Month: September 2016

Rahsia Tarikh Lahir Anda Dari Dr Azizan Osman .. TEPAT SUNGGUH RAHSIA NI .. SILA CUBA SENDIRI

Rahsia Tarikh Lahir Anda Dari Dr Azizan Osman .. TEPAT SUNGGUH RAHSIA NI .. SILA CUBA SENDIRI



Sebelum kita pergi dengan lebih jauh. Aku nak menyatakan sifat beberapa nombor di dalam rajah di bawah.

* Pertama, nombor kod asas diwakili oleh huruf O di dalam bulatan biru. Nombor kod asas ini mewakili ciri-ciri utama individu.
* Kedua, nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T di dalam bulatan hijau. Sekiranya nombor-nombor cermin ini memiliki nilai yang sama; sebagai contoh S = 6, dan T = 6, maka individu tersebut dikatakan berpotensi besar untuk menjadi seorang individu yang amat hebat dan popular.* Ketiga, nombor chassis atau nombor kod peribadi. Nombor chassis ini terdiri daripada I, J dan O. Nombor chassis ini juga dikatakan sebagai nombor kombinasi penentu sifat peribadi seseorang. Kedudukan nombor-nombor chassis ini telah aku warnakan dengan warna biru cair.
* Keempat, nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T. Kombinasi nombor-nombor tertentu daripada nombor circular ini juga dikatakan satu cara lagi untuk menghalusi sifat peribadi individu.
Ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh individu sebelum mengira nombor chassis atau kod asas individu berdasarkan tarikh lahir mereka. Pertama AB mewakili dua digit hari lahir. Kedua DC mewakili dua bulan lahir. EF dan GH pula mewakili empat digit tarikh lahir. Pendek kata, tarikh lahir individu perlulah disusun mengikut format AB.CD.EFGH yang pada akhirnya akan bertumpu menjadi A+B+C+D+E+F+G+H untuk mengetahui nombor kod asas.
Sebelum itu, perlu diketahui di sini, bahawa sebarang nombor dua digit seperti 10, 11, 12 dan ke atas perlulah diubah menjadi nombor satu digit menerusi kaedah numerologi seperti berikut:
10 –> 1 + 0 = 1
11 –> 1 + 1 = 2
12 –> 1 + 2 = 3
19 –> 1 + 9 = 10 –> 1 + 0 = 1 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 1
20 –> 2 + 0 = 2
94 –> 9 + 4 = 13 –> 1 + 3 = 4 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 4
Sebagai contoh, aku akan ambil tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tokoh negara Malaysia ini dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan merupakan seorang tokoh yang amat dikagumi di kebanyakan negara, termasuk di negara-negara maju.

Mari kita semak cara pengiraan tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas. Mula-mula kita susun tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada 10 Julai 1925 kepada 10:07:1925 mengikut format AB:CD:EFGH, dan kita akan dapat menjalankan pengiraan seperti di bawah:
AB:CD:EFGH –> 10:07:1925
A=1, B=0, oleh itu A+B= 10 –> I=1
C=0, D=7, oleh itu C+D= 7 –> J=7
E=1, F=9, oleh itu E+F=10 –> K=1
G=2, H=5, oleh itu G+H=7 –> L=7
dan seterusnya.
Berdasarkan kiraan rahsia tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas, maka kita dapati Tun Dr. Mahathir memiliki nombor-nombor berikut:
* Nombor kod asas diwakili oleh huruf O = 7
* Nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T adalah sama iaitu masing-masing ialah 6.
* Nombor chassis atau nombor kod peribadi I.J.O Tun Dr. Mahathir ialah 1.7.7.
* Nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T bagi Tun Dr. Mahathir ialah 1,1,3,6,6,6,6,6,6,7,7,7,8,8,9 dan 9.
HURAIAN NOMBOR KOD ASAS:
Nombor kod asas ini diperolehi berdasarkan nombor chassis. Contohnya Tun Dr. Mahathir memiliki nombor-nombor kod asas 1, 7 dan 7 atau nombor chassis 1.7.7. Ini bermaksud Tun Dr. Mahathir memiliki nombor chassis berdasarkan 1 dan 7. Jika anda memiliki nombor chassis 1.2.3 maka sifat peribadi anda adalah berdasarkan nombor 1.2.3. Namun kod asas yang paling utama bagi anda adalah nombor yang mewakili huruf O. Dalam kes ini, nombor 7 mewakili ciri-ciri utama Tun Dr. Mahathir, manakala nombor 1 adalah rangkaiannya.
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1
Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.
Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.
Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang lain.
Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.
Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks dan Hulk Hogan.
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2
Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.
Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.
Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3
Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).
Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.
Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4
Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.
Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.
Individu Dengan Kod Asas 5
Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.
Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.
Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.
Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.
Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).
Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7
Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.
Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.
Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8
Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.
Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).
Individu dengan Kod Asas 9
Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.
Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati Sukarno.
NOMBOR-NOMBOR CIRCULAR :
The next section is hardcore! You have 16 circular box right? ALL 16 number inside the circular box can be used for combination of the number below. For example num Dr Mahathir td ialah 1,1,3,6,6,6,6,6,6,7,7,7,8,8,9 dan 9.  So, jom kita tengok maksud dan ciri-ciri yang ada pada Pemimpin Terhebat kita ni. Check it out!
1 2 3 @ 1 2 bermaksud :
  • Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
  • Boleh bercakap dengan lancar dan pantas
  • Kadangkala bercakap kosong
  • Kadangkala tidak boleh mengawal mulut atau terlepas cakap/kurang pandai bergurau
  • Boleh berhujah/berdebat
  • Boleh menjadi guru, pensyarah, ahli politik, sales person.
  • Bakat dalam menulis, melukis (untuk orang kurang upaya)
4 2 6 @ 2 4
  • Boleh jadi penceramah/pandai berceramah.
  • Boleh berkongsi ilmu dengan sesiapa saja.
  • Boleh menjadi seorang motivator/presenter.
2 7 9
  • Ada daya penarik semula jadi.
  • Mempunyai karekter pelaris. (macam susuk gitu) haha!
  • Individu tersebut tidak semestinya kacak/cantik
  • Pandai memujuk orang
  • Mudah meyakinkan orang
  • Ayat power (bodek)
  • Mudah tarik ramai kawan yakni ramai org suka nak kawan dengan dia.
  • Ada kawan tapi tak ramai. (prob)
  • Ditakuti mempunyai hubungan sulit dengan orang lain. (prob)
8 4 3
  • Baik
  • Sentiasa ada idea baru
  • Selalu mencari kejayaan dan peluang.
  • Mempunyai bakat dalam penulisan/asyik bagi proposal.
  • Pandai membuat perancangan
  • Buruk
  • Mudah berasa bosan dengan satu-satu perkara
  • Terlalu suka berangan-angan
  • Susah untuk berjaya jika tidak fokus dalam melakukan sesuatu perkara
  • Suka bertukar-tukar syarikat (bagi usahawan)

5 7 3

  • Baik
  • Mudah bergaul dengan orang atasan atau VIP.
  • Boleh jadi VIP/Saudara kepada VIP
  • Orang atasan mudah percaya percakapannya
  • Buruk
  • Akan ada orang yang tak puas hati dengan anda
  • Senang disabotaj (tikam belakang)
  • Mudah difitnah
  • Duit selalu habis sebab selalu belanja orang atasan.
  • Mudah dihentam dan menghentam orang (kelantangan bercakap)
9 1 1
  • Baik
  • Lebih suka berdikari dalam melakukan sesuatu
  • Suka bekerja sendiri dan sukar bekerjasama dengan orang lain
  • Susah ada rakan kongsi kerana mudah bertentangan pendapat
  • Suka buat keputusan sendiri
  • Boleh menjadi orang tengah (consultant/negotiation)
  • Mudah berjaya atas usaha sendiri/Tak mudah give up.
  • Buruk
  • Akan ada rasa tidak puas hati kepada anda dan akan dikhianati
  • Tidak boleh bersendirian (mudah kesunyian gitu)
  • Keras kepala
  • Senang dikhianati orang lain

1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6 @ 6161

  • Baik
  • Pandai simpan maklumat/pandai berahsia
  • Akan berfikir dulu sebelum bercakap
  • Tapi bila dah bercakap, tak berhenti-henti pulak bercakap. adeh
  • Suka berfikir secara mendalam/Suka berfikiran jauh
  • Buruk
  • Tidak suka berkongsi masalah
  • Mudah berasa kecewa
  • Mudah dilanda tekanan emosi
  • Mudah Risau
  • Mudah buruk sangka
  • Ditakuti terkena penyakit mental
  • Senang kena migrain
4 5 6
  • Baik
  • Anda boleh dilatih dan sesuai menjadi akauntan
  • Boleh menjadi business owner, usahawan, akauntan.
  • Buruk
  • AWAS! Mudah terlibat dalam penyelewengan dan rasuah
9 9 9 @ 9 5 5 @ 9 5 9
  • Baik
  • Berpotensi berjaya dalam semua bidang
  • Banyak peluang dalam hidup 
  • Buruk
  • Boleh mengubah diri menjadi seorang yang tamak
  • Sunyi dan suka tinggal di kawasan yang banyak pokok/berhutan/tempat tinggal kawasan bukit.
855 @ 8 8 8
  • Baik
  • Seorang yang hyperaktif
  • Berpontensi untuk menjadi seseorang yang memiliki pengaruh dan kuasa
  • Buruk
  • Panas Baran
  • Mudah berasa resah dan gelisah (perlu belajar bertenang)
333 @ 335
  • Seorang pendendam
  • Kurang sabar
  • sentiasa rasa resah gelisah
  • Keinginan sangat tinggi/nafsu kuat
4 5 9
  • Baik
  • Mempunyai deria ke 6 yang kuat
  • Mudah dapat ilham/firasat
  • Dapat mengetahui sesuatu lebih awal dari orang lain.
  • Pandai mendapatkan sesuatu
  • Buruk
  • Pandai menipu/muslihat
  • Pandai merancang strategi
6 7
  • Senang kasihankan orang lain.
  • Mudah belanja untuk orang lain (sebab tu sengkek)
1 5 6
  • Lebih sesuai kerja di luar (outstation) / senang buat duit dengan mengembara.
1 8 9
  • Suka melancong dan juga suka melencong.
  • Kena elajar hadapi tekanan kerana mudah rasa tertekan
  • Suka bergerak yakni tak boleh duk diam kat sesuatu tempat.
8 3
  • Baik
  • Suka aktiviti luar rumah
  • Seorang yang aktif
  • Buruk
  • Mudah bosan
  • Tidak suka duduk diam di dalam rumah tanpa kerja
3 3 6
  • Seorang yang luar biasa yakni :
  • Duit senang masuk, senang keluar
  • Anda aktif/senang untuk menarik duit. (money magnet)
9 6 6
  • Anda seorang yang boleh berniaga dan senang mendapat keuntungan.
7 1
  • Anda mudah ditipu oleh orang
  • Mudah percaya dekat orang.
9 3 3 
  • Anda mempunyai bisnes tetapi prestasi tidak konsisten. Macam sekejap naik sekejap turun. Sekejap untung dan sekejap rugi.
  • Kejayaan tak kekal lama.
  • Untuk mengelakkan perkara ini terus menghantui, ada 2 cara iaitu 
  1. Tenaga anda sangat bagus, maksimum, tapi tak bertahan lama. so, setiap 3 bulan anda kena pergi bercuti untuk dapatkan balik keseimbangan anda. Environment spt Air Terjun, laut, hutan (berkelah di hutan. Paling kurang 3 hari anda kena cuti dan tak boleh bawak hp dan komputer. Wahh, macam bawak diri terus kan. hehehe
  2. Masuk kelas Dr Azizan. Hahaha
9 4 4
  • Boleh duduk bahagian operation/management
  • Sangat bagus dalam bidang penyelidikan.
  • Orang yang mempunyai high taste.
5 5 5 

Ada 2 kategori :
  1. Senang menjadi orang yang berpengaruh dan berpangkat.
  2. Tidak mempunyai pendidikan yang bagus :
  • Suka memberontak/agresif/tegas
  • Rasa rendah diri
7 8 6
  • Sangat bertanggungjawab
  • boleh menjadi ketua/pengurus/boleh menerima tekanan
  • orang yang motivated by material.
  • Seorang yang boleh membantu masalah orang lain.


Ok, sampai situ saja. lepas je balik dari kursus dulu.. aku terus praktikkan utk test benda ni. Most of 80% adalah betul dan kena dengan dorang apabila terangkan ciri-ciri pada dorang. Like dorang buat kira-kira, lepas tu aku bentangkan jawapan mengikut nombor yang dorang sebutkan. Dan 80% betul dan 20% lagi tak berapa kena. So, di harap korang jangan terlalu taksub untuk percaya benda ni. Aku share je dan korang nilaikan sendiri ok. 🙂
Selamat membuat eksperimen kepada sanak saudara, rakan-rakan, awek/boyfriend korang semua. Kejutkan dorang nanti dengan soalan cepu emas balik raya nnt. wakakakaka!
6 Sebab Anda Tidak Perlu Pergi Program Doktor Azizan Osman

6 Sebab Anda Tidak Perlu Pergi Program Doktor Azizan Osman

Apabila berbicara mengenai perniagaan, semua berpusu-pusu ingin menjadi jutawan dalam masa segera. Kemudian ada pula insan yang dilahirkan untuk membantu usahawan untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat. Maka, mereka yang kehausan untuk menjadi kaya pun berpusu-pusu mahu pergi program Doktor Azizan Osman. Berikut 6 sebab anda tidak perlu pergi seminar beliau.

1. Hangat-hangat Tahi Ayam

Ketika pergi bukan main mahu mengubah nasib sendiri. Masa di dalam seminar bukan main mahu ubah hidup sendiri demi bantu ibu bapa. Tapi itu semua semangat tahi ayam. Kadang-kala saya terfikir, mana pergi lebih 500,000 ribu anak murid Dr. Azizan yang telah datang ke kelas? Mana yang semangat terpekik sampai mahu keluar anak tekak di seminar? Jika semangat itu semata boleh buat orang Melayu kaya, dah ramai yang dah kaya.

2. Kena Positif Tiap-Tiap Hari

Tahukah anda setiap perkara itu bermula dengan diri kita. Tahukah anda bahawa setiap perkara itu perlu diasuh dan diajar menjadi rutin? Ya, kami tahu anda positif – at least ketika seminar tapi jika bersesak mahu keluar pintu pun dah nak marah orang, apa guna kau berdiri atas kerusi tadi? Mana positiviti yang kau junjung tadi.

3. Kena Berhenti Merokok

Ini yang paling seronok. Ketika bersemangat di dalam dewan, janji dah dengan diri untuk jadi lebih baik dan macam-macam lagi janji tapi sekali keluar dewan, terus kau hisap asap syaitan. Sekecil-kecil perkara merokok pun tak mampu nak lawan, inikan pula nak lawan nafsu pangkat tinggi bila dah kaya nanti.

“Positif semua saya boleh buat tapi bab berasap ni, saya mintak maaf ya Sifu,” kata seorang yang saya jumpa. Alasan apakah ini? Yang berhenti, kami respect.

4. Terpaksa Kaya Cepat

To be honest dan jika diikutkan dari naluri normal manusia pun, kita suka dengar perkara yang best saja. Bab ini selalu ramai yang salah tafsir atau mungkin anggap mudah. Setiap cerita perjalanan yang dah pernah naik hot seat itu saya jamin masing-masing ada cerita tersendiri. Jika perasan, kita sendiri bosan dengar orang cerita pasal susah hidup sendiri lama sangat, bukan? Perasan tak?

Sedangkan cerita sakit dan payah itulah yang perlu kita hadam. Sebab itu nanti kita mudah berpaksikan kepada perkara yang salah jika apa yang di doa tak sampai dan tak kunjung tiba.

Apa jadi bila nak jadi kaya cepat? Anda akan buat keputusan tanpa berfikir panjang, akhirnya mengeluh sebab kena tanggung hutang sampai badan kejang-kejang. We know, many will blame us for this article, but for God sake, please open your eyes people. Kejayaan menuntut masa. Kejayaan menuntut guru yang sebenar.

Jadi jangan putus asa selagi apa yang dicita tak mendatang. Apa jadi jika anda berhenti menggali emas, sedangkan dengan sekali lagi cangkul, kita akan dapat emas tersebut? Abang, adik, kakak, kita nak lahirkan anak pun makan masa sembilan bulan ya. Maaf, bab nak dapat anak ini saya tak tahu nak cari guru mana.

5. Datang Seminar, Rezeki Bertalu-talu Masuk

Bukan sekali dengar perkara ini malah berpuluh-puluh kali. Nampak tak apa yang kita cakap itu seperti kebergantungan terhadap seminar itu terlalu tinggi. Sedangkan yang memberi rezeki itu adalah yang di atas sana.

Mulut dan hati perlu betul niatnya. Saya jumpa ramai yang terlalu taksub. Tidak salah untuk jadikan DAO sebagai idola namun biarlah berpada. Jangan sebab terlalu ingin jadi kaya, kita mudah tolak tepi benda lain. Saya tengok ada saja anak murid DAO yang cool sahaja bila berbicara mengenai guru mereka. Berhati-hatilah kita dalam mengucap kata.

6. Dapat Group Sokongan Facebook

Group sokongan Facebook IMKK dan banyak lagi group kebanyakan saya lihat merupakan medan untuk memancing prospek. Sedangkan di situ boleh jadi tempat perkongsian yang lebih baik. Tunjuk gambar duit bertimbun, maka beratus balas komen tulis PM. Di saat anda tulis PM kononnya berminat, lebih baik kiranya anda validate business model canvas (BMC), sama ada mampu pergi jauh atau hanya wujud sebagai cita-cita. Apa itu kanvas model bisnes? Mari PM saya.

Berguru dan tuntutlah ilmu dan bagi peluang dan masa kepada diri untuk mencuba apa yang dipelajari. Jangan semua nak belajar dalam masa, nanti tunggang langgang. Kita nak berjalan masa kecil dulu pun bermula perlahan. Siapa lahir terus boleh berlari, mohon PM kami di Facebook.

Kesimpulannya, jangan pergi seminar DAO jika kita hanya bersemangat sekejap saja. Bila dah sampai di seminar, lakukan network dengan orang ramai dan dalam masa yang sama, belajar jugalah dengan guru yang lain. Biar diri berilmu, jangan jadi bodoh sombong, jangan jadi taksub tak bertempat.

Apa yang anda fikirkan, anda boleh kongsikan artikel ini atau bincangkan apa yang menarik di bahagian komen.

Like page Vitdaily di di Facebook untuk vitamin harian anda

KISAH JATUH BANGUN DR AZIZAN OSMAN YANG RAMAI ORANG TAK TAHU !!

KISAH JATUH BANGUN DR AZIZAN OSMAN YANG RAMAI ORANG TAK TAHU !!

Jatuh bangun hidup saya – Azizan Osman (Siri 1/3)

Catitan untuk: Usahawan atau pemilik perniagaan atau mereka Yang Ingin Meningkatkan Potensi Kekayaan & Kejayaan Perniagaan Mereka Samada Perniagaan Dari Rumah, Perniagaan Kecil, Sederhana atau Besar! Termasuk yang belum berniaga tetapi teringin berniaga!

Bagaimana Untuk Merubah Perniagaan Anda Menjadi Lebih Kaya & Berjaya Serta Menarik Lebih Ramai Pelanggan Dengan Strategi Kuasa Pemasaran Yang Terbukti Berkesan?

Saya bakal menunjukkan bagaimana perniagaan anda bakal menjadi “HURU-HARA” dengan menarik lebih ramai pelanggan, lebih tinggi jualan, lebih tinggi keuntungan dan lebih banyak aliran tunai! Rahsia yang membezakan di antara mereka yang berniaga dan telah berjaya dibandingkan mereka yang berniaga dan lingkup serta lingkup lagi atau “biasa-biasa” sahaja. Ini adalah rahsia ramai usahawan yang telah kaya & berjaya!

Boleh ke? Iye ke idak ler?

Mungkin anda cakap, “Aku dah berniaga bertahun-tahun, tapi tak pernah tengok pun jualan juta-juta ringgit?”

Atau anda akan cakap, “Aku berniaga kecil-kecilan, mana boleh kaya?”

Atau anda pernah dengar orang cakap, “Berniaga ni risiko tinggi, ramai yang bankrup sebab berniaga!”

Atau jiran sebelah rumah pernah cakap, “Takutlah berniaga, nanti rugi macamana?”

BENAR!! Mereka semua ini adalah BENAR!!

Sebab mereka ini adalah di antara mereka yang selama ini berniaga tetapi tidak ada mentor, ilmu dan tidak pernah belajar strategi perniagaan yang betul-betul berkesan! Ibarat tak pandai buat kek, tapi cuba nak buat juga kek yang paling sedap di dunia konon, boleh buat? Tapi, kalau anda telah belajar daripada guru pakar buat kek, nak tak nak, kek anda nanti “terpaksa” sedap bukan? Itu pentingnya berguru. Tetapi kalau anda belajar teori tentang perniagaan atau pemasaran di kolej atau universiti, ianya tidak sama, kerana ianya adalah teori dan diajar oleh pensyarah yang ada doktor falsafah tentang perniagaan atau pemasaran tetapi mereka sendiri belum pernah menjalankan perniagaan mereka dengan berjaya, macamana mereka nak ajar anda? Sebatang pen pun mereka tidak pernah jual. Betul?

Ok, anda pernah tak dengar statement bahawa 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan?

Statement ini ada betulnya tapi ada Tak Betulnya!!

Betul, 9/10 sumber rezeki yang banyak datangnya daripada perniagaan, tetapi TAK betul atau masalahnya ialah 9/10 daripada mereka yang berniaga PASTI GAGAL, rugi, kena tipu, produk tak terjual, orang tak nak beli dan macam-macam masalah lain!

Saya ulang semula: 9/10 Orang Yang Berniaga Pasti GAGAL atau RUG!!

Anda ingin tahu kenapa mereka rugi? Kerana mereka tidak ada mentor, ilmu dan strategi yang mudah dan berkesan yang telah digunakan oleh ramai peserta program “Marketing Power” saya.

Kepada Semua Anda Yang Baru Nak Berniaga atau Memang Berniaga atau Anda Yang Ingin “Meletupkan” lagi perniagaan anda:

Biar saya berkongsi dengan anda salah satu kes kegagalan dan kejayaan mereka yang pernah hadir seminar saya:-

Seorang lelaki bernama Shawal Akbar telah menyertai seminar saya pada bulan Feb 2010 di Shah Alam, ketika itu dia tidak mempunyai pekerjaan selama 7 bulan setelah berhenti kerja sebagai pengurus hotel terkemuka di Bali. Dia telah mencuba mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya Ijazah (UK). Tetapi disebabkan satu kelalaian yang menyebabkan dia kehilangan semua sijil-sijil dan surat-surat bukti pengalaman kerjanya, dia tidak mendapat kerja. Apa perasaan anda yang telah berkeluarga, tidak ada kerja untuk beberapa bulan dan telah mencuba temuduga demi temuduga serta mencuba untuk berniaga tetapi semuanya tidak menjadi? Tertekan bukan? Kecewa bukan? Sedih bukan?

Di mana “turning point” hidupnya? Ya, kehidupannya mula berubah setelah menghadiri satu program saya di Shah Alam!

Tetapi apa yang pastinya ialah ketika itu, Shawal tidak pasti dengan masa depan dia tetapi disebabkan ingin tahu adakah betul saya telah membantu perubahan hidup ramai orang, lebih daripada puluhan ribu orang dalam masa 3 tahun sahaja, boleh percaya ke mamat ni? Maka Shawal telah mendaftar dan melangkah masuk ke dalam seminar saya dibayarkan oleh adik iparnya serta dengan hanya ada RM10 sahaja duit di dalam poketnya!

Shawal tidak keluar menjadi kaya raya serta merta setelah keluar daripada kelas saya! Malah dia bertambah miskin! Ya! Dia bertambah miskin kerana dia telah mendaftar untuk program lanjutan saya yang telah terbukti membantu perubahan hidup ramai orang dalam masa yang pantas! Dia telah mendaftar atau menempah dirinya untuk “berguru” dengan saya. Masa itu dia tidak ada duit, tetapi dia daftar dan cari jalan untuk hadir progam lanjutan saya! Dia tahu yang dia mesti mendapatkan Mentor, Ilmu, Sistem atau strategi yang telah terbukti berjaya untuk merubah hidupnya!

Long story short, sebelum itu, Shawal tidak pernah mengecap kejayaan luar biasa di dalam mana-mana perniagaan, dia hanya orang “biasa-biasa” ketika itu.

Tetapi pada awal tahun 2011, hanya dalam tempoh lebih kurang satu tahun sahaja setelah mengikuti program-program saya, Shawal telah memiliki satu perniagaan pembuatan dan pengedaran makanan bihun dengan jenama “Bihun Sufi”. Pelik tetapi benar, hanya dalam tempoh kurang daripada setahun, pengedaran bihunnya bukan sahaja dipasarkan di Malaysia, tetapi telah mula dieksport ke Singapura, Indonesia dan Dubai! Gila ke apa? Tak! Tak gila lagi! Yang lagi gila ialah audited report untuk akaun syarikat Shawal bagi tahun pertama perniagaannya yang beroperasi kurang daripada satu tahun untuk tahun kewangan 2010 telah mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak lebih daripada 2 juta ringgit!!

Berapa ramai yang dah berniaga lebih 10 tahun, jangan kata RM2 juta, tetapi keuntungan RM200,000 setahun pun belum tentu ada bukan?

Susah nak percaya kan? Jangan percaya cakap saya atau sesiapa pun!

Anda juga boleh tonton kisah pengalaman kejayaan Shawal ini yang di wawancara di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi-O (NLKO), TV9 di laman web marketingpower.com.my.

Anda juga bakal bertemu “live” dengannya serta beberapa orang usahawan lain dari pelbagai bidang yang berjaya menggunakan ilmu, mentor dan sistem yang mereka pelajari daripada program saya dan telah berjaya!

Sebab tu saya cadangkan JANGAN PERCAYA! Jika anda serius untuk merubah hidup anda, jangan percaya apa yang anda baca atau dengar ini tetapi datang sendiri untuk tengok apakah potensi perniagaan anda atau bakal perniagaan anda?

Cuba tengok bagaimana saya boleh bantu anda untuk “meletupkan” perniagaan anda dengan strategi yang mudah dan berkesan? Apa yang Shawal buat sehingga hidupnya berubah dalam masa yang pantas? Apa yang saya ajar dia? Anda tidak akan tahu sehingga anda hadir dan dengar sendiri di dalam program lengkap saya “Advanced Marketing Power”.

Shawal adalah salah satu contoh sahaja dan sebenarnya berpuluh ribu lagi kisah kejayaan yang kami boleh kongsikan kepada anda dan nescaya tidak cukup ruang untuk kami kongsikan! ….. bersambung

Jatuh Bangun Hidup Saya – Azizan Osman (Siri 2/3)

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Saya Azizan Osman, kepakaran saya selama lebih 10 tahun di dalam bidang strategi dan projek pengiklanan, pemasaran dan promosi untuk syarikat-syarikat besar seperti Telekom Malaysia, Digi, TMNet, HSBC, SCB, WWF dan banyak lagi daripada seorang Eksekutif Pelatih Projek pada awal tahun 2001 dan dinaikkan pangkat kepada Pengurus Projek dalam masa 7 bulan setengah serta diberikan sebuah syarikat yang menjadi perniagaan saya dan terus naik pangkat berulang-ulang kali serta menerima pelbagai anugerah pencapaian antarabangsa di atas kejayaan saya menarik beratus ribu pelanggannya untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan syarikat-syarikat yang saya wakili telah menjadikan saya akhirnya Ketua Organisasi di Malaysia sebelum saya membuat keputusan untuk membina empayar perniagaan saya sendiri pada awal tahun 2008.

Tetapi, sebelum 2001, saya telah melalui sesuatu yang saya panggil sebagai “tragedi” kerana selepas habis belajar di universiti, saya berpeluang bekerja seketika sebelum membuat keputusan untuk “melompat” ke dalam dunia perniagaan kerana dek semangat yang berkobar-kobar. Secara faktanya, saya bukan daripada keluarga berniaga. Arwah ayah saya bekas kakitangan kerajaan dan ibu saya bekas guru yang berhenti seawal anak pertamanya lahir berpuluh tahun sebelum itu. Tidak ada sesiapa pun yang berjaya di dalam perniagaan di dalam lingkungan ahli keluarga saya.

Sebab itu, ianya adalah tidak pelik ketika saya suarakan hasrat saya untuk berhenti kerja dan berniaga, saya menerima tentangan yang sangat hebat daripada keluarga saya.

Disebabkan saya tekad untuk berniaga, saya teruskan niat saya dan saya telah melalui “zaman kegelapan” untuk beberapa tahun lamanya. Saya ingatkan berniaga adalah senang, boleh dapat banyak duit. Tetapi rupanya tidak. Saya telah melakukan pelbagai jenis perniagaan daripada menjual sabun, menjual kelapa, MLM, menjadi Ejen Unit Amanah, Insurans, membuat pembungkusan produk herba dan macam-macam lagi. Tetapi tidak ada satu pun yang menjadi. Saban hari saya terpaksa meminjam duit daripada mak saya dan kemudian dikejar “Ah Long” apabila saya meminjam daripada mereka untuk “modal pusingan”.

Ini berlaku untuk beberapa tahun dan saya “kononnya” berniaga tetapi habuk duit pun tidak ada.

Berapa ramai daripada anda yang boleh faham situasi saya ketika itu? Tertekan, rasa gagal, rasa putus asa, rasa tidak adil dan macam-macam lagi perasaan negatif datang dalam diri.

Di mana “turning point” saya? Segalanya mula berubah apabila pada penghujung tahun 2000, saya berjumpa dengan kawan abang saya iaitu seorang ahli perniagaan berbangsa cina yang berjaya tetapi tidak pernah belajar di sekolah. Dia suka berkomunikasi dengan saya sebagai orang Melayu kerana saya pandai berbahasa cina dan dia tidak pandai cakap melayu. Dia telah membuka minda saya untuk berfikir (Setelah melingkup beberapa tahun dalam perniagaan), rahsia pertama kenapa dia berjaya. Rahsia inilah yang menjadi tonggak utama perubahan hidup saya. Dan Alhamdulillah kualiti hidup saya meningkat hari demi hari setelah saya praktiskan rahsia ini.

Berapa ramai daripada anda yang ingin tahu apakah rahsia pertama yang saya belajar yang telah merubah hidup saya?

Rahsia pertama yang saya telah pelajari yang telah merubah hidup saya dan ramai lagi “anak murid” saya ialah MENTOR. Mentor yang telah terbukti berjaya! Itulah perkara pertama saya lakukan selepas itu bermula tahun 2001 sehingga hari ini iaitu sentiasa mempunyai mentor yang lebih hebat daripada kita dan telah terbukti lebih berjaya daripada kita. Jangan buang masa belajar berniaga daripada mereka yang belum berjaya atau mereka yang hanya mengajar secara teori.

Hari ini, saya mempunyai 12 buah syarikat di Malaysia dan Singapura dibawah Kumpulan Richworks di dalam industri yang berbeza. Saya memiliki syarikat agensi pengiklanan saya sendiri, syarikat pengurusan korporat, perkhidmatan perakaunan dan percukaian, syarikat latihan dan pembangunan sumber manusia, syarikat pengurusan acara, syarikat rekacipta grafik dan multimedia, syarikat internet & teknologi serta terbaru adalah di dalam industri yang berkaitan dengan pembangunan hartanah atau lebih dikenali sebagai property developer.

Alhamdulillah, disebabkan kejayaan saya hari ini dan berdasarkan kegagalan saya lebih 10 tahun dahulu di dalam perniagaan, di mana dulu saya pernah berjanji untuk menyumbang ilmu dan pengalaman saya kepada mereka yang mahu mempelajarinya jika saya berjaya merubah hidup saya, maka saya telah membuat keputusan untuk membantu usahawan-usahawan lain yang ingin membina perniagaan mereka, maka lahirlah mereka lebih 120,000 orang yang telah mengikuti program-program seminar saya sejak tahun 2008 dan alhamdulillah telah berjaya meningkatkan perniagaan mereka dalam masa yang singkat.

Soalan, adakah anda mempunyai perniagaan? Atau anda sedang merancang untuk memulakan perniagaan?

Saya pasti kebanyakkan anda sudah pun mempunyai sekurang-kurangnya sebuah perniagaan. Jika tidak pun tidak mengapa kerana lebih baik ada mentor dan ilmu di dalam perniagaan kerana ia akan memudahkan anda untk berjaya.

Tetapi adakah perniagaan anda berkembang seperti yang anda inginkan? Atau anda sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan perniagaan anda sehebat pesaing-pesaing yang lain dalam industri yang anda ceburi?

Kisah Jatuh Bangun Hidup Saya – Azizan Osman (Siri 3/3)

Sebagai seorang pemilik perniagaan, anda pasti mahu:
membawa perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi
pelanggan tergila-gilakan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan
menambah kekayaan dan kejayaan menjana pendapatan berlipat kali ganda
setiap keputusan yang anda buat akan memberi keuntungan kepada perniagaan anda
perniagaan anda dikenali dan dapat dicari dengan mudah oleh bakal-bakal pelanggan

ANDA TAHU IA TIDAK MUSTAHIL UNTUK DICAPAI..
CUMA ANDA TIDAK TAHU BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF TERSEBUT TANPA TUNJUK AJAR PAKAR!

Seperti yang telah saya sebutkan di atas, 93% perniagaan LINGKUP kerana gagal menarik pelanggan! Adakah anda ingin menjadi sebahagian daripada peratusan tersebut?

Jika jawapan anda ‘Tidak’, ia adalah pilihan jawapan yang BETUL!

Oleh itu, mari kaji 10 masalah terbesar yang mungkin anda sedang hadapi sehingga menghalang potensi sebenar perkembangan perniagaan anda:
Tidak mempunyai niche perniagaan yang tertumpu
Tidak berfikiran jauh kerana sekadar berniaga kecil-kecilan
Tidak mempelbagaikan produk dan perkhidmatan
Tidak mempunyai jenama yang membezakan anda dengan pesaing
Tidak mempunyai ‘pitch’ yang boleh meyakinkan bakal pelanggan
Tidak tahu cara untuk membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi
Tidak mempunyai perancangan sebenar untuk kembangkan perniagaan
Tidak/Kurang bertanya dan meminta bantuan pakar perniagaan berjaya
Tidak/Kurang menghadiri seminar-seminar pengurusan perniagaan
Tidak/Kurang membuat atau menggunakan teknik salah dalam promosi

Jika anda komited kepada perniagaan anda, anda pasti mahu lihat ia berkembang dan mampu menjana pendapatan yang lebih banyak dari apa yang anda peroleh waktu pada ini, betul tak?

Jadi JANGAN GUSAR jika masih tidak dapat memikirkan bagaimana anda boleh mendapat pulangan yang setimpal atau berlipat kali ganda seperti yang anda harapkan – SAYA ADA PENYELESAIANNYA!

SAYA INGIN BANTU ANDA BERJAYA DALAM PERNIAGAAN.

JANGAN PERCAYA CAKAP SAYA TETAPI DAFTAR SEKARANG UNTUK SERTAI SEMINAR!

Ada orang kata saya ini terlibat dalam sindiket MLM, ada pula orang kata saya ini khurafat bila satu ketika dahulu saya pernah bercakap tentang korelasi kajian tingkah laku manusia serta kaitannya dengan tarikh lahir, ada orang kata saya ini menipu. Itulah “harganya” bila kita mula dikenali orang bukan? Akan ada orang yang mula sakit hati dan PHD (Perasaan Hasad Dengki) mereka adalah sah dan jelas kelihatan walaupun mereka ini sebenarnya tidak pernah hadir program saya dan lebih rela membuat fitnah dan andaian. Ternyata bila ramai daripada mereka ini yang hadir ke dalam dewan-dewan seminar saya yang dibanjiri oleh ribuan manusia daripada semua latarbelakang professional, pengarah syarikat dan sehinggalah suri rumah, mereka ini dengan sendirinya akan lebih kenal dan memahami misi dan visi saya.

Tetapi AAK? Ada Aku Kisah? Alhamdulillah syukur saya telah melahirkan beribu-ribu usahawan dan jutawan di dalam pelbagai bidang tanpa menghiraukan fitnah & tohmahan mereka ini yang kadang-kadang latar belakang mereka adalah sangat hebat daripada universiti di timur tengah!

Siapa saya? Kenapa saya adalah orang yang paling layak membantu anda untuk berjaya?

Saya mungkin bukan orang paling layak mengajar anda, kerana anda mungkin memang telah berniaga dengan hebatnya. Mungkin hari ini pendapatan anda telah mencecah RM3-4 juta sebulan. Tetapi kejayaan saya bukanlah setakat telah membina kumpulan syarikat saya sendiri di dalam dan di luar negeri yang sedang progress ke arah mencapai tahap billion Insya-Allah dalam masa beberapa tahun ini tetapi kejayaan yang sebenar ialah bila kita dapat membantu kejayaan ramai orang lain, antaranya ialah membantu syarikat HR Marketing yang memasarkan produk jenama Hi-Goat membina jualan mereka dari RM5.5 juta sebulan pada bulan Jun 2010 ke lebih RM10juta sebulan dalam masa 4 bulan. Saya juga terlibat dengan projek usahawan “zero to million”, di mana saya pilih mereka yang kosong, tidak ada perniagaan dan bantu mereka untuk touched the first million mereka dalam masa kurang daripada 6 bulan. Dan Insya-Allah, hari ini saya komited untuk membina 10,000 usahawan jutawan muslim sebelum 2015 ini melalui program latihan dan pembangunan usahawan yang saya sedang jalankan.

Biar apapun yang orang cakap sebenarnya adalah TIDAK PENTING! Apa yang penting adalah hasilnya bukan?

Biar apa pun orang cakap adalah tidak penting kerana ramai pula hanya pandai bercakap tetapi tidak ada hasil pun! Tong kosong!

Jika saya boleh membantu perniagaan anda dengan jaminan untuk mendapatkan jutaan ringgit jualan setahun seperti kes-kes di atas, berapakah yang anda sanggup bayar saya untuk mengajar anda?

Anda hadir program 3-hari Advanced Marketing POWER pada 30,31 Mac & 1 April 2012 ini dan nilai sendiri kepakaran saya sebagai satu-satunya Certified Licensed Guerrilla Marketing International Master Trainer For Asia yang diberikan kepada saya oleh pengasasnya Jay Conrad Levinson berdasarkan pengalaman dan kepakaran saya lebih 10 tahun di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan untuk syarikat kecil, IKS hinggalah ke syarikat antarabangsa. Anda bakal belajar bukan daripada orang yang baca teori dari buku, tetapi anda bakal belajar daripada orang yang merupakan usahawan yang berjaya, pemilik syarikat agensi pengiklanan, pakar strategi pemasaran yang hidup dalam bidang ini siang dan malam serta telah berjaya menguruskan portfolio pemasaran & pengiklanan untuk organisasi korporat hingga ke makcik Bedah yang bermula berniaga daripada rumah sehingga berjaya!

Sekiranya anda suka dengan ilmu serta pengalaman yang diberikan, anda mempunyai pilihan untuk terus “berguru” dengan saya lebih dalam lagi di dalam siri latihan dan mentoring yang ada kemudian nanti, jika tidak, its ok, paling kurang pun anda pernah hadir dibandingkan dengan mereka yang tidak pernah.

Semua program kami mempunyai jaminan kepuasan 100% Satisfaction With Money-Back Guarantee!

Yang membezakan anda dengan orang lain adalah tindakan anda hari ini. Hubungi kami sekarang di 019/013-2442244/019-2442400!

Apa yang anda akan pelajari:-
– Saya akan “operate” potensi anda serta keluarkan kebolehan anda untuk berniaga dengan jayanya
– Saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk membawa perniagaan anda dari kosong di rumah (jika anda mula dari rumah) hingga ia pergi ke taraf antarabangsa
– Saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuatkan pelanggan “mengejar” anda
– Saya akan tunjukkan bagaimana untuk memasarkan produk/ perkhidmatan anda dengan kos yang rendah, sangat- sangat rendah melainkan anda pemalas untuk bertindak langsung sahaja yang menyebabkan anda gagal
– Saya akan tunjukkan lebih 400 strategi pemasaran dari tanpa kos ke strategi yang lebih tinggi nilainya
– Saya akan bawa “live” peserta program saya yang bermula dari nothing dan menjadi “somebody” dalam sesi “hotseat” (Untuk anda peserta Diamond)
– Anda akan berpeluang untuk “network” dengan mereka yang dari pelbagai industri dan latar belakang perniagaan daripada yang belum ada bisnes sampai yang telah berniaga dengan ratusan juta jualan setahun.
– Banyak lagi!

Siapa Yang Perlu Hadiri Seminar Marketing Ini?
Mempunyai Perniagaan Sendiri Apatah Lagi Mereka Yang Belum Ada Perniagaan
Peniaga Kecil & Sederhana
Pengilang/ Pengeluar Produk
Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Syarikat
Pengurus & Eksekutif Bahagian Jualan & Pemasaran
Pengurus Agensi Atau Perunding Insurans/ Takaful/ Unit Amanah
Anda Yang Terlibat Dengan Networking/ MLM
Fund Raiser (Mereka Yang Terlibat Dalam Kerja Amal Mengutip Dana Atau Sumbangan Untuk Kebajikan)
Kerajaan Negeri- Bahagian Pelancongan/ Kementerian Pelancongan
Pendakwah (Pelajari Strategi Untuk Menyampaikan Mesej Kepada Kumpulan Sasaran)
Ahli Politik (Bagaimana Untuk Menarik Undi Yang Memihak Kepada Anda)
Doktor/ Peguam/ Kumpulan Professionals (Anda Sepatutnya Tidak Boleh Membuat Pemasaran Bukan? Pelajari Strategi Yang Sesuai Dengan Anda)
Bank-Bank/ Syarikat Telekomunikasi/ Industri Perhotelan & Syarikat-Syarikat Korporat

Hubungi kami sekarang di 019/013-2442244/019-2442400 untuk bertanya tentang program 3-hari kami Advanced Marketing POWER 2012 pada 30 Mac – 1 April 2012 di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur!

Tak Kenal Maka Tak Kenal. Program ini Insya-Allah telah membantu ramai usahawan untuk sangat berjaya dalam perniagaan mereka!

Jangan percaya cakap saya atau sesiapa sahaja, hadir dan nilaikan sendiri ilmu & sistem/ strategi yang akan diberikan!

Kuasa tindakan anda dan perubahan hidup anda adalah berpunca daripada keputusan serta tindakan anda sekarang! Orang yang gagal dan terus gagal, mereka akan sentiasa memberi atau mencipta alasan untuk tidak bertindak! Orang yang berjaya atau bakal berjaya, mereka cari jalan untuk mencapai apa yang mereka inginkan! Adakah anda winner or loser?

Dr.Azizan Osman
Founder & CEO,
Richworks Group of Companies &
Azizan Osman International Inc. Pt. Ltd.
Certified Licensed Master Trainer (Asia) Guerrilla Marketing International
richworks.com.my

Kalau betul PhD Dr Azizan palsu sekalipun, ilmunya lebih drp tahap PhD.

Kalau betul PhD Dr Azizan palsu sekalipun, ilmunya lebih drp tahap PhD.

“Ada ramai yg kutuk Dr Azizan Osman…”
.
Cakap PhD palsu
.
If betul PhD palsu sekalipun, bagi saya, ilmunya lebih drp tahap PhD.
.
Bapak drp PhD pun dia boleh dpt if dia nak.
Ilmu dia banyak,
Kemampuan dia tinggi,
Presentation skill dia tinggi,
Senang2 ja nak Viva…
.
.

Jangan tengok apa buruknya orang,
Tengok baiknya.
Banyak sgt baiknya DAO.
Korang dah kaji belum?
Atau suka cari buruk orang ja?
.
.
Ada yg kutuk DAO gemuk,
Yg kutuk dia pun 2×5 ja tengok gemuk
Gemuk pun diambil kira?
Org nak tgk Ilmunya.
.
.
Ada yg x kenal DAO,
Tp dah x suka DAO,
Mudah sangat x suka kt org ya.
Sbb katanya ada student DAO menipu.
DAO ada ratusan ribu student,
Mcm mana DAO nak kawal semua studentnya supaya x menipu?
.
.
Kalau korang yang menipu,
Nak salah siapa?
Mak bapak korang?
.
Anak ustaz pun ada menipu.
Apatah lagi anak didik.
.
Ada kata DAO jual air liur jer,
Cuba korang jual air liur korang,
Agak2 laku ke?
Silap2 kaku atas pentas.
Terketar2.
Ilmu nak share pun xde.
.
.
Jangan korang suka cari buruk dan salah orang.
Sebab korang pun ada buat salah.
.
.
“Ellehhh dia niii taksub DAO lettuwww!”
.
.

Saya x taksub DAO,
Seminar DAO pun saya bru sekali pergi.
.
.
Cuma nak tekankan,
Jangan la suka burukkan orang,
Korang pun belum tentu bagus,
Banyak juga buruk korang,
Cuma Allah mungkin tutup aib korang,
Atau korang sendiri tak sedar aib korang yg terpampang.
.
.
Jgn hukum DAO,
Kalau betul dia menipu,
Korang pasti guru2 korang kat sekolah dulu tak pernah menipu?
Korang sendiri tak pernah menipu?
.
.
Saya kenal ramai student DAO.
Mereka belajar drp DAO bukan sebab title Dr.
Tp drp result dia bangunkan ramai usahawan, terutamanya kaum Melayu,
Kaum Melayu juga yg kutuk DAO.
.
Kalau kerana title Dr.,
Pergi la cr Dr. kt Universiti,
Belum tentu Dr. kt Universiti tu boleh sampaikan ilmu yg proven success.
.
Ada yg x kenal DAO betul2 yg banyak kutuk DAO.
Dan yg kutuk2 tu,
Saya tgk kehidupan korang x la mcm mana pun
Negatif
.
.
Student DAO ramai yg berjaya.
Korang?
.
.
Saya banyak ikuti video DAO,
Xde pun ajar benda2 yg xbagus,
Semua bagus2 belaka.
.
.
Ada yg kata,
Yuran cekik darah.
Habis DAO, staf dia, kos operasi, family dia semua makan pasir? Makan batu?
.
Ada yg kata kalau nak bantu org ramai,
“Cukup2 la ambil duit kos event.”
Cakap pakai kepala lutut!
Cuba korang sendiri buat event.
.
Eh, imam masjid pun dpt elaun, bilal pun dapat elaun, ustaz ustazah pun dapat gaji, mufti pun dpt elaun. Patut tak payah lah kan? Sbb nak bantu…
.
.
Yuran tu korang rasa mahal,
Sebab korang xde duit…
Tu yg rasa mahal
.
.
Tp org yg nak belajar,
Sanggup berkorban,
Itu la komitmen,
Lepas tu jana berlipat2 kali ganda dgn pelaburan yuran komitmen,
Yuran ilmu.
Bg yg dah berjaya mesti fikir,
Kenapa DAO cas yuran rendah?
Tp dulu rasa mahal juga,
Sbb duit tak banyak.
.
.
Eh korang sambung universiti yuran puluh ribu, ratus ribu, tak termasuk duit mak ayah bagi lagi, tu apa cerita?
3-5 Tahun lagi tu pergi belajar.
Tak mahal?
Tak cekik darah?
Hutang PTPTN masa belajar dulu dah habis bayar?
Student DAO rasanya takde berhutang dgn DAO utk belajar.
Balik siap boleh jana income lebih lagi.
Boleh bayar hutang PTPTN.
Bebas hutang.
.
.
Ramai student DAO berjaya dalam bisnes dan kehidupan. Berakhlak.
.
.
Korang taknak belajar drp DAO tak yah la belajar.
Jangan kutuk.
Cari je guru lain.
Cuma jgn kutuk.
.
.
.
Tp yg kutuk tu,
Sebenarnya, Bukan nak belajar pun.
Mmg jenis suka kutuk orang.
.
Ni lah biawak2.
.
Hidup asyik tak puas hati dgn orang
.
.
.
Korang kata orang menipu,
Korang kutuk secara terbuka,
Kan namanya mengumpat?
.
Pasti ka dia menipu?
Kalau salah, kan dah jd fitnah?
.
.
Dosa org kutuk, umpat & fitnah kena minta maaf drp org,
Dosa org dgn Allah, boleh mohon dgn Allah
.
.
Skrg siapa lg teruk,
Korang atau DAO?
.
.
.
Sekurang2nya DAO ada banyak company besar2,
Dah buat haji,
Pergi mekah banyak kali,
Ada sekolah tahfiz,
Banyak CSR,
Buka banyak peluang pekerjaan kepada ramai orang,
Ada Kolej sendiri,
Banyak kali keluar TV,
Ada slot sendiri di TV,
Kawan dgn org2 besar dan positif,
Bantu ramai orang berjaya,
Banyak sediakan ilmu percuma,
Banyak buat seminar percuma.
.
“Ellehhh berkat ke semua tu dgn menipu?”
.
Korang pasti sgt ke dia menipu?
Kenapa nak sibuk berkat atau tidak rezeki org lain?
Serahkan lah kat Allah,
Tu kan keja Allah,
Korang nak ambil alih kerja Allah ke?
.
.
Korang?
Apa sumbangan korang?
Dah banyak manfaat selama hidup?
.
Mak ayah sendiri boleh tanggung dan bagi kesenangan?
Atau masih minta duit mak ayah?
.
.
Siapa lagi banyak manfaat?
Korang atau DAO?
.
.
Atau hidup korang mmg asyik tak puas hati dengan orang?
.
.
.
Kesiannn… Katak2 yg masih dalam tempurung….

kredit fb

Azfar Nizam 
Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna!!MOHON SEBARKAN !!

Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna!!MOHON SEBARKAN !!

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda saw menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian,

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
– Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
– Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu baginda saw bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian Baginda saw menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

-Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

-Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

-Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

-Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Baginda as akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan Baginda as akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan Baginda as juga yang akan membunuh Dajjal.

-Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

  1. Gempa bumi di Timur.
  2. Gempa bumi di Barat.
  3. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

-Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

kredit: pieogiey_daniel

Tarikh Luput Pada Makanan, Apa Beza ‘Baik Sebelum’ Dengan ‘Guna Sebelum’? Ramai Tak Tahu !

Tarikh Luput Pada Makanan, Apa Beza ‘Baik Sebelum’ Dengan ‘Guna Sebelum’? Ramai Tak Tahu !

Sebelum kita membeli makanan yang ada packaging kita mesti tengok dulu tarikh luput terutama sekali seperti roti, susu dan sebagainya. Tapi perasan tak sebenarnya ada yang tulis ‘baik sebelum’ dan ada yang tulis ‘guna sebelum’?

Sebenarnya apa beza kedua-dua ni eh? Ada beza ke sama je?

Rupa-rupanya memang ada perbezaan pada kedua-dua ni. Pertama sekali, ‘baik sebelum’ selalunya berkaitan dengan kualiti makanan. Makanan dalam tin, makanan beku dan coklat menggunakan ‘baik sebelum’ dan bukannya ‘guna sebelum’. Jadi ini bermakna ia selamat dimakan selepas tarikh yang tertera. Kalau selagi nampak elok tak ada bau pelik dan semacam guna saja. Tapi kalau dah bau lain, atau mungkin rasa dah lain baik jangan guna ya?


‘Guna sebelum’ pula berkaitan dengan keselamatan makanan dan biasanya dilihat pada daging dan produk tenusu. Makanan sebegini memang perlu dibuang pada tarikh itu kerana ia berbahaya untuk dimakan.ementara ‘gunakan sebelum’ berkaitan dengan keselamatan produk.

Sekarang dah tahu!

Sumber: Cosmopolitan.my Oleh: Aimi Nordin

HASIL Campuran Cuka JALEN Dan Softener DAIA Ini Buat Ramai Surirumah TERSENYUM PUAS !!!

HASIL Campuran Cuka JALEN Dan Softener DAIA Ini Buat Ramai Surirumah TERSENYUM PUAS !!!

 Dikongsikan oleh FB Rosma Abdul Rahman (LINK). Dulu saya selalu guna pelembut pakain/softener berjenama agak mahal disebabkan bau harumnya pada pakaian tahan agak lama. Selepas seminggu bau harum masih ada.

Tetapi baru-baru ini saya teringat akan satu petua jiran lama saya. Setiap kali lalu depan rumah dia dahulu , pasti tercium bau wangi sangat bila dia sidai baju. Rumah saya tingkat 2 rumah dia ground floor tetapi bau wangi pakaian dia boleh sampai ke rumah saya.

Jadi saya tergerak hati ingin mencuba petua tersebut sejak kebelakangan ini. Petuanyaa sangat mudah & murah.

Sediakan air yang dicampur softener tidak kisah apa jenama , sekarang saya gunakan softener jenama murah je pun iaitu Daia, campuran softener tadi pula ditambah dengan secawan kecil cuka makan. Atau untuk 4-5kg berat pakaian, 30mls cuka makan.Gunalah la untuk bilasan akhir pakaian anda.

Hasilnya tersangat WOW!!!. Wangi dia tahan lama sangat, ditambah pula pakaian jadi bertambah lembut dari biasa & mudah digosok. Walaupun pakaian disimpan dalam almari wanginya tahan dekat 3 minggu.

Sampaikan pagi ni,

“Amoi!.” Jiran sebelah tegur

Terkejut saya bila tiba-tiba ditegur.

“Ada apa aunty?” Tanya saya

“Amoi you pakai sabun apa? “

“Banyak wangi lor.”

Saya pun cerita la petua jiran lama saya tu, dia cakap mahu try la Amoi. Sudah lama mahu tanya tapi selalu Aunty lalu you sudah masuk rumah.

Siapa sangka bau wangi pakaian pun boleh merapatkan hubungan sesama jiran tertangga, jiran saya majority cina di tempat baru ni.

Kalau anda rasa petua ni bermanfaat sila share mana tahu boleh merapatkan ukhwah sesama jiran anda semua. Kredit FB Rosma Abdul Rahman (LINK)

Tambahan. Manfaat Cuka Pada Pakaian

1. Mencerahkan dan memutihkan.

Kandungan asam pada cuka putih memiliki tingkatan yang sedang sehingga tidak merusak kain dan cukup kuat untuk menghilangkan noda sabun dan deterjen. Setengah tutup cuka saja sudah mampu untuk membuat warna pakaian menjadi lebih terang dan jelas. Selain itu kandungan ini juga mampu membuat baju-baju yang kusam menjadi kembali putih warnanya.

2. Menghilangkan bau lembap.

Pakaian atau handuk yang belum kering secara sempurna cenderung memiliki bau yang lembap dan dapat menimbulkan jamur. Untuk membuat baunya menjadi segar kembali campuran air hangat dengan dua tutup cuka dapat menghilangkan bau lembap secara cepat dan mudah.

3. Melembutkan pakaian.

Walaupun sudah terdapat berbagai macam pelembut dalam berbagai merek yang beredar di pasaran tetapi cuka tetap dapat digunakan sebagai pelembut yang alami. Setengah tutup dari cuka ketika mencuci dapat membuat kain pakaian menjadi lembut dan tidak meninggalkan noda pada pakaian.

4. Mencegah debu dan bulu binatang menempel.

Penggunaan cuka ketika mencuci pakaian juga dapat mencegah menempelnya debu-debu halus dan bulu-bulu hewan menempel pada kain. Cukup setengah tutup yang dicampur ketika mencuci baju dapat mencegah munculnya noda-noda yang tidak Anda inginkan.

 
Aircond Kereta Tak Sejuk? Ini Cara Mudah Servisnya Sendiri (Mohon Kongsikan)

Aircond Kereta Tak Sejuk? Ini Cara Mudah Servisnya Sendiri (Mohon Kongsikan)


D.I.Y SEJUKKAN AIRCOND KERETA

Musim-musim panas ni kalau aircond kereta buat hal kejap sejuk kejap tak jom lah kita buat sikit D.I.Y ni untuk sejukkan aircond kereta tanpa perlu ke bengkel kereta yang entah berapa RM kena cas nanti kan.

Artikel ini dipetik menerusi Facebook Seri Kehidupan Abadi.

Tak mahal pun buat D.I.Y ni, beli beberapa barang yang tak sampai rm50 je pun, dah boleh sejuk kereta korang.

MUDAH & SAVE BUDGET dengan ekonomi negara dan ekonomi sendiri tak menentu ni.

Antara bahan-bahannya ialah :

Foam Pipe
Aluminium foil tape
Cable Ties
Pisau @ Gunting

Dah ada bahan-bahannya boleh lah mula membalut… Jom kita mulakan.

Kalau tak tahu nak cari mana salur paip aircond. Buka aircond kereta anda kemudian tunggu beberapa minit kemudian matikan engine. Tengak mana-mana salur dekat bahagian engine yang nampak macam basah-basah sket. Kemudian cuba sentuh jika sejuk. Itulah salur aircond kereta anda. Dan boleh lah mulakan proses D.I.Y sejukkan aircond kereta anda.

Kasi balut habis dari paip bawah sampai ke hujung. Sejukkk woo aircon keta nanti.

Sejak Berikan Nafkah Bulanan Kepada Isteri Walaupun Dia Gaji Besar, Rezeki Aku Bertambah, Lapang Dan Mudah

Sejak Berikan Nafkah Bulanan Kepada Isteri Walaupun Dia Gaji Besar, Rezeki Aku Bertambah, Lapang Dan Mudah

Apabila sesebuah rumahtangga didirikan oleh insan bernama lelaki dan perempuan, maka terbinalah satu cinta, perjanjian untuk hidup bersama hingga akhir hayat.

Rumah tangga yang dibina adalah menjadit tanggunjaab suami dan isteri untuk menjaganya, masing-masing mempunyai tugas masing-masing dan lakukanlah berdasarkan tuntutan agama namun tidak salah jika salah seorang bertolak ansur tolong menolong.

Dalam hal perbelanjaan rumah sudah pasti ianya tanggungjawab suami, namun tidak menjadi kesalahan jika isteri itu sendiri hendak bantu si suami, tetapi ketahuilah melaksanakan tanggungjawab seperti dituntut agama itu ada keberkatannya.

Dikongsikan oleh Doktor Mahyuddin Mohamed satu artikel yang amat baik kisah keberkatan rumah tangga yang beliau perolehi selepas menajalankan tanggungjawabnya sebagai suami.

Jom kita baca,

Wang Nafkah Bulanan Isteri:

Duitmu buat dirimu, duitku duitmu jua

*************************************
Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.

“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham.

“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.

“Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya.

“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.

Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB.

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.

“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”

“Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu”

Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.

“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!”

Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.

Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.

Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan.

Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.

Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.

Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.

Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?

Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.

Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita.

A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)
Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah.

Kongsikan dengan suami2 diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan.

Siakapkeli.my

Gambar kilang proses daging manusia tersebar !!!

Gambar kilang proses daging manusia tersebar !!!

Beijing – China terpaksa menafikan dakwaan bahawa ia memerap mayat sebelum memasukkannya dalam tin dan dijual sebagai bahan makanan di Afrika selepas khabar angin mengenainya menjadi viral di Facebook.

Khabar angin mengenai penggunaan daging manusia itu mula viral selepas beberapa gambar kononnya mayat manusia dilapah tersebar di media sosial, kononnya dirakam di dalam kilang memproses daging.
Media Zambia dituduh menggalakkan penyebaran khabar angin itu selepas menyiarkan artikel yang kononnya memetik sumber dari kilang memproses daging di China.

Menurut satu ‘sumber’ dipetik, idea untuk menjual daging manusia sebagai bahan makanan tercetus selepas pihak berkuasa menyedari ia semakin kehabisan ruang untuk mengebumikan mayat.

Ada pula mendakwa kononnya Beijing mahu menjual ‘daging yang elok’ hanya kepada negara maju dan kaya.