Month: October 2016

KEAJAIBAN SEDEKAH Kenapa Si Mati Lebih Memilih untuk Bersedekah Seandainya Dia Dikembalikan ke Dunia?

KEAJAIBAN SEDEKAH Kenapa Si Mati Lebih Memilih untuk Bersedekah Seandainya Dia Dikembalikan ke Dunia?

Sebagaimana firman Allah, “… Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku sedikit masa lagi, supaya aku dapat bersedekah,” (Surah al-Munafiqun: 10). Sedangkan dia tidak berkata, “Supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “Supaya aku dapat solat” atau “supaya aku dapat berpuasa”?

Seorang ulama berkata, “Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.”

Maka hendaklah kamu perbanyak sedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada di bawah naungan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah untuk saudara yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

Oleh kerana itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anak kita supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Bersedekahlah. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu dari pintu-pintu syurga.

2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.

4. Sedekah boleh memadamkan kemurkaan Allah dan panasnya kubur.

5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kuburan dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah).

BACA JUGA:

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah puncak kegembiraan si pemberi dan puncak wajahnya bercahaya di hari kiamat.

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana kehilangan sesuatu darinya (hari kiamat).

9. Sedekah menjadi puncak keampunan terhadap dosa dan penghapusan dari kejahatan.

10. Sebagai pembawa berita gembira tentang akhir yang baik dan puncak doa malaikat buatnya.

11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah juga adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi).

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar.

14. Orang yang suka berinfak adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi puncak lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.

17. Bersedekah memustajabkan doa dan menyelesaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi puncak rezeki dan kemenangan.

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh.

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung. []

Sumber: Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

*sumber islamps.com

Kemenangan di Syria, Dajjal dan Turunnya Nabi Isa

Kemenangan di Syria, Dajjal dan Turunnya Nabi Isa


SYRIA mengalami konflik kepanjangan. Umat ​​Islam ditindas rejim Syiah. Ratusan ribu nyawa umat Islam melayang. Adakah penindasan it uterus berlangsung? Berikut nubuwat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallah berkaitan Syam dan Negeri Akhir Zaman dikutip dari buku Negeri-negeri Akhir Zaman karya Abu Fatiah al Madani

Saksi Pertempuran Besar Malhamah Al-Kubra

Imam Muslim dalam hadis yang panjang menerangkan perang ini dengan terperinci. Lengkapnya sebagai berikut:

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga bangsa Romawi sampai di A’maq atau Dabiq. Kedatangan mereka akan dihadapi oleh sebuah pasukan yang keluar dari kota Madinah yang merupakaan penduduk bumi yang terbaik pada masa itu. Apabila mereka telah berbaris (dan berhadap-hadapan untuk berperang), bangsa Romawi akan menggertak, ‘Biarkan kami membuat perhitungan dengan orang-orang kami yang kalian tawan! (Maksud mereka orang Romawi yang telah masuk Islam). Mendengar gertakan itu, kaum Muslimin menjawab, “Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kalian mengusik saudara-saudara kami!”

Maka terjadilah pertempuran antara dua pasukan. Satu pertiga pasukan Islam akan melarikan diri dari medan pertempuran, maka Allah tidak akan mengampuni mereka (memberi taufiq untuk bertaubat) selama-lamanya. Satu pertiga pasukan Islam yang lain terbunuh dan mereka adalah sebaik-baik mati syahid di sisi Allah. Satu pertiga pasukan Islam lain akan memenangi peperangan, tanpa mendapat fitnah (bencana atau kesesatan) sedikitpun selamanya.

Kemudian mereka menakluk Konstatinopel. Ketika mereka tengah membagi-bagi harta rampasan perang dan telah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun, tiba-tiba terdengar suara teriakan syaitan, “Sesungguhnya Dajjal telah menguasai keluarga kalian!”

Mereka pun segera bergegas pulang, namun ternyata berita itu bohong. Tatkala mereka telah sampai di Syam, barulah Dajjal muncul. Ketika mereka lagi mempersiapkan diri untuk berperang dan merapikan barisan, tiba-tiba datang waktu solat. Pada masa itulah Nabi Isa turun. Ia memimpin mereka (memerangi Dajjal). Begitu melihat Isa, si Dajjal meleleh hancur bagaikan garam yang mencair. Sekiranya ia membiarkannya, sudah tentu musuh Allah itu akan hancur lebur. Namun Allah membunuhnya melalui perantara tangan Isa, sehingga Isa menunjukkan kepada kaum Muslimin darah Dajjal yang masih segar melekat di hujung tombaknya. “

Rasulullah menyebut Romawi dalam Hadis yang menceritakan Malhamah Kubra ini, mengisyaratkan bahawa Amerika bukan unsur utama. Amerika pada masa itu sudah hancur. Sedangkan Rom yang dimaksudkan di sini adalah Eropah. Ini betul-betul mengulang masa lalu ketika Perang Salib. Pada akhirnya pada Perang Salib itu umat Islam keluar sebagai pemenangkan. Kemenangan itu juga bakal di raih umat Islam pada akhir zaman kelak. Itulah janji Allah yang tak pernah ingkar.

Ghautah Menjadi Pusat Pertahanan

Rasulullah bersabda, “Tapak perkhemahan kaum Muslimin pada saat terjadinya malhamah (perang besar) adalah Gauthah, disamping Damsyik. (Riwayat Ibnu Majah, Al Hakim dan Ibnu Asakir).

Realiti sekarang ini menjadi bukti awal kebenaran nubuwat Rasulullah ini. Ghautah dibagi menjadi dua daerah (daerah): daerah Ghautah Timur dan daerah Ghautah Barat. Semasa revolusi rakyat Syria (2011-2013), Ghautah Timur menjadi salah satu kekuatan mujahidin. Rakyat Muslim di daerah ini sangat mendudung mujahidin, walaupun puluhan ribu di antara mereka sudah dibunuh rejim Syria.

Nabi Isa Turun di Damsyik

Salah satu tanda-tanda kiamat, turunnya Nabi Isa menjelang akhir zaman. Berdasarkan Hadits shahih Muslim, Isa turun di menara putih sebelah timur Damsyik. Isa mengenakan dua pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua malaikat. Bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya. Dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Tidak ada orang kafir yang mencium nafasnya kecuali pasti mati. Padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Isa kemudian mencari Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya. Isa lalu datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi Allah dari Dajjal. Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu darjat mereka di syurga.

Ibnu Kathir menjelaskan Hadis ini, “Berdasarkan beberapa kitab yang saya baca, beliau turun di menara putih sebelah timur Masjid Jami ‘Damsyik.”

Di Damsyik, lanjut Ibnu Katsir, tidak ada menara di bahagian timur selain di sebelah Masjid Jami ‘Damsyik.

Rasulullah bersabda, “Sebelum terjadi kiamat akan keluar api dari Hadhramaut atau dari laut Hadhramaut yang mengumpulkan manusia. Kami bertanya, “Apa yang engkau perintahkan kepada kami, wahai Rasulullah? Beliau menjawab, hendaklah kamu berada di Syam. “

sumber http://www.hidayatullah.com/
Ahli Farmasi Jelaskan Kenapa Jangan Simpan Ubat Demam Dalam Peti Ais , Jangan TERKEJUT !

Ahli Farmasi Jelaskan Kenapa Jangan Simpan Ubat Demam Dalam Peti Ais , Jangan TERKEJUT !


Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka peti sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk? Mesti ada kan?

Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.

Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?

Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan ‘paracetamol’. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ini antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.

Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.

Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?

Persoalannya berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?

Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml – 100ml ubat sahaja.

Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.

Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.
Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 – 2 bulan mengikut jenis ubat.

Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.

Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.

Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam Yang Telah Dibuka

Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.

Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti seju, suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.

Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan menyebabkan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.

Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.

Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.

Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga sampai tarikh luputnya.

Kredit: thevocket.com

(Share) Air Rebusan Jagung Boleh Merawat Darah Tinggi, Diabetes & Batu Karang!

(Share) Air Rebusan Jagung Boleh Merawat Darah Tinggi, Diabetes & Batu Karang!


Khasiat Tersembunyi Air Rebusan Jagung
Semua orang mesti menyukai jagung, terutamanya jagung rebus, jagung bakar dan jagung manis. Sememangnya jagung rebus paling enak dimakan ketika cuaca sejuk. Semasa merebus jagung,  air rebusan jagung tersebut jangan dibuang, ini kerana air rebusan jagung sangat berkhasiat untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit, antaranya ialah, untuk mengubati tekanan darah tinggi/hipertensi, kencing manis/ diabetes, menyembuhkan batu hempedu, menyembuhkan masalah batu karang, serta untuk menghentikan tabiat anak suka kencing malam. 
Jom TM kongsikan apa Khasiat Tersembunyi Air Rebusan Jagung;
Antara khasiatnya ialah:
1. Air rebusan jagung untuk mengubati tekanan darah tinggi
caranya;
– Bahan yang diperlukan adalah 5-7 tongkol jagung muda serta 1 genggam bulu jagung.

–  Rebus jagung dan bulu jagung tadi dengan air 110 ml

– Kemudian tapis air rebusan jagung tersebut, amalkan selama 7 hari.

 
 2.Air rebusan jagung untuk pesakit diabetes
caranya:
– Rebus jagung dengan tangkainya sekali, ini kerana di situlah terletaknya khasiat tersebut.
– Sesudah masak minumlah air rebusan jagung tersebut dengan amalkan 2-3 kali seminggu.
– Jikalau diamalkan insyaallah.
 

3. Air rebusan jagung untuk menghentikan tabiat anak suka kencing malam
Caranya:
– Bahan yang diperlukan adalah 1 genggam bulu jagung
– Campurkan bulu jagung tadi dengan satu cawan air teh teh dan minum sebelum tidur.
– Jangan menggunakan bulu  jagung secara berlebihan,ini kerana bulu jagung boleh menurunkan tekanan darah dengan cara cepat dalam waktu yang singkat.
 
4 .Air rebusan jagung untuk menyembuhkan batu karang
– Bahan yang diperlukan  ialah 4 tongkol jagung muda ,  1 genggam bulu jagung serta 8 helai daun Keji Beling
– Rebus Semua bahan tadi dengan  110 ml air
– tapiskan air rebusan jagung tersebut, serta minumlah setiap hari.
 
5. Air rebusan jagung untuk mengubati batu hempedu
– Bahan yang diperlukan adalah  5 tongkol jagung muda serta 5 gram herba misai kucing.
– Rebus semua  bahan tadi  dengan  110ml air.
– Tapis air rebusan jagung tersebut, serta minum setiap hari selama 2 minggu.
 
haa itulah antara khasiat tersembunyi air rebusan jagung yang kita tidak ketahui. lepasni boleh makan jagung banyak-banyak .
Jom sama-sama kongsikan maklumat ini.
Semoga bermanfaat buat semua, terutamanya mereka-mereka yang kerap mengambil ubat-ubatan kimia.
Sumber: kesehatanpedia.com
Maksud Disebalik Nombor 786 Yang Selalu Ada Di Papan Tanda Kedai Mamak (Jom Share)

Maksud Disebalik Nombor 786 Yang Selalu Ada Di Papan Tanda Kedai Mamak (Jom Share)

post-feature-image
Ketika mencari beberapa info di Google… saya terbaca artikel ini dalam Blog ‘Demi Pena’.. dan penerangannya memang terperinci bersesuaian dgn apa yg telah aku cari selama ini.. aku selalu terlihat tanda ‘786’ ini di paparkan di ‘signboard’ kedai makan India Muslim.. dan aku pernah terdengar dalam kandungan lirik lagu kumpulan muzik di Malaysia yg bunyinya lebih kurang begini “786 Alhamdulillah syukur”.. aku sering tertanya apa maksud 786 dalam Islam.. dan pernah ternampak dalam movie Bollywood yg dilakonkan oleh hero kegemaranku ShahRukh Khan yg di penjara kerana kesalahan mencintai seorang wanita hindu yg di lakonkan oleh Priety Zinta.. dalam penjara tersebut Shah Rukh Khan di panggil dengan nama ‘786’ yg di anggap suci… dan hari ini.. segala persolan mengenai nombor ini telah terbungkai.. terima kasih yg tidak terhingga kepada saudara AlFaisal empunya ‘Demi Pena”.. semoga segala usaha saudara AlFaisal diberkati Allah SWT dan mendapat keredaanNYA… Amin


*saya menulis artikel ini bukanlah bertujuan menyerang secara peribadi mana-mana pihak tetapi untuk menjelaskan sesuatu bagi menghilangkan kekeliruan dan mengharap keredhaan-Nya. yang baik dari Allah dan yang buruk natijah dari kelemahan saya sebagai hamba-Nya namun tiap satu kejadian itu tetap dari Allah.

Dalam saya melayari forum-forum baru-baru ini, saya tak sangka sehingga hari ini masih ada yang terkeliru mengenai angka 786 yang dikatakan membawa maksud Basmalah (Bismillahi-Rahmani-Rahim). Dalam forum sebuah kumpulan penyanyi remaja yang agak dikenali dewasa ini, penggunaan 786 sebagai penggati Basmalah masih dipertahankan. Kasihan melihat sesetengah mereka yang tidak banyak ilmu agama disuruh rujuk pada sebuah website kumpulan anti hadis mengenai 786. Dengan ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan sekadar kemampuan agar tiada dari kita tertipu lagi terutamanya golongan remaja yang dewasa ini mungkin semakin kerap dimomokkan dengan angka tersebut.


Asal-Usul Angka 786 


Agak perlu untuk kita lihat dari mana asal-usul angka 786 ini.Nombor 786 ialah jumlah beberapa nilai dari huruf-huruf basamalah. Cara mengiraan ini dikenal dengan kaedah Abjad, itu memberi nilai-nilai arithmetik kepada huruf-huruf tersebut. Menurut Dr. Muzammil H. Siddiqi, bekas Presiden ISNA, ia dicipta pada Abad ke 3 Hijrah semasa zaman Abbasiyyah, dan banyak digunakan dinegara-negara Pakistan dan India.[1] Perkara yang sama juga turut dinyatakan dalam sebuah laman web anti-hadis, yang saya rasa tak perlulah saya sertakan URL-nya memandangkan ia sesat lagi menyesatkan.


Cara pengiraanya : (berapa kali huruf didarab dengan nilai huruf)


ب (1 kali * 2 = 2)

س (1 kali * 60 = 60)

م (3 kali * 40 = 120)

ا (3 kali * 1 = 3)

ل (4 kali * 30 = 120)

ه (1 kali * 5 = 5)

ر (2 kali * 200 = 400)

ن (1 kali * 50 = 50)

ح (2 kali * 8 = 16)

ي (1 kali * 10 = 10)

Jumlahnya = 2+60+120+3+120+5+400+50+16+10 = 786

Menurut laman tersebut juga ada menyatakan, menggantikan Basmalah dengan angka 786 adalah bertujuan mengelakkan menulis Basmalah dan ayat Quran lain di atas kertas biasa.

(to avoid writing the name of Allah or the Qur’anic ayah on ordinary papers.)

Bid’ah Angka 786 Menggantikan Basmalah.

Dalam ibadah dan urusan agama Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah sebaik-baik ikutan dan panduan.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]

Kita dilarang menambah-nambah atau mereka-reka sesuatu yang tak diperkenalkan Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam dalam urusan agama kerana setiap bid’ah yang melibatkan ibadah dan urusan agama adalah terlarang.


Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:
Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat. [2]

Dalam satu lagi hadis yang hampir serupa dijelaskan lagi:


dan setiap kesesatan itu tempatnya kelak di dalam neraka. [3]
من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو ر

Barangsiapa siapa yang mengamalkan sesuatu perkara yang bukan mengenai perkara kami [e.g. Islam], akan ditolak [4]


Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda: 


Sesungguhnya aku hanyalah manusia, apabila aku memerintahkan kalian sesuatu berkenaan agama kalian maka berpeganglah kalian dengannya dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu daripada pandangan persendirian maka aku hanyalah seorang manusia. [5]


Dan berkata Ibnu Mas’ud :

“Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu – perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)”


Seperti kita kekal maklum Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam tak pernah pun menggantikan kalimah Basmalah dengan apa-apa nombor. Begitu juga generasi salaf. andai ianya baik sudah tentu diperjelaskan penggunaan nombor pengganti kalimah Basmalah. Penjelasan bahawa kalimah tersebut diganti kerana nak memelihara kesuciannya (ditulis di kertas-kertas, disentuh orang bukan Islam etc.) adalah tidak masuk akal kerana kalau benar mengapa Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam sebagai contoh tauladan kita masih mengutuskan surat mengandungi ayat Quran pada surat baginda buat Heraclius.[2] Tidakkah baginda risau akan ayat Quran yang diutuskan pada bukan Muslim?

“Nombor 786 tetap bermakna 786 dan tiada lebih dari itu. Apabila Allah swt atau Nabi saw mengajar kita sesuatu, mereka melakukan dengan cara yang paling jelas, jauh dari teka-teki dan nombor-nombor misteri. Semua usaha yang dilakukan oleh orang-orang Islam bagi mengira huruf dan menhubungkannya dengan nombor tiadalah apa didalamnya tetapi membazir masa. Adakala mereka melakukan dengan tujuan baik bagi menunjukkan agama kita hebat. Sesungguhnya agama amat hebat, dan ia tidak memerlukan cara yang salah ini”. [6]

Fatwa negeri Johor Darul Takzim

Keputusan fatwa negeri Johor Darul Takzim mengenai Hukum mempercayai dan menyakini bahawa angka 786 adalah bermaksud Bismillahi Rahmani Rahim menyatakan yang ianya adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dalam syariah serta akhlak Islam.


Juga dinyatakan perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T. Semua diminta untuk menghentikan kepercayaan dan penggunaannya serta merta. [7]


Kesimpulan

Dalam setiap urusan agama hendaklah berpandukan sumber Al-Quran dan Hadis yang Sahih. Mengantikan ayat-ayat suci dengan angka-angka nyata tak membawa apa-apa makna dan faedah malah dalam pngkhususan hukum bacaan Al-Quran pembaca yang hanya menyebut angka-angka tidak memperolehi apa-apa manfaat dari bacaannya. Setiap kali muncul sesuatu yang dirasakan aneh rujuklah dari mana sumbernya kerana musuh-musuh Islam dan Dajjal-Dajjal sentiasa berusaha menyesatkan pemahaman umat Islam. Agama yang dibawa Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah syumul dan tak perlu lagi tokok tambah perkara yang sia-sia dalam urusannya.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi Deen bagimu.[Al-Maidah 5:3]

Wallahua’lam
alFaisal

Cyberjaya

22 Ogos 2005

——————————————————————————-
[1] 2. Dr. Muzammil H. Siddiqi. Can the Number “786” Substitute for the Basmallah? url :http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=78709
[2] Diriwayatkan oleh Saidina Irbadh Bin Sariah (r.a) , sbg mana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam sunannya, Kitab As-Sunnah, Bab Luzum As-Sunnah, Hadis 4596, at-Tirmizi (no. 2676). Disahihkan Ibn Hajr di dalam Takhreej Ahaadeeth Ibn ul-Haajib (1/137).
[3] Diriwayatkan oleh an-Nasaa’ee (1/224) dari Jaabir bin Abdullaah dan disahkan sahih oleh Shaikh ul-Islam Ibn Taymiyyah in Majmu’ al-Fatawa (3/58).
[4] Riwayat Muslim 1718, dari hadith A’isyah (r.h).
[5] Hadis dari Rafi bin Khadji radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 2362. (Kitab al-Fadail, Bab Kewajipan Mengikuti Rasulullah dalam Urusan Agama dan Bebas Mengikut Fikiran Sendiri dalam Urusan Lain). Terdapat juga hadis senada dari Musa bin Talha radiallahu-anhu, Sahih Muslim – no:2361.

[2] Rujuk

surat
baginda pada Heraclius dalam Sohih Bukhari, Volume 1, Book 1, Number 6
[6] 1. Shikeh Muhammad Salih Al-Munajjid. The number 786 means 786 and nothing more url :http://63.175.194.25/index.php?ln=eng&ds=qa&lv=browse&QR=259&dgn=3
KELEBIHAN SEORANG YANG KEMATIAN ANAK KECIL.. SEBARKAN KEPADA YANG BELUM TAHU !!

KELEBIHAN SEORANG YANG KEMATIAN ANAK KECIL.. SEBARKAN KEPADA YANG BELUM TAHU !!

Rasulullah ﷺ merupakan pemberi syafaat utama kepada umatnya tetapi ada juga syafaat lain iaitu syafaat anak kecil yang meninggal dunia sebelum usia baligh sebagaimana diceritakan melalui kisah berikut ;
Hadrat Malik bin Dinar r.a. merupakan seorang warak yang masyhur. Kehidupannya pada permulaan tidak berapa elok. Salah seorang telah bertanya kepadanya, “Apakah yang telah berlaku yang membuat tuan bertaubat dari kehidupan yang terdahulu?”

Beliau menjawab, “Ketika dahulu saya seorang tentera, terlalu ketagih dengan arak dan sentiasa sibuk dengan arak. Saya telah membeli seorang hamba wanita yang amat jelita. Daripadanya telah lahir seorang anak perempuan yang amat saya sayangi. Anak itu pun sangat sayang kepada saya. Apabila dia telah mula berjalan bertatih, maka kasih sayang saya kepadanya telah bertambah dan dia sentiasa bersama saya.

Tetapi adalah menjadi suatu tabiatnya yang mana apabila saya hendak minum arak, dia mengambil cawan di tangan saya dan menuangkannya di atas pakaian saya. Oleh kerana saya terlalu sayang kepadanya saya tidak dapat membuat apa-apa dan ketika berusia 2 tahun, dia telah meninggal dunia. Kematiannya amat melukakan hati saya.

Berlaku sekali peristiwa pada malam 15hb Syaaban saya telah banyak minum arak. Dalam keadaan mabuk terus tidur. Solat Isyak pun belum ditunaikan.

Saya bermimpi kiamat telah berlaku. Manusia mengibas2 tanah dari kepala, mereka bangkit dari kubur masing-masing berjalan ke Padang Mahsyar. Ketika berjalan ke Padang Mahsyar, saya mendengar sesuatu di belakang saya. Saya melihat seekor AZDAHA (ular yang terlalu besar) mengejar saya. Ular itu berwarna hitam, bermata kuning, mulutnya terbuka luas. Ular itu datang kepada saya dengan pantas.

Dikuasai oleh perasaan takut yang amat sangat, saya pun berlari secepat mungkin. Sedang berlari saya bertembung dengan seorang tua yang berpakaian putih bersih, berbau harum. Saya telah memberi salam kepadanya dan dia pun menjawab salam saya.

Saya meminta, “Tolonglah tuan, ular itu sedang mengejar saya!”
Dia menjawab, “Aku sangat lemah. Dia terlalu kuat. Aku tidak mampu menolong kamu atau melawannya. Tetapi kamu mesti berlari laju lagi. Mungkin di hadapan nanti kamu boleh mendapat sesuatu untuk menyelamatkan diri kamu dari ular itu”.

Di satu tempat saya melihat satu busut dan terus naik ke atasnya. Saya nampak api neraka yang amat menjulang bahaya. Walaupun api neraka itu sangat dahsyat, namun kerana dikuasai perasaan takut pada ular itu saya hampir terjatuh ke dalam jurang api neraka itu.

Ketika itu saya mendengar satu suara yang agak kuat. “Undur balik. Engkau bukanlah dari kalangan mereka (ahli neraka)”.

Maka saya pun patah balik ke belakang dengan serta merta. Saya telah menemui orang tua yang berpakaian putih itu sekali lagi. Saya berkata kepadanya, “Kasihanilah terhadap saya tuan! Sebelum ini pun saya telah meminta tolong. Tuan tidak membuat apa-apa. Tolonglah sedikit. Ular itu tetap mengejar saya!.”

Mendengar kata-kata saya itu, orang tua itu menangis sambil berkata, “Apakah yang aku boleh buat. Kamu melihat aku ini sangat lemah dan ular itu terlalu kuat. Bagaimana aku boleh melawannya? Akan tetapi, di hadapan sedikit ada lagi satu bukit di mana ada amanah orang2 Islam. Barangkali kamu pun ada sesuatu amanah di situ yang akan menjadi asbab keselamatan kamu dari ular itu”.

Saya pun berlari sehingga sampai di bukit itu. Ular itu pun turut mengejar saya ke sana. Di bukit yang bulat itu banyak tingkap yang terbuka. Tirai dari sutera tergantung dengannya. Setiap tingkap ada dua daun tingkap dari emas, dihiasi dengan permata yaqut & mutiara.

Apabila saya cuba naik ke atas tingkap itu, saya dengar satu suara malaikat, “Bukalah tingkap dan angkatlah tirai. Keluarlah kamu sekalian! Mungkin di kalangan kamu ada sesiapa yang merupakan amanah orang bermusibah ini dan ia boleh menolongnya”.

Dengan serta merta tingkap itu dibuka dan ramai kanak-kanak seperti bulan purnama keluar dari dalam bukit itu. Tetapi saya dalam keadaan gelisah kerana ular itu semakin menghampiri saya.
Ketika itu semua kanak-kanak pun menjerit dan berteriak, “Keluarlah semua cepat-cepat! Ular itu semakin hampir menangkap orang yang bernasib malang itu!”.

Kanak-kanak seperti tentera demi tentera keluar dari bukit itu. Kebetulan pandangan saya tertumpu kepada anak perempuan saya yang telah meninggal dunia pada usia dua tahun. Melihat saya dia mula menangis sambil berkata, “Demi Allah! Itu adalah ayahku!”

Dengan serta merta dia pun terjun seperti anak panah dan naik ke atas satu kenderaan nur (cahaya) dan menghulur tangan kirinya kepada saya. Saya pun dengan pantas memegang tangannya. Kemudian dia menghulurkan tangan kanannya kepada ular itu yang terlalu hampir kepada saya. Maka ular itu pun lari ke belakang. Selepas itu dia memberi saya tempat duduk dan dia sendiri duduk di atas pangkuan saya.

Dia menggerakkan tangannya di atas janggut saya sambil berkata, “Ayah! Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang beriman untuk khusyu’ hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan kepada mereka?”

Firman Allah سبحانه وتعالى :

وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

“Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang fasik – derhaka.” (Surah Al-Hadeed: 16).

Mendengar kata-katanya itu saya mula menangis. Saya bertanya kepadanya, “Wahai anakku! Kamu semua pandaikah membaca Al-Quran?

Dia menjawab, “Kami lebih pandai membaca Al-Quran daripada kamu sekalian”.
Saya bertanya, “Anakku, apakah musibah ular itu?”
Dia menjawab, “Itulah amalan ayah yang berdosa. Ayah telah membekalkan kekuatan yang banyak kepadanya sehingga dia sedaya upaya membawa ayah ke dalam neraka!”.
Saya bertanya lagi, “Siapakah orang tua yang warak itu?”

Dia menjawab, “Dia itu amalan baik yang dilakukan ayah. Tetapi ayah telah membiarkan dia lemah sehingga dia tidak dapat menghapuskan ular itu. Akan tetapi, dia telah menunjuk ayah akan jalan keselamatan.”

Saya bertanya lagi, “Anakku, apakah yang kamu buat di dalam bukit itu?”
Dia menjawab, “Kami semua anak-anak orang Islam. Kami akan berada di situ sampai kiamat menanti-nanti kedatangan kamu. Apabila kamu datang, maka kami akan memberi syafaat untuk kamu.”

Berbahagialah mereka yang ada saham di akhirat melalui kematian anak-anak sebelum usia baligh mereka. Anak mereka itu dapat menyumbang syafaat kepada ibu bapanya. Selagi masih beriman, walau siapa pun ibu bapanya, mereka tetap akan dicari oleh si anak untuk memberikan syafaatnya bagi memasuki syurga.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Rujukan : Fadhilat Sedekah karangan Staikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariya R.A.
SILA SHARE DAN SEBARKAN 

Air Mata Mike Tyson Tertumpah di Masjid Nabawi

Air Mata Mike Tyson Tertumpah di Masjid Nabawi

 


  

kisahmuallaf.com – Si Leher Beton Mike Tyson boleh garang di atas ring tinju. Tak gentar ia berhadapan dengan siapapun. Namun, di Masjid Nabawi, ia tertunduk, air mata pun mengalir.

Inilah pengalaman spiritual mantan juara dunia tinju kelas berat Mike Tyson ketika melaksanakan ibadah umroh, beberapa hari yang lalu. Tyson menginjak Tanah Suci untuk kali pertama pada Jumat, 2 Juli 2010.
Selama di Madinah, ia bertemu dengan Dr. Muhammad Al-Uqala, Rektor Universitas Islam, yang menjelaskan kepadanya tentang fasilitas apa saja yang diberikan universitas kepada para mahasiswanya yang berasal dari seluruh dunia.

Kunjungannya ke Arab Saudi diatur oleh Asosiasi Da’wah Kanada (CDA),CDA merupakan lembaga da’wah yang banyak mensponsori selebriti Muslim baru untuk berkunjung ke Arab Saudi untuk melaksanakan rukun islam.

Perjalanan Tyson tersebut diatur oleh Canadian Dawa Association (CDA), yaitu Asosiasi Da’wah di Kanada yang biasa mengatur perjalanan paramuallaf selebriti mengunjungi tempat-tempat bersejarah Islam di Arab Saudi. Shazad Muhammad, Presiden CDA, ikut serta menyambut kedatangan Tyson di Bandara Internasional Pangeran Muhammad, Madinah.

Shazad Muhammad, yang juga merupakan duta perdamaian PBB, mengatakan bahwa Tyson akan berada di Saudi selama satu pekan. Ia akan mengunjungi tempat-tempat suci dan tempat penting lainnya di kerajaan itu, serta bertemu dengan orang-orang Saudi untuk lebih mengenali kebudayaan dan tradisi setempat.

Petinju yang sering meng-KO lawannya itu langsung melakukan sejumlah kegiatan, termasuk melakukan ibadah di Masjid Nabawi. Saudi Gazettemelaporkan, Tyson tinggal di hotel dekat Masjid Nabawi dan mendapat sambutan luar biasa dari fansnya. Ia mendapat pengawalan ketat saat melakukan shalat Zuhur.

Tyson mengaku mendapat pengalaman spiritual luar biasa selama Umroh di Arab Saudi. “Saya senang punya fans yang mencintai saya di Arab Saudi. Tapi, saya berharap mereka meninggalkan saya sendiri untuk menikmati momen spiritual di Tanah Suci. Saya tidak kuasa menitikkan air mata ketika saya mengetahui bahwa saya berada di salah satu taman surga,” ujar Tyson ketika mengunjungi Masjid Nabawi.

Dari Madinah, rencananya Tyson akan melanjutkan perjalanan ke Mekkah untuk melaksanakan umrah. Usai melakukan umroh di Mekkah, Mantan juara tinju dunia ini berencana mengunjungi Jeddah, Abha dan Riyadh.

Tyson yang bernama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika, 30 Juni 1966. Tyson memeluk Islam ketika masih dipenjara pada pertengahan tahun 1990. Secara resmi, tahun 1995, selepas dari penjara di Indiana, Tyson mengumumkan hijrah memeluk agama Islam yang telah dipelajarinya selama di dalam penjara, dengan nama baru Malik Abdul Aziz.

INILAH BARANG PENINGGALAN NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW (34 FOTO)

INILAH BARANG PENINGGALAN NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW (34 FOTO)

Jika kita berada jarak jauh dengan yang dikasihi Nabi Muhammad. Kita hanya boleh merasa Dekat melalui doa-doa yang kita Baca, mencari syafaat dari Nabi muhammad untuk keselamatan kita di akhirat dari kesakitan Keseksaan Api neraka, Tapi Adanya gambar-gambar di bawah Sedikit Sebanyak Dapat Mengubati kerinduan Kita Yang Teramat dalam kepada Nabi Muhammad SAW Kekasih Allah, Pribadi Mulia contoh terunggul sepanjang zaman!!

Ratusan orang menetiskan air matanya setelah Baju Peninggaka beliau yang bersahaja dan sudah Terkoyak, Sepasang Kasut Sandal, keranda beliau yang tIdak Terjejas Walau Sedikitpun. Allahhu Akbar … Ingin Merasa Dekat DenganMu Ya Rasulullah … Andai Dapat Ku Lihat wajahmu, Pastinya Sangat Bertuah dapat melihat kemuliaan wajahmu ..Allahumma salli ala sayyidina muhammad…

Gambar Ini disimpan Dari koleksi pelbagai tempat di negara ini. Palace Museum di Istanbul Turki, Jordan, Iraq dan negara-negara di Timur Tengah Seronok Dapat melihat peninggalan ini Semoga kerinduan kita semakin Kuat kepada Nabi Muhammad Rasulullah SAW.



































WAJIB BACA!!KENA TINDIH WAKTU TIDUR APA YANG ANDA PERLU BUAT ? INILAH CARANYA

WAJIB BACA!!KENA TINDIH WAKTU TIDUR APA YANG ANDA PERLU BUAT ? INILAH CARANYA

KENA TINDIH WAKTU TIDUR apa yang anda perlu buat ?
Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran, jangan panic ,setkan dalam kepala anggap biasa-biasa aje. insyaAllah disini ada beberapa tips untuk anda
.
1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati Allah sebanyak2nya, kemudian hembuskan perlahan2. Ulang beberapa kali.
2. Azan sekuat-kuatnya dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan dimulut.
3. Membaca ayat kursi atau apa-apa surah yang terlintas dikepala. Baca didalam hati.
4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan2 sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhannya.
5. ubah posisi tidur.

Cara mengelakkan ditindih.
.
1. Kibas tilam sebelum tidur
2. Menjaga kebersihan bilik / tempat tidur
3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur,
(berwuduk, zikir, mengaji sebelum tidur)
4. membaca 3 qul tiup ditangan dan sapu keseluruh tubuh
5. membaca ayat kursi sebelum tidur
6. Istighfar
7. Bismillah 21 kali
8. tidur dilambung kanan
.
InsyaAllah ikhtiar

Buat 6 Cara Ini Kalau Nak Rezeki Makin ‘Lebat’

Buat 6 Cara Ini Kalau Nak Rezeki Makin ‘Lebat’

Buat 6 Cara Ini Kalau Nak Rezeki Makin 'Lebat'
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Rezeki sedikit atau banyak bukan persoalannya. Yang diutamakan adalah berkat. Apa guna dapat rezeki banyak tetapi tak berkat. Banyak mana pun masih tidak mencukupi. Selalu tidak puas hati. Sebaliknya kalau rezeki itu berkat, biarpun sedikit itu memadai. Apa yang ada diterima penuh redha dan kesyukuran. 
 
Cuba faham dulu konsep keberkatan, mesti kita tak cepat merungut walau kadang rezeki cukup-cukup makan saja. Malah rasa lapang dada dengan apa yang ada. 
 
Adakah rezeki yang kitadapat itu sudah dibersihkan untuk mendapatkan keberkatannya. Sama-sama dalami tip mendapat keberkatan rezeki…
 
 
1. Sedekah
Ini salah satu cara membersihkan rezeki yang diperoleh setiap bulan. Ringankan tangan menghulurkan sedekah kerana melalui cara itu kita akan mendapat keberkatan dalam rezeki. Jangan takut berkongsi sebab cara ini buat rezeki anda lebih cukup, malahan dapat menyimpan walaupun habuan yang diterima pada setiap bulan itu tidaklah lumayan. Ya, itulah berkat.
 
 
 
 
2. Ibu dan ayah
Ramai terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang anak. Jangan berkira untuk hulurkan wang saku pada ibu dan ayah setiap bulan. Ingat dan percayalah, kalau selalu gembirakan kedua orang tuan kita mendapat redha daripada Allah SWT. Tak payah nak berkira dengan ibu dan ayah, anggaplah itu pemberian tetap pada setiap bulan yang perlu dilunaskan. 
 
 
3. Mudahkan urusan orang
Ketika kita senangkan urusan orang lain Allah juga akan membantu memudahkan segala urusan kita pula. Jangan berat tulang menolong dan meringankan bebanan orang lain kerana di situ juga akan mendatangkan keberkatan dalam rezeki yang kita nak dapat. 
 
 
4.  Jangan langgar apa yang haram
Taat perintah Allah dan cuba tinggalkan segala larangan Nya juga. Tak kiralah dalam punca rezeki atau sebaliknya. Mentaati perintah Allah adalah kata kunci untuk berjaya di dunia dan juga di akhirat. Kita jaga solat, rezeki lagi makin mudah. Jangan jadikan sibuk sebagai alasan untuk buat ibadat. 
 
 
5. Muliakan anak yatim
Dalam setiap rezeki yang kita peroleh, adanya hak orang lain. Jadi berikan pada yang benar-benar memerlukan. Muliakan anak yatim dan bantu mereka akan menjadikan rezeki yang diperoleh walaupun sedikit insya-Allah akan mencukupi. Jangan beranggapan dengan banyak memberi akan menjadikan kita kehabisan. Sebenarnya lagi banyak kita memberikan selagi itu Allah SWT akan lipat gandakan rezeki untuk kita. 
 
 
 
6. Ada rezeki lebih, dahulukan haji dan umrah
Kalau sudah berkemampuan dan sihat tubuh badan lakukanlah haji dan umrah. Ziarah tempat-tempat suci di Makkah dan Madinah pastinya akan membuatkan hati bertambah tenang dan mampu beribadat kepada Allah SWT. Dengan rezeki yang halal pastinya ia akan memberikan ketenangan yang hakiki kepada diri.