Month: August 2017

5 PENINGGALAN BRITISH KAT MALAYSIA YANG ORANG TERLEPAS PANDANG

5 PENINGGALAN BRITISH KAT MALAYSIA YANG ORANG TERLEPAS PANDANG

Bila sebut pasal penjaja je, yang paling femes sekali mesti British. Walaupun kita jugak pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan Jepun, tapi British ialah pihak paling lama menjajah. Diorang masuk tahun 1786 dan mula mentadbir sejak 1873 sampailah kita merdeka tahun 1957. Kalau dah sampai beratus tahun duduk kat sini, mesti ada banyak benda yang ditinggalkan, kan?

Beratus tahun dijajah sampai bendera 1950 pun tampal macam ni je. Imej dari flagspot.net

Nama pun penjajah mestilah ada kesan buruk. Antaranya ialah kewujudan rasisme dan ketaksamaan ekonomi antara kaum yang sampai sekarang kita kena atasi. Tapi macam mana pulak dengan sumbangan positif diorang? Yang paling obvious sekali tentulah rakyat pelbagai kaum, tinggalan bangunan-bangunan lama, sekolah jenis vernakular yang masih diteruskan sampai ke hari ni, tak lupa jugak macam-macam makanan fusion!

Takkan itu je? Tak…kami senaraikan 5 kesan positif yang mungkin korang terlepas pandang.

1. Berkembangnya bandar Taiping dan Kuala Lumpur hasil dasar ekonomi British

Bila British mula giat merampas kekayaan Tanah Melayu untuk kekayaan ekonomi diorang, kedatangan pekerja secara besar-besaran untuk bekerja di ladang dan lombong berlaku. Dilaporkan pada 1921, di Tanah Melayu ada sejuta orang Cina dan pada 1931 ada setengah juta orang India.

Bila ramai-ramai macam tu, British guna dasar pecah dan perintah supaya semua kaum tak kenal satu sama lain. Bila tak kenal, maka tak cinta. Bila tak cinta, British harap tak ada la penentangan wujud.

Senang sikit nak kawal kalau semua berpecah. Imej dari Irish Blog.
Jadi bila British buat macam tu, banyak penempatan yang wujud. Ada yang kata disebabkan dasar ni, orang Melayu terpinggir dari bandar dan bandar-bandar mula dikuasai oleh kaum tertentu sahaja. Dasar yang British buat ni sampaikan sistem pengangkutan dan jalan pun dibina ikut kepentingan kaum masing-masing, contohnya di Georgetown.

Dalam banyak-banyak bandar yang wujud sebab perkembangan ekonomi ini, ada dua tempat yang SOSCILI rasa ada kepentingan dalam sejarah negara. Pertama ialah Taiping dan yang kedua ialah Kuala Lumpur.

Taiping ni terletak di daerah Larut, Perak. Di Larut dulu, ada tiga pihak berkepentingan iaitu orang Melayu, orang Cina dan British yang sentiasa bergaduh berebut kawasan, sampai 4 Perang Larut berlaku. Yang paling teruk ialah Perang Larut ke-4. Perang ni antara kongsi gelap orang Cina yang buat pakatan dengan pembesar Melayu masing-masing untuk menguasai kawasan kaya bijih timah.

Lombong bijih timah yang jadi rebutan sampai jadi Perang Larut 4 kali. Imej dari MalaysiaCentral.com

Teruknya Perang Larut ke-4 ni sampai kepentingan British terjejas, so diorang masuk campur dan wujudlah Perjanjian Pangkor 1874, dan bermulah penjajahan rasmi British di Malaya. Kesan daripada Perjanjian Pangkor 1874 ni, British mula kuasai pentadbiran Perak dan dari situlah sistem yang sama mula diperkenalkan secara perlahan-lahan kat negeri Tanah Melayu yang lain.

Perjanjian Pangkor 1874 telah berjaya hentikan Perang Larut dan Taiping pun berjaya berkembang sebagai bandar terawal kerana boleh melombong bijih timah dengan aman. Korang tau tak Taiping waktu tu hebat macam mana? Taiping ialah bandar pertama yang ada landasan stesen keretapi (1885), stesen polis (1879), pejabat pos (1884) dan muzium (1883).

Stesyen pertama Malaya, Taiping 1885. Imej dari malayarailway.com

Kuala Lumpur juga berkembang disebabkan oleh bijih timah. Pada mulanya ia diterokai oleh Raja Abdullah yang mewakili Yam Tuan, dibantu oleh Raja Jumaat dari Lukut dan 87 pelombong timah Cina sampailah diorang jumpa kawasan banyak bijih timah di Ampang. Kemudian bila Yap Ah Loy turun KL pada tahun 1860-an, time tu KL dah berkembang pesat dan dia jugak turut bantu membangunkan lagi KL selepas Perang Saudara Selangor sehingga diberi sebagai pengasas Kuala Lumpur.

Bila tengok KL ni dah berkembang pesat, so Residen British Selangor waktu tu (J.G Davidson) pun amik kesempatan memindahkan ibu negeri Selangor ke Kuala Lumpur pada 1873 dan bermulalah zaman emas KL sampai sekarang.

Tapi bila orang mula ramai, mestilah kena ada sistem yang teratur kan? Kalau tak mesti ada bencana yang akan berlaku dan itulah yang berlaku di KL tahun 1881.

2. Sebab British lah sekarang ni kita boleh pilih pemimpin dan gomen sendiri!

Yang paling utama ialah sistem demokrasi yang kita pakai sekarang, yang kadang-kadang kita tak amik kisah sangat. Sebelum tu kita kan pakai sistem beraja. Waktu sistem beraja dulu, raja dan sultan dilantik berdasarkan keturunan, kalau berubah pun sebab perang saudara macam apa yang jadi kat Pahang dan Selangor. Kemudian bila British secara rasmi menjajah melalui Perjanjian Pangkor 1874, kuasa sultan ini hanya terhad kepada isu agama Islam dan hal ehwal istiadat orang Melayu.

British lantik residen untuk uruskan pentadbiran yang lain. Tapi residen ni pun dipilih British daripada orang diorang jugak. Maksudnya, sistem raja dan residen yang wujud ketika tu tak bagi hak kepada rakyat biasa untuk pilih pemimpin diorang.

Menjelang kemerdekaan, melalui Perjanjian Tanah Melayu 1948, British letak syarat yang kita perlu mengadakan pilihanraya. Mula-mula pilihanraya diadakan di peringkat majlis perbandaran je iaitu pada tahun 1951 di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada tahun 1952, dan di situ jugaklah bermulanya kerjasama parti pelbagai kaum. Pilihanraya Umum Malaya yang pertama kemudiannya diadakan pada tahun 1955, di mana majoriti kerusi dimenangi Parti Perikatan.

One ring to rule all… eh silap! Parti Perikatan yang menang pada tahun 1955. Imej dari arkib.gov.my

Jadi bila kita dah boleh penuhi syarat British ni, British pun nak tak nak terpaksa la setuju biar kita memerintah negara sendiri (walaupun diorang tetap puji diri sendiri dan pentadbiran kolonial diorang).

Tapi kenapa Malaya pilih jadi Persekutuan, bukan republik macam Indonesia atau Singapura? Sebabnya, apa sahaja tindakan yang dilihat cuba menghapuskan kuasa orang Melayu (sultan, adat, dan agama Islam) akan ditentang hebat, seperti yang berlaku pada Malayan Union. Malah, Tunku Abdul Rahman sendiri kata yang dia tak nak kemerdekaan dengan darah.

Jadi konsep Persekutuan dipilih untuk wujud bersama-sama dengan institusi diraja. Walaupun konsep Persekutuan ni melindungi kedaulatan institusi diraja, pada masa yang sama kuasa raja juga dikawal oleh Perlembagaan Persekutuan. Sistem ini tak asing pun untuk British, sebab diorang pun ada Perdana Menteri yang dipilih rakyat disamping keluarga raja keturunan.

Tapi British ada satu je institusi diraja, sedangkan kita ada 9 raja di 9 negeri. So macam mana pulak nak pilih seorang raja di peringkat Persekutuan? Sebab tu Majlis Raja-raja ditubuhkan pada 1948 dan Yang Dipertuan Agong pertama dilantik pada 1957, gilir-gilir lima tahun sekali.

Tapi, betul ke British ni ikhlas nak bagi demokrasi kat Malaysia? Jawapannya tak, tapi semuanya disebabkan oleh Empayar British makin lemah, diorang pun tak boleh nak kawal kebangkitan kemerdekaan di Malaya waktu tu dan British pun tak nak keganasan perjuangan kemerdekaan kat India berulang di Malaya sebab konpem ia akan jejaskan periuk nasi diorang nanti. So dorang pun setuju…

3. British bagi kita bangunan batu, Petaling Jaya dan Dataran Merdeka

Ada dua tragedi yang memusnahkan Kuala Lumpur tahun 1881. First ialah pada 4 Januari, dimana telah berlakunya satu kebakaran besar di seluruh Kuala Lumpur dan second pada 21 Disember, berlaku pulak banjir besar sampai Kuala Lumpur lumpuh. Tragedi ni tak dapat dikawal sebab hampir semua rumah guna kayu, buluh dan atap serta dibina rapat-rapat.

Rumah atap nipah di KL 1884…Imej dari malaysiandesignarchive.org

Untuk mengelakkan benda ni berulang, Kuala Lumpur memerlukan sistem perancangan bandar moden sendiri. So pada tahun 1884, Undang-undang Bangunan telah diperkenalkan oleh British untuk memastikan semua bangunan kat Kuala Lumpur dibina guna batu bata, genting tanah liat dan setiap bangunan mesti kena ada kaki lima berbumbung. Malah setiap bangunan juga perlu dibina ikut susur jalan yang disediakan, tak boleh bina sesuka hati lagi.

Untuk pengetahuan korang, sejarah perancangan bandar kat Malaysia ni banyak kaitan dengan penjajahan British, sampailah lepas merdeka, kita gubal undang-undang sendiri untuk rmerancang pembangunan bandar dan desa negara.

Bila makin ramai orang datang Kuala Lumpur sebab nak cari kerja, maka timbul lah pulak masalah baru, iaitu kawasan setinggan. Jadi British pun buat bandar satelit pertama di Petaling tahun 1952 untuk atasi masalah ini.

Selangor telah memperuntukkan 1200 ekar ladang Effingham untuk bina rumah dan sekarang kawasan ni dekat Seksyen 1 sampai Seksyen 8 Petaling Jaya Lama, dan dua lagi jalan utama yang dulu dikenali sebagai Jalan 1 dan Jalan 2 sekarang dikenali sebagai Jalan Templer dan Jalan Othman.

Contoh rumah terawal di Petaling Jaya dulu.. Imej dari thestar.com.my

Bila sebut perancangan moden bandar di Malaysia, ada sorang mat saleh yang perlu diberikan pujian. Nama dia Charles Reade yang merupakan perancang bandar kerajaan pertama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan dia jugaklah telah mendesak British untuk luluskan Enakmen Perancangan Bandar 1923. Melalui Enakmen ni, Charles telah merancang bandar moden pertama kat Malaysia iaitu Kuala Kubu Bharu (KKB) ikut model bandar dalam taman seperti Lethword dan Welwyn di Britain dan Colonel Light Gardens di Adelaide, Australia.

Jadi kalau korang terasa nak berjalan-jalan dalam taman bandar gaya overseas tapi tak berapa nak mampu sebab ringgit makin murah,korang boleh je pergi ke KKB ni sebab sampai sekarang masih ada lagi tinggalan perancangan bandar bersejarah yang si Charles Reade ni buat.

Selain KKB, Charles ni juga orang yang bertanggungjawab reserve tanah seluas 55 ekar di tengah-tengah Kuala Lumpur, yang dinamakan “Taman Rakyat”. Kawasan tu sekarang ialah kawasan sekitar Stadium Merdeka dan Dataran Merdeka. Sebab tu sampai sekarang kita ada padang luas di tengah-tengah KL.

Dia nilah yang rancang KKB, Dataran Merdeka dan banyak lagi… Imej dari thestar.com.my

4. British bagi kita mahkamah moden pertama dan Akta Hasutan perangi komunis

Richard Winstedt dalam buku dia The Malays: A Cultural History kata Tanah Melayu waktu dulu ada empat sumber undang-undang iaitu Adat Pepatih, Adat Temenggong, Kanun Laut Melaka dan Undang-undang Islam Mazhab Shafie. Si Richard ni salah sorang pentadbir British di Malaya waktu tu.

Bila gabungan ni wujud, British susah nak memerintah. Jadi diorang bawak masuk sistem diorang sendiri, dikenali sebagai English Common Law yang ada Perlembangaan bertulis guna model Westminster. Tapi, urusan agama dan adat istiadat orang Melayu waktu tu tak disentuh sangat oleh British, tindakan British ini dikatakan pemula kepada kewujudan dua sistem undang-undang Civil dan Islam yang wujud sampai sekarang.

Mahkamah moden pertama yang wujud di Malaya ialah di Fort Cornwallis, Pulau Pinang selepas Royal Charter of Justice diperkenalkan. Sejak dari situ lah, bermulanya sistem kehakiman moden Malaysia.

Sinilah mahkamah moden pertama Malaysia wujud..Imej dari travelpenangmalaysia.com

Sebab mahkamah kita ada pengaruh British, secara langsung kita pun guna sistem juri jugak dulu. Maksudnya sesiapa sahaja rakyat yang layak akan dipanggil untuk jadi juri kes mahkamah.Tapi, Malaysia hapuskan sistem ni pada 1 Januari 1995 atas alasan sangat mahal, leceh dan rakyat biasa yang tak tahu menahu pasal sistem kehakiman kadang-kadang tak faham nak nilai bukti jenayah. Kalau korang ingat lagi kes Mona Fendey, itu ialah kes terakhir guna sistem juri di Malaysia pada 1994.

Bila ada mahkmah dan perbicaraan mesti ada hukuman ke atas pesalah. Antara jenis hukuman ialah sebat untuk jenayah berat macam rogol, dan dadah selain hukuman penjara. Malah sebatan yang kita guna dalam hukuman kita sekarang asalnya daripada sistem British seawal 1905 lagi, walaupun banyak badan antarabangsa macam Amnesty International yang rasa hukuman sebat ni mencabul hak asasi manusia.

Sebat di penjara sekarang yang buat ialah pegawai jabatan penjara, gerun tak? Imej dari trekearth.com

Satu lagi tinggalan penting British dalam sistem undang-undang kita yang masih kekal sampai sekarang ialah Akta Hasutan 1948. Akta ni asalnya daripada 1351 English Statues of Treason dan British wujudkan akta ni untuk perangi komunis waktu tu, sampailah Malaysia satu-satunya negara dalam dunia yang tewaskan komunis dalam perang gerila. Sampai sekarang akta ni masih sah digunakan di Malaysia.

5. FAM wujud tahun 1933 lagi dan kita dah menang Piala Thomas 1949

Tak bolasepak, badminton, tak badminton, bolasepak. Dua sukan paling popular kat Malaysia ni pun ada kaitan dengan British. Sampailah sekarang, dua sukan ni betul-betul menyatukan kita. Setiap kali pasukan negara main waktu tulah kita semua betul-betul jadi 1Malaysia.

Bolasepak dibawak masuk ke Malaya oleh British pada awal kurun ke-19. Pada 1921, Piala Malaya diperkenalkan dan semua negeri Malaya ambil bahagian. Piala Malaya ni sekarang dikenali sebagai Piala Malaysia. FAM pun dah wujud sejak tahun 1933 lagi dengan presiden pertama ialah Sir Andrew Caldecott

Dah lama ghupanya FAM ni, tapi… Imej dari goal.com

Dan baru-baru ni jugak Faiz Subri menang anugerah Puskas melalui proses undian. Itu pun bukti yang sukan ni memang sangat popular di Malaysia.

Begitu jugak dengan badminton yang dibawak masuk oleh British, melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1809. Kemudian British mula kenalkan sukan ni kat sekolah-sekolah di bandar besar macam Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur awal kurun ke 20. Dan kalau korang nak tahu, Malayan Badminton Association yang sekarang ni dah jadi Badminton Association of Malaysia ditubuhkan pada 1934, antara persatuan badminton terawal di dunia.

Hebatnya orang Malaysia ni main badminton, kita dah memang Piala Thomas seawal tahun 1949 lagi. Malaya waktu tu diwakili oleh lagenda badminton zaman tu iaitu Wong Peng Soon. Kita menang Piala Thomas sebelum merdeka tiga tahun berturut-turut dari 1949, 1952 hingga 1955.

Lama sebelum adik beradik Sidek, Datuk Lee Chong Wei, kita ada Wong Peng Soon… Imej dari badmintoncn.com

Bukan semua kesan yang British tinggalkan buruk, ada jugak kesan baik yang kita boleh terus guna

Mana-mana negara yang pernah dijajah mesti tak dapat lari daripada tinggalan penjajah masing-masing. Perit memang perit tapi benda dah jadi. Yang boleh kita ubah ialah buang kesan buruk diorang dan teruskan kesan baik yang diorang tinggalkan.Seperti yang kami dah beritahu kat atas, kesan-kesan baik yang diorang tinggalkan ni kenalah kita kekalkan.

Macam boleh pilih gomen sendiri tu kan kesan baik, jadi kenalah kita teruskan dengan jalankan tanggungjawab sebagai pengundi, jadi korang dah daftar ke belum? Tapi macam Akta Hasutan, ada pendapat yang mengatakan sudah sampai masanya ia dimansuhkan sebab ancaman komunis dah takda dan ia digunakan untuk faedah pihak tertentu je. Malah British pun dah mansuhkan akta ni, Malaysia bila lagi?

Dalam situasi semasa yang semua orang asyik nak bergaduh sesama sendiri ni, kita boleh apply semangat ambik yang baik, buang yang buruk ni. Kalau ada tinggalan British ni pun kita boleh kekalkan sampai sekarang, maknanya orang Malaysia ni memang ada semangat toleransi dan belajar antara satu sama lain. Bila buat macam tu, barulah kita boleh jadi orang Malaysia yang kuat, seperti yang Bapa Kemerdekaan kita cakap:

Kalau semua bangsa jadi bangsa Malaysia, kita akan menjadi sebuah negara yang bersatu dan kuat – malah kuasa besar. Sebab tu kita kena berlagak seperti seorang Malaysia, bukan cakap kat mulut je.” – Tunku Abdul Rahman

sumber: soscili.my

“SAYA MEMANG PLAYBOY, SAYANGKAN DUNIA TAPI…” LUAHAN TUNKU ABDUL RAHMAN YANG RAMAI TAK TAHU

“SAYA MEMANG PLAYBOY, SAYANGKAN DUNIA TAPI…” LUAHAN TUNKU ABDUL RAHMAN YANG RAMAI TAK TAHU

Kepada budak-budak Millennial, 90’s, 80’s, dan generasi-generasi atasan mesti kenal dengan nama Tunku Abdul Rahman aka Bapa Kemerdekaan Malaysia. Mana taknya, tiap kali menjelang 31 Ogos mesti korang nampak muka dia kat TV, melaungkan “merdeka, merdeka!”. Dan kepada yang selalu turun KL, korang mesti familiar dengan nama Jalan TAR (yang sebenarnya bukan ditujukan kepada beliau, tapi Tuanku Abdul Rahman).

Tapi mungkin tak ramai sedar yang kerja dia bukan setel bila kita dah merdek… tapi banyak lagi cabaran untuk menjaga sebuah negara yang baru lahir. Nak minta tolong siapa? Parlimen mana ada lagi, sistem diraja pun separuh siap time tu. So atuk nenek kita dan Tunku lah jawapnya.

Sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia, kami buat keputusan untuk melihat macam mana Malaysia dibangunkan daripada mata Tunku sendiri, melalui buku yang baru keluar – Conversation with Tunku Abdul Rahman. Buku ni merupakan koleksi interview antara Tan Sri Abdullah Ahmad dan Tunku Abdul Rahman yang telah direkod dari tahun 1982 hingga 1984. Time ni pun Tunku dah lama ciao dari politik, so dia dengan selambanya cerita semua benda tanpa tapis.

Buku Tunku Abdul RahmanBoleh dapatkan buku ni di kedai buku berhampiran anda! Hanya RM59.90.
Tapi sebelum tu, ini kisah Tunku yang korang mungkin takkan jumpa dalam buku sejarah, iaitu…

Tunku mengaku yang dianya playboy!

 

Pergh! Tunku got swag. Gambar dari blueriders.blogspot.my

“Ya, saya memang playboy… sayangkan dunia. Saya suka lumba kuda dan main poker. Tapi dalam sudut hati, saya masih ingat agama. Saya sembahyang, puasa, dan bayar zakat fitrah… dan Allah tahu semua ni. Saya telah dan sentiasa memberi kepada Islam dan tiada siapa boleh berdalih dengan tu” – Tunku Abdul Rahman, petikan Conversation with Tunku Abdul Rahman

Satu benda yang pengkritik Tunku selalu kondem adalah gaya hidup dia. Tunku suka minum dan berjudi, tapi dia masih anggap diri dia sebagai sorang Muslim. Walaupun dia tak pernah tunjuk, Tunku sering terasa dengan kritikan dari orang Melayu yang kata dia terlalu barat dan sesat. Satu isu yang sering dibangkitkan sehingga ke hari ini.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang berbeza dari Arab Saudi atau pun Iran… Saya pernah bagitau Sultan Faisal (Arab Saudi) kalau dia nak Setiausaha Agung Organization of Islamic Conference, pergi cari orang lain. Saya sayangkan dunia. Minum, menari, dan berjudi. Susah nak buang tabiat ni masa umur 67. Sultan Faisal sengih dan bercakap ‘saya tahu, tapi saya bukan tengah mencari sorang imam’.” – Tunku Abdul Rahman
Kenapa kami terus naikkan isu ni sebab kami mahu artikel ni tulen. Maksudnya, kami takkan tapis semata-mata nak tunjukkan Tunku ni sorang malaikat. Kami akan tunjukkan apa yang ada untuk ditunjuk, baik mahupun buruk. Lagi pun, Tunku pernah berkata:

“Apa orang nak cakap pasal saya, cakap lah. Tapi takde siapa boleh kata saya ni hipokrit” – Tunku Abdul Rahman

1. Tunku ingin berjuang demi kemerdekaan, tapi dengan keamanan

Ada setengah pihak tuduh yang Tunku lembut sangat dengan kaum bukan Melayu, dan mereka gunakan sentimen ini untuk meraih sokongan Melayu. Tan Sri Abdulllah kata karakter Tunku ni memang baik orangnya, tapi di samping tu Tunku berpendirian yang kehadiran kaum bukan Melayu adalah perlu jika kita nakkan kermedekaan dari British.

Secara spesifik, Tunku nampak dua cara je untuk Malaysia dapat kemerdekaan. Perang atau diplomatik.

“Kita tentu tak merdeka kalau saya tak setuju dengan syarat-syarat yang diberi. Setiap kemerdekaan mesti ada revolusi. Saya telah berjanji dengan diri saya untuk melihat negara ni merdeka melalui rundingan. Saya tak nak kita merdeka melalui pertempuran darah macam kat India dan Pakistan” – Tunku Abdul Rahman
Masa ni British dah boleh agak yang kita confirm merdeka tapi sebelum mereka kasi balik tanah kita, mereka nak pastikan pelaburan mereka di Tanah Melayu terjaga, dan ini memerlukan pekerja buruh yang berkemahiran tinggi mencukupi (senang cerita, orang India dan Cina yang berpindah ke Malaysia tak boleh kena halau bila merdeka nanti).

Bercakap pasal syarat…

2. Sebenarnya Tunku tak nak pun Singapura

Tunku Abdul Rahman & Lee Kuan YewBaru Tunku teringat kenapa dia tak suka bawa Lee Kuan Yew pergi karaoke -.- Gambar dari straitstimes.com

Masa nak British nak blah dari sini, mereka kena fikirkan mana nak letak Singapura, Sabah, dan Sarawak (Brunei bukan tanah jajahan tapi negara yang dilindungi oleh British, basically Brunei tu macam anak tiri).

Bila ditanya pasal Singapura, Tunku jawab:

“Masa tu sebenarnya saya nak Sarawak dan Borneo Utara (Sabah) je. Tapi British paksa saya ambil Singapura sekali” – Tunku Abdul Rahman

Jap.. Kalau tak nak asal ambil juga? Penting sangat ke Sabah dan Sarawak tu sampaikan kena amek Singapura sekali?

Jawapan dia senang je, komunis. Tunku dan British sedar yang Singapura time tu sangat ada risiko jatuh ke tangan komunis, yang mungkin akan tersebar ke Borneo sekali.

“Ada kemungkinan kalau Malaysia tak dibentuk, British akan menyatukan Sabah, Sarawak, dan dengan Singapura. Kalau tu terjadi, ia akan menjadi satu tapak untuk komunis Melayu. Indonesia sudah berada di bawah pengaruh komunis. Keselamatan Tanah Melayu akan terancam. Saya terpaksa halang ia daripada terjadi.” – Tunku Abdul Rahman.

Seperti yang kita tau, Brunei tak join kita dan Singapura pula ciao beberapa tahun lepas merdeka pastu buat Ferris Wheel lagi besar daripada kita. Tapi kalau nak diikutkan pun, visi dan misi mereka tak sama macam kita. Masa Singapura ciao tu pun, Tunku sorang je tak terperanjat sebab dalam diam Tunku memang nak berpisah dengan Singapura.

“Untuk mengambil Sabah dan Sarawak, saya terpaksa terima Singapura sekali. Tapi saya memang merancang untuk pisahkannya dari Malaysia, dan gangguan politik daripada Lee Kuan Yew telah memberi peluang untuk saya mempercapatkan proses tersebut.” – Tunku Abdul Rahman

TAR merdekaGambar dari harum.org.my

3. Tunku berterima kasih kepada komunis untuk kemerdekaan kita

Tunku dulu selalu kasi nasihat kat orang Malaysia supaya berhati-hati dengan komunis (salah satu contoh time dia kasi ucapan terakhir tahun 1970) dan akan petik Chin Peng dari Rundingan Baling yang gagal:

“Tunku, awak sorang anti-komunis saya pula komunis. Kita tak boleh bekerjasama, kita tak boleh hidup sekali” – Chin Peng, dipetik oleh Tunku Abdul Rahman
Dalam kata lain,

TARMerdeka IILah.. tadi bye Singapura, sekarang bye Chin Peng. Gambar dari harum.org.my

Walaupun Tunku maintain kata yang Malaysia adalah anti-komunis, dia pernah bilang yang tanpa komunis, kita mungkin merdeka lagi lambat atau langsung tak merdeka. Dan semangat kecemasan tu telah menyatukan kita semua:

“Saya tau pendirian saya kat mana, saya bukannya seorang komunis. Saya anti-komunis sebab ia bertentangan dengan ajaran dan polisi saya….

….tapi jauh di sudut hati, saya rasa tanpa pihak komunis buat kecoh dan semangat anti-imperialisma, kita tak mungkin akan merdeka. Saya anti-komunis sebab saya nak sebuah negara yang berdemokrasi untuk kita. Dengan komunis, kita tak mungkin akan dapat demokrasi.”
Okay, cukuplah dengan perang. Kita fokus kat benda indah yang lain pula ye…

4. Tunku gagal pujuk Brunei sebab… loghat Kedah dia?

Sebelum merdeka, semua orang ingat Brunei akan join Malaysia, last-last sekali mereka tarik diri dan amek keputusan untuk tak nak join. Malah siap ada gosip mengatakan Brunei tak nak join Malaysia sebab Sultan Brunei dan Tunku Abdul Rahman tak faham loghat masing-masing.

Sultan Omar of BruneiSultan Omar dari Brunei. Gambar dari kamilamsyar.blogspot.my

Bila ditanya, Tunku bagitau sebenarnya mereka best friend dan Sultan Brunei adalah antara orang pertama yang sangat setuju dengan idea penubuhan Malaysia yang merdeka. Yang pasal gosip tu pula, sebenarnya lawak kawan-kawan je antara mereka berdua:

“Sultan Brunei ni ada satu perangai di mana kalau dia malas atau tak nak beri penjelasan, dia akan bercakap dengan perlahan. Untuk kata yang kami tak memahami antara satu sama lain tu agak mengarut sebenarnya. Tapi untuk kata yang kami tak dengar tu sangat betul. Saya yang mulakan lawak kononnya kami tak faham antara satu sama lain sebab loghat. Sultan Brunei pun cakap benda yang sama. Tapi tu lawak je la.” – Tunku Abdul Rahman
Tunku ada sebab dia sendiri kenapa Brunei tak nak join masuk Malaysia, kalau korang nak tau pergi beli buku tu okay. Tapi dia nak sebenarnya Brunei join Malaysia. Apa yang kami nak sampaikan kat sini adalah Tunku nak Brunei lagi dari Singapura.

Tunku bukannya nak Malaysia jadi peminpin dunia, janji Malaysia sendiri bersatu dan bahagia

Tunku Abdul Rahman lepakLek lu sap kok lu, kata Tunku Abdul Raham kepada peminatnya. Gambar dari ibnuhasyim.com

Kami bukannya nak tamatkan artikel ni dengan kata-kata puitis, sebab memang itulah kebenarannya. Tak kisahlah komunis mahupun British, pendekatan Tunku sentiasa melalui rundingan, tak perlu nak tembak-tembak sebab visi Tunku adalah “Malaysia yang bahagia adalah Malaysia yang dipenuhi dengan kedai makan bukannya peluru, baju bukannya segaram askar, rumah bukannya kem tentera”.

Untuk Tunku, kekuatan negara kita terletak kepada semangat kenegaraan bukannya perkauman. Baru negara lain respek kat kita.

“Apa yang menghalang kita jadi negara yang penting di peringkat antarabangsa adalah perpaduan kita. Kita masih lagi berpecah belah.. itu lah kelemahan kita paling besar

Kalau semua bangsa jadi bangsa Malaysia, kita akan menjadi sebuah negara yang bersatu dan kuat – malah kuasa besar. Sebab tu kita kena berlagak seperti seorang Malaysia, bukan cakap kat mulut je.” – Tunku Abdul Rahman
Memandangkan artikel ni dipetik dari buku Tunku Abdul Rahman, kami sangat sarankan korang untuk beli satu kat kedai berdekatan atau online. Kat dalam tu dia tunjuk macam mana Tunku handle konfrontasi dengan Indonesia, hubungan dia dengan Tun Razak, dan banyak lagi mengenai negara kita dari perspektif dia.

So sebelum korang habiskan artikel ni, jom layan saat Tunku isytihar merdeka dari penjajah British. *Lap air mata sebab terharu

sumber: soscili.my

Murid Biadab Carut Guru Dari Belakang Dan Viralkan… Merdekakah kita?

Murid Biadab Carut Guru Dari Belakang Dan Viralkan… Merdekakah kita?

Sekarang gambar ni tengah up dekat laman sosial..ibarat kupu-kupu malam bertebangan mencari mangsa nya..

Debu-debu melayang
Keras menyambar malam
Di tengah-tengah kota
Di bawah cakrawala

Sori..ternyanyi pulak..

Budak-budak zaman sekarang ni..kecoh betul lah..sudah lah bengap..suka-suka hati menyumpah cikgu korang..mana-mana yang rasa belum habis spm tu..belum 18 tahun..gua nak cakap 1 benda je lah..

Korang nak cakap cikgu korang babi ke..bodoh bahlol bangang biadap ke..celaka..gampang..yahudi ke..korang cakap lah..tu hak korang..mulut korang..korang sumpah cikgu tu macam mana pun..takde kesan pun pada cikgu tu..

25hb tiap bulan..pergi bank..ambik duit gaji..korang yang menyumpah cikgu tu..apa yang ada..ilmu tak berkat..masa depan gelap..sekali je cikgu menyumpah korang..mereput lah korang dalam neraka..

ni satu lagi gambar generasi emas kita ni… MERDEKA!

Gua dulu nakal jugak di sekolah..tapi respect pada cikgu tetap ada..alhamdullillah gua berjaya sekarang mengemudi orang bangang untuk like page gua..terima kasih cikgu..

Sumber: Sukanstar

Komen Paklong: Tengok gambar diatas kemudian tengok kelaku anak-anak sekarang di luar rumah kita kemudian tengok pulak kelaku anak-anak kita sendiri dalam rumah, anda rasa merdeka kah kita? Masa zaman dulu ada tak musibat biadab dalam bilik darjah berleluasa? masa zaman dulu ada tak guru dipandang hina sampai boleh di carut dari belakang? masa dulu ada tak anak-anak bermentaliti pelacur yang tumbuh mekar di serata negara? sayangi keluarga anda jaga anak-anak anda, jangan sampai jadi macam yang paklong tunjuk ni. Buat malu keturunan 🙁

WASIAT ULAMA’ YANG MENETAPKAN TARIKH KEMERDEKAAN NEGARA

WASIAT ULAMA’ YANG MENETAPKAN TARIKH KEMERDEKAAN NEGARA

Beliau adalah Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim bin Haji Thahir. Lebih di kenali disini dengan nama Syaikh ‘Abdullah Fahim. Dilahirkan di Syi’ib ‘Ali, Mekah pada pada tahun 1286H/1869M, dan wafat pada tanggal 12 Dhulqaedah 1380H/ 27 April 1961M di Seberang Perai, Pulau Pinang. Tuan Guru Haji ‘Abdullah berguru kepada ulama yang masyhur, di dalam pelbagai displin ilmu.

Di antara guru-guru beliau ialah:

  1. Syaikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi (murid Sidi Ahmad Zaini Dahlan dan pengarang kitab I`aanathuth -Tholibin yang masyhur. Jelas bahawa terdapat hubungan sanad keilmuan antara beliau dengan Sidi Ahmad Zaini.;
  2. Syaikh Muhammad Sa`id BabShil (Mufti Mazhab Syafie);
  3. Syaikh Muhammad Sulaiman Hasbullah al-Makki;
  4. Syaikh Sayyid Muhammad Amin ar-Rdhwan, Madinah;
  5. Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani (pengarang kitab Mathla’ al-Badrain);
  6. Syaikh Wan ‘Ali Kutan al-Kalantani (pengarang kitab al-Jauhar al-Mauhub dan Lum’ah al-Aurad);
  7. Syaikh Wan Ahmad Muhammad Zain al-Fathani (pengasas pengkaderan ulama dunia Melayu di Mekah. Beliau dikatakan mahir di dalam sekurang-kurangnya 47 disiplin ilmu).

Beliau mahir di dalam pelbagai displin ilmu, terutamanya di dalam ilmu falak dan kesusteraan arab. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921.
Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanahair dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Syaikhul Islam Kedah, Syaikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun.

Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai “Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah”.

Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.

Ketika hendak mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah Inggeris, Tunku ‘Abdurrahman Puta al-Haj menemui beliau untuk mendapatkan tarikh yang sesuai. Dan beliau telah mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957. (insyaAllah akan ditulis sedikit tentang ini nanti …)

Beliau juga adalah seorang yang tegas, terutama dalam menghadapi anasir yang membuatkan masyarakat Melayu Islam berpecah belah ketika itu. Ini dapat dilihat pada pesanan beliau:
“بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه . اما بعد
Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma’an. Tiada seorangpun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafie (يحرم خرق الاجماع). – [diharamkan merobek ijma’]

Ambil mereka itu hukum-hukum feqah Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabil al-Muhtadin, Bughyah al-Tullab, dan Matla’ al-Badrain dan lainnya. Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy’ari. Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu. Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya’ Ulumiddin dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Siyarus Salikin.

Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla’, diamal dengan dia sudah lebih daripada seribu tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.’

[Dirumikan dari tulisan tangan Tuan Guru Hj Abdullah Fahim yang disiarkan di dalam buku Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 39]

Antara pesanan al-Marhum Tuan Guru lagi:

“(Nasihat) supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab empat mazhab ahli al-Sunnah wal Jamaah [yang beliau maksudkan adalah golongan kaum muda @ Wahabi][1]. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang sejati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu……. hukum-hukum mereka itu diambil dari kitab Huda al-Rasul yang mukhasar daripada kitab Huda al-‘Ibad dikarang akan dia oleh Ibnu Qayyim al-Khariji, maka Ibnu al-Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama’ Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah.”

“Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri …… ”
Bahkan pesanan beliau lebih keras lagi: “Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu, maka bunuhlah akan dia (takwil admin kata ‘bunuh’ dengan ‘bunuh dengan hujjah ilmiyyah’ hehehe …. )

Kredit: Kami Sayang Ulamak.

-HE-

Bayi Rohingya tak terlepas daripada disembelih rejim Myanmar!

Bayi Rohingya tak terlepas daripada disembelih rejim Myanmar!

‘Tidak memilih bulu’, sesiapa sahaja etnik Islam Rohingya, pasti menjadi mangsa sasaran tentera Mnyanmar. Tidak kiralah bayi, kanak-kanak, wanita mahupun etnik Rohingya yang tidak bersenjata, mereka bila-bila masa sahaja akan menjadi mangsa bunuh rejim yang tidak berperikemanusiaan itu. Terkini dalam serangan di wilayah bergolak Rakhine sejak Jumaat lalu, dilaporkan hampir 100 orang terbunuh selepas regim itu melepaskan tembakan.

 

Bagaimapun Muslim Rohingya memberitahu, angka kematian mungkin jauh lebih tinggi, dengan anggaran sekurang-kurangnya 800 minoriti Islam, termasuk berpuluh-puluh wanita dan kanak-kanak telah terbunuh. Seorang penduduk Maungdaw, Aziz Khan berkata, tentera menyerbu kampungnya pada awal Jumaat, menembak secara melulu di sekitar kawasan rumah dan tempat letak kereta. “Saya kira pasukan pemerintah dan polis membunuh sekurang-kurangnya 11 orang di kampung saya. Ketika mereka sampai, mereka tembak apa sahaja benda yang bergerak. “Wanita dan kanak-kanak juga ada di kalangan orang mati, bahkan seorang bayi turut mati ditembak rejim Myanmar” katanya. Sementara itu, seorang aktivis Rohingya dan blogger yang berpangkalan di Eropah, Ro Nay San Lwin berkata, anggaran 5,000 hingga 10,000 orang menjadi mangsa serangan baru-baru ini.

Menggunakan rangkaian aktivis di lapangan untuk mendokumentasikan konflik itu, San Lwin memberitahu, masjid dan madrasah (institusi agama) telah dibakar, bahkan ribuan umat Islam turut terkandas tanpa makanan dan tempat tinggal. “Bapa saudara saya sendiri terpaksa melarikan diri dari kerajaan dan tentera. Tidak ada bantuan daripada kerajaan, malah rumah mereka telah dimusnahkan dan barang mereka juga dirompak. “Tanpa makanan dan perlindungan, mereka seperti bersedia, bila-bila sahaja akan dibunuh,” katanya.

Sumber: menara.my

P/s Paklong: sementara tu harini di Malaysia kita sedang seronok tengok perarakan merdeka 🙁

Alang-alang dah jemput british, jemputlah sekali Jepun, Belanda, Amerika sambut Merdeka ke-60!

Alang-alang dah jemput british, jemputlah sekali Jepun, Belanda, Amerika sambut Merdeka ke-60!

“Alang-alang jemput British (katanya sebab bantu halau Komunis), jemputlah sekali Jepun (sebab bantu halau British), Belanda (sebab halau Portugis) dan Amerika (sebab bantu halau Jepun).

“Meriahkan kemerdekaan dengan meraikan penjajah-penjajah.”

Demikian marah seorang rakan setelah membaca berita kedatangan 39 rakyat Britain semalam.

Mereka adalah veteran tentera British ketika zaman komunis dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang akan menyertai perarakan Hari Kebangsaan yang ke-60, Khamis ini.

Pedang memang hairan mengapa sampai begitu sekali cairnya identiti orang kita, termasuk yang berada di barisan pembuat keputusan penting.

Hari Kebangsaan adalah hari kemenangan bagi negara kita setelah bebas daripada cengkaman penjajah, menjadi negara berdaulat dari sudut fizikal seperti ketenteraan.

Sepatutnya kita menghidupkan semula ruh perjuangan tokoh terdahulu yang bermati-matian melawan penjajah tak kira Britain, Portugis, Belanda dan sebagainya.

Nampaknya, apa yang berlaku hari ini menimbulkan persoalan, benarkah Malaysia dan rakyatnya telah betul-betul merdeka? Adakah mereka memahami apakah erti kemerdekaan?

Adakah perjuangan Tok Ku Paloh, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain yang berusaha menghalau penjajah telah berhasil?

Adakah usaha mereka yang terdahulu, yang ingin melihat tanah warisan ini terus berdaulat dengan Islam dan nilai-nilainya, membangun bersama identiti dan asal-usul orang Melayu telah berjaya?

Sesungguhnya mereka yang menjemput 39 veteran British itu terlalu miskin semangat patriotiknya kepada negara. Apa lagi yang perlu diagungkan dengan negara Barat?

Sudahlah jauh daripada Islam, pelbagai masalah sosial juga melata di negara mereka. Adakah kita masih perlu berkiblatkan negara penjajah setelah 60 tahun merdeka?

Malaysia boleh maju dan membangun dengan acuan tersendiri. Malaysia mempunyai sejarah ketamadunan Melayu yang boleh ditiru semula oleh generasi hari ini.

Segalanya bermula dengan kehendak dan kemahuan yang tinggi. Ingin melihat Malaysia berdiri lebih tinggi mengatasi negara penjajah yang telah merosakkan negara ini dan meninggalkan 1001 luka sejak sekian lama.

Sumber: Ismaweb

p/s Paklong: Kalau dah 60 tahun merdeka dok jemput penjajah mai menyambut lagi MERDEKAkah kita? 🙁

Padah Jemput veteran perang Inggeris sambut merdeka: Siapa pejuang sebenar patut kita dendangkan?

Padah Jemput veteran perang Inggeris sambut merdeka: Siapa pejuang sebenar patut kita dendangkan?

1) Kecelaruan dalam memahami naratif sejarah perjuangan Melayu hari ini apabila kita terlalu mengikut naratif sejarah kolonial.

2) Mana-mana pihak yang melawan kolonial pada ketika itu diisytiharkan sebagai kiri dan komunis. Hatta pejuang Melayu yang tulen.

3)Mana-mana pihak yang cenderung kepada British atau menyokong British akan digelar sebagai golongan kanan.

4) Kita hanya ada dua pilihan, bersama yang kanan atau bersama yang kiri? Tiada pilihan untuk bersama yang tengah, kerana kita akan turut dibakul sampahkan sebagai golongan kiri!

5) Menurut Dr Farish A Noor, pengkaji politik dan sejarah Asia Tenggara di S.Rajatnam School of International Studies, Singapura, walaupun Inggeris menolong pada masa konfrontasi, tetapi mereka “tidak ikhlas”. Kerana pada waktu itu mereka takut kalau Malaya/Malaysia dikalahkan oleh Indonesia, maka segala kompeni Inggeris di Malaysia akan dirampas. Mereka takut mereka akan hilang modal mereka.

6) Jangan lupa pada masa itu (tahun 50-an, 60-an) British masih mengawal banyak kompeni-kompeni mereka di Malaysia, termasuk Dunlop, dan lain-lain. Jadi walaupun tentera Inggeris ‘membantu’ Malaysia, itu kerana mereka hendak mengekalkan hegemoni ekonomi mereka.

7) Malangnya menurut beliau lagi, bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh rantau ini, sudah wujud ‘nostalgia’ untuk zaman kolonial, seakan itu zaman emas yang manis.

8) Jadi persoalannya, dalam sambutan kemerdekaan negara kita yang ke 60? Wajarkah naratif sejarah ini diangkat? Siapakah pejuang sebenar yang patut kita dendangkan?

9) Adakah dengan menjemput veteran perang Inggeris itu adalah tindakan yang bijak? Ataupun kita sudah terperangkap dalan naratif sejarah pihak kolonial? Ataupun kita punya motif politik dalam mengangkat sejarah itu kembali?

10) Masih ramai lagi pejuang bangsa tidak diketahui anak watan kita.

Bak kata guru saya Pakcik Zaim Shaari,

Fikir-fikirkan.

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Sumber: Ismaweb

Komen Paklong:

Paklong tak berapa setuju dengan kehadiran depa ni, tak salah nak mai tengok sambutan merdeka tapi kalau sampai dijemput jati watak khas sambutan kemerdekaan tu memang tak molek mana lah. Budak-budak hipster zaman sekarang ni bukan jenis membaca macam kita dulu, nanti tak pasai anak cucu kita salah tafsir pejuang kemerdekaan negara kan bahana tu! Mana pejuang vateran melayu kita? kenapa tak dipanggil? kenapa dipencilkan? >:(

apa pun selamat menyambut hari kemerdekaan negara ke 60! 😀

Mulianya Hari Arafah Di Sisi Allah!(Ust Don)

Mulianya Hari Arafah Di Sisi Allah!(Ust Don)

KELEBIHAN HARI WUKUF/ARAFAH

Fadhilat Hari Wukuf atau Hari Arafah Pada hari Wukuf yang dikenali juga sebagai Hari Arafah, ketujuh-tujuh pintu syurga dibuka, dan TIADA HIJAB di antara Allah swt dengan hambaNya. Ia adalah hari paling afdhal untuk beramal soleh, seperti bersolat sunat, membaca Al-Quran serta berdoa memohon ehsan dan rahmat dari Allah swt ke atas diri, keluarga dan sebagainya.

Allah swt memuliakan hari Wukuf (pada setiap 9 Zulhijjah) dan akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah daripada api neraka. Justeru, sebagai kesyukuran di atas kemuliaan Allah ke atas hambaNya pada hari Wukuf, umat Islam menyambut hari keesokannya iaitu 10 Zulhijjah sebagai hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha. Kelebihan Hari Wukuf di Arafah, tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji.

Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah swt berdasarkan sabda Rasulullah saw: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. Hadis Muslim. Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Pada masa yang sama, Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada hari raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan sahih yang meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ” Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t “. Hadis Muslim. Pada hari raya Aidiladha umat Islam disunatkan melakukan ibadah Korban dan memberi makan fakir miskin serta merupakan hari untuk mengucapkan kesyukuran kepada Allah swt. Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bagi umat Islam yang tak berwukuf, mereka digalak mengerjakan korban”. Hadis Ibnu Abbas

******************************************************

Umrah Bersama Ustaz Don
7-17 Disember 2016
013-7890205

Labbaikallah Sabtu 10 Sept 2016
Shamsul Ghau Ghau
Ustaz Shihabudin Ahmad
Anita Baharom
9 malam, Tv Al-Hijrah

(FOTO)INILAH RUPA SEBENAR HANG TUAH HASIL PERTEMUAN DI ALAM GHAIB!

(FOTO)INILAH RUPA SEBENAR HANG TUAH HASIL PERTEMUAN DI ALAM GHAIB!

Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15.

Pada lewat hidupnya, beliau diutuskan meminang seorang puteri yang tinggal di puncak Gunung Ledang. Beliau gagal dalam tugas itu, dan disebabkan perasaan malu, Hang Tuah terus hilang dan langsung tidak dinampak lagi…dan terus hilang tak pulang-pulang.

Namun begitu setelah berzaman kini orang ramai boleh melihat wajah sebenar Laksamana Hang Tuah selepas gambar pahlawan itu dicetak di atas setem eksklusif keluaran Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong

Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, wajah pada setem itu menyamai 99 peratus wajah pahlawan Hang Tuah yang terkenal ketika pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15.
Gambar ini milik peribadi Ahli Bersekutu Pesawad, Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi wajah Hang Tuah kepada orang ramai selepas Pesawad mengemukakan permohonan pada Jun lalu.

Khalid berkata, setem memaparkan wajah Hang Tuah yang telah mula digunakan untuk penghantaran Kad Raya oleh Pesawad itu diwujudkan bertujuan menaikkan jati diri orang Melayu.
Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988.

“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya.

Entah kemana Hang Tuah menghilang menjadi misteri dan tidak di ketahui, tapi yang misteri dan menjadi tanda tanya bagaimana pulak mereka boleh bertemu di alam ghaib. – Koleksi Misteri

Kongsikan Artikel Ini!!

Sumber: TAOTAOJER

Qatar Menutup Mata Dan Pandang Leceh Kebaikan Raja Salman

Qatar Menutup Mata Dan Pandang Leceh Kebaikan Raja Salman

Bahraini Foreign Minister Sheikh Khaled bin Ahmed al-Khalifa speaks during a joint press conference after signing an agreement with his Kuwaiti counterpart in Kuwait City on April 16, 2017. / AFP PHOTO / Yasser Al-Zayyat

Menteri Luar Negeri Bahrain Khalid bin Ahmed Al Khalifa mengatakan bahwa Doha tidak menghargai inisiatif yang dibuat oleh Raja Salman terhadap para jamaah haji yang berasal dari Qatar.

Menteri Luar Negeri Bahrain mengatakan : “Raja Salman memiliki niat baik sejak terjadinya krisis dalam hal membebaskan para jamaah haji Qatar dari larangan memasuki Arab Saudi, namun tindakan ini disambut oleh Qatar dengan menutup mata terhadap masalah tersebut dan melecehan usaha tersebut dengan menyebut inisiatif Raja Salman hanya bersifat politik,” kata menteri luar bahrain seperti dipetik Al Arabiya dari Berita Bahrain, Isnin, (21/8/2017).

“Kami tidak jahat dan kami juga tidak berniat menghina siapapun, namun penghinaan apapun yang ditujukan kepada Arab Saudi adalah juga suatu penghinaan yang ditujukan kepada Bahrain. Kami tidak menerimanya dan kami akan membidasnya,” tambahnya.

Penyataan menteri tersebut dilakukan setelah memerhati sikap pihak berkuasa Qatar yang belum mengizinkan pesawat Arab Saudi mendarat di Doha untuk mengangkut jamaah haji Qatar ke Jeddah di tengah konflik diplomatik antara kedua negara.

Seperti dipetik dari berita Saudi, SPA, Direktor Umum penerbangan Saudi Arabian Airlines, Saleh al-Jasser mengatakan bahwa penerbangan pertama yang dijadwalkan pada 22 Ogos belum dapat lepas landas dari Arab Saudi karena belum mendapat izin pendaratan di Doha yakni pihak berkuasa Qatar. Dia mengatakan bahawa syarikat penerbangan tersebut telah mengajukan permohonan keizinan kepada pihak berkuasa Qatar sejak keluarnya perintah Raja Salman.

Sumber : Moslempost