(Video)PANAS: Ustaz Malaysia Kutuk, Hina, Cerca, Cemuh Dr Zakir Naik Dan Label Beliau WAHABI Sesat!!!

(Video)PANAS: Ustaz Malaysia Kutuk, Hina, Cerca, Cemuh Dr Zakir Naik Dan Label Beliau WAHABI Sesat!!!

Penulisan dibawah ini Paklong petik dari akaun facebook seorang ustaz yang lantang kutuk dan hina Dr Zakir Naik dan melabel jaguh kita itu sebagai WAHABI!

Baca sendiri apa yang dia tulis, Paklong tak mahu komen lebih ataupun dedah nama. Hampa boleh fikir dan nilai sendiri…

 

MENGAPA SAYA MENGKRITIK ZAKIR NAIK?

Oleh : Ustaz ^%%*^%*&^#!@#$@@@#$@$

1- Sejak bertahun ramai dikalangan ulama ASWJ antarabangsa dan tanah air menasihatkan saya agar membongkar bahaya pemikiran Zakir Naik (ZN). Saya memikir dan melihat. Akhirnya saya buat keputusan untuk diam sahaja dahulu. Dalam hati kecil saya mengatakan moga-moga ZN tidak lagi mengulangi kesalahannya dan tidak membawa kepada perbalahan.

2- Terbaru sejak awal 2017 kelihatan ZN timbul kembali. Kali ini bertapak di tanah air Malaysia. Setelah didapati ZN berkali-kali mengajak umat Islam Malaysia untuk berbalah dan bergaduh dengan pihak Hindu khususnya gang HINDRAF maka saya rasa ini sangat tidak baik.

Terutama ia melibatkan keamanan negara dan masyarakat. Kita juga tidak bersetuju dengan beberapa yang dibangkitkan oleh HINDRAF namun kita juga tidak setuju perbalahan antara agama-agama di Malaysia.

Saya terfikir alangkah baiknya ZN berdakwah kepada mereka agar memeluk agama Islam dan bukan mengajak umat Islam bergaduh atau berperang dengan mereka.

3- Ustaz dah islamkan orang ke nak kritik Zakir Naik ini?
Inilah soalan yang sering ditanya kepada saya setelah saya mengkritik ZN.
Saya dah jawab beberapa kali dan disini saya ulang lagi.
Ya, saya dan ramai para asatizah telah mengislamkan ramai orang termasuk yang bukan warganegara kita, kami islamkan mereka di Malaysia hasil dari akhlak, ilmu dan usaha yang kami lakukan, alhamdulillah atas kemulian Allah berikan dan hidayah itu milik Allah tanpa bangga takkabbur atau ujub diri.

4- Kenapa tidak kritik Syiah sahaja berbanding Zakir Naik? Ini lagi satu soalan mereka. Saya kaji dan saya muhasabah diri dengan komen semua. Namun tidak benar saya atau ASWJ tidak mengkritik Syiah.

Hampir kesemua ceramah saya dimana sahaja saya beri syarahan akan kritik kebiadaban Syiah dan penyelewengan mereka bahkan berkali-kali dalam Siaran Langsung Television saya sendiri berjam-jam membincang BahayaSyiah secara live. Boleh rujuk rakaman di youtube (type Ustaz Abu Syafiq LAWAN Syiah).

Maka kita ASWJ mengritik sesiapa sahaja yang jelas membawa kepada perbalahan dan juga menyebar pemikiran songsang samaada Wahabi, Syiah, Liberal atau lain-lain sehingga kini.

5- Saya mengkritik Dr Zakir Naik adalah disebabkan banyak sebab antaranya ZN membawa kepada pemikiran akidah yang bercanggah dengan Islam secara jelas sepertimana yang telah difatwakan oleh Ulama di India, Saudi, Pakistan, Mesir dan banyak lagi.

Begitu juga kerana ZN menghukum keatas Jemaah Islam lain seperti Jemaah Tabligh, Sunni, Mazhab Empat, Tariqat Sufi dan ramai lagi sebagai tidak mengikut Al-Quran bahkan ZN mendakwa mereka sebagai pemecah belah yang dilarang oleh Quran.

Ini tuduhan berat Zakir Naik keatas umat Islam. Bila kita mendengar pula bacaan Quran ZN dan rujukan hadith Nabi yang diberinya kita dapati banyak kesalahan besar dilakukan oleh ZN.

Maka mengapa pula dia sendiri mahu menyalahkan umat Islam kononnya mendakwa mereka menyanggahi Al-Quran?!

Maka dengan ini saya menegur dan menasihati beliau.
Anda duduk di Malaysia saya ucapkan Ahlan Wasahlan welcome. Namun untuk anda melemparkan pemikiran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyebarkan perbalahan di Malaysia maka eloklah tindakan sewajarnya keatas anda dikenakan.

Maaf seribu maaf

________________________________________________________________________________

Apa anda rasa?

Apa komen anda?

Anda setuju dengan dia?

ni teguran khas untuk ustaz ni….

Loading...

3 Replies to “(Video)PANAS: Ustaz Malaysia Kutuk, Hina, Cerca, Cemuh Dr Zakir Naik Dan Label Beliau WAHABI Sesat!!!”

  1. Itu ustaz mulut berbau tahik kerana dirinya itu tiada apa yg ada kelebihan maupun kebolehan yg boleh di bukti dan di nilai ..terkecuali itu mengiri busuk hatinya sesama umat muslim…..itu namanya ustaz tahik.

  2. Bagus, memang wajar didedahkan mana yang hak dan batil. Zakir Naik jasanya mengislamkan yang belum Islam dan dia juga mengkafirkan amalan ulamak dan umat Islam.

    Tak perlu ambil video fathul bari untuk bela zakir naik. Sedangkan dia juga terlibat menyesatkan amalan ulamak dan umat Islam. Taip sahaja di google – fathul bari sesat bacaan sadaqallahul azim.

  3. Bila pulok zakir suruh umat islam berbalah dgn agama lain sprti hindraf? Zn cuma mber penerangan tentang agama yg sebenar didalam dunia ini tapi bila puak2 agama lain dpt tahu akn kebatilan agama mereka sendiri maka mereka jadi bimbang. Bimbang akn semakin kurang pganut dan pgikut dlm agama lain sprt hindraf maka minta zn ditangkap. Tujuannya spya zn ditangkap agar tok2 sami agama lain blh terus sesatkan pgikutnya drp ajaran agama yg sebenar. Islam mewajibkan semua umat islam utk berdakwah kerana ianya perintah Allah yg tersebut didlm alquran. Sbb itu siti kassim gesa kjaan hapuskan ulama dan umat islam dimsia kerana mereka ini lah yg mghalang ajaran lgbt, mghalang khalwat dan mghalang perbuatan zina dlm maxyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *