CIRI² FIZIKAL DAN SIFAT² DAJJAL MENURUT HADITH

CIRI² FIZIKAL DAN SIFAT² DAJJAL MENURUT HADITH

Rumusan beberapa hadis dan tafsiran ulama’,Dajal Laknatullah boleh disifatkan dengan sifat-sifat berikut :

1-Seorang Manusia Berbangsa Yahudi dan Mandul
•Dajal Laknatullah adalah seorang manusia yang berketurunan Nabi Adam AS,bukanlah jin sepertimana yang dikatakan oleh beberapa pandangan.
Dajal Laknatullah juga berbangsa Yahudi dan mandul, tidak boleh melahirkan anak.

2-Seorang Yang Pendek dan Gemuk
•Dajjal adalah seorang yang pendek dan bertubuh besar (gemuk).Tubuh badannya agak pelik berbanding manusia yang lain.

3-Berkepala dan Berleher Besar
•Kepalanya juga bersaiz besar tidak seperti saiz kepala manusia biasa.
Dia juga memiliki leher yang besar,iaitu sehingga menutup bentuk dagunya.
Seolah-olah kepalanya bersambung terus ke tubuhnya, kerana lehernya terlalu gemuk.
Tidak kelihatan bentuk dagu,bawah kepalanya dan kawasan di atas dada.

4-Berwarna Putih Kemerah-merahan
•Kulit tubuhnya berwarna putih, kelabu atau kemerah-merahan seperti warna pipinya.
Warna coklatnya tidak terlalu kelihatan dan warna pada tubuhnya agak berbeza dengan warna kulit manusia biasa.

5-Rambutnya Lebat dan Kerinting
•Rambut Dajal Laknatullah lebat dan kerinting, tetapi pendek.
Kerinting tersebut agak berlainan dengan kekerintingan manusia biasa dan ia kelihatan agak kasar. (tidak lembut)

6-Botak Di Bahagian Atas Kepala
•Di bahagian atas kepalanya adalah botak,iaitu kawasan satu perdua di bahagian atas.
Seolah-olah mengalami keguguran rambut.
Manakala sepertimana yang diceritakan sebelum ini, bahagian satu perdua di sebelah bawah agak lebat dan kerinting.

7-Sebelah Matanya Buta Dan Sebelah Lagi Cacat
•Mata kanannya buta,bahkan bentuk matanya yang buta agak mencacatkan.
Ia seolah-olah anggur yang timbul,mungkin biji matanya yang buta tersembul keluar atau sebagainya.
Manakala mata kirinya yang dapat melihat berwarna kehijauan dan menjegil.
Sangat buruk rupa bentuk matanya.

8-Tertulis “kafir” Di Antara Kedua Matanya
•Selain itu,di antara kedua-dua belah matanya tertulis “kafir” dan tulisan tersebut tidak boleh dihilangkan. Tulisan tersebut juga dapat dilihat dengan jelas oleh mereka yang beriman dan turut difahami oleh mereka yang buta huruf.
Ia tertulis dalam tulisan Arab iaitu Huruf Kaf, Fa dan Ra, yang bermaksud “kafir”.

9-Jarak Di Antara Kedua Betisnya Lebar
•Jarak di antara dua betisnya agak lebar dan ada yang mengatakan kedua-dua kangkangnya agak lebar,jauh di antara satu sama lain.
Seolah-olah kedua-dua kakinya sentiasa mengangkang dan tidak dirapatkan.
Mungkin dengan sebab inilah, cara berjalannya kurang stabil.

10-Menunggang Seekor Keldai Yang Gagah dan Pantas
•Dajal Laknatullah juga menunggang seekor keldai yang luar biasa.
Di sana terdapat juga yang mengatakan bahawa ia adalah kapal terbang atau jet.
Namun,apa yang disifatkan oleh Nabi SAW adalah sebuah kenderaan yang sangat ajaib yang boleh bergerak dalam kelajuan yang pantas ke seluruh dunia.

11-Bersamanya Beberapa Ekor Syaitan Yang Bercakap Dalam Pelbagai Bahasa
•Syaitan yang bersama-sama dengan Dajal Laknatullah berfungsi sebagai pengalih bahasa atau membantu kefahaman bagi mereka yang mendengarnya.
Setiap bangsa yang terdapat di dunia ini mampu memahami bahasa yang dituturkannya kerana kewujudan syaitan-syaitan ini.
Walaupun bahasa isyarat sekalipun bagi mereka yang tidak mendengar.

12-Terdapat Dua Orang Malaikat Yang Memberi Peringatan Sebelum Ketibaannya.
•Sebelum ketibaan Dajal Laknatullah di sesebuah tempat,terdapat dua orang malaikat yang akan memberi peringatan kepada penduduk kawasan tersebut tentang kehadiran Dajal Laknatullah.
Mereka adalah pemberi peringatan kepada penduduk kawasan tersebut supaya tidak terpedaya dengan tipu daya Dajal Laknatullah.

13-Mempunyai Ramai Pengikut Di Kalangan Yahudi Dan Pelbagai Kaum Lain.
•Kebanyakan pengikutnya adalah Yahudi, iaitu sekitar 70,000 orang, dan selebihnya adalah pelbagai kaum. Mereka memakai pakaian yang disangkut pada bahu, menutup tubuh dan tidak berjahit.
Mereka juga dibekalkan dengan senjata dan kelengkapan-kelengkapan lain.

KESIMPULAN
•Demikianlah beberapa ciri-ciri Dajjal yang ditemui di dalam hadis-hadis Nabi SAW.
Hakikatnya inilah rupa makhluk yang dapat dikenali.
Ia jelas kelihatan apabila tertulis perkataan KAFIR di dahinya.

Sekiranya dia mengaku sebagai tuhan,kenapakah dia tidak dapat menghilangkan tulisan KAFIR tersebut?

Selain itu,sepertimana hadis Nabi SAW, sekiranya terdapat seseorang mengaku sebagai tuhan,maka ketahuilah bahawa tuhan itu tidak dapat dilihat ketika kita masih hidup.
Orang beriman akan diberi peluang melihat Allah SWT di dalam syurga.

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّهُ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : فَاعْلَمُوا أَنَّ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَأَنَّكُمْ لَنْ تَرَوْنَ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَتَّى تَمُوتُوا قَالَ يَزِيدُ تَرَوْا رَبَّكُمْ حَتَّى تَمُوتُوا
Daripada Ubadah bin Samit, Rasulullah SAW bersabda : Ketahuilah bahawa Tuhan kamu bukanlah buta, dan kamu tidak akan melihat tuhan kamu sehinggalah kamu mati (Musnad Imam Ahmad : 21701)

Wallahua’lam bis sawab

Sumber: jumpbun boosook

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *