“Kami akan tembak pesawat US walaupun bukan di ruang udara kami, mereka sudah istihar perang!” (Korea Utara)

“Kami akan tembak pesawat US walaupun bukan di ruang udara kami, mereka sudah istihar perang!” (Korea Utara)

Pesawat pengebom AS diiringi jet pejuang terbang di ruang udara pantai timur Korea pada Sabtu lalu.

SEOUL – KOREA SELATAN . Pyongyang telah menggerakkan pesawat dan meningkatkan pertahanan di pantai timur negara itu sebagai respons terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) menghantar jet pengebom B-1B ke Semenanjung Korea pada Sabtu lalu.

Semalam, agensi berita Yonhap di Seoul menerusi laporan memetik kenyataan Menteri Luar Korea Utara, Ri Yong Ho memaklumkan langkah itu diambil selepas Presiden Donald Trump memuat naik tweet provokasi yang mengisytiharkan perang dengan Pyongyang.

“Kami mempunyai hak untuk bertindak balas termasuk menembak jatuh pesawat pengebom AS walaupun ia tidak berada di ruang udara negara ini. Seluruh dunia perlu tahu, AS yang terlebih dahulu mengisytiharkan perang dengan kami,” katanya menerusi sidang media ketika menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York, kelmarin.

Ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Korea Utara turut mencetuskan kebimbangan Seoul yang menggesa tindak balas segera selain memberi amaran sebarang pertembungan tidak disengajakan di rantau terbabit boleh menjadi tidak terkawal.

Sementara itu, jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders menafikan Washington ada membuat pengisytiharan perang seperti didakwa Pyongyang dan beliau turut menggelar dakwaan tersebut sebagai tidak masuk akal.

Dalam satu kenyataan lain, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang menegaskan tidak akan ada pemenang dalam peperangan di Semenanjung Korea.

“Kami berharap kedua-dua pihak bertelagah itu sedar tindakan ketenteraan bukan jalan penyelesaian krisis terbabit,” ujarnya. – Agensi

sumber: sinar harian

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *