TERKINI: Peluru Berpandu Pemusnah Balistik Syi’ah Houthi Yaman Nyaris Hentam Makkah!

TERKINI: Peluru Berpandu Pemusnah Balistik Syi’ah Houthi Yaman Nyaris Hentam Makkah!

Tentera pemberontak Houthi Yaman telah melancarkan peluru berpandu balistik ke arah kota suci Makkah pada hari Khamis. Namun, tentera yang yang diteraju oleh kerajaan Arab Saudi berjaya mencegah dan menghancurkan peluru berpandu Houthi yang nyaris menghantam Kota Makkah itu.

Serangan Houthi yang mensasarkan Kota Makkah itu telah disahkan oleh tentera Saudi seperti yang disiarkan dalam berita negara Arab Saudi, SPA Jumat lalu(28/10/2016).

Menurut pernyataan tentera Saudi, pasukan mereka telah berjaya menghancurkan peluru berpandu balistik Houthi yang sudah meleset 65 km(40 mil) dari kota suci Makkah. Serangan peluru berpandu Houthi tidak menimbulkan sedikit kerosakan pun terhadap kawasan suci umat Islam.

Makkah seperti diketahui merupakan rumah bagi berbagai kawasan suci dalam Islam, termasuk Masjidilharam.

Sementara itu, kelompok Houthi dalam sebuah pernyataan pada hari Jumaat, mengesahkan tembakan peluru berpandu balistik Burkan-1 mereka ke wilayah Arab Saudi. Namun, Houthi menyatakan bahawa tembakan peluru berpandu balistik mereka diarahkan ke Bandar Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, bandar tersibuk Kerajaan Arab Saudi.

Kelompok Houthi telah menguasai sebagian wilayah Yaman utara termasuk Ibu Kota Sanaa bersama dengan sekutunya para loyalis mantan Presiden Ali Abdullah Saleh.

Sumber: Moslemtoday

Baru Lepas episod Al-Aqsa ditindas sekarang Makkah pulak jadi sasaran, memang betullah sekarang ni dunia kita dah berada di episod-episod akhir dah. Puak pengikut dajjal ni tak akan duduk diam di akhir-akhir ni sebab depa berlumba nak buktikan jasa depa dekat jeneral besar depa “DAJJAL”. Kita yang jauh di Malaysia ni kalau tak dapat buat apa-apa doa lah setiap hari sebab doa tu senjata terkuat orang Islam!

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *