Playboy henti siar gambar bogel

Playboy henti siar gambar bogel

WASHINGTON: Majalah popular Playboy tidak akan menyiarkan lagi gambar wanita bogel sebagai sebahagian reka wajah baharu karya itu.

Keputusan dibuat selepas pengarang kanan majalah itu bertemu dengan pengasas Playboy, Hugh Hufner di Playboy Mansion bulan lalu, menurut ketua eksekutifnya, Scott Flanders.

Pemilik majalah berkenaan berkata, ia berikutan kewujudan internet yang menjadikan gambar bogel sudah ketinggalan dan ia tidak mampu lagi berdaya maju secara komersial, lapor New York Times.

Edaran Playboy menurun daripada 5.6 juta pada 1970-an kepada 800,000, menurut perangkaan rasmi.

Bagaimanapun, ia akan terus memaparkan gambar wanita dalam aksi provokatif walaupun tidak berbogel sepenuhnya.

Eksekutif majalah mengakui Playboy – yang diasaskan pada 1953 – diambil alih oleh perubahan yang dipeloporinya.

“Pertarungan berlaku dan menang. Anda cuma perlu menekan butang untuk aksi seks yang dibayangkan secara percuma. Ia sudah ketinggalan zaman,” kata Flanders.

Playboy dahulu turut panas menerusi laporan temubual dengan tokoh seperti Martin Luther King Jr, Malcolm X dan Jimmy Carter, menjadikan Playboy amat penting secara budaya dan politik, kata wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), Nick Bryant di New York.

Laman web majalah itu sudah pun menghentikan siaran gambar bogel, sebahagiannya bagi memberi akses kepada media sosial seperti Facebook dan Twitter.

sumber: berita harian

P/s: ada tak yang tak kenal majalah sensasi ni? kalau tak kenal mohon jangan berkenalan.. Paklong tak sarankan!

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *