Month: September 2017

“Generasi yang tenat” (Ustaz Abdullah Khairi)

“Generasi yang tenat” (Ustaz Abdullah Khairi)

Generasi yang tenat.

Mari lihat balik peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2017.

18 Feb : 8 nyawa remaja melayang dirempuh kereta di lebuhraya pada jam 2 pagi.

1 Jun : Seorang siswa UPNM dibuli dan diseterika seluruh badannya sehingga mati

10 Jun : JPN mengesahkan hampir 500K lebih anak luar nikah daripada tahun 2006 sehingga Jun 2017.

10 Jun : T. Nhaveen dibuli dan dipukul sehingga parah sebelum meninggal dunia oleh 5 remaja.

14 September : 7 remaja ditahan kerana telah menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah dan menyebabkan 20 orang mati syahid. Dan diantara suspek masih dibawah umur.

dan ada banyak lagi peristiwa lain..

Bukalah mata.

Something wrong pada generasi yang kita lahirkan sekarang.
Bukannya masa untuk menuding kesalahan pada sesiapa. Dan masih tidak terlambat untuk mengubahnya

Awamnya tahu,
Pendidikan itu bermula di rumah. Kanak-kanak akan melihat dan belajar daripada suasana keadaan persekitarannya dalam meniti usia remaja.

Kata Baginda saw.
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُشَرِّكَانِهِ
“Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik.”

Saya berpesan pada ibu bapa bantulah kami guru untuk membentuk akhlak yang terbaik buat anak-anak kalian.

Hindarilah perkataan yang tak elok.
Lazimilah anak-anak sejak dari lahir untuk mendengar ayat-ayat suci Quran
Selalulah menasihati anak-anak.
Ajarlah anak menutup aurat dengan sempurna
‘Ada’ kan masa untuk bersama keluarga.
Paksalah anak untuk solat.

Lihatlah keadaan dunia sekarang.
Jangan terlalu alpa mengejar harta sampai terlupa harta yang lebih bernilai didepan mata.
Anak adalah aset dan pemberi syafaat dihari yang mana harta sebesar dunia pun takkan dapat membantu lagi,

Semoga kita, dapat bersatu kembali diakhirat nanti sebagai sebuah keluarga tanpa ada yang tertinggal.

Doa saya.

رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati , dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa

Akhir kata,
Tepuk dada, tanya iman.
Anak jenis apa yang kamu ingin lahirkan?

SHARE. semoga bermanfaat

SIAPA SANGKA DR KHAIRUL SEBENARNYA BEKAS VOKALIS KUMPULAN SAUJANA

SIAPA SANGKA DR KHAIRUL SEBENARNYA BEKAS VOKALIS KUMPULAN SAUJANA

Hampir kesemua penyanyi nasyid kumpulan Saujana terdiri dari pelajar-pelajar cemerlang. Kumpulan ini yang pernah popular suatu masa dahulu tetapi senyap kini mungkin kerana anggota kumpulan ini yang sibuk dengan pelajaran.

Salah seorang anggota nasyid kumpulan ini iaitu Khairul Idzwan Baharin yang dikenali kini Dr Khairul Idzwan Baharin dengan penampilan yang amat berbeza sekali berbanding dengan imej nasyid dahulu.

Mungkin beliau ingin meniru jejak langkah Faizal Tahir dahulu yang sebelumnya adalah penyanyi nasyid kumpulan Nirwana, tetapi jika Faizal Tahir muncul dengan imej rock manakala Khairul Idzwan Baharin muncul dengan imej lebih lembut pula.

Siapa Sangka, Dr Khairul Sebenarnya Bekas Vokalis Kumpulan Saujana

Dr Khairul Idzwan Baharin tak kekok dengan imejnya sekarang berbanding dengan imej dahulu yang sering berkopiah. Namun siapa sangka kini beliau merupakan seorang Doktor. Difahamkan beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Pegawai eksekutif, Cell Tissue Technology. Tonton video dibawah, Idzwan berbicara mengenai teknologi pemulihan kulit yang terbaru.

Biodata Kumpulan Saujana

Ramai betul yang mintak agar hari Jumaat dipenuhi dengan tazkirah-tazkirah ataupun maklumat terkini tentang kumpulan-kumpulan nasyid Malaysia. Kami cuba bawakan apa yang anda mahu sebab tanpa anda siapalah kami.

Kali ini jom kita terjah kumpulan nasyid Saujana yang femes dengan lagu Sepohon Kayu suatu ketika dulu. Tapi sebelum tue jangan lupa tengok video penyanyi utama kumpulan Saujana nie masa audition One In A Million. Leh pecah perut gak la.
Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca biodata kumpulan nasyid Saujana.

Kumpulan Saujana merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nashid Melayu.
Kumpulan Saujana merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Kumpulan ini telah menghasilkan lima album dengan satu album karaoke, dan terlibat dalam lebih sepuluh album kompilasi bersama artis-artis terkenal di Malaysia.

Kumpulan ini turut mengadakan album duet bersama kumpulan Nowseeheart pada tahun 2005. Album itu d beri judul Jalan Sehala, memuata lagu-lagu dari beberapa komposer terkenal Malaysia antaanya Aidit Alfian dan Loloq.

Kumpulan ini terdiri daripada lima orang ahli, masing-masing berusia 24 tahun pada 2005. Mereka pernah mengadakan persembahan di seluruh negara Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Jualan album-album mereka amat membanggakan, dan mereka menjadi idola kepada remaja-remaja di Malaysia.

Ahli-ahli Saujana (mengikut turutan abjad)

  1. Aza (Azalinor Abdul Rahman)
  2. Idzu (Khairul Idzwan Baharin)
  3. Kimi (Mohd Hakimi Haji Harun)
  4. Ley (Faizul Hizal Ghazali)
  5. Pyan (Mohd Suffian Amrin)
  6. Anggota Baru:
  7. Najer (Wan Najran Wan Mohd Noh)
  8. Shaher (Ahmad Shahir Zawawi)

Album

  1. Saujana (1996)
  2. Saujana II (1998)
  3. Kembara Cinta (2000)
  4. Rahsia (2002)
  5. 5 Bintang (2004)
  6. Jalan Sehala (2005) – Bersama Nowseeheart

Lagu-lagu

  1. Keluarga Bahagia
  2. Sepohon Kayu
  3. Keluarga Bahagia II
  4. Bulan Bintang
  5. Suci Sekeping Hati
  6. Inikah Ertinya Cinta
  7. Ya Rasulullah
  8. Rahsia
  9. Rahmat Kasih-Mu
  10. Lakaran Minda
  11. Damai Yang Hilang
  12. Nur Malam
  13. Jalan Sehala
  14. Damai Yang Hilang (Versi Baru)
  15. Jalan Sehala
  16. Airmata Keinsafan
  17. Jendela Hati II
  18. Kau Bagai Cahaya
  19. Lakaran Minda
  20. Masa Dan Waktu
  21. Mencari Cinta
  22. Nur Malam
  23. Permata Keluarga
  24. Rahsia
  25. Usia Antara Masa

Sumber: oh duniawi, beautifulnara

“Apa Salahnya Arak, JEPUN Mabuk Pun Tetap Maju!” (SITI KASSIM)

“Apa Salahnya Arak, JEPUN Mabuk Pun Tetap Maju!” (SITI KASSIM)

Maklong ni pi rombongan sekolah melawat JEPUN haritu, ni gambar dia dekat sana sambil puji orang JEPUN yang mabuk todi:

Gambar diatas ni semua bekas tong arak yang dipamerkan di pintu gerbang kuil di JEPUN yang Maklong ni bangga sangat:

DI bawah ni apa yang Maklong ni cakap:

Semua kata alkohol tidak bermoral dan akan membawa kepada berbagai perkara buruk. Tidak di JEPUN, di Kuil Meiji Jengu mereka pamerkan dengan bangganya di pintu gerbang kuil, tempat ini ialah tempat yang penuh ketenangan dan penghormatan terhadap satu sama lain.

Saya tak nampak orang JEPUN mabuk dan memberi masalah kepada masyarakat, sebaliknya merekalah bangsa yang paling produktif di dunia.

Semuanya berkait rapat dengan kawalan diri dan bukan tentang paksaan mengikut nilai moral anda kepada masyarakat bangsa lain. Ajar manusia tentang rasa hormat dan kefahaman universal tentang perkara salah dan betul sudah tentu anda akan peroleh sebuah negara yang produktif!

(MALAY/ENGLISH)

All these people claiming alcohol is immoral and will lead to all kind of things. Here in Japan, at Meiji Jengu Shrine, it’s displayed prominently at the entrance of the Shrine, a place of respect and tranquility.

I don’t see Japanese going around drunkard and become a problem to their society. In fact they are the most productive people in the world.

It is about self control and not about imposing your morals and values onto others. Teach people about respect and universal understanding of right and wrong, then you will have a productive nation.

P/S: Hang ni agama apa sebenarnya mek ti? Paklong jadi pening sungguh dengan hang sorang ni….

Sumber: FB Siti Kassim

Wanita tidak boleh memandu, “kekuatan otaknya hanya suku” (Ulama Saudi)

Wanita tidak boleh memandu, “kekuatan otaknya hanya suku” (Ulama Saudi)

Sheikh Saad Al Hajari, ketua fatwa agama Wilayah AssirPETALING JAYA: Seorang ulama Arab Saudi, Sheikh Saad Al Hajari berkata wanita tidak boleh dibenarkan memandu kerana “kekuatan otaknya hanya suku” berbanding lelaki.

“Wanita tidak sama dengan lelaki dari segi kekuatan otak dan begitulah bagaimana wanita diciptakan,” katanya memetik laporan Stepfeed.
Ketua fatwa agama Wilayah Assir itu dilaporkan membuat kenyataan itu dalam suatu ceramah, yang tular sejak Rabu.
Menurut laporan itu, Saad menjelaskan kekuatan otak wanita hanya separuh daripada otak lelaki, dan apabila wanita itu pergi membeli-belah kekuatan otak mereka menjadi suku.

Oleh kerana kekuatan otak wanita tidak menyamai kekuatan otak lelaki, Saad berkata pihak berkuasa Arab Saudi tidak patut membenarkan mereka memandu.
“Jika seorang lelaki hanya mempunyai separuh kekuatan otak, adakah pihak berkuasa akan memberikan lesen kepadanya? Tidak.”
Kenyataan Saad itu muncul di saat rakyat Arab Saudi hangat memperkatakan mengenai hak wanita di negara itu.

Mei lalu, Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz Al-Saud mengeluarkan dekri melonggarkan peraturan dan peluang pekerjaan untuk wanita.
Dekri itu mencetuskan perdebatan mengenai peraturan melarang wanita memandu kereta yang dilaksanakan selama ini.
Di Arab Saudi, tiada undang-undang rasmi melarang wanita memandu, bagaimanapun kerajaan belum mengeluarkan lesen memandu kepada wanita.
Kenyataan Saad mencetuskan kemarahan warga Arab Saudi di Twitter.

Seorang pengguna menulis: “Masalah sebenar adalah ada beberapa ulama menerangkan dan menafsirkan agama sesuka hati mereka dan menggunakan agama kita sebagai alasan untuk melakukan perkara buruk.”

Manakala seorang lagi berkata: “Wanita kurang otak, kurang kerohanian…semua kata-kata mengarut anda tidak akan berjaya…wanita akan dibenarkan memandu tidak lama lagi.”

Lagenda Lanun Hollywood Kapten Jack Sparrow Memang Wujud Dan Beliau Adalah Melayu Islam!

Lagenda Lanun Hollywood Kapten Jack Sparrow Memang Wujud Dan Beliau Adalah Melayu Islam!

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.

Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)

Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

Teknologi “flintlock” yang dicipta oleh dunia barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol.

Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu.. Lagenda lanun Melayu “the 19th Malay Regiments of British Royal Navy”

Kurang lebih 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini di dalam simpanan kerajaan penjajah British

19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum ini. Oleh kerana keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yang dimiliki (ilmu kebal, ilmu batin, boleh menyelam 4, 5 jam dan segala ilmu-ilmu pelik) mereka diberi pengampunan dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy – dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh mat salleh bernama Captain John Davie (Davvy Jones???).. nak buat cerita konon fiksyen la apsal nama cam dekat2 je ni.. bilangan orang pun sama.. ini hollywood dah kantoi nih!

Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny (term bg “pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa” didalam military term or crew ship) keatas British India, mengakibatkan kemusnahan harta dan nyawa di kalangan British yang ramai.

Mereka telah merampas 12 kapal laut Royal Navy.. dan.. belayar, mereka berpecah ke Britain.. laut arab.. dan Amerika

Selepas itu.. dari tahun 1813 sehingga tahun 1842… saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain.. sehinggakan.. terdapat beberape kes amukan lanun melayu di Queen Dock London

Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga… diambil oleh Napolean Bonaparte berperang melawan British.

Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai “the Curse Regiments”.. bourne to sails at sea in eternity…

“Bourne to Sails at Sea for Eternity” bukan sumpahan… tapi… pilihan…

These Cursed Regiments.. selepas membel0t menentang British India…diaorang tak boleh balik kampung halaman.. sebab orang kampung, pembesar dan sultan.. akan bunuh atau hukum dorang sebab ‘berkerja’ dengan penjajah = dalam erti kate lain.. orang kampung akan pandang diaorang macam Pembelot Negara

Entah hidup lagi ke tidak diaorang ni semua pun tatau la.. tapi memang salah satu dari lipatan sejarah orang Melayu yang amat hitam, kerja dengan penjajah British dan Napolean Bonaparte lawan balik penjajah British… dia tak pernah setia kepada sesiapapun sesuka hati dia je.. sebab tu orang melayu kalau kata perkataan “lanun” adalah juga bermaksud membuat benda sesuka hati dia je tak ikut peraturan.

p/s : Tidak hairanlah jika dalam filem Pirates of the Carribean : At World End (Di Penghujung Dunia), watak-watak lanun ini dibawa menuju ke Selat Melaka (pangkalan Sao Feng-dalam filem nama Melaka tidak disebut, malah nama Temasik yang sepatutnya digunakan juga telah ditukar kepada sebutan ‘Singapore’.

“TANGKAP PENGETUA, HARAMKAN SEKOLAH TAHFIZ!” (ZAINUDDIN MAIDIN)

“TANGKAP PENGETUA, HARAMKAN SEKOLAH TAHFIZ!” (ZAINUDDIN MAIDIN)

KUALA LUMPUR – Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah yang terbakar mengorbankan 23 orang pelajar dan tenaga pengajar minggu lalu perlu ditangkap, kata Tbekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

“Pengetua Pusat Tahifiz yang terbakar patut ditangkap kerana tak patuh arahan (peraturan keselamatan) DBKL dan BOMBA,” kata beliau menerusi akaun twitter pada 14 September lalu.

Menerusi kenyataan lain sejam sebelumnya, Zainuddin turut membidas Pengetua sekolah tahfiz itu iaitu Muhammad Zahid Mahmod yang menyifatkan pelajar dan guru yang maut dalam kebakaran itu sebagai mati syahid.

“Mudahnya Pengetua Tahfiz Darul Quran Muhammad Zahid fatwakan Syahid kematian terbakar 22 pelajarnya.

“Nanti difatwa pula dirinya tak berdosa,” katanya sinis.

Terdahulu, Zainuddin yang giat menyokong usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mempolitikkan kebakaran tersebut dengan lawatan kerja Perdana Menteri ke Amerika Syarikat (AS).

“25 pelajar tahfiz Keramat Hujung Datuk Keramat mati terbakar pagi ini. Berita ini tenggelamkan berita kejayaan Najib jumpa President Trump,” katanya.

Menjawab persoalan netizen yang mempertikaikan kaitan lawatan Najib ke AS dengan kebakaran tersebut, Zainuddin mendakwa insiden tersebut berlaku kerana kelalaian kerajaan.

“Mana boleh tak ada hubungan. Tragedi besar di negaranya kerana kelalaian pemerintahannya,” kata Zainuddin.

Sementara itu hasil siasatan pihak polis dan bomba mengesahkan kebakaran sekolah tahfiz itu kerana tindakan khianat sekumpulan remaja yang berdendam dengan pelajar tahfiz sekolah berkenaan.

Tujuh suspek yang disyaki terlibat dalam insiden itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Zainuddin yang juga merupakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengkritik Kementerian Pendidikan yang didakwa tidak memandang serius cadangannya supaya diharamkan sekolah tahfiz.

“Menteri pendidikan tak anggap urgent syor saya supaya sekolah tahfiz diharamkan dahulu sehingga ada standard sistem. Hari ini dia bayar harganya,” ujarnya.

April lalu, Zainuddin turut mengajukan cadangan serupa apabila menggesa sekolah tahfiz digantung atau ditutup susulan kematian seorang pelajar yang disyaki didera di sebuah sekolah tahfiz di Johor.

sumber: SuaraTV

Taman Tasik Datuk Keramat kawasan tragedi tahfiz terbakar ‘port’ penagih tegar!

Taman Tasik Datuk Keramat kawasan tragedi tahfiz terbakar ‘port’ penagih tegar!

KUALA LUMPUR: Taman Tasik Datuk Keramat yang menjadi lokasi riadah penduduk sekitar Jalan Keramat Hujung didakwa sebagai tumpuan penagih dadah pada sebelah malam.

Biarpun taman riadah itu dikawal 24 jam oleh pengawal keselamatan, namum didakwa sering diceroboh sekumpulan lelaki untuk melepas gian.

Pengawal keselamatan, Hamat Yani Rahidin,45, yang bertugas di situ berkata, kumpulan penagih menceroboh masuk ke kawasan itu melalui beberapa laluan tertentu.

“Taman tasik ini mempunyai lebih lapan laluan masuk yang memudahkan mereka menyelinap masuk, terutamanya pada waktu malam,

“Keadaan kawasan yang gelap dan sunyi membolehkan mereka melakukan kegiatan tidak bermoral tanpa pengetahuan orang awam,

“Sejak bertugas di sini, memang ramai individu menceroboh masuk untuk melepas gian. Malah, ada antara mereka remaja bawah umur.” katanya ketika ditemui, di sini.

Tasik berkenaan terletak di belakang premis sementara Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar awal pagi Khamis lalu.

Hamat yang bertugas di situ sejak tujuh bulan lalu berkata, dia pernah terserempak dengan beberapa remaja yang melepak dan menegur mereka kerana merokok.

“Namun, selepas ditegur mereka melawan dengan mengeluarkan kata-kata sindiran,” katanya.

P/s: Ni lah hasil didikan dan asuhan ibubapa zaman sekarang, cikgu rotan jentik sikit direpot polis, berbanggalah kerana anda lah penyumbang utama kepada kehancuran masa depan agama, negara dan bangsa! >:(

sumber: berita harian

Saiful Nang Mohon Maaf Pertikai Laungan Azan Ketika Kebakaran

Saiful Nang Mohon Maaf Pertikai Laungan Azan Ketika Kebakaran

Berhubung isu Saiful Nang mempertikai tindakan seorang tukang kebun yang melaungkan azan semasa tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dia telah membuat permohonan maaf terbuka pada Sabtu lalu kepada semua netizen di laman facebooknya.

Jelas Saiful, pertikaiannya itu mungkin disebabkan emosi dirinya yang berasa kesal dan sedih dengan kematian begitu ramai pelajar tahfiz di Pusat Tahfiz tersebut.

“Kenyataan itu menyebabkan ramai netizen yang tersinggung dan mengecam saya. Saya terima kritikan itu kerana itu memang pandangan peribadi saya sendiri.

“Mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan perasaan kesal dan sedih dengan kematian begitu ramai anak-anak tahfiz yang saya rasa sama seperti anak-anak yang sedang saya jaga,” katanya dalam satu kenyataan di halaman Facebooknya.

Terdahulu, jurugambar professional ini berkongsi pandangannya yang mempertikai laungan azan semasa kejadian berlaku kerana bagi pendapatnya, pembesar suara masjid pada waktu itu seharusnya digunakan untuk meminta bantuan bagi menyelamatkan para pelajar yang masih terkandas di tingkat dua bangunan tersebut.

Kenyataan Saiful Nang mendapat kecaman dari rata-rata netizn yang menganggap Saiful tidak peka dan sensitif terhadap insiden tersebut selain dikatakan mempersendakan azan.

Bagaimanapun, kenyataan berikutan pertiakaian laungan azan tersebut telah dipadamkan dan disunting semula.

Saiful Nang dalam kenyataan maafnya menegaskan bahawa dia akan lebih berhati-hati pada kemudian hari dalam mengeluarkan pendapat agar tidak menyinggung para netizen selain dia juga berterima kasih kepada semua yang telah menegurnya.

Sebelumnya, tragedi menggemparkan negara yang telah meragut nyawa seramai 23 orang itu dikatakan berpunca dari perselisihan faham diantara tujuh suspek yang ditahan dengan sekumpulan pelajar pusat tahfiz itu.

sumber: siakapkeli

“7 suspek bakar tahfiz mungkin terlepas hukuman mati” (peguam negara)

“7 suspek bakar tahfiz mungkin terlepas hukuman mati” (peguam negara)

KUALA LUMPUR: Enam remaja disyaki menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat sudah dibuang sekolah sebelum ini kerana masalah disiplin termasuk ponteng.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata mereka didapati tidak hadir ke sekolah sejak 2012 hingga tahun lalu.

“Ada suspek yang berumur 16 tahun pernah belajar di Tingkatan Satu pada tahun 2012. Selepas itu mereka tidak lagi hadir ke sekolah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program ‘Sayangi Diri, Jauhi Dadah’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana hari ini.

Beliau berkata pihak sekolah mengambil pelbagai tindakan seperti mengeluarkan surat amaran serta berjumpa ibu bapa mereka bagi membincangkan masalah anak masing-masing sebelum tindakan buang sekolah diambil.

“Namun remaja berumur 18 tahun sempat menghabiskan sesi persekolahannya dan menyambung pelajaran di sebuah institut latihan kemahiran,” katanya.
Kebakaran asrama pusat tahfiz itu pada Khamis lepas mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang bertugas- freemalaysiatoday

Namun menurut info Malaysiakini peguam negara mengatakan mereka boleh dikenakan hukuman mati tetapi disebabkan bawah umur mereka terlepas dari hukuman tersebut baca info penuh

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan meneliti degan serius laporan siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur sebaik ia diserahkan kepadanya.

Ditemui media di Kuala Lumpur Apandi berkata beliau masih belum mendapatkan polis mengemukakan laporan berkaitan tragedi yang mengorbankan 23 orang pada pagi Khamis lalu itu.

“Saya masih menunggu kertas siasatan tetapi saya akan menelitinya dengan serius,” katanya.
Polis menahan tujuh remaja yang menjadi suspek kepada kejadian kebakaran asrama pusat tahfiz berkenaan antara jam 6 petang 15 September hingga 2.30 pagi 16 September.

Mereka kini ditahan reman sehingga 22 September.

Menurut siasatan polis tragedi itu berpunca daripada insiden ejek-mengejek. Suspek berusia antara 11 dan 18 tahun terbabit dikatakan sengaja membakar bangunan asrama itu untuk membalas dendam.

Kata Apandi pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bagaimanapun katanya jika mereka didakwa mengikut seksyen itu pun – yang membawa hukuman mati – Akta Kanak-kanak 2001 akan menghalang hukuman seumpama itu dilaksanakan.

“Mengikut akta itu mereka tidak boleh dihukum mati kecuali berusia lebih 18 tahun,” katanya.-malaysiakini

sumber: puteriizman.my

“Yang Cakap Syurga Isteri Di Bawah Tapak Kaki Suami Adalah Orang Bodoh” (Ustazah Rohanita)

“Yang Cakap Syurga Isteri Di Bawah Tapak Kaki Suami Adalah Orang Bodoh” (Ustazah Rohanita)

Itulah yang dikatakan oleh seorang individu Pengguna facebook bernama Rohanita Puchong, kononnyala dia berkata benar sebab pegi kursus kahwin,kami pun tak tau sama ada dia tak Fokus masa mendengar ceramah atau tempat kursus kahwin tu ajaran songsang.KO

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bermaksud:

“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” – (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Seperti semua sedia maklum, syurga seorang perempuan (belum kahwin) terletak di bawah tapak kaki ibunya.., tetapi, bagi seorang wanita (bergelar isteri), syurga nya terletak di bawah kaki suami.

Maknanya, taat kepada suami maka, si isteri akan mudah mendapat syurga. Mudah sebenarnya seorang wanita untuk mendapat syurga Allah s.w.t.

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud:

“Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” – (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban).

Betapa Rasulullah s.a.w menyuruh kita taat kan suami dan kalau si isteri menderhaka kepada suaminya.., walaupun cuma keluar tanpa izin. Maka jadilah si isteri tadi isteri yang nusyuz.., dan sesungguhnya isteri yang nusyuz tidak layak di syurga Allah!

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” – (Riwayat Muslim)

Janganlah disakiti hati suami.., fikir sebelum nak berkata-kata.., kalau tak termasuklah kita dalam golongan di atas ni.

Kebelakangan ni mcam-macam kes tentang suami isteri dapat kita dengar, si isteri dah pandai mintak cerai sebab kononnya boleh hidup sendiri. Kalau lah si isteri yang mintak cerai dari suaminya baca hadis ni, rasanya mesti tak gamak dia nak berbuat sedemikian :

Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud:

“Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ maka haram baginya bau syurga.” – (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Ketahuilah wahai isteri sekalipun seseorang suami itu kejam atau jahat HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN.

Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas untuk kesyurga yang Allah s.a.w berikan kepada isteri iaitu dengan hanya Menjaga Solat, Puasa,Jaga Kehormatan dan Taat Kepada Suami.

Sebagaimana Sabda Rasullullah s.a.w“Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki”

Sabda baginda lagi.., “Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab!”

Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipancung .

Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud : “Dan Allah s.w.t mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : “Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”

Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah s.w.t, lalu Allah perintahkan kepada malaikat :“Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkenankan permohonannya.

Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya didunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.”

.Sebarkan kepada kawan2 kita yang lain…insyaallah.

Sumber : kakitrending