ALLAHUAKBAR! Malaysia Sedia Bantai Syiah Houthi Habis-Habisan Di Yaman!

ALLAHUAKBAR! Malaysia Sedia Bantai Syiah Houthi Habis-Habisan Di Yaman!

KUALA LUMPUR 30 Julai – Malaysia bersedia menawarkan bantuan kepada kerajaan Arab Saudi untuk berdepan dengan kumpulan pemberontak Yemen, Houthi yang cuba menggugat keselamatan di Mekah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan Arab Saudi tidak bersendirian dalam menghadapi situasi tersebut kerana Malaysia bersiap sedia untuk menawarkan kepakaran dalam pelbagai bentuk termasuk pertukaran maklumat kepada mereka.

“Tidak ada mana-mana negara yang sepatutnya menjadikan Mekah dan Madinah sebagai sasaran mereka dan kita tidak mahu mana-mana pihak bersenjata menggugat kestabilan yang ada.

“Malaysia menyokong tindakan ketenteraan yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi dan kita bersiap sedia membantu Arab Saudi untuk menghadapinya,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Penutup Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kelana Jaya di sini hari ini.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Sebenarnya Pasukan Malaysia telah pun tiba di Arab Saudi pada Ahad (10/5/2015). Tentera kita bergabung dengan tentera Arab untuk mengusir pemberontak Syiah Houthi di Yaman.

Menurut sumber Worldbulletin, Malaysia menjadi negara ke-12 yang bergabung dalam kerjasama ketenteraan ini, seminggu kemudian Senegal mengumumkan bahwa 2.000 pasukannya pula akan bergabung dalam koalisi.

Pusat operasi koalisi sedang mempersiapkan rancangan untuk menempatkan pasukan Malaysia dan Senegal dan bidang tugas yang harus diberikan kepada mereka. Namun belum ada rincian tentang jumlah tentara Malaysia yang telah tiba atau apakah ada gelombang berikutnya yang akan mengikuti.

Sebelumnya, Republik Senegal berkomitmen akan mengirim 2.100 tentara ke Yaman bergabung dengan koalisi Arab Saudi. Pemerintah beralasan pasukan itu dikirim untuk digunakan bagi membantu Arab Saudi melawan pemberontak Syiah Houthi di Yaman dan membantu kerajaan yang kini dipimpin Raja Salman itu melindungi dua tanah suci.

“Koalisi internasional bertujuan untuk melindungi dan mengamankan tempat-tempat suci Islam, Madinah dan Mekkah,” kata Menteri Luar Negeri Senegal Mankeur Ndiaye, Senin (4/5) lalu.

Mankeur menambahkan, Presiden Senegal telah berkomitmen mengirimkan 2.100 pasukan untuk bergerak membantu Arab Saudi. Bagi Senegal, Arab Saudi adalah teman. Sementara tindakan pemberontak Syiah Houthi di Yaman merupakan ancaman terhadap tanah suci.

Namun, rancangan itu ditolak oleh pembangkang Republik Senegal. Pembangkang beralasan, saat ini tanah suci Makkah dan Madinah tidak terancam. Wilayah Arab Saudi juga belum terancam.

“Arab Saudi tidak terancam, tanah suci Islam juga tidak terancam, tidak ada yang dapat membenarkan pengiriman tentera Senegal,” kata Modou Diagne, salah seorang politisi oposisi.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *