Lafaz kalimah syahadah Ditemui pada cincin Obama .. Adakah Barrack Hussein Obama Itu Benar-benar Islam Seperti Didakwa Donald Trump?

Lafaz kalimah syahadah Ditemui pada cincin Obama .. Adakah Barrack Hussein Obama Itu Benar-benar Islam Seperti Didakwa Donald Trump?

Seorang pakar Islamologi asal AS, Mark A Gabriel, meneliti foto-foto tentang cincin milik Presiden Barack Obama yang kini beredar di internet. Menurut analisanya, cincin yang selalu dikenakan Obama di jari manis tangan kirinya itu benar mempunyai ukiran bermotif kaligrafi lafaz syahadah.
“Saya menyimpulkan bahawa kalimah pertama syahadah terukir di cincin itu,” katanya seperti dipetik laman World Net Daily (WND).

Ia menjelaskan, kaligrafi kalimah ‘La Ilaha Illallah’ pada cincin Obama terbahagi dalam dua bahagian. Di bahagian atas, tertulis huruf Arab, Lam, Alif, Alif, Lam, dan Ha yang dibaca dari kanan ke kiri. Susunan huruf tersebut membentuk frasa ‘La Ilaha’ yang bermaksud ‘Tidak Ada Tuhan’.

Lalu pada bahagian bawah, terukir huruf Alif, Lam, Alif, Alif, Lam, Lam dan Ha. Susunan huruf-huruf tersebut membentuk frasa ‘Illa Allah’ yang bermakna ‘Selain Allah’. Jika kedua-dua bahagian tersebut dibaca bersambung maka akan terbentuk kalimah ‘La Ilaha Illallah’ yang bermakna ‘Tiada Tuhan Selain Allah’.
“Adalah suatu hal yang lumrah dalam seni Islam dan kaligrafi Arab untuk menulis mesej-mesej Al-Quran dalam perhiasan. Huruf-huruf tersebut juga biasa dibuat tumpang tindih agar pas dengan ruang yang ada,” ujar Gabriel.

P/s: kalau betul Alhamdulillah bertambah seorang saudara, kalau tak betul semoga dikurnia hidayah. Dosa walau sebesar gunung pun ALLAH akan ampun, kembalilah ke jalan yang benar 🙂

sumber: kemarahanpaklong.com

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *