Padah Jemput veteran perang Inggeris sambut merdeka: Siapa pejuang sebenar patut kita dendangkan?

Padah Jemput veteran perang Inggeris sambut merdeka: Siapa pejuang sebenar patut kita dendangkan?

1) Kecelaruan dalam memahami naratif sejarah perjuangan Melayu hari ini apabila kita terlalu mengikut naratif sejarah kolonial.

2) Mana-mana pihak yang melawan kolonial pada ketika itu diisytiharkan sebagai kiri dan komunis. Hatta pejuang Melayu yang tulen.

3)Mana-mana pihak yang cenderung kepada British atau menyokong British akan digelar sebagai golongan kanan.

4) Kita hanya ada dua pilihan, bersama yang kanan atau bersama yang kiri? Tiada pilihan untuk bersama yang tengah, kerana kita akan turut dibakul sampahkan sebagai golongan kiri!

5) Menurut Dr Farish A Noor, pengkaji politik dan sejarah Asia Tenggara di S.Rajatnam School of International Studies, Singapura, walaupun Inggeris menolong pada masa konfrontasi, tetapi mereka “tidak ikhlas”. Kerana pada waktu itu mereka takut kalau Malaya/Malaysia dikalahkan oleh Indonesia, maka segala kompeni Inggeris di Malaysia akan dirampas. Mereka takut mereka akan hilang modal mereka.

6) Jangan lupa pada masa itu (tahun 50-an, 60-an) British masih mengawal banyak kompeni-kompeni mereka di Malaysia, termasuk Dunlop, dan lain-lain. Jadi walaupun tentera Inggeris ‘membantu’ Malaysia, itu kerana mereka hendak mengekalkan hegemoni ekonomi mereka.

7) Malangnya menurut beliau lagi, bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh rantau ini, sudah wujud ‘nostalgia’ untuk zaman kolonial, seakan itu zaman emas yang manis.

8) Jadi persoalannya, dalam sambutan kemerdekaan negara kita yang ke 60? Wajarkah naratif sejarah ini diangkat? Siapakah pejuang sebenar yang patut kita dendangkan?

9) Adakah dengan menjemput veteran perang Inggeris itu adalah tindakan yang bijak? Ataupun kita sudah terperangkap dalan naratif sejarah pihak kolonial? Ataupun kita punya motif politik dalam mengangkat sejarah itu kembali?

10) Masih ramai lagi pejuang bangsa tidak diketahui anak watan kita.

Bak kata guru saya Pakcik Zaim Shaari,

Fikir-fikirkan.

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Sumber: Ismaweb

Komen Paklong:

Paklong tak berapa setuju dengan kehadiran depa ni, tak salah nak mai tengok sambutan merdeka tapi kalau sampai dijemput jati watak khas sambutan kemerdekaan tu memang tak molek mana lah. Budak-budak hipster zaman sekarang ni bukan jenis membaca macam kita dulu, nanti tak pasai anak cucu kita salah tafsir pejuang kemerdekaan negara kan bahana tu! Mana pejuang vateran melayu kita? kenapa tak dipanggil? kenapa dipencilkan? >:(

apa pun selamat menyambut hari kemerdekaan negara ke 60! 😀

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *