.. Hati-hati bagi yang mendapat Bil Pada Bulan Ogos ini ..

Tindakan TNB untuk menipu Rakyat TIdak Menjadi ?? Saksikan.. Hati-hati bagi yang mendapat Bil Pada Bulan Ogos ini ..

Macam ade kemusykilan sikit. Tadi sembang2 dgn ayah, ayah cakap nnt kalau nk bayar bil elektrik bulan ogos ni kena hati2 sikit. Tengok nom account kite dulu sebelum bayar tu.

Sy mcm pelik dan tertanya2 kenapa pulak dgn nom accnt kite. Maka beliau pon cerita lah, tadi ayah nak bayar bil letrik utk Ogos punye guna M2U, then pelik sbb nom account favorites dkt M2U berlainan dgn nom accnt yg dkt bil bulan Ogos punye. Haik! Ayah pelik pstu terus google bakpenye jadi gitu.

So sy pon kumpulkan bil2 elektrik rumah ayah untuk bulan Jun Julai dan Ogos. Ya memang betol! Sila rujuk gambar bil. Nom accnt Jun dan Julai sama hokey. Tibe2 Ogos lain pulak nom die.

Pulak tu jumlah yg perlu dibayar utk bil bulan Ogos sampai 2x ganda seolah-olah yg kami tak bayar pon bil bulan Julai. Dlm bil Ogos tu tulis bil terdahulu sebanyak rm131.75. Haik mai mana pulak rm131.73 tu padahal ayah memang bayar ngam ngam rm54.95 pon utk Julai punye.

Korang dh lama perasan mende ni ke atau aku tertinggal keretapi? Haha. So baik korang cek nom accnt dulu sebelum bayar bil. Sbb katenye TNB tgh updrade sistem baru so jadi mcm bercelaru sikit lah psal nom accnt ni. Atau pon nom accnt kite dh tertukar ke mcmne sy tak tahu.

Tak pon bulan Julai punye kite dh terbayar bil account org lain ke mcmne tu pon sy tak tahu. So dgn ini, ayah suruh hold dulu x perlu bayar lg bil utk Ogos. Tp TNB takde bagi notis ape2 pon pasal nom account kite ni. Tengok kt Tranungkiteonline pon,katanye persatuan pengguna dh sedia maklum pasal ni.

Ok sekian.
Staff TNB ade pm sy tadi.katenye suruh tunggu bil utk sept nnt tengok mcmne. Sbb TNB guna system baru jadinye ade clash sikit. Dkt bill keluar lain, dkt sistem dorg keluar lain. Kalau dekat bil bulan ogos ade tulis tunggakan tapi hakikatnye anda dh bayar setel habis utk bulan lepas, die suruh hold dulu yg tunggakan tu. Bayar caj semasa shj. Then tunggu bill bulan sept pulak berapa amount. Mungkin sistem lambat update katanye.

Amalkan Doa Ini, Doa Nabi Zakaria agar Cepat Mendapat Anak, InsyaAllah Tidak Sampai Setahun Dikurniakan Anak

Amalkan Doa Ini, Doa Nabi Zakaria agar Cepat Mendapat Anak, InsyaAllah Tidak Sampai Setahun Dikurniakan Anak

 

Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati ada makanan di sisinya. Zakaria bertanya; “Wahai Maryam dari mana kamu dapat makanan ini?” Maryam menjawab; ”Makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab”

Demikian kuasa Allah yang ditunjukkan kepada Maryam. Nabi Zakaria sendiri tidak mempunyai anak, kerana isterinya mandul. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.

Diceritakan dalam al-Quran: Ia berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang diredhai.”
Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu. Mengetahui berita itu, Zakaria bertanya kepada Allah: “Wahai Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua.”
Allah berfirman kepadanya: “Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya Aku telah jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali.”

Kemudian Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.” Allah berfirman: “Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”

Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.

Firman Allah bermaksud: “Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh.

Doa Nabi Zakaria. a.s.

Surah Ai Imran 3:38

Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat
sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.
Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (Ini kami petik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran – Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed)

Surah Al-Anbiya:21:89

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”

Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.