5 Perkara Yang Akan Menganggu Kita Selepas Mati

5 Perkara Yang Akan Menganggu Kita Selepas Mati

Mati itu pasti. Bersedia atau tidak ianya akan tetap datang menjemput kita. Apa yang kita buat di dunia akan menentukan apa yang kita dapat di sana kelak. Bila waktunya kita akan pergi meninggalkan dunia ini, meninggalkan semua harta benda, tinggalkan semua keluarga dan kawan-kawan. Namun kita akan pulang dengan 3 perkara yang pasti dan perkara ini akan berterusan walaupun kita sudah tiada nanti.

Sebelum kita pergi sudahkan kita bersedia? Bagaimana dengan mereka-mereka yang kita sayang untuk teruskan hidup tanpa kita? Mahukan kita melihat mereka berpecah belah akibat perbuatan kita?

Sebelum kita tutup mata seeloknya kita persiapkan apa yang patut. Sudah banyak cerita kita dengar tentang perbalahan antara keluarga disebabkan harta dan peninggalan kita. Perkara ini bukan hanya berlaku di dalam drama petang-petang tu sahaja. Malah ianya kerap berlaku di dunia realiti juga.

“Ish, tak payahlah nak sebut-sebut pasal wasiat ni. Aku muda lagi. Lagipun, bukannya aku ni banyak harta. Kalau mati esok pandai-pandailah, hukum faraid kan ada.”

Ini lah yang selalu kita ungkapkan? Bukan senang harta untuk di bahagiakan dengan hukum faraid. Ramai antara kita berpendapat wasiat itu hanya perlu di buat bila di hujung usia atau diambang kematian. Ada yang hanya mula buat wasiat bila mereka nak pergi menunaikan haji. Tapi tahukan kita bila kita akan meninggal?

Menurut Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 90% umat Islam tidak membuat wasiat kerana tidak tahu kepentingan wasiat dan sikap suka menangguh-nangguhkan urusan berkaitan harta pusaka yang bakal ditinggalkan.

Hakikatnya, semua umat Islam yang berusia 18 tahun ke atas, sempurna akal, sukarela, tidak dihalang mengurus hartanya, waras fikiran, baik ingatan dan memahami wasiat dibuat adalah digalakkan untuk meninggalkan sebarang bentuk wasiat bertulis atau yang boleh disahkan.

Sebelum masuk lebih lanjut ni korang tahu ke faraid tu apa?

Faraid hanyalah kaedah pengagihan harta, di mana ia hanya boleh bermula setelah segala proses pentadbiran selesai. Jika arwah tidak membuat apa-apa dokumetasi untuk lantikan Wasi (pemegang amanah), maka waris-waris perlu bersepakat untuk melantik salah seorang daripada mereka.

Memang nampak senang tapi proses ini sebenarnya makan masa yang agak lama dan boleh melibatkan kos guaman tertentu yang boleh menelan belanja ribuan ringgit, terutamanya jika harta tersebut tinggi nilainya.

Maka, proses pentadbiran inilah yang selalunya mengambil masa kerana ia agak rumit. Malah, ia boleh menjadi lebih rumit sekiranya tiada pengalaman, pengetahuan, dan kerjasama di kalangan pewaris.

Oleh itu sebaik baiknya kita tinggalkan wasiat bagi mengelak perkara ini mungkin terjadi kepada kita dan keluarga.

Ada 5 perkara yang mungkin berkait dengan kita setelah kita pergi tinggalkan dunia ini.

1. HARTA

Harta!! kerana hartalah banyak kita tengok kisah-kisah yang enak berlaku dikalangan keluarga. Akibat pembahagian yang tidak adil masing-masing tarik muka. Dahulu tidur sebantal sekarang nak tengok muka pun dah tak mahu. Harta terbahagi kepada 2. Harga duniawi dan juga harta akhirat! Harta akhirat kita dahbawa pergi bersama di alam sana. Harga dunia pula harta yang kita tinggalkan kepada mereka yang masih meneruskan kehidupan.

2. KELUARGA

Keluarga lah yang akan kita tinggalkan. Oleh itu, pentingnya melantik Wasi (pemegang amanah) melalui wasiat adalah supaya mereka dapat bertindak sebagai seseorang yang boleh dipercayai dalam menguruskan dan mempercepatkan proses tuntutan harta pusaka. Mereka inilah yang akan menjalankan tugas bagi pihak kita apabila kita sudah tiada nanti.

Sebagai contoh wasi inilah yang akan ke bank-bank untuk tutup akaun dan keluarkan wang dari akaun tersebut.

Selain itu, perkara-perkara lain juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat seperti cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga sah anak di bawah umur 18 tahun, peruntukan perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak. Malah, bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat.

3. MEDIA SOSIAL

Di alam cyber ini kita juga harus bijak menggunakan media sosial. Yes memang kita boleh buat apa sahaja dengan akaun media sosial kita tapi kesannya mungkin akan mempengaruhi masa akan datang. Jika kebaikan yang kita buat melalui akaun kita InshaAllah semuanya akan bermanfaat.

Jangan sesekali biarkan aurat dan kata-kata yang kita lontarkan di status media sosial memberi kesan yang buruk untuk kita di sana nanti. Pastikan kita tidak membiarkan gambar-gambar aurat kita di siarkan secara umum di media.

4. HUTANG

Banyak mana pun kita berhutang, masukkan semua maklumat itu dalam wasiat. Hutang dengan bank ada hitam putihnya, tetapi hutang sesama kawan atau ahli keluarga mungkin lebih sulit untuk diuruskan sekiranya tidak ditinggalkan wasiat. Walaupun berapa pun jumlah hutang, hukum bagi menjelaskan hutang tersebut tetap tidak berubah dan WAJIB dibayar. Siapa pemberi hutang dan jumlah hutang perlulah dijelaskan kepada pewaris.

Menurut JAWHAR, sungguhpun hukum berwasiat adalah bergantung kepada keadaan, namun ia boleh menjadi wajib apabila melibatkan hutang atau wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak dikenali oleh orang lain.

Selain itu, seseorang juga perlu berwasiat jika terdapat tanggungjawab syarie yang masih belum dilaksanakan seperti zakat dan haji, di mana dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan.

5. AMAL JARIAH

Amal jariah adalah salah satu daripada perkara yang dapat memberi pahala berterusan sekalipun setelah kita meninggal dunia.

Menurut hukum Islam, seseorang boleh menyalurkan tidak lebih daripada 1/3 daripada hartanya untuk tujuan wakaf, membantu orang miskin, anak angkat, atau apa saja tujuan kebajikan. Hukumnya sunat jika diberikan kepada orang yang memerlukan, manakala harus jika ia diberikan kepada sahabat handai atau orang kaya yang bukan dari golongan berilmu dan beramal soleh.

AMANAH RAYA WASIAT (ARW)

Maka, jika dilihat secara menyeluruh, berwasiat ini bukanlah semata-mata untuk kepentingan ahli waris saja tetapi sebenarnya manfaatnya adalah lebih untuk diri sendiri.

Jadi, jangan bertangguh lagi. Kita senang waris pun tak pening.

Mana nak buat wasiat ni?

Bagi mereka yang tak pasti boleh cuba Amanah Raya Wasiat melalui Bank Muamalat!! Banyak kepentingan mebuat wasiat ini yang masih lagi ramai yang tak nak ambil tahu. nak tak nak kita akan mengalami nya kelak.

Wasiat ini sangat penting untuk kita, bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan berlaku dikemudian hari. Berikut antara sebab kenapa kita perlu buat wasiat.

  • Melantik pelakasaan harta (Wasi/Pentadbir Harta)
  • Melantik penjaga (Bagi yang mempunyai anak berumur kurang 18 tahun)
  • Mempercepatkan proses perundangan (Probet dan sijil faraid)
  • Memberi 1/3 harta kepada bukan pewaris
  • Menyampaikan pesanan terakhir pewasiat

So, dengan pelan Amanah Raya Wasiat ini anda dapat faedah yang menguntungkan untuk diri kita sendiri. Kerana ianya di jalankan di atas kemahuan pewasiat. Harta pula terjaga.

  • Cepatkan pentadbiran pusaka
  • Mengurangkan pertikaian waris
  • Wasi ditentukan dan dilantik
  • Pembahagian ditentukan sendiri
  • Harta terpelihara=tidak terjual/tergadai
  • ARB = menjamin kesaksamaan dan
  • Memelihara hak antara waris

Bagi mereka yang mempunyai isteri dan anak-anak sudah pastinya anda mahukan hak mereka juga diberi seadilkan nanti. Sebab tahukan anda kalau tidak di wasiatkan harta kita akan diberikan hak kepada adik beradik kita? Dimana pula isteri dan anak-anak kita mahu tinggal dan teruskan hidup nanti?

Dengan adanya Amanah Raya Wasiat kita juga boleh memberi kelebihan dalam membuat deklarasi harta sepencarian. Semua pihak nanti boleh memutusakan dan bersetuju dengan cara pembahagian yang dilakukan. ARW ni juga akan memastikan semua pihak benar-benar berpuas hati dengan bahagian masing-masing.

Selain itu, hak suami isteri juga dapat di lindungi dan proses pembagian juga boleh di percepatkan serta menjimatkan masa. Tak perlulah nak turun naik mahkahmah berhabis duit upah guaman bagai.

Paling penting pertelingkahan dapat di elakkan!!!

Apa lagi jom ke bank Muamalat sekarang untuk selesaikan Amanah Raya Wasian anda. Lagi cepat dan memudahkan.

Macam mana nak daftar?

Ok untuk mendaftar boleh ke bank muamalat. Sediakan satu salikan mykad. Yuran Pendaftaran Wasiat Amanah Raya Berhad adalah sebanyak RM530.00 (sekali seumur hidup).

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *