Mulianya Hari Arafah Di Sisi Allah!(Ust Don)

Mulianya Hari Arafah Di Sisi Allah!(Ust Don)

KELEBIHAN HARI WUKUF/ARAFAH

Fadhilat Hari Wukuf atau Hari Arafah Pada hari Wukuf yang dikenali juga sebagai Hari Arafah, ketujuh-tujuh pintu syurga dibuka, dan TIADA HIJAB di antara Allah swt dengan hambaNya. Ia adalah hari paling afdhal untuk beramal soleh, seperti bersolat sunat, membaca Al-Quran serta berdoa memohon ehsan dan rahmat dari Allah swt ke atas diri, keluarga dan sebagainya.

Allah swt memuliakan hari Wukuf (pada setiap 9 Zulhijjah) dan akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah daripada api neraka. Justeru, sebagai kesyukuran di atas kemuliaan Allah ke atas hambaNya pada hari Wukuf, umat Islam menyambut hari keesokannya iaitu 10 Zulhijjah sebagai hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha. Kelebihan Hari Wukuf di Arafah, tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji.

Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah swt berdasarkan sabda Rasulullah saw: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. Hadis Muslim. Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Pada masa yang sama, Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada hari raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan sahih yang meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ” Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t “. Hadis Muslim. Pada hari raya Aidiladha umat Islam disunatkan melakukan ibadah Korban dan memberi makan fakir miskin serta merupakan hari untuk mengucapkan kesyukuran kepada Allah swt. Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bagi umat Islam yang tak berwukuf, mereka digalak mengerjakan korban”. Hadis Ibnu Abbas

******************************************************

Umrah Bersama Ustaz Don
7-17 Disember 2016
013-7890205

Labbaikallah Sabtu 10 Sept 2016
Shamsul Ghau Ghau
Ustaz Shihabudin Ahmad
Anita Baharom
9 malam, Tv Al-Hijrah

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *