Month: September 2017

BUKTI PLURALISME AGAMA DALAM FILEM “MY NAME IS KHAN”

BUKTI PLURALISME AGAMA DALAM FILEM “MY NAME IS KHAN”

Masihkah anda mengingati filem Bollywood bertajuk “My Name Is Khan”?.

Merupakan filem bertaraf “Box Office” yang di tayangkan di pawagam pada 2010 dan pelbagai reaksi serta maklum balas telah diberikan oleh masyarakat dunia.
Meskipun sudah 7 tahun ianya di tayangkan,saya ingin mengajak pembaca semua mngimbas kembali akan unsur2 pluralisme yg terdapat dlm filem ini,bersesuaian dengan kekalutan dan ‘kekacauan’ yg melanda umat dan agama Islam itu sendiri di negara kita pada hari ini.

Filem “My Name is Khan” menceritakan tentang perihal perjalanan hidup seorang lelaki yang di lahirkan berpenyakit Autis (Asparger Sindrome).
Namanya Risvan Khan (lakonan oleh Shah Rukh Khan), pemuda dari India yang berpindah ke Amerika mengikuti adiknya(Zakir).

Kemudian dia berkahwin dengan Mandira (lakonan Kajol Devgan) walau ditentang keluarganya kerana perbezaan agama.

Peristiwa 911 menjadi titik permulaan serangan ke atas umat Islam secara terhormat dan terancang oleh musuh Islam
Tragedi pengeboman New York,World Trade Centre (WTC) pada 11 September telah merubah landskap dan politik di Amerika di mana umat Islam di label sebagai pengganas.

Berpaksikan dari tragedi tersebut,filem ini telah di kembangkan akan jalan ceritanya.
Kebahagian yang terbina dari percantuman dua agama menjadi kompleks kerana stigma teroris yang digambarkan kepada umat Muslim.

Ia di gambarkan telah memberikan kesan negatif kepada Khan.
Ekoran kematian Sam (anak lelaki Mandira), perasaan benci dan marah timbul di hati Mandira serta menyebabkan Mandira tidak dapat menerima kenyataan suaminya seorang Muslim.

Oleh kerana tertekan dengan perlakuan Mandira yang masih skeptikal terhadapnya, maka Khan telah memulakan pengembaraan solonya untuk bertemu Presiden Amerika.
Pada pandangannya,pengembaraan ini merupakan misi untuk menghapuskan stigma atau persepsi liar terhadap umat Muslim sebagai TERORIS.

Dalam masa yang sama,Khan juga mengharapkan kembalinya cinta dan kasih sayang daripada Mandira dengan cara menyempurnakan misi untuk menyampaikan ucapan “My Name Is Khan,I am not a terrorist“ kepada Presiden Amerika.

Sesiapa sahaja boleh mengatakan bahawa filem ini adalah filem yang inspiratif,mengharukan dan penuh mesej moral.
Namun di sebalik itu semua,filem ini juga membawa nilai-nilai sejagat (universal) yang merbahaya kepada aqidah umat Islam.

Di dalamnya sarat akan tindakan dan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.
Salah satu nilai merbahaya yang digarapkan ke dalam filem ini adalah “Pluralisme Agama”.

Kefahaman ini jelas amat bertentangan dengan syariat Islam di mana menganggap bahawa SEMUA AGAMA SAMA BENAR.

Hasil semakan dan penelitian mendapati sekurang-kurangnya terdapat tiga babak/scene menonjolkan nilai-nilai Pluralisme Agama secara terang-terangan dan menggelirukan umat Islam.

BABAK/SCENE YANG PERTAMA

Babak Khan ketika kecil dimana kehidupannya dikelilingi oleh situasi konflik agama di antara penganut Hindu dan Muslim.
Ketika Khan berada di anjung rumahnya,dia terdengar suara protes dan amarah masyarakat Muslim terhadap rusuhan yang berlaku sambil melaungkan kata-kata; “musnahkan dan hancurkan…..”.

Ungkapan kata ini diulang-ulang oleh Khan di dalam rumahnya.
Tiba-tiba dia dimarahi oleh ibunya (Razia) sambil melarangnya dari terus mengungkap kata-kata tersebut.

Razia menerangkan kepada Khan tentang hakikat KEBAIKAN dan KEJAHATAN sambil memberikan contoh secara melukis gambar dua karektor berbeza.
Satu kerektor membawa tongkat (yang kemudian disebut orang jahat) dan satu lagi karektor yang membawa lollipop (yang kemudian dianggap sebagai orang baik).

Di antara petikan dialog yang diungkapkan oleh ibunya ialah:

“Di dunia ini hanya ada dua perbezaan iaitu KEBAIKAN dan KEJAHATAN.
Baik,jika seseorang itu berbuat kebaikan.
Dan jahat sekiranya seseorang itu berbuat kejahatan.
Jadi tidak ada Muslim dan Hindu”.

Jika di amati dialog di atas, sudah pasti akan tergambar di fikiran kita DOKTRIN PLURALISME AGAMA yang ingin disampaikan yakni semua agama adalah sama.
Secara umumnya,semua agama di dunia pasti mengajarkan kebaikan di dalamnya.

Namun begitu,pendapat ini telah disanggah oleh Allah S.W.T secara total.
Malah kita diminta menyakini Islam sebagai Ad-Diin dengan menolak KONSEP tidak ada perbezaan Islam dengan agama yang lain dengan merujuk kepada firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka.
Dan (ingatlah),sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.”
(QS Ali-Imran ayat 19)

BABAK/SCENE KE 2

 

Adegan seterusnya ialah sikap Khan yang berkeras untuk menikahi Mandira iaitu seorang ibu tunggal yang menganut agama Hindu.
Walaupun sudah diingatkan oleh Zakir (adiknya) bahawa hukum HARAM berkahwin dengan wanita yang berbeza keyakinan dan kepercayaan agama.

Namun,Khan memiliki keyakinan bahawa tidak ada yang membezakan antara agama Islam dan Hindu.
Sebaliknya,yang ada hanyalah manusia yang BAIK dan manusia yang JAHAT(sebagaimana yang dikatakan oleh ibunya).

Tindakan Khan ini sekaligus telah menimbulkan satu perspektif yang salah kepada ajaran Islam dan syariatnya.
Perkara ini tidaklah menggemparkan kita kerana pelakon Shah Rukh Khan (Rizvan Khan) sendiri dalam kehidupan realitinya juga berkahwin dengan Gauri Khan;seorang penganut Hindu.

Larangan perkahwinan di kalangan umat Islam dan bukan Islam telah diterangkan oleh Allah S.W.T dalam Al Quran Surah Al Baqarah ayat 221.

BABAK/SCENE KE 3

Adegan seterusnya amat kurang menyenangkan hati umat Islam.
Ianya ketika Khan dan Mandira sedang bersembahyang mengikut kepercayaan dan amalan agama masing-masing di mana Khan solat di atas sejadah.

Manakala Mandira bersembahyang dengan nyalaan lilin dan tokong berhala.

Kedua-dua aksi ini telah dicantumkan menjadi SATU adegan dalam SATU upacara sembahyang secara serentak.

BABAK/SCENE YANG LAIN

Seperkara lagi ialah semasa Khan bersama keluarganya menghadiri majlis memperingati Tragedi 911 anjuran masyarakat bukan Islam. Didapati dia dan semua tetamu yang hadir menyalakan lilin sebagai simbol BERKABUNG.

Tambah menjengkelkan apabila kita diperlihatkan adegan Khan menghulurkan cek sumbangan peribadinya berjumlah USD3,502.50 duit ZAKAT kepada penganjur yang bukan beragama Islam(sedangkan zakat hanya untuk kegunaan orang Islam).

Perjalanan Khan untuk berjumpa Presiden Amerika diteruskan sehingga beliau sampai di wilayah Georgia.
Di sana,dia bertemu Mama Jenny dan Joel (anak lelakinya).
Khan telah bermalam di rumah mereka dan turut sama hadir keesokkan harinya ke majlis berkabung dan memperingati perajurit yang mati di medan perang di dalam sebuah gereja.

Dia turut serta menyanyi dan memberikan ucapan di hadapan pengunjung gereja sambil berdoa bersama penganut agama lain secara serentak.

Bukankah perbuatan ini adalah HARAM dilakukan? Allah S.W.T telah memberikan amaran keras kepada umat Islam dengan firmanNya yang bermaksud:

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3] “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4] “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6] “Bagi kamu ugama kamu,dan bagiku ugamaku”.

(QS Al-Kafirun ayat 1-6)

Oleh itu,kita perlulah mengambil sikap PEDULI terhadap ancaman Pluralisme Agama yang sentiasa menanti peluang di pintu minda kita untuk mempengaruhi segala tindak tanduk seharian.

Credit: Apanama.com

5 Perkara Yang Akan Menganggu Kita Selepas Mati

5 Perkara Yang Akan Menganggu Kita Selepas Mati

Mati itu pasti. Bersedia atau tidak ianya akan tetap datang menjemput kita. Apa yang kita buat di dunia akan menentukan apa yang kita dapat di sana kelak. Bila waktunya kita akan pergi meninggalkan dunia ini, meninggalkan semua harta benda, tinggalkan semua keluarga dan kawan-kawan. Namun kita akan pulang dengan 3 perkara yang pasti dan perkara ini akan berterusan walaupun kita sudah tiada nanti.

Sebelum kita pergi sudahkan kita bersedia? Bagaimana dengan mereka-mereka yang kita sayang untuk teruskan hidup tanpa kita? Mahukan kita melihat mereka berpecah belah akibat perbuatan kita?

Sebelum kita tutup mata seeloknya kita persiapkan apa yang patut. Sudah banyak cerita kita dengar tentang perbalahan antara keluarga disebabkan harta dan peninggalan kita. Perkara ini bukan hanya berlaku di dalam drama petang-petang tu sahaja. Malah ianya kerap berlaku di dunia realiti juga.

“Ish, tak payahlah nak sebut-sebut pasal wasiat ni. Aku muda lagi. Lagipun, bukannya aku ni banyak harta. Kalau mati esok pandai-pandailah, hukum faraid kan ada.”

Ini lah yang selalu kita ungkapkan? Bukan senang harta untuk di bahagiakan dengan hukum faraid. Ramai antara kita berpendapat wasiat itu hanya perlu di buat bila di hujung usia atau diambang kematian. Ada yang hanya mula buat wasiat bila mereka nak pergi menunaikan haji. Tapi tahukan kita bila kita akan meninggal?

Menurut Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 90% umat Islam tidak membuat wasiat kerana tidak tahu kepentingan wasiat dan sikap suka menangguh-nangguhkan urusan berkaitan harta pusaka yang bakal ditinggalkan.

Hakikatnya, semua umat Islam yang berusia 18 tahun ke atas, sempurna akal, sukarela, tidak dihalang mengurus hartanya, waras fikiran, baik ingatan dan memahami wasiat dibuat adalah digalakkan untuk meninggalkan sebarang bentuk wasiat bertulis atau yang boleh disahkan.

Sebelum masuk lebih lanjut ni korang tahu ke faraid tu apa?

Faraid hanyalah kaedah pengagihan harta, di mana ia hanya boleh bermula setelah segala proses pentadbiran selesai. Jika arwah tidak membuat apa-apa dokumetasi untuk lantikan Wasi (pemegang amanah), maka waris-waris perlu bersepakat untuk melantik salah seorang daripada mereka.

Memang nampak senang tapi proses ini sebenarnya makan masa yang agak lama dan boleh melibatkan kos guaman tertentu yang boleh menelan belanja ribuan ringgit, terutamanya jika harta tersebut tinggi nilainya.

Maka, proses pentadbiran inilah yang selalunya mengambil masa kerana ia agak rumit. Malah, ia boleh menjadi lebih rumit sekiranya tiada pengalaman, pengetahuan, dan kerjasama di kalangan pewaris.

Oleh itu sebaik baiknya kita tinggalkan wasiat bagi mengelak perkara ini mungkin terjadi kepada kita dan keluarga.

Ada 5 perkara yang mungkin berkait dengan kita setelah kita pergi tinggalkan dunia ini.

1. HARTA

Harta!! kerana hartalah banyak kita tengok kisah-kisah yang enak berlaku dikalangan keluarga. Akibat pembahagian yang tidak adil masing-masing tarik muka. Dahulu tidur sebantal sekarang nak tengok muka pun dah tak mahu. Harta terbahagi kepada 2. Harga duniawi dan juga harta akhirat! Harta akhirat kita dahbawa pergi bersama di alam sana. Harga dunia pula harta yang kita tinggalkan kepada mereka yang masih meneruskan kehidupan.

2. KELUARGA

Keluarga lah yang akan kita tinggalkan. Oleh itu, pentingnya melantik Wasi (pemegang amanah) melalui wasiat adalah supaya mereka dapat bertindak sebagai seseorang yang boleh dipercayai dalam menguruskan dan mempercepatkan proses tuntutan harta pusaka. Mereka inilah yang akan menjalankan tugas bagi pihak kita apabila kita sudah tiada nanti.

Sebagai contoh wasi inilah yang akan ke bank-bank untuk tutup akaun dan keluarkan wang dari akaun tersebut.

Selain itu, perkara-perkara lain juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat seperti cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga sah anak di bawah umur 18 tahun, peruntukan perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak. Malah, bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat.

3. MEDIA SOSIAL

Di alam cyber ini kita juga harus bijak menggunakan media sosial. Yes memang kita boleh buat apa sahaja dengan akaun media sosial kita tapi kesannya mungkin akan mempengaruhi masa akan datang. Jika kebaikan yang kita buat melalui akaun kita InshaAllah semuanya akan bermanfaat.

Jangan sesekali biarkan aurat dan kata-kata yang kita lontarkan di status media sosial memberi kesan yang buruk untuk kita di sana nanti. Pastikan kita tidak membiarkan gambar-gambar aurat kita di siarkan secara umum di media.

4. HUTANG

Banyak mana pun kita berhutang, masukkan semua maklumat itu dalam wasiat. Hutang dengan bank ada hitam putihnya, tetapi hutang sesama kawan atau ahli keluarga mungkin lebih sulit untuk diuruskan sekiranya tidak ditinggalkan wasiat. Walaupun berapa pun jumlah hutang, hukum bagi menjelaskan hutang tersebut tetap tidak berubah dan WAJIB dibayar. Siapa pemberi hutang dan jumlah hutang perlulah dijelaskan kepada pewaris.

Menurut JAWHAR, sungguhpun hukum berwasiat adalah bergantung kepada keadaan, namun ia boleh menjadi wajib apabila melibatkan hutang atau wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak dikenali oleh orang lain.

Selain itu, seseorang juga perlu berwasiat jika terdapat tanggungjawab syarie yang masih belum dilaksanakan seperti zakat dan haji, di mana dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan.

5. AMAL JARIAH

Amal jariah adalah salah satu daripada perkara yang dapat memberi pahala berterusan sekalipun setelah kita meninggal dunia.

Menurut hukum Islam, seseorang boleh menyalurkan tidak lebih daripada 1/3 daripada hartanya untuk tujuan wakaf, membantu orang miskin, anak angkat, atau apa saja tujuan kebajikan. Hukumnya sunat jika diberikan kepada orang yang memerlukan, manakala harus jika ia diberikan kepada sahabat handai atau orang kaya yang bukan dari golongan berilmu dan beramal soleh.

AMANAH RAYA WASIAT (ARW)

Maka, jika dilihat secara menyeluruh, berwasiat ini bukanlah semata-mata untuk kepentingan ahli waris saja tetapi sebenarnya manfaatnya adalah lebih untuk diri sendiri.

Jadi, jangan bertangguh lagi. Kita senang waris pun tak pening.

Mana nak buat wasiat ni?

Bagi mereka yang tak pasti boleh cuba Amanah Raya Wasiat melalui Bank Muamalat!! Banyak kepentingan mebuat wasiat ini yang masih lagi ramai yang tak nak ambil tahu. nak tak nak kita akan mengalami nya kelak.

Wasiat ini sangat penting untuk kita, bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan berlaku dikemudian hari. Berikut antara sebab kenapa kita perlu buat wasiat.

  • Melantik pelakasaan harta (Wasi/Pentadbir Harta)
  • Melantik penjaga (Bagi yang mempunyai anak berumur kurang 18 tahun)
  • Mempercepatkan proses perundangan (Probet dan sijil faraid)
  • Memberi 1/3 harta kepada bukan pewaris
  • Menyampaikan pesanan terakhir pewasiat

So, dengan pelan Amanah Raya Wasiat ini anda dapat faedah yang menguntungkan untuk diri kita sendiri. Kerana ianya di jalankan di atas kemahuan pewasiat. Harta pula terjaga.

  • Cepatkan pentadbiran pusaka
  • Mengurangkan pertikaian waris
  • Wasi ditentukan dan dilantik
  • Pembahagian ditentukan sendiri
  • Harta terpelihara=tidak terjual/tergadai
  • ARB = menjamin kesaksamaan dan
  • Memelihara hak antara waris

Bagi mereka yang mempunyai isteri dan anak-anak sudah pastinya anda mahukan hak mereka juga diberi seadilkan nanti. Sebab tahukan anda kalau tidak di wasiatkan harta kita akan diberikan hak kepada adik beradik kita? Dimana pula isteri dan anak-anak kita mahu tinggal dan teruskan hidup nanti?

Dengan adanya Amanah Raya Wasiat kita juga boleh memberi kelebihan dalam membuat deklarasi harta sepencarian. Semua pihak nanti boleh memutusakan dan bersetuju dengan cara pembahagian yang dilakukan. ARW ni juga akan memastikan semua pihak benar-benar berpuas hati dengan bahagian masing-masing.

Selain itu, hak suami isteri juga dapat di lindungi dan proses pembagian juga boleh di percepatkan serta menjimatkan masa. Tak perlulah nak turun naik mahkahmah berhabis duit upah guaman bagai.

Paling penting pertelingkahan dapat di elakkan!!!

Apa lagi jom ke bank Muamalat sekarang untuk selesaikan Amanah Raya Wasian anda. Lagi cepat dan memudahkan.

Macam mana nak daftar?

Ok untuk mendaftar boleh ke bank muamalat. Sediakan satu salikan mykad. Yuran Pendaftaran Wasiat Amanah Raya Berhad adalah sebanyak RM530.00 (sekali seumur hidup).

Jangan Tonton Porno di Smartphone!! Kawan Paklong Baru Saja Terkena, SANGAT BAHAYA!!

Jangan Tonton Porno di Smartphone!! Kawan Paklong Baru Saja Terkena, SANGAT BAHAYA!!

Mungkin disebabkan faktor mudah alih telefon pintar itu yang memudakan penggunanya untuk menonton bahan porno di mana-mana saja menjadikannya peranti yang popular berbanding dengan peranti-peranti jenis lain.

Tetapi apa yang ramai tidak tahu sebenarnya mereka yang gemar menggunakan telefon pintar mereka untuk mengakses laman web lucah sebernya terdedah dengan risiko untuk digodam oleh hackers.

Sebuah kajian yang dijalan di Britain baru-baru ini mendedahkan 40 daripada 50 laman web lucah sebenarnya mengandungi malware yang disembunyikan. Sebaik saja malware tersebut berjaya memasuki telefon pintar anda, ianya akan mengakses data yang terkandung di dalam telefon pintar anda yang boleh dijadikan barang untuk tujuan jenayah.

Berbeza dengan sistem keselamatan komputer, sistem keselamatan telefon pintar adalah lebih rendah terutamanya telefon jenis Android dan ini menjadikannya lebih mudah untuk dimanipulasikan oleh penggodam.

Tapi tumblr di kategorikan sebagai sosial apps. maybe tak bahaya kot….hehehe

sumber: rileklah.com

p/s: sepatutnya tak payah tonton terus di mana-mana platform pun, hampa tak perasan ka kalau tonton porno ni lama-lama otak hampa sebelah belakang akan rasa macam ditekan dan rasa tak selesa. Teruk lagi tengah tonton tu rasa macamni then terus tertidur depan laptop ataupun apa-apa platform, hampa tak rasa ka porno ni boleh shut down fungsi otak? memang porno ni terkenal pun dengan menjahanamkan sel-sel neuron dalam otak apatah lagi kalu sambil tonton sambil ligat melancap. Jadi pikir lah baik-baik sebelum buat perkara tak baik. Selamat beramal 🙂

Ini Rupanya Sebab APPLE Tak Keluarkan iphone 9, Terus lompat ke iphone X

Ini Rupanya Sebab APPLE Tak Keluarkan iphone 9, Terus lompat ke iphone X

Sebelum ni apple telah pun melancarkan iPhone 8 dan memperkenalkan iPhone generasi baru iaitu iPhone x yang juga di kenali sebagai iPhone 10. Banyak komen komen dari natizen ada yang setuju dan ada jugak yang mula melenting.

Yang jadi misterinya kenapa dari iPhone 8 terus meloncat ke iPhone 10? Mana perginya iPhone 9? Tak takut jadi macam Samsung yang langkau Samsung Galaxy 5 ke 7 dah terus meletup? hehhe

Ada banyak juga spekulasi yang keluar kenapa tiadanya iPhone 9. Namun bagi pihak apple sudah tentunya mereka mempunyai alasan tersendiri.

Berikut mungkin antara sebab hilangnya iPhone 9 dari keluarga Apple…

1. Strategi pemasaran. Katanya sebab x nak iphone 8 rasa ketinggalan disebabkan pelancaran pada masa yang sama. Bila keluarkan iPhone 9 dan 8 sekali gus sudah pasti irang ramai akan beli iPhone 9 berbanding iPhone 8. Sebab itu iPhone X di keluarkan.

2. iPhone 8 (ate) iPhone 9. Sebab tu iPhone 9 tak der. haha ini lawakkkk

3. Mengikut jejak langkah Windows yang keluarkan Windows 10 selepas Windows 8.

4. No 9 x der ong katanya. Tapi aku suka je no 9.

Haha. Macam – macam kan. entahlah. Bagi aku iPhone X pun boleh tahan dah nama. Mungkin lepas ni akan keluar iPhone XYZ dah macam Sony dah.

So mereka yang beli iPhone 8 tak perlu risau akan ketinggalan sebab iPhone 9 tak ada. Walaubagaimana pun harga iPhone X memang gila-gila punya harga…

Sumber: Rileklah.com

Nur Sajat Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Jejaka Tampan Pujaan Hatinya

Nur Sajat Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Jejaka Tampan Pujaan Hatinya

Tahniah Sajat!!!! Semoga dapat cahaya mata yang comel-comel lepas ni. Untunglah si jejaka yang menjadi pilihan hati Sajat. Jaga Sajat elok-elok tau. Huhu… *nangis di bucu katil* Melepassss….

Nur Sajat yang terkenal dengan tagline Let’s Cantik Jangan Mengata berkata jika tiada aral melintang, beliau akan mendirikan mahligai bahagia bersama kekasih hatinya hujung tahun depan. Namun, katanya, buat masa ini beliau mahu mencapai beberapa sasaran dalam hidupnya yang masih belum dicapai selain mahu mengembangkan empayar perniagaan yang dibina.

“Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja.
“Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah,”

Ketika ditanya mengenai soal kekasih, Sajat kini lebih terbuka bercerita mengenainya.

Malah, beliau mengakui sudah berpunya dan mengakui jejaka itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya iaitu memahami kariernya yang sentiasa sibuk.

“Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai lamaran Abdul Rani Kulup, Sajat menyifatkan Raja Report Malaysia itu cuba mencari publisiti murahan dengan mengaitkan dirinya dan rakan industri, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

“Video itu sangat lawak. Sajat tak kenal pun siapa dia tapi yang pasti dia sengaja mencari publisiti murahan dengan cuba mengaitkan dirinya dengan orang seperti Sajat dan Datuk Vida.

“Sajat rasa dia kurang kasih sayang sebab itu dia cuba melamar kami yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Tak perlu kot dia nak melamar lagipun Sajat dah berpunya,” katanya – petikan mstar

Lagi sekali tahniah buat Sajat. Semoga kekal bahagia. Coach Yin katanya bf baru Sajat… Fitness coach tuu… Apa apa pun, kita tunggu jelah dia umumkan nanti ye… Betul ke tidak cerita dia nak kahwin ni…

Ada ke yang frust dengan keputusan Sajat nak kahwin ni?

Sumber: Mstar

“Kami akan tembak pesawat US walaupun bukan di ruang udara kami, mereka sudah istihar perang!” (Korea Utara)

“Kami akan tembak pesawat US walaupun bukan di ruang udara kami, mereka sudah istihar perang!” (Korea Utara)

Pesawat pengebom AS diiringi jet pejuang terbang di ruang udara pantai timur Korea pada Sabtu lalu.

SEOUL – KOREA SELATAN . Pyongyang telah menggerakkan pesawat dan meningkatkan pertahanan di pantai timur negara itu sebagai respons terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) menghantar jet pengebom B-1B ke Semenanjung Korea pada Sabtu lalu.

Semalam, agensi berita Yonhap di Seoul menerusi laporan memetik kenyataan Menteri Luar Korea Utara, Ri Yong Ho memaklumkan langkah itu diambil selepas Presiden Donald Trump memuat naik tweet provokasi yang mengisytiharkan perang dengan Pyongyang.

“Kami mempunyai hak untuk bertindak balas termasuk menembak jatuh pesawat pengebom AS walaupun ia tidak berada di ruang udara negara ini. Seluruh dunia perlu tahu, AS yang terlebih dahulu mengisytiharkan perang dengan kami,” katanya menerusi sidang media ketika menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York, kelmarin.

Ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Korea Utara turut mencetuskan kebimbangan Seoul yang menggesa tindak balas segera selain memberi amaran sebarang pertembungan tidak disengajakan di rantau terbabit boleh menjadi tidak terkawal.

Sementara itu, jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders menafikan Washington ada membuat pengisytiharan perang seperti didakwa Pyongyang dan beliau turut menggelar dakwaan tersebut sebagai tidak masuk akal.

Dalam satu kenyataan lain, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang menegaskan tidak akan ada pemenang dalam peperangan di Semenanjung Korea.

“Kami berharap kedua-dua pihak bertelagah itu sedar tindakan ketenteraan bukan jalan penyelesaian krisis terbabit,” ujarnya. – Agensi

sumber: sinar harian

Playboy henti siar gambar bogel

Playboy henti siar gambar bogel

WASHINGTON: Majalah popular Playboy tidak akan menyiarkan lagi gambar wanita bogel sebagai sebahagian reka wajah baharu karya itu.

Keputusan dibuat selepas pengarang kanan majalah itu bertemu dengan pengasas Playboy, Hugh Hufner di Playboy Mansion bulan lalu, menurut ketua eksekutifnya, Scott Flanders.

Pemilik majalah berkenaan berkata, ia berikutan kewujudan internet yang menjadikan gambar bogel sudah ketinggalan dan ia tidak mampu lagi berdaya maju secara komersial, lapor New York Times.

Edaran Playboy menurun daripada 5.6 juta pada 1970-an kepada 800,000, menurut perangkaan rasmi.

Bagaimanapun, ia akan terus memaparkan gambar wanita dalam aksi provokatif walaupun tidak berbogel sepenuhnya.

Eksekutif majalah mengakui Playboy – yang diasaskan pada 1953 – diambil alih oleh perubahan yang dipeloporinya.

“Pertarungan berlaku dan menang. Anda cuma perlu menekan butang untuk aksi seks yang dibayangkan secara percuma. Ia sudah ketinggalan zaman,” kata Flanders.

Playboy dahulu turut panas menerusi laporan temubual dengan tokoh seperti Martin Luther King Jr, Malcolm X dan Jimmy Carter, menjadikan Playboy amat penting secara budaya dan politik, kata wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), Nick Bryant di New York.

Laman web majalah itu sudah pun menghentikan siaran gambar bogel, sebahagiannya bagi memberi akses kepada media sosial seperti Facebook dan Twitter.

sumber: berita harian

P/s: ada tak yang tak kenal majalah sensasi ni? kalau tak kenal mohon jangan berkenalan.. Paklong tak sarankan!

“Lambakkan Pusat perjudian di Malaysia Sebenarnya dilindungi oleh Polis” (PPIM)

“Lambakkan Pusat perjudian di Malaysia Sebenarnya dilindungi oleh Polis” (PPIM)

Pembongkaran PPIM tentang isu hangat di malaysia iaitu perjudian dan gengters sangat mengejutkan! isu lambakan pusat perjudian di Malaysia bukan isu yang baru malahan ia telah lama sejak berpuluh tahun namun masalah ini seolah tidak ada jalan penyelesaian.

Tiada siapa yang berani buka mulut tentang isu perjudian ini kerana bimbang tentang tahap keselamatan diri serta keluarga namun jika tidak digempur dan dibongkar negara Malaysia yang di kenali sebagai negara islam akan dikenali negara “pusat Judi”

Namun rakyat Malaysia bertuah kerana ada PPIM yang lantang berjuang pertahankan maruah bangsa agama dan negara daripada mereka yang ingin merosakkannya.

Isu Pusat judi ini telah dibangkatkan oleh PPIM pada bulan febuari tahun 2017 ikuti laporan dari harian metro

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa serius bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membanteras penularan pusat judi siber di negara ini.

Ketua Biro Latihan dan Pembangunan Sosial PPIM Dr Izham Nayan berkata, gejala perjudian siber kini boleh dikategorikan sebagai teruk dan sedang membarah dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, NGO wajar dianggap sebagai rakan kepada agensi kerajaan berkaitan untuk memerangi perjudian siber.
“Agensi kerajaan itu termasuk polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan agama serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Kita kena serius bekerjasama melumpuhkan sindiket perjudian siber ini supaya masyarakat tidak menganggap sindiket itu seolah-olah kebal.

“Sebagai contoh, kami mempunyai senarai 138 premis judi hanya di Sepang saja… itu tidak termasuk tempat lain seperti di Nilai, Kajang atau ibu negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai kemelut isu premis perjudian di sini-metro

Namun perkara tersebut tidak berakhir disitu sekali lagi PPIM tampil dengan kenyataan lebih lantang dan berani dengan mengatakan samseng-samseng yang ada sebenarnya di payung oleh badan-badan kerajaan

Bukan sekadar itu mereka juga mendedahkan pusat perjudian ini dipayung atau dilindungi oleh polis berikut video yang dapat kami kongsikan

kami sempat screen shot komen-komen netizen tentang isu perjudian yang didedahkan oleh ustaz Abd Halim dan Yusuf Azmi mereka mengakui sangat bimbang dan betul apa yang dikatakan oleh PPIM

Kami akan sentiasa update info terbaru dari masa ke semasa jangan lupa like page kami Puteraizman.com untuk pekembangan isu terkini dan semasa

sumber: putera izman.my

CIRI² FIZIKAL DAN SIFAT² DAJJAL MENURUT HADITH

CIRI² FIZIKAL DAN SIFAT² DAJJAL MENURUT HADITH

Rumusan beberapa hadis dan tafsiran ulama’,Dajal Laknatullah boleh disifatkan dengan sifat-sifat berikut :

1-Seorang Manusia Berbangsa Yahudi dan Mandul
•Dajal Laknatullah adalah seorang manusia yang berketurunan Nabi Adam AS,bukanlah jin sepertimana yang dikatakan oleh beberapa pandangan.
Dajal Laknatullah juga berbangsa Yahudi dan mandul, tidak boleh melahirkan anak.

2-Seorang Yang Pendek dan Gemuk
•Dajjal adalah seorang yang pendek dan bertubuh besar (gemuk).Tubuh badannya agak pelik berbanding manusia yang lain.

3-Berkepala dan Berleher Besar
•Kepalanya juga bersaiz besar tidak seperti saiz kepala manusia biasa.
Dia juga memiliki leher yang besar,iaitu sehingga menutup bentuk dagunya.
Seolah-olah kepalanya bersambung terus ke tubuhnya, kerana lehernya terlalu gemuk.
Tidak kelihatan bentuk dagu,bawah kepalanya dan kawasan di atas dada.

4-Berwarna Putih Kemerah-merahan
•Kulit tubuhnya berwarna putih, kelabu atau kemerah-merahan seperti warna pipinya.
Warna coklatnya tidak terlalu kelihatan dan warna pada tubuhnya agak berbeza dengan warna kulit manusia biasa.

5-Rambutnya Lebat dan Kerinting
•Rambut Dajal Laknatullah lebat dan kerinting, tetapi pendek.
Kerinting tersebut agak berlainan dengan kekerintingan manusia biasa dan ia kelihatan agak kasar. (tidak lembut)

6-Botak Di Bahagian Atas Kepala
•Di bahagian atas kepalanya adalah botak,iaitu kawasan satu perdua di bahagian atas.
Seolah-olah mengalami keguguran rambut.
Manakala sepertimana yang diceritakan sebelum ini, bahagian satu perdua di sebelah bawah agak lebat dan kerinting.

7-Sebelah Matanya Buta Dan Sebelah Lagi Cacat
•Mata kanannya buta,bahkan bentuk matanya yang buta agak mencacatkan.
Ia seolah-olah anggur yang timbul,mungkin biji matanya yang buta tersembul keluar atau sebagainya.
Manakala mata kirinya yang dapat melihat berwarna kehijauan dan menjegil.
Sangat buruk rupa bentuk matanya.

8-Tertulis “kafir” Di Antara Kedua Matanya
•Selain itu,di antara kedua-dua belah matanya tertulis “kafir” dan tulisan tersebut tidak boleh dihilangkan. Tulisan tersebut juga dapat dilihat dengan jelas oleh mereka yang beriman dan turut difahami oleh mereka yang buta huruf.
Ia tertulis dalam tulisan Arab iaitu Huruf Kaf, Fa dan Ra, yang bermaksud “kafir”.

9-Jarak Di Antara Kedua Betisnya Lebar
•Jarak di antara dua betisnya agak lebar dan ada yang mengatakan kedua-dua kangkangnya agak lebar,jauh di antara satu sama lain.
Seolah-olah kedua-dua kakinya sentiasa mengangkang dan tidak dirapatkan.
Mungkin dengan sebab inilah, cara berjalannya kurang stabil.

10-Menunggang Seekor Keldai Yang Gagah dan Pantas
•Dajal Laknatullah juga menunggang seekor keldai yang luar biasa.
Di sana terdapat juga yang mengatakan bahawa ia adalah kapal terbang atau jet.
Namun,apa yang disifatkan oleh Nabi SAW adalah sebuah kenderaan yang sangat ajaib yang boleh bergerak dalam kelajuan yang pantas ke seluruh dunia.

11-Bersamanya Beberapa Ekor Syaitan Yang Bercakap Dalam Pelbagai Bahasa
•Syaitan yang bersama-sama dengan Dajal Laknatullah berfungsi sebagai pengalih bahasa atau membantu kefahaman bagi mereka yang mendengarnya.
Setiap bangsa yang terdapat di dunia ini mampu memahami bahasa yang dituturkannya kerana kewujudan syaitan-syaitan ini.
Walaupun bahasa isyarat sekalipun bagi mereka yang tidak mendengar.

12-Terdapat Dua Orang Malaikat Yang Memberi Peringatan Sebelum Ketibaannya.
•Sebelum ketibaan Dajal Laknatullah di sesebuah tempat,terdapat dua orang malaikat yang akan memberi peringatan kepada penduduk kawasan tersebut tentang kehadiran Dajal Laknatullah.
Mereka adalah pemberi peringatan kepada penduduk kawasan tersebut supaya tidak terpedaya dengan tipu daya Dajal Laknatullah.

13-Mempunyai Ramai Pengikut Di Kalangan Yahudi Dan Pelbagai Kaum Lain.
•Kebanyakan pengikutnya adalah Yahudi, iaitu sekitar 70,000 orang, dan selebihnya adalah pelbagai kaum. Mereka memakai pakaian yang disangkut pada bahu, menutup tubuh dan tidak berjahit.
Mereka juga dibekalkan dengan senjata dan kelengkapan-kelengkapan lain.

KESIMPULAN
•Demikianlah beberapa ciri-ciri Dajjal yang ditemui di dalam hadis-hadis Nabi SAW.
Hakikatnya inilah rupa makhluk yang dapat dikenali.
Ia jelas kelihatan apabila tertulis perkataan KAFIR di dahinya.

Sekiranya dia mengaku sebagai tuhan,kenapakah dia tidak dapat menghilangkan tulisan KAFIR tersebut?

Selain itu,sepertimana hadis Nabi SAW, sekiranya terdapat seseorang mengaku sebagai tuhan,maka ketahuilah bahawa tuhan itu tidak dapat dilihat ketika kita masih hidup.
Orang beriman akan diberi peluang melihat Allah SWT di dalam syurga.

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّهُ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : فَاعْلَمُوا أَنَّ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَأَنَّكُمْ لَنْ تَرَوْنَ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَتَّى تَمُوتُوا قَالَ يَزِيدُ تَرَوْا رَبَّكُمْ حَتَّى تَمُوتُوا
Daripada Ubadah bin Samit, Rasulullah SAW bersabda : Ketahuilah bahawa Tuhan kamu bukanlah buta, dan kamu tidak akan melihat tuhan kamu sehinggalah kamu mati (Musnad Imam Ahmad : 21701)

Wallahua’lam bis sawab

Sumber: jumpbun boosook

Cara Licik Rothschild Bantu Iblis Laknatullah Jahanamkan Manusia Yang Anda Semua Sokong!

Cara Licik Rothschild Bantu Iblis Laknatullah Jahanamkan Manusia Yang Anda Semua Sokong!

RANCANGAN PERTAMA ROTHSCHILD MEMBANTU IBLIS (MENCIPTA BANK)

Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al A’raf Ayat 179)

PENCERAHAN seterusnya berkenaan dengan bagaimana keluarga Rothschild menjadi Duta kepada IBLIS.

Semuanya bermula dari Mayer Amschel Baur (Rothschild) yang berada di Jerman pada 1760, Mayer Amschel Baur telah melakukan perjanjian bersama Iblis untuk menjadi duta beliau dan memastikan keturunannya melaksanakan setiap rancangan Iblis dalam menguasai manusia. Mayer Amschel Baur seperti yang diketahui adalah seorang penganut Yahudi Talmud dan mempunyai kepakaran didalam bidang sihir dan magik yang dipelajarinya dari kitab Kabala Yahudi..

Dari Kitab Kabbalah itu Mayer Amschel Baur telah mempelajari cara untuk berhubung dengan Iblis dan dengan itu Dia telah berjaya berhubung Iblis dan melakukan perjanjian untuk melaksanakan tugasan serta rancangannya..Sebenarnya keluarga Rothschild adalah penyembah Iblis tetapi dengan segala tipu daya mereka telah mengaburi mata masyarakat dunia dengan melakonkan watak sebagai penganut Yahudi. Ini semua adalah tipu daya mereka agar dapat berlindung dibelakang agama Yahudi dan dapat mengunakan identitinya dalam menguasai Negara Haram Israel..

“Lucifer is very much alive, He is our god, and we are His chosen people.”
-Mayer Amschel Rothschild,banker 33° Scottish rite Mason n founding father of the illuminati”

=================================================================================================================

PERANAN ROTHSCHILD MEMBANTU IBLIS

Kesemua Keturunan Rothschild memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan rancangan Iblis di akhir zaman ini dan mereka merupakan ketua-ketua Rahib bagi agama Syaitan (illuminati) yang mendahului didalam ritual penyembahan terhadap tuhan mereka iaitu Iblis laknatullah..

Maka dengan ini Iblis dan hulu balangnya membantu keluarga Rothschild untuk menjadi keluarga yang paling kaya,berkuasa dan terpengaruh didunia agar dapat melaksanakan tugasan Iblis dengan lebih efisyen.

Pada tahun 1770 Mayer Amschel Rothschild telah melaksanakan rancangan untuk menubuhkan satu kumpulan rahsia yang dinamakan sebagai illuminati dan telah melantik serta memberi kepercayaan kepada beberapa keluarga Yahudi (penyembah Syaitan) untuk melaksanakan rancangan New World Order atau lebih tepat lagi satu Order Secular yang membawa manusia jauh daripada keimanan dan ketaqwaan terhadap pencipta kita iaitu ALLAH SWT, kerana itu adalah hasrat Iblis dari awal penciptaan manusia lagi. Kita dapat lihat pada hari ini bagaimana manusia telah hilang pedoman,mengabaikan fitrah kehidupan dan keimanan mereka.

“Iblis menjawab: “Kerena Engkau telah menghukum aku tersesat, saya benar-benar akan menghalang mereka daripada mengikut jalan Engkau yang lurus.”kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)..(Al-A’raf: 16-17)

============================================================================================================================================

APAKAH RANCANGAN PERTAMA ROTHSCHILD MEMBANTU IBLIS MEMBAWA KETURUNAN NABI ADAM KE NERAKA JAHANAM?

Senjata utama yang digunakan oleh keluarga Rothschild adalah Riba Riba Riba Dan Riba. Hampir 90% penduduk dunia hari ini telah memeluk Riba ke dalam pangkuan mereka dan jikalau Umat Islam faham akan implikasi Dosa Riba ini kita pasti tidak akan dapat tidur dengan lena lagi.

Keluarga Rothschild dengan bijaksana telah menguasai bank of England pada tahun 1815 dan telah diarah oleh Iblis laknatullah untuk menyerang manusia terutamanya umat Islam mengenai Wahyu terakhir yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW iaitu wahyu mengenai larangan mengamalkan RIBA. Mereka telah menubuhkan The Federal Reserve,IMF dan Bank Dunia untuk mengawal ekonomi England, Amerika Syarikat, dan seterusnya ekonomi dunia. Kita tidak terlepas dari Riba perbankan.

Inilah rancangan Maha Jahat mereka tanpa kita sedari. Inilah konsep Lending Money On Interest!. Rothschild telah berjaya untuk membawa umat Islam ke neraka dengan Dosa Riba yang sangat dahsyat ini..

Apakah impilikasi Dosa Riba dan adakah kita hamba yang tidak beriman jikalau kita mengamalkan Riba??

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman…(Al-Baqarah: 278)

Adakah anda sedar bahawa Allah SWT dan Rasulullah SAW mengistiharkan perang terhadap pengamal riba..

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Al Baqarah: 279)

Perisytiharan perang oleh Allah SWT dan Rasul itu membawa pengertian lebih luas ,Malah peperangan ini sebagaimana diumumkan oleh Allah SWT yang paling benar kalamNya adalah diisytiharkan ke atas setiap masyarakat yang menjadikan riba sebagai asas ekonomi dan sosialnya.Dosanya sangat besar dimana dapat menghapuskan berkah daripada individu serta masyarakat, bahkan dapat mendatangkan bencana di dunia dan di akhirat.

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya…(Al-Baqarah: 275)

+===========================================================================================================================================

SABDA RASULULLAH MENGENAI RIBA

Rasulullah saw. bersabda “Apabila zina dan riba telah bermaharajalela di suatu negeri, berarti mereka telah menyediakan diri mereka untuk diseksa oleh Allah.” (HR Hakim)

Jabir bin Abdillah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orang yang menjadi saksinya.” Dan beliau bersabda: “Mereka itu sama.” (HR Muslim)

Rasulullah saw bersabda.: “Sungguh akan datang pada manusia suatu masa yang pada waktu itu tidak tersisa seorang pun melainkan akan makan riba; barangsiapa yang tidak memakannya maka ia akan terkena debunya.” (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

Riba itu memiliki 73 pintu. Yang paling ringan (dosanya) adalah seperti seseorang yang berzina dengan ibunya sendiri” (HR al-Hakim dan al-Baihaqi).

Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki, sementara ia tahu, lebih berat (dosanya) daripada berzina dengan 36 orang pelacur” (HR Ahmad & at-Thabrani).

Ibn Abbas r.a berkata, akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat; “Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasNya kepada mereka”

======================================================================

SISTEM PERHAMBAAN BARU

Riba sejak dahulu hingga kini merupakan alat penindasan, perhambaan, eksploitasi, kezaliman, pemerasan, penghisap darah, penjajahan dan bermacam-macam kejahatan lainnya. Semua itu bukan hanya terjadi pada peringkat individu sahaja, malah terjadi terhadap bangsa, umat dan negara. ini merupakan Rancangan Utama Ahli Jemaah Dajjal.

======================================================================

KEZALIMAN RIBA TERHADAP INDIVIDU DAN PENJAJAHAN DUNIA

Kezaliman Riba boleh dilihat secara nyata dari peringkat sesama individu sehinggalah kepada peringkat penjajahan dunia, khususnya apa yang dilakukan oleh negara yang kuat dan kaya ke atas negara yang lemah dan miskin seperti apa yang terjadi ke atas negara-negara Dunia Ketiga. Melalui hutang dengan sistem riba, akhirnya kekayaan negara-negara Dunia Ketiga terus dirampas dan mengalir ke Institusi Jemaah Dajjal seperti IMF dan Bank Dunia, dengan hutang itu pula, negara-negara Islam dijerat dan dibonekakan dengan mudah oleh negara-negara besar.

Penjajahan ekonomi ini seterusnya mengakibatkan kepada penjajahan fizikal yang memperolehi ketaatan negara Dunia Islam serta Negara membangun. Akibatnya kita akan sebati dan lali dengan riba sehingga jika ada orang yang tidak mengamalkan riba, orang itulah yang dianggap ”Asing, Pelik dan Bodoh.”

============================================================================================================================================

PERANAN ULAMA DIDALAM DUNIA ISLAM

Ulama yang kita miliki hari ini juga Jahil terhadap perkara ini dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai rancangan musuh terhadap umat Islam dan jikalau ada ilmu sekali pun mereka hanya membisu,pekak dan membutakan diri.ia tersangat mendukacitakan kerana mereka juga telah kehilangan pandangan MATA HATI mereka dimana tidak mampu lagi untuk menilai dan memahami rancangan Licik musuh Islam terhadap mereka dan kita semua..Ulama pada akhir zaman ini telah ditundukkan oleh pemerintah bagi kepentingan diri mereka. Mereka telah menjual diri demi kepentingan dunia..Ulama zaman sekarang juga bukan sahaja membenarkan riba ini berlangsung dengan Fatwa-fatwa mereka tetapi juga menghalang Ulama yang Ikhlas dalam proses memberi hidayah dan petunjuk kepada umat Islam mengenai perancang musuh terhadap kita.

Pada hari ini Umat Islam sendiri seperti tidak kisah lagi mengenai Riba kerana mereka melihat bahawa Ulama yang mereka sanjungi sendiri tidak mendedahkan dan menghalang mereka dari terus terjebak ke dalam Riba. Umat Islam di zaman ini sendiri telah di brainwash oleh budaya moden yang mementingkan Materialistik seperti rumah besar,kereta besar,telifon bimbit berjenama dan barangan rumah yang berjenama.

Rancangan ini juga telah dipermudahkan dengan wujudnya Kad Kredit yang membolehkan bayaran dilakukan secara ansuran dan semestinya disertakan dengan Riba..Ini juga adalah salah satu perangkap Iblis terhadap umat Islam.

Perlu diingat, rancangan ini tidak berlaku secara kebetulan tetapi telah dirancang dengan rapi dan teliti oleh keluarga Rothschild selaku Duta bagi Iblis laknatullah dalam memastikan kita terutamanya Umat Islam Akhir Zaman akan menempah tiket ke neraka dengan menggunakan sistem yang telah mereka ciptakan ini (Riba)..sudah tiba masanya untuk keluarga Rothschild melaksanakan Rancangan yang paling mega mereka ke arah penubuhan sebuah kerajaan dunia (World Government) yang berpangkalan di Baitul Maqdis dengan menghambakan umat di seluruh dunia dengan sistem perbankan mereka melalui One World Currency (matawang Global)

Inilah yang dikatakan Riba yang telah digunakan oleh keluarga Rothschild dalam memerangkap umat Islam sedunia di akhir zaman ini.

Wallahualam

sumber: info semasa dunia