BUKTI PLURALISME AGAMA DALAM FILEM “MY NAME IS KHAN”

BUKTI PLURALISME AGAMA DALAM FILEM “MY NAME IS KHAN”

Masihkah anda mengingati filem Bollywood bertajuk “My Name Is Khan”?.

Merupakan filem bertaraf “Box Office” yang di tayangkan di pawagam pada 2010 dan pelbagai reaksi serta maklum balas telah diberikan oleh masyarakat dunia.
Meskipun sudah 7 tahun ianya di tayangkan,saya ingin mengajak pembaca semua mngimbas kembali akan unsur2 pluralisme yg terdapat dlm filem ini,bersesuaian dengan kekalutan dan ‘kekacauan’ yg melanda umat dan agama Islam itu sendiri di negara kita pada hari ini.

Filem “My Name is Khan” menceritakan tentang perihal perjalanan hidup seorang lelaki yang di lahirkan berpenyakit Autis (Asparger Sindrome).
Namanya Risvan Khan (lakonan oleh Shah Rukh Khan), pemuda dari India yang berpindah ke Amerika mengikuti adiknya(Zakir).

Kemudian dia berkahwin dengan Mandira (lakonan Kajol Devgan) walau ditentang keluarganya kerana perbezaan agama.

Peristiwa 911 menjadi titik permulaan serangan ke atas umat Islam secara terhormat dan terancang oleh musuh Islam
Tragedi pengeboman New York,World Trade Centre (WTC) pada 11 September telah merubah landskap dan politik di Amerika di mana umat Islam di label sebagai pengganas.

Berpaksikan dari tragedi tersebut,filem ini telah di kembangkan akan jalan ceritanya.
Kebahagian yang terbina dari percantuman dua agama menjadi kompleks kerana stigma teroris yang digambarkan kepada umat Muslim.

Ia di gambarkan telah memberikan kesan negatif kepada Khan.
Ekoran kematian Sam (anak lelaki Mandira), perasaan benci dan marah timbul di hati Mandira serta menyebabkan Mandira tidak dapat menerima kenyataan suaminya seorang Muslim.

Oleh kerana tertekan dengan perlakuan Mandira yang masih skeptikal terhadapnya, maka Khan telah memulakan pengembaraan solonya untuk bertemu Presiden Amerika.
Pada pandangannya,pengembaraan ini merupakan misi untuk menghapuskan stigma atau persepsi liar terhadap umat Muslim sebagai TERORIS.

Dalam masa yang sama,Khan juga mengharapkan kembalinya cinta dan kasih sayang daripada Mandira dengan cara menyempurnakan misi untuk menyampaikan ucapan “My Name Is Khan,I am not a terrorist“ kepada Presiden Amerika.

Sesiapa sahaja boleh mengatakan bahawa filem ini adalah filem yang inspiratif,mengharukan dan penuh mesej moral.
Namun di sebalik itu semua,filem ini juga membawa nilai-nilai sejagat (universal) yang merbahaya kepada aqidah umat Islam.

Di dalamnya sarat akan tindakan dan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.
Salah satu nilai merbahaya yang digarapkan ke dalam filem ini adalah “Pluralisme Agama”.

Kefahaman ini jelas amat bertentangan dengan syariat Islam di mana menganggap bahawa SEMUA AGAMA SAMA BENAR.

Hasil semakan dan penelitian mendapati sekurang-kurangnya terdapat tiga babak/scene menonjolkan nilai-nilai Pluralisme Agama secara terang-terangan dan menggelirukan umat Islam.

BABAK/SCENE YANG PERTAMA

Babak Khan ketika kecil dimana kehidupannya dikelilingi oleh situasi konflik agama di antara penganut Hindu dan Muslim.
Ketika Khan berada di anjung rumahnya,dia terdengar suara protes dan amarah masyarakat Muslim terhadap rusuhan yang berlaku sambil melaungkan kata-kata; “musnahkan dan hancurkan…..”.

Ungkapan kata ini diulang-ulang oleh Khan di dalam rumahnya.
Tiba-tiba dia dimarahi oleh ibunya (Razia) sambil melarangnya dari terus mengungkap kata-kata tersebut.

Razia menerangkan kepada Khan tentang hakikat KEBAIKAN dan KEJAHATAN sambil memberikan contoh secara melukis gambar dua karektor berbeza.
Satu kerektor membawa tongkat (yang kemudian disebut orang jahat) dan satu lagi karektor yang membawa lollipop (yang kemudian dianggap sebagai orang baik).

Di antara petikan dialog yang diungkapkan oleh ibunya ialah:

“Di dunia ini hanya ada dua perbezaan iaitu KEBAIKAN dan KEJAHATAN.
Baik,jika seseorang itu berbuat kebaikan.
Dan jahat sekiranya seseorang itu berbuat kejahatan.
Jadi tidak ada Muslim dan Hindu”.

Jika di amati dialog di atas, sudah pasti akan tergambar di fikiran kita DOKTRIN PLURALISME AGAMA yang ingin disampaikan yakni semua agama adalah sama.
Secara umumnya,semua agama di dunia pasti mengajarkan kebaikan di dalamnya.

Namun begitu,pendapat ini telah disanggah oleh Allah S.W.T secara total.
Malah kita diminta menyakini Islam sebagai Ad-Diin dengan menolak KONSEP tidak ada perbezaan Islam dengan agama yang lain dengan merujuk kepada firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka.
Dan (ingatlah),sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.”
(QS Ali-Imran ayat 19)

BABAK/SCENE KE 2

 

Adegan seterusnya ialah sikap Khan yang berkeras untuk menikahi Mandira iaitu seorang ibu tunggal yang menganut agama Hindu.
Walaupun sudah diingatkan oleh Zakir (adiknya) bahawa hukum HARAM berkahwin dengan wanita yang berbeza keyakinan dan kepercayaan agama.

Namun,Khan memiliki keyakinan bahawa tidak ada yang membezakan antara agama Islam dan Hindu.
Sebaliknya,yang ada hanyalah manusia yang BAIK dan manusia yang JAHAT(sebagaimana yang dikatakan oleh ibunya).

Tindakan Khan ini sekaligus telah menimbulkan satu perspektif yang salah kepada ajaran Islam dan syariatnya.
Perkara ini tidaklah menggemparkan kita kerana pelakon Shah Rukh Khan (Rizvan Khan) sendiri dalam kehidupan realitinya juga berkahwin dengan Gauri Khan;seorang penganut Hindu.

Larangan perkahwinan di kalangan umat Islam dan bukan Islam telah diterangkan oleh Allah S.W.T dalam Al Quran Surah Al Baqarah ayat 221.

BABAK/SCENE KE 3

Adegan seterusnya amat kurang menyenangkan hati umat Islam.
Ianya ketika Khan dan Mandira sedang bersembahyang mengikut kepercayaan dan amalan agama masing-masing di mana Khan solat di atas sejadah.

Manakala Mandira bersembahyang dengan nyalaan lilin dan tokong berhala.

Kedua-dua aksi ini telah dicantumkan menjadi SATU adegan dalam SATU upacara sembahyang secara serentak.

BABAK/SCENE YANG LAIN

Seperkara lagi ialah semasa Khan bersama keluarganya menghadiri majlis memperingati Tragedi 911 anjuran masyarakat bukan Islam. Didapati dia dan semua tetamu yang hadir menyalakan lilin sebagai simbol BERKABUNG.

Tambah menjengkelkan apabila kita diperlihatkan adegan Khan menghulurkan cek sumbangan peribadinya berjumlah USD3,502.50 duit ZAKAT kepada penganjur yang bukan beragama Islam(sedangkan zakat hanya untuk kegunaan orang Islam).

Perjalanan Khan untuk berjumpa Presiden Amerika diteruskan sehingga beliau sampai di wilayah Georgia.
Di sana,dia bertemu Mama Jenny dan Joel (anak lelakinya).
Khan telah bermalam di rumah mereka dan turut sama hadir keesokkan harinya ke majlis berkabung dan memperingati perajurit yang mati di medan perang di dalam sebuah gereja.

Dia turut serta menyanyi dan memberikan ucapan di hadapan pengunjung gereja sambil berdoa bersama penganut agama lain secara serentak.

Bukankah perbuatan ini adalah HARAM dilakukan? Allah S.W.T telah memberikan amaran keras kepada umat Islam dengan firmanNya yang bermaksud:

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3] “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4] “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6] “Bagi kamu ugama kamu,dan bagiku ugamaku”.

(QS Al-Kafirun ayat 1-6)

Oleh itu,kita perlulah mengambil sikap PEDULI terhadap ancaman Pluralisme Agama yang sentiasa menanti peluang di pintu minda kita untuk mempengaruhi segala tindak tanduk seharian.

Credit: Apanama.com

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *