Month: August 2017

Pelampau Buddha kepung penduduk Muslim Rohingya

Pelampau Buddha kepung penduduk Muslim Rohingya

YANGON, 1 Zulhijjah 1438H, Rabu – Ratusan warga Myanmar daripada etnik Muslim Rohingya dikepung di dalam kampung mereka oleh kumpulan pelampau Buddha di barat negara itu, kata penduduk, tatkala ketegangan isu agama merebak semula di Rakhine.

Pemantau hak asasi manusia dan pekerja bantuan bimbang keganasan yang sehingga kini terbatas kepada etnik Rohingya di sebuah kampung di utara Rakhine, bersempadan dengan Bangladesh, bakal merebak ke kawasan lebih besar di mana kedua-dua komuniti, Rohingya dan Buddha berjiran.

Penduduk memberitahu umat Islam Rohingya yang tinggal di Kampung Zay Di Pyin telah dikepung dan dihalang daripada keluar untuk bekerja atau membeli makanan dan mendapatkan bekalan air bersih sejak tiga minggu lalu, walaupun sebahagian kecilnya dibenarkan keluar secara bersyarat sejak semalam.

Polis berkata, penduduk Buddha menyekat jumlah makanan yang boleh dibeli oleh etnik Rohingya, tetapi menafikan pergerakan mereka dihalang.

Pengepungan dan halangan itu meningkatkan kebimbangan keganasan seperti yang berlaku di ibu negeri Rakhine – Sittwe – pada 2012, menyebabkan lebih 200 orang terkorban dan 140,000 hilang tempat tinggal, kebanyakannya etnik Rohingya, akan berulang.

“Apa yang membimbangkan di Zay Di Pyin ialah keadaan itu boleh menyebabkan kekacauan dan keganasan di antara dua komuniti berkenaan,” kata anggota kumpulan pemantau Projek Arakan, Chris Lewa.

Penduduk memberitahu, ketegangan tercetus semula di kampung itu hujung Julai lalu, apabila seorang lelaki Buddha dari kampung bersebelahan hilang dan pada masa sama tiga etnik Rohingya ditemui dibunuh di kawasan itu.

“Mereka mendakwa kami membunuh lelaki yang hilang itu dan melakukan sekatan serta tidak balas. Kami dihalang daripada keluar bekerja dan tidak dibenarkan bersolat di masjid yang terletak di luar kampung,” kata seorang penduduk.

Kumpulan pelampau Buddha, sesetengahnya bersenjatakan pedang dan kayu, mengadakan sekatan dan pemeriksaan di enam kawasan sekitar penempatan etnik Rohingya, tetapi setakat ini belum ada kekacauan atau keganasan besar berlaku.

Rakhine sudah lama terpecah antara etnik Buddha dan Muslim Rohingya. Kira-kira 1.1 juta etnik Rohingya tinggal di negeri itu, tetapi mereka dinafikan hak kewarganegaraan dan berdepan sekatan perjalanan yang teruk, kerana mereka dianggap pendatang asing dari Bangladesh.

Lebih 87,000 orang melarikan diri ke Bangladesh, sejak kumpulan pejuang Rohingya membunuh sembilan anggota polis Myanmar di barat laut Rakhine, Oktober tahun lalu. Kejadian itu mendorong tindakan keras tentera Myanmar – yang dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai, pembakaran dan merogol wanita Rohingya.

Sumber: Ismaweb

“Zionis hancur menjelang 2027” (As-syahid Syeikh Ahmad Yasin)

“Zionis hancur menjelang 2027” (As-syahid Syeikh Ahmad Yasin)

Berikut adalah terjemahan dari arkib wawancara tokoh pejuang Palestin, Syeikh Ahmad Yasin, dengan jurnalis Al-Jazeera, Ahmed Mansur, yang disiar oleh Agensi Berita Suara Palestina.

Ahmed Mansur: Anda adalah saksi sejarah penubuhan negara Israel tahun 1948, dan kini Israel berusia 50 tahun. Bagaimana masa depan Israel menurut anda?
Syeikh Ahmad Yasin: Saya katakan bahawa Israel dibangun di atas kezaliman dan di atas tanah rampasan, dan kewujudan apapun yang dibangun di atas dasar yang demikian, maka nasibnya adalah kehancuran di kemudian hari.

Ahmed Mansur: Walaupun Israel memiliki kekuatan yang membuatnya dapat bertahan?
Syeikh Ahmad Yaasin: Kekuatan apapun tidak ada yang kekal. Seluruh negara di dunia tidak memilki kekuatan abadi. Seorang manusia dilahirkan menjadi anak kecil, remaja lalu beranjak dewasa kemudian separuh umur, dan akhirnya menua. Begitu pula dengan sebuah negara, berawal dari kecil lalu berkembang, lalu akan punah seiring dengan berlalunya waktu.

Ahmed Mansur: Menurut anda, Israel berada pada fasa yang mana sekarang ini?
Syeikh Ahmadd Yasin: Menurut anggaran saya, di suku pertama abad ke 21, tepatnya tahun 2027 Israel akan menghilang (dari muka bumi ini), Insha Allah.

Ahmed Mansur: Kenapa (anda boleh yakin) Israel akan hancur tepatnya pada tahun tersebut?
Syeikh Ahmad Yasin: Kerana saya beriman dengan Al-Quran Al-Karim. Al-Quran telah memberitakan bahawa akan terjadi pergantian generasi setiap 40 tahun sekali.

Cuba perhatikan, 40 tahun pertama dalam pemerintahan Israel, terjadi tragedi kemanusiaan Nakbah di Palestin, 40 tahun berikutnya Intifada, ketika itu ada perjuangan bersenjata dari rakyat Palestin, dan 40 tahun ketiga seterusnyanya, akan menjadi masa terakhir bagi Israel insha Allah.

Ahmed Mansur: Gambaran yang anda paparkan ini merupakan penjelasan dari Al-Qur’an?
Syeikh Ahmed Yasin: (Benar amati dengan baik), pusingan (tempoh) tersebut adalah pemberitaan dari al-Quran. Kenapa Allah sesatkan Bani Israel di padang gurun at-Tih selama 40 tahun? Untuk menukar generasi yang tidak berkualiti dengan generasi yang berkualiti.

Ahmed Mansur: Bagaimana anda melihat masa depan kita wahai Syeikh?
Syeikh Ahmad Yasin: Saya sampaikan bahawa kita akan melalui masa-masa sukar yang menuntut banyak pengorbanan namun masa depan adalah milik kita. Ini adalah janji Allah yang takkan pernah Dia engkari.

Ahmed Mansur: Meski umat Islam diliputi rasa putus asa?
Syekh Ahmad Yasin: Putus asa tidak memiliki tempat bagi orang-orang yang tidak menjadikan hartanya sebagai kendaraan.

Mereka tidak berputus asa dan akan terus berjuang di jalan Allah. Saya mendapatkan ilham dari firman Allah dalam surat al-Hasyr ayat 2:
‘Kamu tidak menyangka, bahawa mereka akan keluar dan merekapun yakin, bahawa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka dari (siksa) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah melemparkan ketakutan dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang Mukmin. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai wawasan’.

Israel menyangka bahawa mereka berada di titik yang selamat, dan seolah paling kuat ketika ini, dan cenderung menganggap bahawa kelompok umat Islam berada dalam kelemahan. Mereka menganggap bahawa tembok pemisah dan kekuatan tentera dapat melindungi mereka, namun berdasarkan ayat tersebut, kehendak Allah yang demikian itulah yang akan terjadi.

Sumber: HaluanPalestine

Israel tangkap Sheikh Raed Salah untuk takutkan umat Islam Palestin

Israel tangkap Sheikh Raed Salah untuk takutkan umat Islam Palestin

MINA, 27 Zulkaedah 1438H, Ahad – Tindakan Israel menangkap semula pejuang Masjid Al-Aqsa, Sheikh Raed Salah memperlihatkan rejim itu takut dengan bayang-bayang sendiri.

Jurucakap gerakan Islam Hamas, Hussam Badran berkata, tindakan Israel itu mahu menakutkan umat Islam Palestin, kononnya mereka berkuasa.

“Israel jika boleh mahu menangkap semua tokoh dan ikon Islam di seluruh wilayah Palestin yang diduduki puak Yahudi itu.

“Kali ini, tindakan menangkap dan menjatuhkan hukuman terhadap Syeikh Raed Salah langsung tidak berasas, walhal mereka yang melanggar hak orang Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Zionis yang menangkap Syeikh Raed Salah minggu lalu atas dakwaan mempertahankan masjid al-Aqsa dan menyokong gerakan Islam di wilayah Palestin.

Dilaporkan, askar Zionis menggeledah rumah pemimpin Islam itu dan membawanya ke pusat soal siasat Israel, di Shin Bet.

Pada November 2016, kerajaan Israel telah mengharamkan Pergerakan Islam Palestin 1948 atas alasan pertubuhan itu menyemai kebencian dan berselindung di bawah slogan ‘Aqsa dalam bahaya’.

Sheikh Raed dalam kenyataannya sebelum ini berkata, jika beliau diberi pilihan antara memasuki penjara atau berhenti memperjuangkan Masjid Aqsa, beliau lebih rela dipenjara.

Sumber: ismaweb

LONDON, 20 Ogos 2017 — Pertubuhan Arab Bagi Hak Asasi (AOHR) di United Kingdom hari ini mendedahkan rancangan rejim Zionis untuk membunuh ketua Pergerakan Islam di Wilayah Palestin 1948.

Kenyataan AOHR menyebut bahawa tindakan keras ke atas Sheikh Raed dan layanan zalim ketika beliau dikurung dalam penjara Zionis menunjukkan kemarahan dan kebencian mendalam ke atas aktiviti anti-penjajahan yang diperjuangkan.

AOHR mendakwa bahawa pegawai-pegawai kanan Zionis telah mengugut untuk membunuh Sheikh Raed, dan cuba melakukannya dengan cara supaya dunia melihat kematian tersebut akibat punca-punca semulajadi.

Sumber: HaluanPalestine

 

 

“Lantik Mufti Selain Dari Berkelulusan Pengajian Islam” (Ahli DAP)

“Lantik Mufti Selain Dari Berkelulusan Pengajian Islam” (Ahli DAP)

Bangi: Seorang ahli DAP menggesa kerajaan supaya melantik mufti yang mempunyai kelulusan dalam bidang selain Pengajian Islam supaya tidak ketinggalan zaman.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today, Prof Tajuddin Rasdi dari Universiti UCSI mengatakan, “Mereka (mufti) perlu mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang dengan ijazah atau PhD dalam seni bina atau pengajian sosial.”

Menurutnya pemimpin Islam perlu mempunyai kemampuan untuk melihat dunia dari perspektif yang lain juga. “Pemimpin Islam perlu mampu melihat gambaran lebih besar dari segi alam sekitar, psikologi, seni bina dan lain-lain,” Menurutnya institusi seperti mazhab Hanbali mempunyai kelemahan kerana dikendalikan oleh manusia. “Tetapi, mereka yang memberi kata putus.

Bagaimana kita boleh kata demikian sedangkan mereka jelas mempunyai kelemahan,” tegasnya lagi. Menurut Tajuddin Rasdi, orang ramai sepatutnya berhak untuk mempersoalkan kewujudan mazhab itu. Tajuddin menegaskan lagi bahawa penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Agama berdasarkan fatwa adalah bermasalah. Tajuddin antara lain mendakwa bahawa Kassim Ahmad mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya namun demikian pendapatnya dianggap sesat.

Tajuddin merupakan ahli DAP semenjak tahun 2012 kerana ingin menjadi jambatan antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Sumber: Menara.my

P/S: Paklong nak komen tapi lebih-lebih tak pandai jugak cuma boleh ka lulusan ijazah perkayuan, perhutanan, vaterinar, TESL, MASSCOM dan lain-lain nak keluarkan fatwa agama? Depa nak petik rujukan mana? B.F SKINNER? ARISTOTLE? JULIUS CESAR? Hampa baca dan pikir sendiri lah  >:(

PERKARA ‘MENAKUTKAN’ BILA MATAWANG NEGARA JATUH MERUDUM DAN AKHIRNYA LUMPUH!

PERKARA ‘MENAKUTKAN’ BILA MATAWANG NEGARA JATUH MERUDUM DAN AKHIRNYA LUMPUH!

Apakah yang akan berlaku selepas penurunan nilai matawang sesebuah negara? Apa pulak yang akan berlaku sekiranya matawang tersebut melingkup terus?

Itulah persoalan yang cuba dirungkaikan di dalam artikel ini berdasarkan apa yang pernah berlaku sebelum ini.

1. Apabila mata wang jatuh, kerajaan akan cuba mengapungkan mata wang baru

Pada 2009, dolar Zimbabwe telah lumpuh menyebabkan beberapa mata wang lain digunakan dan mata wang yang popular digunakan ialah dolar Amerika Syarikat kerana ia adalah mata wang simpanan di Bank Dunia.

Tetapi kerajaan Zimbabwe telah mengenakan denda kepada mereka yang menggunakan dolar Amerika atau mata wang lain kerana kerajaannya mahu mengawal ekonomi dan rakyat.

Kebiasaannya nilai satu mata wang baru menyebabkan kadar pertukaran wang lama kepada wang baru boleh mencecah sehingga berbillion.

Itulah antara sebab ramai orang menukarkan mata wang tempatan kepada mata wang lain yang lebih stabil.

Dalam kes Zimbabwe ini, antara mata wang alternatif mereka ialah dolar Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.

2. Situasi hiperinflasi berlaku membuatkan mata wang tidak bernilai lagi.

Rakyat Zimbabwe perlu membawa beg plastik untuk membawa wang bagi membeli barangan harian. Harga pula sekurang-kurangnya meningkat dua kali dalam satu hari.

Ini contoh penjual meletakkan harga 3 biji telur dengan nilaian 100 bilion dolar Zimbabwean yang baru di Harare pada Jun 2015.

Ini berpunca daripada kadar inflasi yang meningkat mendadak setiap tahun:
-inflasi mencapai 624% pada tahun 2004

-inflasi mencapai 1730% pada tahun 2006

-inflasi mencapai 11000% pada tahun 2007

Pernah satu detik pada tahun 2008, hiperinflasi mencecah 500,000,000,000% telah membuatkan mata wang tempatan langsung tidak bernilai.

3. Negara lain menduduki kawasan perindustrian selepas negara gagal membuat pembayaran balik.

Selepas Perang Dunia Pertama, Republik Weimar merupakan original poster child untuk mata wang gagal.

Pada waktu itu, Jerman perlu mematuhi syarat Perjanjian Versailles yang memerlukan Jerman membayar pampasan perang kepada negara-negara bersekutu.

Oleh kerana Jerman gagal membayar balik kepada negara terbabit, kawasan-kawasan perindustrian Jerman diduduki Perancis.

Ini menyebabkan kerajaan Jerman tertekan dan terpaksa mencetak wang kertas untuk membayar gaji dan hutang perang, dan hiperinflasi ditetapkan.

Apabila Rentenmark diperkenalkan untuk menggantikan mata wang sedia ada, kadar pertukaran adalah 1 US Dollar untuk 1 trilion Rentenmark.

4. Wujudnya dua kadar pertukaran yang berbeza

Ini berkisar tentang peranan wang fizikal dalam kehidupan sehari-hari penduduk Argentina.

Di sana perlu berhati-hati dengan bil palsu dan sebaik-baiknya wang yang dibayar sama dengan jumlah yang dinyatakan.

Ini kerana wujud dua kadar pertukaran yang berbeza telah merumitkan keadaan tersebut.

Kerajaan mengeluarkan kadar rasmi dengan menetapkan pada sekitar 8 peso kepada 1 dolar dan ada satu lagi kadar yang diwujudkan oleh pasaran gelap.

Kadar pasaran gelap atau kadar tidak rasmi menetapkan kira-kira 11 peso bagi setiap dolar.

Pelancong akan memilih menukarkan wang dengan kadar pasaran gelap kerana kuasa membeli lebih tinggi.
Tambah menarik apabila kedua-dua kadar dipaparkan di dalam surat khabar harian tempatan.

Malah, sesetengah servis pertukaran wang pasaran gelap boleh menghantar peso ke hotel bagi memudahkan urusan pelancong.

Rugi ke? Bagi penduduk tempatan yang terlibat, tindakan ini telah dapat melindungi nilai mata wang mereka apabila dapat menukarkannya dengan mata wang yang lebih stabil.

5. Rakyat terpaksa membelanjakan wang dengan segera untuk membeli barangan.

Ramai fikir jika mata wang jatuh teruk itulah masa untuk simpan wang. Sebenarnya tidak di dalam dunia realiti kerana rakyat tidak ada pilihan lain terpaksa membelanjakan wang untuk membeli barangan.

Sekiranya gagal berbuat demikian, kemungkinan kuasa membeli mereka akan berkurangan menjadi separuh dalam masa beberapa jam sahaja.

Itulah situasi yang dialami di Argentina antara tahun 2001 hingga 2002 dan juga di Rusia apabila nilai mata wang jatuh setiap masa.

Keadaan menjadi kelam-kabut dan menekan rakyat. Bayangkan pekerja kedai perlu berlari ke rak-rak barang dan menukarkan harga barang mengikut kadar semasa.
Malah, pertukaran harga pernah berlaku di dalam jam yang sama. Bayangkan anda ke kedai dan mengambil barang-barang di rak.

Apabila tiba di kaunter bayaran, jumlah harga melambung tinggi kerana harga di rak tadi sudah tidak relevan lagi dan harga baru yang dikenakan adalah lebih tinggi.

6. Bank ditutup atau menghadkan operasi perbankan.

Sebenarnya bank kekurangan wang fizikal. Apa yang mereka ada hanyalah wang dalam bentuk nilaian digital.

Disebabkan itu bank menggalakkan pengguna menggunakan kad debit dan kad kredit dalam urusan belian harian.

Apabila mata wang negara jatuh, rakyat menjadi panik dan mahu mengeluarkan wang daripada bank sebelum bank muflis atau kehabisan wang fizikal.

Bagi mengekang usaha itu, bank akan menghadkan transaksi bank atau menutup sementara operasi bank agar wang tidak keluar dari bank mereka.

Keadaan ini telah berlaku di Greece pada pertengahan 2015 di mana mesin pengeluaran wang tunai (ATM) dihadkan pengeluarannya sebanyak 60 euro sehari untuk seorang.

7. Peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan.

Pelabur-pelabur luar menutup perniagaan dan kilang-kilang di negara yang sedang mengalami krisis mata wang/ekonomi.

Penutupan ini telah menyebabkan ramai rakyat kehilangan pekerjaan. Kadar pengangguran meningkat menyebabkan ramai rakyat yang menjadi miskin.

Golongan ini mengalami kekurangan wang atau tiada wang untuk membeli makanan menyebabkan mereka terdorong untuk melakukan aktiviti jenayah di atas kapasiti mahu meneruskan hidup yang kian mendesak.

Keadaan ini mewujudkan rasa tidak selamat di kalangan rakyat menyebabkan rakyat menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan sehinggalah terjadinya ketidakstabilan politik negara.

8. Penyekatan wang keluar dari negara.

Antara usaha kerajaan untuk menstabilkan ekonomi negara ialah dengan melakukan penyekatan wang keluar dari negara.

Untuk mencapai objektif tindakan itu, transaksi di atas talian dan transaksi peribadi tidak dibenarkan berlaku.

Antara golongan yang terkesan dengan tindakan ini ialah pekerja asing yang bekerja di dalam negara kerana tidak boleh menghantar wang ke negara asal mereka.

Kebanyakan kedai, hotel dan restoran tidak akan menerima pembayaran melalui kad lagi. Mereka mahukan wang tunai.
Maka, tanpa wang tunai akan menyebabkan kehidupan menjadi lebih sengsara. Hal ini pernah berlaku di Greece pada tahun 2015.

9. Sistem barter digunakan untuk mendapatkan barang.

Percaya atau tidak,sistem barter akan digunapakai semula untuk mendapatkan barangan asas bagi meneruskan kehidupan.

Konsepnya mudah untuk difahami di mana apabila mata wang menjadi tidak bernilai, aset fizikal akan menjadi duit.

Aset fizikal yang akan menjadi duit pada saat itu ialah emas, perak, makanan, hartanah, kereta, bahan bakar atau minyak, pakaian, ubat-ubatan, senjata, rokok, mancis dan lain-lain lagi.

Pendek kata, benda-benda yang kita tidak hargai sewaktu ekonomi baik itulah yang akan menjadi lebih bernilai sewaktu ekonomi jatuh dan mengheret mata wang menjadi tidak bernilai.

Ini bermakna mereka yang mempunyai aset fizikal sebegini turut perlu meningkatkan kawalan keselamatan kerana ada kemungkinan mereka akan dicederakan atau dirompak kerana mahu merampas aset-aset fizikal tersebut.

10. Lain-lain hal berkaitan

Kerajaan menyelamatkan diri mereka sendiri dan orang-orang kaya dengan menyalahgunakan dana yang disalurkan untuk membantu negara.

Keadaan ini turut mendorong peningkatan aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Contoh-contoh boleh dilihat di negara dunia ketiga.

Dalam waktu yang sama kebanyakan rakyat menyangka kerajaan akan menyelamatkan mereka yang sedang bertarung dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

Tetapi lama-kelamaan mereka akan memberontak dan melakukan demonstrasi bantahan terhadap kerajaan di atas kegagalan memulihkan keadaan ekonomi negara.

Tampuk pemerintahan akan bertukar ekoran ketidakpuasan hati rakyat.
Selain itu, pembayaran gaji pekerja sektor kerajaan dan pengeluaran wang pencen oleh kerajaan dipotong dan akhirnya ditangguhkan kerana kerajaan tiada dana untuk tujuan pembayaran tersebut.

.
Kesimpulan

Sejarah menunjukkan apa punca sebenar di sebalik krisis mata wang berlaku. Di dalam sejarah juga menyatakan krisis di dalam negara akan berlaku dan kerajaan tidak mampu mengawal kadar inflasi. Ini akan menyebabkan rakyat berasa tertekan untuk meneruskan kehidupan.

Sekiranya menerima bantuan daripada luar pula, negara akan terikat dengan mereka dan polisi negara turut akan dipengaruhi oleh mereka. Akhirnya, rakyat juga yang akan menjadi mangsa.

Melalui sejarah juga, kita boleh belajar untuk bersedia menghadapi gelombang tsunami ekonomi yang tidak stabil sama ada di peringkat negara atau keluarga atau individu.

Allahu’alam…

Sumber: zulsegamat

CERITA BRUCE LEE TEWAS DI TANGAN DATO MEOR ADALAH PALSU!

CERITA BRUCE LEE TEWAS DI TANGAN DATO MEOR ADALAH PALSU!

Artikel ini ditulis bukan untuk memenangkan mana-mana pihak, tapi untuk memberi penjelasan yang benar kepada semua. Sekiranya kisah pertarungan Bruce Lee dengan Dato Meor disaksikan sendiri oleh anda, anda boleh menghubungi saya untuk berkongsi kisah yang sebenarnya.

Namun artikel mengenai pertarungan Bruce Lee dengan Dato Meor yang telah tular sekian lama (sejak awal tahun 2000) ini perlu dihentikan segera kerana mengandungi banyak maklumat-maklumat yang mencurigakan dan salah justeru membuatkan bangsa kita, bangsa melayu dipandang rendah kerana dengan mudahnya mempercayai cerita yang disebarkan melalui internet.

Kenali Dan Inosanto sahabat baik Bruce Lee

Sebelum meneruskan lagi, saya ingin berkongsi sedikit maklumat dahulu tentang Dan Inosanto, seorang pakar seni mempertahankan diri juga seorang partner yang sangat rapat dengan Bruce Lee.

Inosanto jugalah yang memperkenalkan nunchacku dan mengajar asas-asas pergerakan nunchaku kepada Bruce Lee. Boleh dikatakan Inosanto adalah orang yang sentiasa berdamping dengan Bruce Lee ke mana sahaja beliau pergi.

dan inosanto gambar terbaru

Dan Inosanto juga telah diberi tauliah oleh Bruce Lee untuk mengajar sistem seni mempertahankan diri yang dicipta olehnya (Jeet Kune Do). Walaupun begitu, Dan Inosanto bukan sahaja mahir dalam kung fu, tetapi beliau juga mahir dalam seni mempertahankan diri yang lain seperti Muay Thai dan juga Silat Kuntao. Pada era 70an, pencak silat dikenali dunia kerana beliaulah yang telah mencadangkan agar seni mempertahankan diri itu dimasukkan ke dalam filem Bruce Lee bertajuk Game of Death.

Benarkah Bruce Lee sangat berminat tentang Silat?

Menurut Dan Inosanto, memang benar Bruce Lee banyak juga mengkaji tentang silat. Namun beliau memang tidak pernah mengamalkannya atau menuntut ilmu persilatan dari mana-mana guru Silat Nusantara. Kisah-kisah mengenai pertemuan Bruce Lee dengan guru Silat Nusantara kebanyakannya adalah rekaan dan tidak benar.

Benarkah Bruce plagiat pergerakan Silat?

Ini juga tidak benar. Bruce Lee memang mengaku ada meniru gaya orang lain. Misalnya… Bruce Lee telah meniru pergerakan Muhammad Ali iaitu pergerakkan shuffle kaki dan teknik melonggarkan kaki. Akan tetapi tiada pergerakan Silat yang pernah ditiru dan digunakan oleh Bruce Lee dalam amalannya. Terlalu banyak perbezaannya teknik pergaduhan jalanan Bruce Lee dengan Pencak Silat.

Benarkah Bruce Lee pernah ditewaskan Dato Meor Abdul Rahman?

Dan Inosanto ada juga menyebut tentang hal ini. Beliau berkata bahawa kisah tidak benar ini harus dihentikan serta-merta kerana ianya telah menjadi kepercayaan ramai pengamal seni mempertahankan diri di Malaysia sejak tahun 2004.

Mengikut cerita yang tersebar di internet, ketika Dato Meor Dalam perjalanan ke England, kapal terbang terlah berhenti seketika (transit) di Hong Kong pada 13 July 1973.

Apabila mengetahui Dato Meor sedang berada di Hong Kong, Bruce Lee lantas berjumpa Dato Meor untuk bertarung. Diceritakan juga bahawa Bruce Lee menyapa Dato Meor dengan sombong dan angkuh. Dato Meor pada ketika itu berumur 56 tahun dan Bruce Lee berumur 32 tahun.

Kononnya kerana terlalu dipaksa Bruce Lee, Dato Meor pun telah menggunakan teknik “Kipas Senandung” ke atas Bruce Lee menyebabkan Bruce Lee mengalami kecederaan dalaman justeru menjadi punca kematiannya. Semua kisah ini adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Pertama sekali, kisah ini mula tular selepas kematian kedua-dua tokoh ini iaitu Dato Meor dan Bruce Lee. Semasa hayat mereka tidak pernah pula didengari pun tentang ini.

Yang kedua, adakah logik sekiranya perjalanan dari England ke Malaysia, kapal terbang berhenti transit di Hong Kong? Tidak pula diceritakan punca transit ke Hong Kong tersebut.

Yang ketiga, pada tahun 70an, Bruce Lee sudah pun menjadi seorang yang sangat-sangat sibuk dengan urusan kerjayanya. Beliau adalah superstar yang dikenali ramai dan juga seorang pengarah filem terkenal. Pasti ramai akan mengerumuni beliau dan menjadi saksi kisah tersebut kalau benar beliau datang ke lapangan terbang Kai Tak untuk bertarung dengan Dato Meor. Ditambah pula lapangan terbang Kai Tak Hong Kong telah memiliki cctv sejak awal tahun 70an lagi. Pasti ada rakaman peristiwa itu sekiranya benar.

bruce dengan dan inosanto

Adakah pengawal keselamatan airport membiarkan saja mereka berlawan? Mustahil. Kalau ya pun, pasti sekuriti akan suruh bertarung di luar yang menguatkan fakta lagi bahawa Dato Meor tak akan boleh keluar dari airport sewenang-wenangnya ketika transit. Kalau terlepas flight macam mana?

Bruce Lee bukan seorang yang suka mencabar orang yang tidak dikenalinya. Ini adalah fitnah ke atas Bruce Lee. Hakikatnya adalah berlawanan sangat dengan kisah tersebut.

Ramai pun yang mencabar Bruce Lee namun biasanya tidak akan diendahkan oleh beliau.

Dikatakan krew penerbitan yang pernah bekerja dengan Bruce Lee semuanya tergelak besar apabila mengetahui tentang cerita Bruce Lee dikalahkan Dato Meor ini.

Punca Kematian Bruce Lee yang sebenar

Hal ini diceritakan sendiri oleh isterinya, Linda Lee Cadwell yang sangat terkilan dengan sikap media menyebarkan risalah palsu mengenai mendiang suaminya. Ada yang mengatakan punca kematian adalah disebabkan pengambilan dadah, dan ada juga mengatakan Bruce Lee dibunuh seseorang.

linda lee cadwell isteri bruce lee

Yang sebenarnya, Bruce Lee mati disebabkan oleh Edema Sebebral dimana kondisi ini menyebabkan peningkatan jumlah air di dalam otak yang berpunca dari alahan kepada Equagesic (meprobamate and aspirin).

Equagesic digunakan oleh Bruce Lee untuk mengurangkan kesakitan ligamen, otot, saraf, tendon dan struktur yang menyokong tulang belakang.

Keputusan ini telah dikeluarkan bukan dari satu unit forensik sahaja, tapi dari banyak unit forensik lain di seluruh dunia. Walaupun keputusan ujian ada mengatakan badan Bruce Lee mengandungi bahan seperti kanabis, namun itu sudah tentu bukanlah penyebab kematiannya. Tak pernah dengar lagi ada orang mati kerana kanabis.

Pengkebumian Bruce Lee

 

Kesimpulan

Masih banyak lagi cerita-cerita palsu mengakui kononnya ada individu berjaya menewaskan Bruce Lee contohnya kisah Dicky Dzulkarnaen dari Indonesia dan Willem Reeders dari China. Kebanyakannya hanya untuk menaikkan nama dan memartabatkan pertubuhan masing-masing. Itu sahaja.

Bukan mahu merendahkan martabat Seni Persilatan Melayu. Kita sebagai bangsa Melayu memang perlu menjaga adat budaya kita agar kekal ke anak cucu. Apa lagi yang boleh ditinggalkan kepada generasi depan selain adat dan budaya?

Saya sendiri sangat menyanjungi Seni Silat dan juga ketokohan Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman. Namun kisah palsu yang tersebar ini harus dihentikan la. Majulah seni, budaya, bangsa, seni silat dan pemikiran untuk negara.

Allahu’alam…

Sumber: zulsegamat

Barat Sudah Mula Buru Al-Mahdi! FRT Dicipta Untuk Bunuh Al-Mahdi Sebelum Dibai’ah!

Barat Sudah Mula Buru Al-Mahdi! FRT Dicipta Untuk Bunuh Al-Mahdi Sebelum Dibai’ah!

TEKNOLOGI PENGECAMAN WAJAH… NAK CARI TERRORIST KE NAK CARI IMAM MAHDI?

Artikel kali ini membincangkan gabungan maklumat-maklumat berikut:

  • Salah satu teori tentang kaedah yang menjadi pilihan Dajjal untuk menyumbang kepada Grand Plan dirinya.
  • Pencarian Imam Mahdi.
  • Sistem pengecaman wajah berkomputer (FRT).
  • Programming Language, Operating System dan Windows.
  • Peranan manusia dan jin.
  • Pengenalan Identiti

Adakah Dajjal sentiasa mencari anak-anak kecil yang dikira bakal Imam Mahdi?

Adakah tujuannya untuk ‘menghapuskan bakal-bakal yang berpotensi menjadi Imam Mahdi’?

Salah satu kaedah yang mungkin digunakan Dajjal (melalui agen-agennya) untuk mencari dan menghapuskan Imam Mahdi boleh kita bincangkan seperti berikut.

* Kaedah pencarian ini sekadar salah satu teori untuk mengesan cara Dajjal mencari Imam Mahdi.

Cara tersebut ialah penggunaan FRT yakni Face Recognition Technology (Teknologi Pengenalan atau Pengecaman Wajah).

Dajjal menggunakan teknologi yang telah dikembangkan ini untuk mencari Imam Mahdi. Teknologi ini mula-mulanya digunakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat tetapi ianya dikembangkan menjadi sesuatu yang komersial… dan ia adalah salah satu trademark projek Dajjal iaitu Hidden in Plain Sight yakni duduk betul-betul depan hidung kita tetapi kita tak perasan.

Melalui beberapa ciri pada wajah kita, sistem ini boleh mengesahkan siapakah orang itu. Sistem akan mengimbas wajah dan menyimpannya di dalam database. Kemudian database akan melakukan kerja konfigurasi penyesuaian dengan data-data sedia ada. Dalam beberapa saat sahaja komputer akan memaparkan identiti lengkap orang tersebut.

Kegunaan FRT Dalam Pencarian Imam Mahdi

Bagaimana mahu mencari Imam Mahdi jika namanya bukan Imam Mahdi?

Ini bukanlah suatu yang sukar. Untuk mencari Imam Mahdi menggunakan teknologi FRT, Dajjal memerlukan 2 sumber rujukan utama iaitu manusia dan jin.

Manusia dan Jin

Kedua-dua makhluk ini mempunyai peranan masing-masing untuk membantu Dajjal mencari Imam Mahdi. Pencarian Imam Mahdi mungkin sudah bermula sejak seribu tahun dahulu. Namun mungkin cara pencariannya sahaja yang berbeza dan mengikut perkembangan semasa teknologi dan sosial masyarakat.

“Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.” (An-Nas, 1-6)

#1 : Peranan Manusia

Agen-agen Dajjal akan bertindak mengumpul semua wajah-wajah manusia di seluruh dunia ke dalam suatu database yang besar. Facebook adalah cuma salah satu cara dan ada banyak kaedah lain untuk mencapainya. Cara mengambil identiti orang ramai termasuk negara-negara Islam adalah mudah misalnya ia boleh dilakukan dengan agen-agen ini menjual perisian FRT kepada kerajaan negara-negara dunia. Agensi yang bakal membeli perisian-perisian ini sudah pasti Jabatan-jabatan pendaftaran yang mengeluarkan kad pengenalan dan passport.

Perisian-perisian ini akan diformat oleh pembekal-pembekal agar semua database rakyat boleh diambil tanpa perlu meminta. Kepakaran teknologi sudah pastilah mudah kerana perisian ini akan dipasang dalam Operating System (OS) buatan Illuminati sendiri iaitu Windows. Kalau OS lain seperti Linux pun mereka yang punya jugak.

Bayangkan seorang pencuri laptop yang dapat mengesan dan mencuri laptop yang telah dimatikan yang disimpan di dalam kereta. Pencuri hanya perlu menggunakan alat mengesan frekuensi. (Agak lama dulu, rancangan jenayah 999 di TV3 ada menghuraikan tentang jenayah mencuri laptop dan handphone dengan alat mengesan frekuensi). Ini baru sikit… macam-macam lagi diorang mampu buat.

Sekiranya perisian FRT dibangunkan oleh orang Islam sendiri pun, Dajjal melalui agen-agen Illuminatinya mampu memecahkan database perisian. Mengapa?

Kita harus ingat, sejauh mana canggih pun perisian itu, ia harus dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer (programming language). Bahasa-bahasa ini dibina oleh jurutera-jurutera Yahudi dan konco-konco Dajjal yang genius.

Kita mungkin hanya didedahkan dengan sejarah pembinaan bahasa seperti Fortran, Borland C, C++, Cobol, BASIC dan sebagainya tetapi tidak untuk belajar cara membinanya.

#2: Peranan Jin

Dalam banyak buku-buku dan ceramah agama kita diberitahu Dajjal akan dibantu oleh Jin dan Syaitan dalam setiap operasi jahatnya. Maka peranan jin dan syaitan di sini pada pandangan saya ialah memberikan gambaran fizikal maklumat wajah keturunan Imam Mahdi.

Kemampuan Jin dan Syaitan dalam menampakkan diri kepada bentuk nyata dan berjisim adalah sesuatu yang sahih.

Dalam tafsir al-Qurthubi ada menyebut :

“Diriwayatkan bahawa, syaitan pada hari itu menampakkan diri kepada mereka dalam bentuk Suraqah bin Malik bin Ju’syam. Dia berasal dari Bani Bakr bin Kinanah. Orang-orang Quraisy sangat takut kepada Bani Bakr…”

Rasululllah SAW menegaskan Imam Mahdi adalah dari keturunannya sebelah Saidatina Fatimah. Ini bermakna semua anak-anak dari keturunannya salah seorang bakal menjadi Imam Mahdi.

Cuma keturunannya sekarang berselerak dan tidak dapat dikenalpasti secara jelas.

Satu-satunya makhluk yang boleh mengecam wajah-wajah keturunan Fatimah ialah Jin dan Syaitan. Mereka hidup lama beribu-ribu tahun. Jadi peranan mereka di sini ialah menukar jisim mereka menyerupai sebarang wajah-wajah anak-anak cucu Fatimah yang boleh dikenalpasti dan dijadikan database.

Penukaran Kepada Bentuk Ramalan Imam Mahdi

Melalui penukaran ke bentuk jisim fizikal ini, maka titik-titik wajah diambil dan disimpan ke dalam database. Semua wajah-wajah keturunan fatimah disimpan dengan tujuan menjadikan maklumat berikut sebagai sumber utama identiti dan ada algorithm komputer tertentu yang mampu memprosesnya.

Secara logiknya, wajah Imam Mahdi sudah pastilah mempunyai iras-iras dan ciri-ciri datuk neneknya. Maka fungsi database sumber utama ini ialah melakukan proses penyesuaian dengan database wajah-wajah manusia di seluruh dunia.

Komputer sebagai pemutus pencarian akan memutuskan wajah manakah yang dikira 90% hampir sama dengan database sumber utama. Maka wajah-wajah tersebut atau individu yang dikira sama akan dihapuskan pada peringkat seterusnya.

Rasulullah SAW telah pun memberikan gambaran yang jelas tentang Imam Mahdi mengenai rupanya, fizikalnya dan keturunannya. Adakah mungkin Dajjal hanya duduk sahaja berdiam diri dengan maklumat sebegini?

Kesimpulan

Peranan sesuatu teknologi dalam strategi Dajjal biasanya dikaburkan dengan langkah mengkomersialkan teknologi tersebut.

Orang ramai mungkin akan mempertikai kembali teori ini kerana FRT telah pun dikembangkan dengan banyak oleh syarikat-syarikat kecil dan besar. Maka dari situ orang ramai tidak nampak ada kerahsiaan sulit tentang objektif penggunaannya.

Kekaburan ini biasanya dibina di atas alasan “Keselamatan dari Pengganas”.

Allahu’alam… Wassalam.

Sumber: Zulsegamat

PEMBOHONGAN IBLIS, DAJJAL DAN KONCO2 ZIONIS TENTANG BULAN (Last Part)

PEMBOHONGAN IBLIS, DAJJAL DAN KONCO2 ZIONIS TENTANG BULAN (Last Part)

​Part 8 of 13

Sori… side-track sikit daripada citer NASA, Bulan, Appoloc, Atalan dan Lamarakh….

Untuk Part 8 ini, kita akan cuba mengenali salah satu bangsa yang dikatakan sebagai saki baki Al-Bashar yang terselamat selepas perang besar tamat. Bangsa ini dikenali dengan nama Bangsa Kerinchi. Nama ini sebenarnya bukanlah nama yang asing bagi kita yang tinggal di Malaysia, Indonesia dan kawasan2 lain di Nusantara ini.

Cerita2 yang biasa kita dengar tentang Bangsa Kerinchi ini ialah mereka tiada lekukan di bahagian antara bawah hidung dan bibir atas mereka serta mereka boleh bertukar menjadi harimau. Tapi… takkan itu sahaja. Kalau setakat boleh jadik harimau jer, tak lah hebat sangat. Nanti dulu…. memang mereka ada banyak lagi kebolehan dan kelebihan lain… pasni akan diceritakan.

Tidak lengkap rasanya kalau bercerita tentang Bangsa Kerinchi ni kalau tak menyentuh tentang Gunung Kerinchi dan kawasan sekitarnya. Mungkin juga ada di antara kita yang pernah mendengar pun tentang Gunung Kerinchi. Ia sebenarnya adalah kawasan yand diduduki Bangsa Kerinchi berzaman-zaman lamanya. Kawasan ini kalau kita amati betul2… kita akan perasan ianya dipagari bukit bukau dan gunung2.

Sedikit lagi maklumat tentang Gunung Kerinchi… Ia adalah salah satu daripada puluhan gunung2 berapi yang masih aktif di Indonesia. Ketinggiannya ialah 3,805 meter daripada aras laut. Gunung ini menjadi gunung tertinggi di Pulau Sumatera. Di sebelah timurnya terdapat Tasik Bento yang airnya sangat2 jernih. Di belakangnya terdapat Gunung Tujuh dengan kawah dan tasik yang juga sangat indah dan amat2 jarang sekali dikunjungi manusia. Kawasan ini dapat ditempuh melalui jalan darat dari Jambi menuju Sungaipenuh melalui Bangko. Jalan alternatif ialah mengikuti jalan dari Padang, Lubuk Linggau, dan Bengkulu. Kalau nak naik kapal terbang, boleh mendarat di Padang atau Jambi.

Ok… ok… cukup la cerita pasal info Gunung Kerinchi dan Gunung Tujuh ni… dah macam bunyik pemandu pelancong plak!

Balik semula kepada kisah tentang Bangsa Kerinchi. Mereka dikatakan salah satu bangsa yang keturunannya adalah berasal daripada anak kedua Iskandar Zulkarnain. Bagaimana pula boleh jadi begini?

Setakat kajian yang telah dibuat, saya agak terkejut juga bila mendapati… Bangsa Kerinchi ini berasal daripada percampuran Al Bashar (daripada keturunan Appolloc + Lamarakh) dan Al-Insaan (daripada Keturunan anak kedua Iskandar Zulkarnain). Jika diimbas kembali info dalam posting terdahulu, keturunan Apolloc ialah keturunan raja2 yang mentadbir Atalan dan Lamarakh. Tapi keturunan Apolloc yang ini sudah tentu bukan keturunan tulen lagi kerana telah bercampur baur dengan Lamarakh sejurus sebelum kematian Helion (raja terakhir sebelum peperangan besar).

Sebut tentang Iskandar Zulkarnain ini pula, anda tentu pernah mendengar tentang kisah satu bangsa yang hampir tidak difahami pertuturan mereka dan bangsa ini telah dipagar dengan tembok kukuh campuran besi dan tembaga (Dalam Al-Quran pun ada menceritakannya dalam surah Al-Kahf). Bangsa yang dipagar oleh Iskandar Zulkarnain ini sebenarnya ialah saki baki Bangsa Atalan yang bertindak agresif mengganggu Al-Insaan di kawasan Nusantara ini. Ya… kejadian itu berlaku di sini. Dengan ini saya menolak teori yang mengatakan kejadian mungkin berlaku di kawasan Pergunungan Kaukasus yang banyak dicadangkan kebelakangan ini. Walaupun yang demikian, oleh kerana saya tidak boleh mendedahkan sumber2 maklumat saya, maka terpulanglah kepada penilaian anda sama ada hal ini masuk akal atau pun tidak.

Menyambung lagi kisah Bangsa Kerinchi ini, ada banyak cerita yang mengatakan mereka mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa yang lain…. selain daripada boleh bertukar menjadi harimau. Mereka juga boleh menghilangkan diri daripada pandangan mata kasar manusia biasa. Kebolehan mereka mengubat bermacam2 jenis penyakit juga adalah sangat dikagumi. Selain daripada harimau, saya ada juga mendengar yang sesetengah mereka boleh bertukar kepada lain-lain jenis haiwan seperti kucing, burung helang dan kuda.

Tentang nama2 ketua mereka pula, yang paling selalu disebut2 ialah dua orang yang digelar Lebai Sakti Danau dan juga Salleh Seri Menanti. Katanya, kedua2 mereka ini masih lagi hidup dan bermastautin di kawasan Gunung Kerinci.

p/s: Kalau anda seorang lelaki yang masih bujang (atau bagi yang telah berkahwin dan masih ada kuota lagi), cuba2 lah carik gadis berbangsa Kerinchi untuk dikahwini. Anda pasti mendapat kejutan yang besar.

—————————————————————————————————————————————————————————

Part 9 of 13

Anda telah pun tahu sebab musabab tentang pembohongan NASA tentang “Projek Bulan” mereka dan lain2 maklumat yang bersangkut-paut dengannya. Sekarang mari kita cuba fahami pula, kenapa tak cukup dengan Bulan, NASA kononnya sibuk nak mengkaji planet2 lain di dalam Sistem Suria kita. Berbillion2 malah bertrillion2 US Dollar jugak la dihabiskan untuk penerokaan angkasa jauh ini sampai berjuta2 rakyat Bumi yang mati kebuluran tidak dipedulikan. Cubalah kita pikirkan… pergi teroka angkasa kah… atau bagi makan orang yang lapar lebih penting dan lebih utama?

Sebenarnya kebelakangan ini… rupanya ada perkembangan tentang respon Atalan Bulan kepada misi-misi NASA ke Bulan. Antara lain, mesej yang dibalas oleh Atalan Bulan ialah teknologi yang didesak untuk penyerahan kepada Atalan Bumi dan NASA kini tidak lagi berada di tangan mereka. Habis tu… duduk kat siapa pulak? Atalan Bulan telah berkeras mengatakan, teknologi itu kini telah dibawa lari oleh sekumpulan Atalan Bulan di mana mereka telah menyorokkannya di salah sebuah planet di dalam Sistem Suria kita. Betul kah begitu?

Sebenarnya saya pun tidak pasti kerana ada juga indikasi dan petunjuk yang mengatakan sebenarnya teknologi Atalan Bulan ini telah dihantar semula ke Bumi dan kini suatu kumpulan Al-Insaan telah diamanahkan untuk menjaganya. Nama kumpulan ini ialah Paladin. Untuk itu, semua ejen2 geng2 jahat di Bumi i.e. CIA, FBI, Mossad, MI6, KGB dan lain2 kumpulan yang mempunyai pelbagai huruf telah dikerahkan untuk mencari Paladin ini. Seperti biasa, ketua turus misi kumpulan2 pelbagai huruf ini ialah tidak lain dan tidak bukan saudara Adolfo Nicolas Pachon, Head of the Jesuits atau lebih dikenali sebagai “The Black Pope”. Opis beliau… semua orang pun tau… di Vatican City… pusat penyembahan Syaitan terbesar di Bumi.

Kisah tentang Paladin ni mungkin ramai yang pernah mendengarnya. Akan tetapi saya masukkan di sini juga sebagai rujukan. Mungkin juga ramai yang telah menonton watak Paladin ini di dalam wayang gambar terbitan geng2 jahat bertajuk “Jumper”. Di dalam wayang gambar ini, ditunjukkan seolah-olah Paladin ini kumpulan ekstrim Kristian berteknologi tinggi yang jahat dan tidak berhati perut bagi mengelirukan kita. Kisah tentang Paladin ini juga ada kat dalam Wikipedia. Kat dalam Wikipedia pula… Paladin dikatakan juga dikenali dengan nama “The Twelve Peers” dan diasaskan oleh King of Franks iaitu Charlemagne atau lebih dikenali sebagai “Charles the Great”. Paladin dikatakan sebagai Pahlawan2 Kristian yang gagah membantu menawan banyak kawasan2 di Eropah sekitar tahu 780 A.D hingga 850 A.D. Semua ini juga adalah cerita2 yang mengarut bagi mengelirukan kita tentang identiti Paladin yang sebenar.

Watak Paladin juga diwujudkan di dalam bentuk permainan2 video dan komputer seperti Fallout 3, Warcraft, Dungeons & Dragons dan banyak lagi. Permainan online dan permainan2 ringan berasaskan Flash pun banyak. Al-maklum seperti biasa… tukang buat permainan2 atau “games” ni pun geng2 jahat juga. Maka watak Paladin di dalam “games” pun amat2 mengelirukan. Ini belum lagi buku2 dan novel2 tentang Paladin… habis semuanya diputar-belitkan.

Jadi, siapakah Paladin ini sebenarnya? Mereka sebenarnya ialah Al-Insaan terpilih yang dilatih oleh saki baki Atalan baik yang belot kepada Atalan jahat. Mereka menyokong Lamarakh kerana sedar keangkuhan dan ketamakan Atalan lah yang menyebabkan peperangan besar berlaku. Sebab itu…. Paladin mempunyai teknologi tinggi berteraskan Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal. Bukan itu sahaja, mereka juga pemegang amanah menjaga teknologi teleportasi dan manipulasi bahan Atalan daripada jatuh ke tangan geng2 jahat.

Berkaitan dengan teknologi teleportasi dan manipulasi bahan ini juga…. ada sumber2 yang saya lihat mengatakan geng2 jahat ini perlukannya bagi membantu Dajjal menghilangkan Al-Masjid Al-Aqsa. Tentang hal ini, saya masih merasakan perlu disiasat lagi… tapi kalau dipikir2 kan mungkin ada juga asasnya. Seperti yang kita tahu, sebagai Plan B, geng2 jahat sedang gigih menggali di bawah Al-Masjid Al-Aqsa bagi meruntuhkannya. Hal ini ada saya kongsikan di dalam posting yang lepas di dalam album NWO.

Daripada Part 1 hingga Part 9, saya telah cuba menjelaskan perkaitan pembohongan Projek Bulan dan projek2 angkasa lepas dengan aspek2 pelan besar atau “blue-print” rancangan2 Syaitan, Dajjal dan konco2 nya. Seperti biasa apa yang saya harapkan ialah cerita2 sebegini tidak terus diterima atau tidak terus ditolak sebelum dibuat sebarang pertimbangan atau siasatan peribadi masing2. Ini supaya tidak berlaku penyakit “Blind Acceptance” mahu pun “Blind Rejection”.

Maka….kalau semuanya dah jelas… apa perlunya Part 10 hingga Part13 pula. Ada sikit lagi hal yang rasanya perlu juga dikongsikan. Harap dapat terus mengikuti apabila posting2 nya dibuat nanti.

—————————————————————————————————————————————————————————

Part 10 of 13

Maklumat seterusnya yang ingin dikongsikan ialah penipuan NASA tentang 3753 Cruithne. Haaaa… apa benda 3753 Cruithne tu? Boleh makan ke? Macam nama kuih jer….

Untuk makluman, 3753 Cruithne adalah Bulan kita yang kedua. Apa? Kita ada Bulan kedua pulak? Ya… sebenarnya Bumi memang mempunyai dua Bulan. Seperti biasa, hal2 sebegini sudah tentu dinafikan dengan sekeras2 nya oleh NASA.

Begini ceritanya….

Tidak lama dahulu, pada tahun 1986 NASA terpaksa mengumumkan yang mereka telah menemui 3753 Cruithne. Mereka tak boleh nak sorok lagi kerana teleskop pengkaji bintang amatur pun telah dapat mengesannya. Walaupun demikian, seperti lazimnya berlaku… oleh kerana semua orang dok percaya kepada NASA, geng2 jahat telah menggunakan kepercayaan ini bagi mengaburi mata kita dengan mengisytiharkan 3753 Cruithne sebagai hanya sebiji asteroid. Sebijik asteroid yang tidak membawa apa2 makna kepada kita rakyat biasa di Bumi ni.

[Nota: Sebenarnya, penemuan ini pernah diumumkan lebih awal lagi oleh seorang ahli kaji bintang bernama Frederic Petit pada 1846. Komuniti saintis yang dikuasai geng2 jahat pada masa itu dengan mudah telah menafikan beliau.]

Maka… apakah signifikasi sebenar Bulan kedua ini sebenarnya?

Anda telah mendengar tentang cerita tentang Appoloc, Atalan dan Lamarakh. Anda juga telah dengar cerita peperangan besar di zaman Al-Bashar dan anda kini tahu yang saki baki mereka masih hidup bersama2 dengan kita hingga ke hari ini. Cuma… anda mungkin tidak menyedari beberapa perkara lagi…. insyaallah akan diceritakan sebentar lagi.

Pada 20 Disember 2011… Bulan kedua ini sebenarnya telah dilihat jelas dengan mata kasar. Gambar yang saya sertakan sebagai posting ini di ambil di Busby, Australia pada pukul 1.20 pagi. Pada masa itu ramai yang terperanjat dan mengatakan inilah tanda2 hari kiamat semakin menghampiri kita. Apakah penjelasan daripada NASA pula tentang bagaimana ini boleh terjadi? Anda boleh dapatinya dengan mudah di Wikipedia.

http://en.wikipedia.org/wiki/3753_Cruithne

Adakah anda percaya dengan penjelasan NASA ini? Terpulang kepada anda.

Sekarang mari kita menyambung cerita tentang Bulan dan Bulan Kedua ini. Sebenarnya, Al-Insaan telah pun tahu tentang hal ini beribu-ribu tahun dahulu lagi. Malah bagi Al-Bashar, mereka telah tahu hal ini jutaan tahun dahulu lagi. Mereka juga telah biasa berulang-alik di antara Bumi, Bulan dan Bulan Kedua ini yang juga merupakan mini-planet yang mampu menampung pelbagai hidupan.

Apa yang saya belum ceritakan ialah bagaimana keturunan Apolloc tulen pupus selepas Helion, raja terakhir Atalan dan Lamarakh daripada keturunan Apolloc mati.

Sebenarnya, keturunan Apolloc sebelum Helion telah bersepakat untuk berhenti dan tidak lagi menjadi raja mentadbir Al-Bashar. Ini kerana mereka telah tahu yang masa umat Al-Bashar akan berakhir tidak lama lagi dan akan diganti dengan kita Al-Insaan yang dilantik menjadi khalifah selepas mereka. Untuk itu, mereka telah berhijrah beramai-ramai ke Bulan Kedua. Selepas mereka berhijrah, mereka telah menggunakan teknologi mereka (nota: Apolloc menguasai kedua2 teknologi Atalan dan Lamarakh)…. untuk mengubah orbit Bulan Kedua ini. Tindakan ini sebenarnya mendapat tentangan banyak pihak namun mereka tidak sempat menghalangnya. Tujuan pengubahan orbit Bulan Kedua ini ialah bagi memutuskan perhubungan keturunan Apolloc dengan Bumi dan Bulan.

Setelah sekian lama mereka (keturunan Apolloc) duduk di Bulan Kedua ini, timbul pula rasa ingin tahu tentang perkembangan Bumi. Maka, sekumpulan kecil Apolloc telah membuat keputusan untuk pergi menziarahi Bumi dan Bulan. Apa yang berlaku ialah kebelakangan ini mereka semakin kerap menziarahi Bumi. Kekerapan yang semakin tinggi ini adalah disebabkan 2 perkara berikut:

1. Mereka merasa kasihan dengan keadaan Al-Insaan yang pada pandangan mereka telah semakin jauh tersesat di dalam tipu daya Syaitan, Dajjal dan konco2 nya; dan

2. Mereka bimbang dengan perkembangan hasil percampuran genetik Al-Bashar dan Al-Insaan yang semakin berleluasa di Bumi (i.e. Bangsa Kerinchi dan beberapa bangsa lain yang saya belum ceritakan lagi).

[Nota: Lawatan keturunan Apolloc ke Bumi dan Bulan inilah yang dijadikan modal oleh geng2 jahat untuk mengada2 kan cerita Anunaki dan Ancient Astronaut Theory yang mengatakan kononnya makhluk asing a.k.a. UFO telah pernah datang melawat tamadun2 terdahulu seperti Maya, Aztech, Inca, Machu-Pichu, Egypt, dsb. bagi mengajarkan mereka teknologi tinggi. Tidak cukup dengan itu, sehingga kini kita dimomokkan dengan kisah X-Files dan UFO yang kononnya makhluk asing datang membuat penyelidikan di Bumi dan Bulan.]

————————————————————————————————————————————————————————–

Part 11 of 13

Di dalam Part 10, saya ada menceritakan yang keturunan Apolloc sebelum Helion telah bersepakat untuk berhenti dan tidak lagi menjadi raja mentadbir Al-Bashar. Ini kerana mereka telah tahu yang masa umat Al-Bashar akan berakhir dalam waktu yang terdekat. Mereka juga tahu yang mereka akan diganti dengan kita Al-Insaan yang dilantik menjadi khalifah selepas mereka. Untuk itu, mereka telah berhijrah beramai-ramai ke Bulan Kedua.

Persoalannya ialah, bagaimana mereka boleh mengetahui pulak yang masa Al-Bashar telah hampir tamat dan tak lama lagi Bapa Al-Insaan iaitu nabi Adam a.s. dan Hawa akan diturunkan ke Bumi menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah. Siapa pulak yang beritahu mereka?

Di sinilah sebenarnya bermulanya karier kejahatan Azazil a.k.a. Lucifer a.k.a Iblis semenjak dihalau keluar daripada Taman Syurgawi.

Sewaktu masa semakin hampir bagi Nabi Adam a.s. dan Hawa diturunkan ke Bumi, Azazil yang ketika itu baru sahaja dihalau daripada Taman Syurgawi telah menggarap satu rancangan. Apa yang dirancangkan oleh Azazil ialah mengajak Al-Bashar bersama2 dengannya untuk mempertikaikan kehendak Allah menurunkan Al-Insaan bagi menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah di Bumi.

Azazil telah menemui seorang yang sangat berpengaruh di dalam kelompok keturunan Apolloc yang bernama Al-Hin. Kepada Al-Hin diceritakan oleh Azazil tentang Nabi Adam a.s. dan Hawa yang tidak lama lagi akan dihalau daripada Taman Syurgawi dan duduk di Bumi sebagai khalifah baru. Sambil itu, Azazil juga cuba menakut2 kan tentang hakikat bangsa Al-Bashar akan terhapus tidak lama lagi.

Al-Hin memang telah lama mengenali Azazil. Al-Hin bukan sahaja bersahabat dengan Azazil sahaja malah kenal rapat juga dengan ramai raja2 Al-Jin yang terlebih dahulu mendiami dunia sebelum kedatangan Al-Bashar. Pendek kata, Al-Hin dan kaum kerabatnya ini juga boleh tahan hebatnya daripada segi ilmu dan kebolehan (kalau nak cerita tentang Al-Hin ni pun satu kisah yang panjang… kalau diizinkan Allah saya akan kongsikan kisah2 nya di dalam siri posting2 yang lain nanti).

Dipendekkan cerita, setelah Al-Hin mendengar perkhabaran daripada Azazil ini, dia pun segera memanggil beberapa rakan karibnya yang bernama Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram. Mereka berempat pun berbincanglah tentang apakah reaksi yang harus diberikan.

[Nota: Al-Hin, Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram sebenarnya bukan bangsa Al-Bashar pun. Mereka berempat ialah satu bangsa lain yang telah ada di Bumi lebih awal daripada Al-Bashar…. malah lebih awal daripada Al-Jin. Bangsa mereka berempat ini telah diberikan hukuman oleh Allah kerana kemungkaran mereka dahulu. Hukumannya ialah…mereka dipanjangkan umur tetapi tidak boleh melahirkan zuriat. Bangsa ini diberi gelaran Bangsa Polippa. Fizikal mereka ialah mirip seperti Al-Bashar dan Al-Insaan tetapi bersayap yang amat cantik. Populasi mereka yang tinggal ialah 7,000 orang.]

Ok… sambung balik. Mereka berempat ini ialah ketua kepada 4 kumpulan Bangsa Polippa. Bangsa Polippa ini telah lama diberikan kebenaran oleh raja2 terdahulu daripada keturunan Appoloc untuk hidup bersama dengan Al-Bashar. Mereka berempat ini sangat dipercayai oleh Apolloc oleh kerana tingginya ilmu mereka dan taatnya mereka kepada suruhan Allah selepas redha menerima hukuman mereka itu.

Akhirnya, setelah berbincang selama 1,000 tahun, mereka sepakat berjumpa raja Apolloc ketika itu yang bernama Pasadun… abang kepada Zauss (bapa kepada Helion) untuk memberitahu tentang cerita Azazil. Tidak lama selepas itu Pasadun yang telah tua itu telah mati sebelum membuat sebarang keputusan.

Oleh kerana kematian Pasadun, Zauss secara adatnya menggantikan Pasadun sebagai pemangku raja Al-Bashar sementara menanti lantikan raja baru dibuat. Namun, sebelum raja baru dilantik Zauss segera membuat keputusan untuk menamatkan pemerintahan Apolloc ke atas Al-Bashar dan mengarahkan semua keturunan Apolloc untuk berpindah ke Bulan Kedua. Setelah semuanya berpindah, orbit Bulan Kedua telah diubah supaya hubungan Apolloc dan Al-Bashar terputus. Hanya Helion sahaja yang sanggup untuk tinggal sebagai raja terakhir Al-Bashar. Selepas itu, seperti yang diceritakan di dalam Part 10, selepas kematian Helion… bangsa Al-Bashar telah berperang sehingga mereka terhapus daripada Bumi dan Bulan.

Sebagai kesimpulan untuk Part 11 ini, kita boleh senaraikan saki baki beberapa Bangsa terdahulu yang masih hidup bersama2 dengan kita Al-Insaan di Bumi hingga ke hari ini iaitu:

i. Bangsa Polippa Al-Hin; ii. Bangsa Polippa Al-Bin; iii. Bangsa Polippa Al-Tam; iv. Bangsa PolippaAl-Ram;v. Bangsa Al-Jin;vi. Bangsa Al-Bashar Atalan; danvii. Bangsa Al-Bashar Lamarakh.

Dua potong ayat2 Al-Quran yang pada pendapat saya mungkin boleh menggambarkan kewujudan bangsa-bangsa ini ialah:

Al Ankabuut – Ayat 19

‘Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.’

Al An’am – Ayat 6

‘Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.’

—————————————————————————————————————————————————————————

Part 12 of 13

Bermula daripada Part 1 hingga Part 11, rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan saya telah menghujani anda dengan maklumat2 yang luar biasa, aneh dan amat jarang diambil serius. Malah bagi kebanyakan orang terutamanya yang skeptik pasti merasakan hal2 sebegini adalah gila atau mengarut semata2 dan setaraf dengan kisah2 dongeng dan mitos. Bagi anda yang masih sanggup untuk meluangkan masa dan sudi memberi ruang untuk berfikir tentang perkara2 ini…. marilah kita menyambung sedikit lagi.

Di akhir Part 11, kita dah pun menyenaraikan saki baki tujuh Bangsa terdahulu yang masih hidup bersama2 dengan kita (Al-Insaan) di Bumi hingga ke hari ini iaitu:

i. Bangsa Polippa Al-Hin; ii. Bangsa Polippa Al-Bin; iii. Bangsa Polippa Al-Tam; iv. Bangsa Polippa Al-Ram;v. Bangsa Al-Jin;vi. Bangsa Al-Bashar Atalan; danvii. Bangsa Al-Bashar Lamarakh.

Adakah ini sahaja Bangsa2 yang masih wujud hingga ke hari ini?

Jawapannya…. sudah tentu tidak. Terdapat puluhan lagi Bangsa2 yang terselamat dan telah meneruskan kelangsungan hidup mereka semenjak jutaan tahun lagi. Al-maklum… Bumi ini sudah sangat tua. Saya tidak dapat bayangkan bagaimanakah reaksi mereka yang skeptik ini sekiranya saya mula bercerita pula tentang semua puluhan Bangsa2 ini. Cerita2 tentang kewujudan tujuh jenis Bangsa sebelum ini sahaja pun sudah cukup untuk menyebabkan ruangan “FB Private Message” saya dipenuhi dengan kata2 mengejek dan berbentuk perlekehan. Tidak kurang juga kata2 nasihat yang menyuruh saya kembali ke dunia realiti…. ya… realiti yang fana atau palsu… Itulah realiti menurut definisi mereka yang tidak mempercayai perkara2 yang halus ini.

Untuk memburukkan keadaan lagi, keberadaan Bangsa2 ini pula dirahsiakan dan ditutup oleh geng2 jahat melalui program2 “information censorship” mereka. Program2 ini telah lama dikuatkuasakan semenjak beribu2 tahun lagi di kalangan pemegang2 tampuk pemerintahan negara, di kalangan komuniti saintis dan akademia hinggalah kepada kawalan informasi masakini yang dijalankan secara paksa melalui kuasa kepolisan, ketenteraan dan kumpulan2 pelbagai huruf mereka seperti CIA, KGB, MI6, dsb diterajui oleh the Head of Jesuits. Minda kita pula telah diasuh semenjak kecil lagi dengan sistem pendidikan mereka. Tidak cukup dengan itu, minda kita dilobi pula dengan program2 berita dan informasi tajaan mereka disusuli dengan persembahan2 hebat Hollywood dan rangkaian televisyen serta media mereka.

Ini semua membawa kepada satu situasi yang bagaimana?

Untuk permulaan, cuba bayangkan sekiranya anda ialah salah seorang pembuat keputusan di dalam pentadbiran geng2 jahat. Anda tentu sedar yang geng2 jahat anda sudah menguasai hampir semuanya… harta, duit, sistem ekonomi, sistem pendidikan, kuasa ketenteraan, teknologi sains dan sistem kekuasaan pemerintahan negara2 di seluruh dunia ini. Kenapa anda masih lagi tidak berani beroperasi secara terang-terangan dan menghapuskan terus sesiapa yang menghalang anda? Bukankah anda berkuasa untuk melakukannya sekarang? Apa yang menyebabkan anda masih belum lagi bertindak?

Sebenarnya, geng2 jahat ini masih tidak berani lagi melakukan tindakan penyudah mereka kerana dua perkara:

i. Populasi Bumi yang terlalu ramai – Pada masa ini (setakat awal tahun 2012), populasi Bumi telah melepasi 7 Billion orang. Sekiranya geng2 jahat (yang tak sampai 5% populasi ini) mengambil keputusan untuk menguatkuasakan kehendak mereka secara paksa, pasti mereka tidak akan sanggup ditentang oleh jumlah populasi yang ramai ini. Mereka perlu melakukan beberapa tindakan persediaan terlebih dahulu seperti mengurangkan populasi Bumi atau setidak-tidaknya melemahkan populasi Bumi dengan jalan peperangan, kebuluran, penyebaran penyakit dan pelbagai sekatan terhadap kelompok2 tertentu.

ii. Kewujudan puluhan Bangsa2 terdahulu – Geng2 jahat sedia maklum tentang kewujudan Bangsa2 terdahulu ini yang mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa. Mereka sebenarnya amat bimbang kalau2 Bangsa2 ini masuk campur dan mungkin akan menyokong rakyat Bumi menentang Syaitan, Dajjal dan konco2 nya jika mereka bertindak sekarang. Maka, geng2 jahat ini pun sebenarnya ada program2 tertentu untuk menjejaki Bangsa2 terdahulu ini bagi menghapuskan mereka (Ni pun kalau nak cerita… bunyi nya pasti amat di luar akal :P).

Cuba bayangkan alam semesta yang sebegini luas dengan banyaknya ruang2 dimensi yang kita tidak ketahui; adakah wajar sekiranya kita mengatakan hanya kita sahaja yang ada di sini?

Persoalan seterusnya ialah… hebat sangatkah kemajuan sains dan teknologi yang kita telah capai kini sehingga kita dengan penuh yakin menidakkan sebarang kewujudan makhluk2 lain?

Adakah jika sesuatu perkara itu tidak dapat kita lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa…. kita mengatakan ianya tidak wujud? Contoh mudah ialah jika kita mengkaji mata kita sendiri yakni deria penglihatan kita…. ianya hanya mampu melihat tidak sampai 0.01% daripada spektrum atau julat cahaya yang wujud. Ini bermakna 99.99% spektrum cahaya langsung kita tidak sedari wujudnya tanpa menggunakan peralatan2 sains.

Dan akhir sekali, kenapa agaknya bila ada orang yang mengkaji dan menghebahkan perkara sebegini akan dihentam oleh orang2 di sekeliling mereka yang telah terasuh dan terdidik dengan sistem yang sedia ada?

Dalam Part 13 kelak… iaitu Part yang terakhir… saya akan cuba kongsikan beberapa lagi perkara berkaitan yang pasti akan berbunyi sangat2 radikal terutamanya bagi golongan skeptik. Sebelum itu, rasanya saya perlu mengambil masa sedikit bagi membuat moderasi yang terperinci sebelum membuat posting terakhir nanti.

————————————————————————————————————————————————————————-

Part 13 of 13

Di dalam Part 13 (Bahagian Akhir) ini, apa yang saya cuba lakukan ialah membuat perkaitan sebahagian maklumat2 yang telah lama saya simpan tapi bimbang untuk berkongsi. Ianya sukar disampaikan tanpa bercerita dahulu tentang hal2 yang terdapat di dalam Part 1 hingga Part 12. Saya tidak pasti apakah bentuk respon yang bakal diterima. Namun, setelah membuat moderasi yang terperinci, saya rasa sedap hati untuk menggunakan ruangan FB ini untuk membuat “test run”.

Diharapkan ianya dapat mencetuskan buah fikiran dalam mencari cara masing2 memahami apa yang telah dan sedang berlaku… mungkin juga dapat bersedia pula dengan apa yang akan berlaku. Terpulanglah pada anda… sama ada mahu menimbangkan atau pun tidak apa perkara ini secara serius. Seperti posting2 terdahulu, sudah tentu apa yang ada di Part terakhir ini pun bersifat radikal. Malahan… mungkin bagi sesetengah orang… ianya teramat2 radikal sekali.

Kerana ruangan posting FB adalah terhad… saya akan terus “straight to the point” sahaja tanpa konar sana dan konar sini lagi supaya dengan ruangan terhad ini, dapat saya muatkan apa yang saya hajatkan.

Anda sudah bersedia? Here we go…

[Nota: Dicadangkan anda baca perlahan-lahan perenggan2 selepas ini. Pastikan anda betul2 faham apa yang diperkatakan… jangan sampai salah faham pulak. Kalau perlu, ulang banyak kali sehingga faham… kalau masih tak faham jugak… mungkin anda membaca posting ini dalam keadaan lapar, mengantuk atau anda sedang mengalami keadaan “jiwa kacau”… :P]

Sebelum ini anda tentu pernah mendengar atau membaca tentang kisah Nabi Nuh a.s. Sewaktu berlaku banjir besar, bahtera beliau telah memuatkan insan2 terpilih serta makhluk2 lain yang juga terpilih. Cuma, apa yang tidak dicatatkan di mana2 buku setakat yang saya dah baca ialah tentang Bangsa2 terdahulu yang juga menumpang di dalam bahtera Nabi Nuh a.s. Apakah tujuannya mereka menumpang sedangkan mereka boleh sahaja menyelamatkan diri daripada banjir besar ini dek kerana ilmu2 dan kebolehan2 yang mereka miliki? Ya… mereka semua ada satu tujuan yang sama. Mereka mahu mengenali lebih dekat lagi tentang makhluk yang bernama Al-Insaan ini. Semua 96 jenis Bangsa2 terdahulu telah sepakat menghantar wakil masing2 di dalam hal mahu menumpang bahtera ini.

Dipendekkan cerita, setelah banjir besar berakhir, kesemua 96 wakil Bangsa2 terdahulu ini telah bersependapat dan sama2 bersetuju memang patutlah Al-Insaan kini menjadi khalifah di Bumi menggantikan Bangsa2 mereka. Ini kerana mereka kagum dengan kelebihan2 yang dipinjamkan Allah kepada Al-Insaan. Kerana ini, sebelum meninggalkan bahtera, mereka semua telah berdoa kepada Allah. Mereka meminta supaya kisah2 dan ilmu2 tentang Bangsa2 terdahulu ini tidak pupus hilang begitu sahaja tetapi diwarisi pula oleh Al-Insaan. Guess what? (sori… cakap omputih plak sikit). Doa daripada 96 Bangsa2 terdahulu ini telah dimakbulkan oleh Allah.

Ok… standby… di sinilah bermulanya maklumat yang saya rasa teramat2 radikal bagi sesetengah kita. Macam biasa… saya mohon hentikan pembacaan anda sekiranya anda merasakan saya telah melepasi batasan dan melampau.

Ada apa dengan nombor 96? Klu nya terdapat di dalam Surah ke-96 iaitu Surah Al-‘Alaq. Semua orang tahu bahawa ayat2 di dalam Surah Al-‘Alaq ialah wahyu pertama pertama diturunkan. Tetapi di dalam penyusunan Al-Quran, ia duduk sebagai surah yang ke-96. Ini kerana ia membawa kisah2 dan ilmu2 Bangsa2 terdahulu. Kalau nak dihuraikan semuanya tentulah tidak cukup ruangan di sini. Untuk itu saya akan menyentuh hanya tentang 5 ayat pertama sahaja yang membawa 4 perkara yang menjadi sebahagian daripada inti2 kepada ilmu2.

Sebelum bercerita lebih lanjut, saya mohon anda bersedia dengan terjemahan Al-Quran di sisi anda. Ini bagi membolehkan anda menyemak terus apa yang saya ceritakan tentang 5 ayat2 yang dimaksudkan.

Ayat pertama… Allah telah mengarahkan kita untuk Iqra’… bacalah. Baca apa? Kemudian ayat ke-2, ayat ke-3 dan ayat ke-4 pula diceritakan tentang kejadian Al-Insaan daripada segumpal darah dan bagaimana Allah yang maha mulia mengajarkan kita dengan kalam. Segumpal darah? Kalam apa? Perkataan yang digunakan di sini untuk merujuk kepada manusia ialah Al-Insaan. Seperti yang diceritakan sebelum ini, Al-Insaan bermaksud jenis kita dan tidak termasuk Al-Bashar atau mana2 Bangsa terdahulu. Ayat ke-5 pula memberitahu kita…. yang Allah mengajarkan Al- Insaan apa yang tidak diketahui. Apa yang kita tidak ketahui?

Inilah kunci yang sangat2 penting bagi membentuk “rangka” atau “framework” pemikiran (akal dan hati) kita supaya kita boleh meneroka lebih jauh lagi di dalam mengkagumi kebesaran Allah dan seterusnya dapat pula mengkaji ilmu2 yang sebelum ini mungkin teramat2 sukar sekali difahami.

(i) Baca apa? Bacalah apa yang ada di sekeliling kita. Bacalah… bukan hanya dengan 5 deria dan akal sahaja malah juga dengan hati. Bacalah… supaya kita mengerti adanya Bangsa2 terdahulu dan dapat pula kita memanfaatkan ilmu2 yang dipinjamkan Allah kepada mereka.

(ii) Segumpal darah? Perkataan yang digunakan untuk segumpal darah ialah ‘Alaq (‘Ain, Lam dan Qof ). Tajuk surahnya pun Al-‘Alaq. Daripada segi konteks dan terjemahan yang lebih tepat, ia merujuk kepada DNA Al-Insaan. Cuba recall kisah DNA ini daripada Part 6. Kalau tak ingat… baca la semula Part 6 yer. Anda faham sekarang? Semua ilmu2 ini telah ada di dalam “Junk DNA” kita. Cuma menunggu masa untuk diaktifkan. Bagaimana nak mengaktifkannya? Ntah… kalau saya tau nak buat macam mana… sudah lama saya aktifkan “Junk DNA” saya sendiri. Atau… kalau saya tahu sekalipun, takkan la saya nak berkongsi kat sini pulak.

(iii) Kalam apa? Kalam yang telah Allah ciptakan untuk menulis Qada’ dan Qadar di dalam Kitab Lauh Mahfuz. Apa signifikasinya? Seperti yang kita tahu… semuanya telah dituliskan di Lauh Mahfuz. Kalau betul2 nak cerita pasal Lauh Mahfuz ni… terlalu panjang. Harap anda dapat cuba mencernakan klu ini terlebih dahulu. Jika diizinkan Allah… saya akan kongsikan lebih terperinci tentang Kalam dan Lauh Mahfuz ini di dalam posting2 akan datang.

(iv) Apa yang tidak kita ketahui? Selagi “Junk DNA” tidak aktif… selagi itulah kita tidak mengetahui. Insyaallah… kalau kita sentiasa mencari… dapatlah kita mengetahui.

Cukuplah setakat ini dulu kot… Semoga apa yang dihidangkan daripada Part 1 hingga Part 13 ini dapat memberikan kita manfaat di dunia dan di akhirat. Akhir kata, mana yang baik itu sudah tentu datang daripada Allah, dan mana yang tidak baik datangnya daripada kelemahan dan kealpaan diri saya sendiri.

Sekian, Wassalam

Sumber: zulsegamat

Wajib Mohon Permit Terlebih Dahulu Untuk Laksana Ibadah Korban

Wajib Mohon Permit Terlebih Dahulu Untuk Laksana Ibadah Korban

Perlu Mohon Permit Ibadah Korban

PAGOH – Orang ramai yang mahu melaksanakan ibadah korban bersempena perayaan Aidiladha nanti diingatkan supaya memohon permit berkaitan terlebih dahulu dalam mengelakkan sebarang permasalahan berhubung tahap kesihatan haiwan sembelihan terbabit.

Exco Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Ismail Mohamed berkata, permohonan Permit Kebenaran Sembelihan Untuk Tujuan Adat itu adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan haiwan sembelihan mereka berada dalam keadaan baik.

“Mereka harus memohon permit tersebut terlebih dahulu sebelum acara sembelihan dilakukan kerana ia adalah penting untuk pihak berkaitan memantau tahap kesihatan haiwan korban berkenaan.

“Malah, melalui permohonan permit bernilai RM35 bagi setiap seekor sembelihan itu, pihak berkuasa akan mengenal pasti sebarang penyakit sama ada berjangkit ataupun tidak yang dihidapi haiwan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Muafakat Tani, Dun Jorak, di sini hari ini.

Ismail yang juga Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh itu berkata, kegagalan orang ramai mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Jabatan Veterinar negeri boleh menyebabkan mereka didenda.

“Semua penyembelihan harus mendapatkan sijil kesihatan dan kebenaran sembelih daripada Jabatan Veterinar negeri terlebih dahulu dan sekiranya mereka gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil iaitu denda sehingga RM15,000,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

P/S: Paklong tak maw komen apa2 yang menghentam sapa2 walaupun Paklong tahu apa yang hampa semua rasa sekarang tapi kepada yang dah membaca ingat2kan lah penganjur korban di tempat anda ya.. kalau tak nanti melayangg RM15000. Selamat beramal 🙂

“Allahummaba Riklana” Rahsia Doa Makan Yang Langsung Kita Tak Peduli!

“Allahummaba Riklana” Rahsia Doa Makan Yang Langsung Kita Tak Peduli!

Dalam perjalanan mencari ilmu, Tuan Guru Habib Lutfi bin Yahya bertemu Kiyai Tua. Habib yang masih muda waktu itu kehairanan menyaksikan akhlak Kiyai. Waktu ada butiran nasi yang terjatuh lalu dipungut dan dikembalikan ke pinggan untuk dimakan kembali.

“Kenapa harus dikutip? Kan hanya nasi sebutir,” tanya Habib muda menduga.

“Jangan sekadar lihat ianya sebutir nasi. Adakah kamu boleh mencipta sebutir ni seorang diri sehingga jadi nasi?”

Habib muda terdiam. Kiyai Tua melanjutkan bicara.

“Ketahuilah. Waktu kita makan nasi, Allah dah menyatukan peranan ramai manusia. Nasi Bin Beras Bin Padi. Mula dari mencangkul, menggaru, buat bendang, menanam benih, memupuk, menjaga huma sampai membanting padi ada jasa banyak orang.

Kemudian dari tanaman padi jadi beras dan jadi nasi. Terlalu ramai hamba Allah terlibat sampai jadi nasi.”

“Jadi kalau ada sebutir nasi sekalipun jatuh, ambillah. Jangan sebab masih banyak dalam pinggan, kita biarkan yang sebutir. Itu salah satu bentuk takabur, dan Allah tak suka manusia yang takabur. Kalau tak kotor dan tak bawa mudarat pada kesihatan kita, ambil dan satukan dengan nasi lainnya, sebagai tanda syukur kita”.

Habib muda mengangguk.

“Sebab itulah sebelum makan, kita diajarkan doa: Allahumma bariklana (Ya Allah berkatilah kami). Bukan Allahumma barikli (Ya Allah berkatilah aku), walaupun waktu tu kita makan sendirian.

“Lana” itu maknanya untuk semuanya:
Mulai petani, pedagang, pengangkut, pemasak sampai penyaji semuanya termaktub dalam doa tu. Jadi doa tu merupakan ucapan syukur kita serta mendoakan semua orang yang ada peranan dalam kehadiran nasi yang kita makan.”

“Dan kenapa dalam doa makan ada ayat: Waqina ‘adzaban nar (Jagalah kami dari azab neraka). Apa hubungan, makan dengan neraka pula?”

“Saya tak tahu,” jawab Habib muda.

“Begini. Kita makan ini hanya wasilah. Yang bagi kita ‘rasa kenyang’ adalah Allah. Kalau kita makan dan anggap yang bagi kenyang adalah makanan yang kita makan, maka takut itu akan menjatuhkan kita dalam kemusyrikan. Syirik! Dosa terbesar!”

“Astaghfirullahal‘adhim…” Habib muda, tak menyangka langsung makna doa makan sedalam itu.

• Catatan oleh Tuan Guru Maulana Habib Lutfi Bin Yahya, Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia
• Transilasi oleh TFA
• Gambar sekadar hiasan

🙏🏼

————-

Manusia hari ni, baru mengaji satu-dua kitab, ada PhD sikit, dah pandai kafirkan orang, bid’ahkan orang bila tadah tangan, baca doa makan..

Ajak orang ikut kau, ikut Sunnah, tapi akhlak kau sendiri ke lauttttttt

Kredit: Tun Farul Azri