Month: October 2017

“Saya rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak” (Jamal)

“Saya rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak” (Jamal)

SHAH ALAM Datuk Seri Jamal Yunos hari ini berkata beliau rela digari dan dipenjarakan demi memastikan anak muda Selangor tidak terjebak dengan aktiviti meminum arak.

Ketua Umno Sungai Besar itu yang dibawa ke Mahkamah Majistret di sini selepas ditahan polis malam tadi, berkata beliau tidak rela melihat rakyat Selangor “mabuk” dengan menyertai pesta arak.

“Walaupun saya digari, ditangkap tapi saya tidak rela melihat anak-anak di Selangor menjadi mabuk di bawah pimpinan (Datuk Seri) Azmin Ali, ini mesej yang saya ingin sampaikan,” kata Jamal di perkarangan mahkamah diiringi pihak polis.

Semalam, Jamal bersama sekumpulan lelaki lain di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) sebelum melemparkan beberapa botol arak di luar pintu pagar pusat pentadbiran kerajaan negeri itu.

Lewat malam tadi, polis menahan Jamal dan 7 lain untuk siasatan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyertai perhimpunan haram, dan Seksyen 268 kerana menyebabkan kemudaratan awam.

Isnin lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis tidak membenarkan penganjuran pesta arak “Better Beer Festival” ekoran wujud ancaman militan. Pesta itu sebelum ini dirancang diadakan di Kuala Lumpur dan Klang tetapi menerima bantahan PAS dan beberapa NGO.

Azmin yang juga menteri besar Selangor sebelum ini berkata beliau menyerahkan sepenuhnya soal permit pesta itu kepada pihak berkuasa tempatan.

Sumber: newmalaysianpost

“Tiada Apa Perlu Dirisaukan, Semua kontroversi DBI Adalah Fitnah”

“Tiada Apa Perlu Dirisaukan, Semua kontroversi DBI Adalah Fitnah”

Kuala Lumpur: “Saya sempat menghantar WhatsApp kepada Boy Iman bertanyakan kesahihan kontroversi berkenaan dan dia memaklumkan tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana ia sekadar fitnah pihak yang mahu menjatuhkan perniagaannya,” ujar penyanyi era 80-an, Datuk Nassier Wahab, 55.

Beliau sebelum ini yang dilantik sebagai duta DBI Technology terkejut dengan penahanan Datuk Nuruliman A Rahman atau Boy Iman selaku Pengarah Urusan DBI Properties.

Nassier yang baru pulang dari Makkah Sabtu lalu, akui masih belum berkesempatan berjumpa Boy Iman kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Katanya, ketika di Tanah Suci dia ada mendapat kiriman mesej daripada rakan memaklumkan isu mengatakan syarikat perumahan itu menipu orang ramai berkaitan skim tawaran berkenaan.

“Boy Iman meminta saya mendoakan supaya semuanya diselesaikan dengan cara baik,” katanya.

Nassier atau Mohd Nasir Abd Wahab berkata, sepanjang berada di Makkah dia juga mengambil keputusan untuk tidak membuka mana-mana akaun media sosial kerana ingin fokus pada ibadah haji.

Apa pun, tegas Nassier, dalam hal ini dia sekadar duta dan tidak mempunyai kaitan mengenai perjalanan serta urusan perniagaan dikendalikan Boy Iman.

“Peguam saya menjelaskan, isu terbabit tidak ada kaitan dengan diri saya dan tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

“Saya hanya dilantik sebagai duta dan pernah menjadi duta produk lain sebelum ini tetapi tiada masalah. Selama 32 tahun dalam industri, saya tidak pernah berniat untuk bersekongkol bagi menipu orang ramai,” katanya.

SUMBER: HARIAN METRO

P/s Paklong: sampai kena cekup dah pun boleh nafi lagi cakap fitnah, semoga berjaya dunia akhirat lah Dr.Belon… busuk habis sekali dengan Nasir Wahab ni hang punya angkara. SEMOGA BEROLEH HIDAYAH

“Saya Jadi Duta Bukan Kerana Wang Ringgit, Saya Bukan Kambing Hitam Boy Iman!”(Nassier Wahab)

“Saya Jadi Duta Bukan Kerana Wang Ringgit, Saya Bukan Kambing Hitam Boy Iman!”(Nassier Wahab)

Nassier akan berbincang dengan Boy Iman mengenai kontroversi projek pembinaan rumah yang diperkenalkan usahawan itu.

PENYANYI Datuk Nassier Wahab tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika benar terdapat penipuan dalam syarikat perumahan yang diterajui oleh Datuk Boy Iman (DBI).

Menurut Nassier, 55, pembabitannya dalam syarikat itu sebagai duta hanyalah untuk membantu masyarakat mendapatkan manfaat daripada projek pembinaan rumah dengan harga murah.

“Niat saya menerima tawaran menjadi duta adalah untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah dengan harga murah seperti yang ditawarkan DBI.

“Jika benar ada penipuan dalam hal ini, saya tidak akan membiarkan ia berlaku. Itu janji saya!,” katanya kepada mStar Online.

Boy Iman Didakwa Cuba Menipu Guna Skim Penjualan Rumah

Nassier menerima tawaran menjadi duta DBI Technology bukan kerana wang.

Terdahulu, syarikat DBI Technology didakwa melakukan penipuan jualan rumah dengan harga murah.

Isu tersebut menjadi perbualan netizen sehingga Nassier yang merupakan duta syarikat tersebut turut menerima kecaman kononnya melakukan komplot dalam penipuan itu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Memori Cinta Luka ini terkilan apabila ada suara sumbang yang menganggap dia menjadi ‘kambing hitam’ dalam syarikat tersebut.

Jelas Nassier, dia menerima tawaran menjadi duta syarikat itu bukan semata-mata kerana wang.

“Saya dah diterangkan mengenai operasi perniagaan sebelum menerima tawaran menjadi duta perumahan itu.

“Malah, saya terima tawaran tersebut kerana sudah menganggap Boy Iman seperti adik saya sendiri, jadi tidak salah saya membantu.

“Kalau saya hanya fikir duit, rasanya tak perlu jadi duta DBI pun saya mampu dapat pendapatan sebanyak itu dengan persembahan nyanyian sahaja,” ujarnya.

Nassier (tiga dari kanan) mengikat kontrak menjadi duta syarikat DBI Technology sehingga Mei tahun depan. Boy Iman, dua dari kanan.

Bagaimanapun, Nassier menjelaskan dia masih belum mengetahui situasi sebenar mengenai kontroversi itu kerana berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah haji.

Malah, dia tidak dapat memberi komen lanjut mengenai isu itu buat masa ini kerana perlu bertemu dengan Boy bagi membincangkan hal berkenaan.

“Semasa kecoh tentang isu ini saya sedang mengerjakan haji dan tidak mengetahui secara lengkap apa yang berlaku.

“Saya baru pulang dari Makkah pada Sabtu lepas, jadi lebih baik jika saya bertemu dengan Boy terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat sebenar.

“Cumanya, semasa mengerjakan ibadah haji, Boy ada mesej meminta saya mendoakan kesejahteraan syarikat dan permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

sumber: Mstar.com

MalaysiaKini Label Orang Islam Sumbang Mahram, Memang BIADAB!

MalaysiaKini Label Orang Islam Sumbang Mahram, Memang BIADAB!

Malaysiakini memainkan isu agama. Terlebih jilaker sangat ni. Apa yang korang nak capai sebenarnya?

Cc Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Steven Gan Premesh Chandran

Terjemahan :
“Komen | Terdapat mereka yang jenis alim tidak meminum bir, tetapi menjadikan anak perempuan mereka sebagai mangsa”

“Sekarang kita tak boleh minum dengan aman”

sumber asal : https://www.facebook.com/MalaysiaKini/posts/10154814388190906

Artikel MALAYSIAKINI

Now, we can’t even have our pints in peace – MalaysiaKini

Metaphorically speaking, should we say, “Lock the doors, the lunatics are at the gates” or should we say, “The lunatics have taken over the asylum?” Either way, we are staring down the barrel of a gun in the wrong hands.

Yet again, the voices of a few have taken precedence over the rights of the majority and the state seems to be abetting such gross transgressions. First, it was anything that resembled a cross, then Valentine’s Day celebrations followed by Christmas greetings, and as the days progressed, it was statues and figurines which “confused” the people. And the latest was separate drinking cups in schools. Now, we can’t even have our pints in peace.

Arguing that the consumption of alcohol is not an Eastern culture, PAS information chief Nasrudin Hassan called, and succeeded, in getting the application for a licence for the Better Beer Festival 2017 revoked.

Nasrudin did not elaborate on how consuming alcohol was not an Eastern culture, but went on to say that Islam had firm teachings about the consumption of alcohol.

PAS central committee member Riduan Mohd Nor (photo) described it as a “pesta maksiat” (vice party) and claiming that it would turn Kuala Lumpur into the “largest vice centre in Asia”.

On Monday, the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) became the latest government agency to join this charade, endorsing this preposterous claim and cancelled the licence for the festival, which was scheduled over two days next month.

Citing “political sensitivities” – whatever that means – the application for a licence for the event was cancelled. It is understandable if an event is cancelled for security or safety reasons, but since when have “political sensitivities” been central to deciding the licensing of events?

With the herd mentality, the voices (and the success) of the duo will soon reverberate across the country.

The pontification of moderation in a multi-racial and multi-religious society is all humbug. Our leaders suddenly lost their voices and continue to be grazing in the wilderness, pretending it does not exist or not worth attending to. For them, taking a stand against such outlandish views is a political time bomb, especially with the general election on the horizon.

The DAP has gone to town with this undermining of the individual’s right of choice. Among others, former law minister Zaid Ibrahim (photo) chastised those who had backed the cancellation of the event.

“Those who objected to this festival are from the same group. They don’t want festival, entertainment or singing. But they are okay with two or three wives, the younger, the better,” said Zaid.

“Can MCA do something? Hasn’t MCA succeeded in turning BN into a moderate coalition,” he asked in a Facebook posting.

Instead of slamming DBKL for its callousness and being in cohorts with the perpetrators of this decision, the MCA asked City Hall to be “consistent and accountable.”

In wanting to be politically correct, its religious harmony bureau chief Ti Lian Ker, said…

Sumber: Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

‘Bukti Pentingnya Susu Badan’ – Keajaiban Susu Ibu, Bertukar Warna Mengikut Tahap Kesihatan Bayi

‘Bukti Pentingnya Susu Badan’ – Keajaiban Susu Ibu, Bertukar Warna Mengikut Tahap Kesihatan Bayi

Susu dari badan ibu memang tidak dinafikan mempunyai banyak khasiat untuk bayi. Malah, para ibu di Malaysia dinasihatkan agar memberi bayi susu badan sehingga anaknya berusia 2 tahun.

Tapi, ada ‘sesuatu yang lebih ajaib dari khasiat’ yang dikesan oleh seorang ibu di Pennsylvania apabila mendapati air susunya bertukar warna berdasarkan tahap kesihatan bayi itu sendiri.

Ashlee Chase menulis di Facebook dengan niat untuk memberitahu orang ramai mengapa pentingnya menyusu dada dari menyusu botol.

“Kenapa kamu masih memberikan anak 7 bulan minum dari dada, bagi sajalah guna botol. Dia sudah terlalu tua. Kamu perlu letakkan dia diatas katil sendiri (dengan minum susu dari botol).” tulis Chase memulakan posting terbabit.

Bersama posting terbabit, Chase memuat naik gambar ini:

Menurut Chase, gambar di dalam plastik itu adalah susu dari badannya. Susu yang berada di bahagian atas adalah susu ketika anaknya, Elliot berada di dalam keadaan sihat.

Susu dibahagian bawah pula adalah warna susunya ketika anaknya itu sedang demam.

Jadi, ini bermakna susu berubah warna mengikut keadaan kesihatan anak? Wow, sangat magis!

Tapi sudah tentu ada penjelasan disebalik ‘magis’ ini. Seorang pengguna Facebook menjelaskan bahawa susu bertukar warna (kandungan nutrisi didalamnya) mengikut air liur bayi ketika menyusu badan.

Menurut satu kajian dari Clinical and Translational Immunology pada 2013, apabila bayi sakit, bilangan leukosit dalam susu di payudara melonjak naik.

Seorang ahli biologi dan Professor Madya di Center for Evolution and Medicine di School of Human Evolution & Social Change at Arizona State University, Katie Hinde pernah menjelaskan kepada portal thestranger.com bahawa apabila bayi menghisap puting ibunya, satu vakum (ruang tanpa udara) vakum tercipta.

Dalam vakum itu, air liur bayi akan tersedut masuk ke dalam puting si ibu dimana di mana reseptor di kelenjar susunya akan membaca isyarat di dalam air liur itu.

Kata Hinde, dengan keadaan teruja, air liur bayi itu mempunyai maklumat tentang status sistem imun bayi tersebut.

Dan ya, selepas itu badan si ibu akan mengubah isi kandungannya supaya dapat memberi nutrisi yang sesuai mengikut keadaan bayi. Jika reseptor di kalenjar susu mengesan kehadiran patogen (sejenis mikroorganisma yang boleh menyebabkan badan tak sihat), kalenjar itu akan ‘menyuruh’ badan ibu untuk menghasilkan antibodi bagi melawan patogen tersebut. Dan antibodi itu akan disalurkan masuk ke badan bayi menerusi susu ibu bagi melawan infeksi tersebut.

Ajaib, tapi saintifik! Namun sudah tentu mekanisme pemprosesan susu di badan manusia jauh lebih kompleks dari apa yang ditulis di dalam artikel ini.

Sumber: Siakapkeli

PENIPUAN! PPIM Dedah Taktik Syarikat Telekomunikasi Malaysia Yang Sedap Melahap Duit Pengguna!

PENIPUAN! PPIM Dedah Taktik Syarikat Telekomunikasi Malaysia Yang Sedap Melahap Duit Pengguna!

Rupa-rupanya banyak penipuan yang dilakukan syarikat telekomunikasi mudah alih (TELCO) kepada pengguna telefon bimbit.

Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang munasabah, pelbagai penipuan didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara.

Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

#1 Perayauan Antarabangsa (Roaming) – Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada TELCO, pihak berkenaan kemudian mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.

#2 Kehilangan Kredit Pra-Bayar – TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan?

#3 Pelan Data Internet – Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.

#4 Kesahihan Baki Data Internet – Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet, perlu buat pembayaran tambahan.

#5 Penalti Bayaran Lewat – Ada aduan diterima PPIM, pelanggan TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.

#6 Panggilan Tidak Berjawab – Panggilan pelanggan TELCO jika tidak dijawab, ia tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.

#7 Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO – Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.
Sudah terlalu lama, pengguna dan orang ramai ditipu hidup-hidup dengan caj-caj tidak masuk akal oleh TELCO serta bukan sedikit yang menjadi mangsa.

Itu baru sebahagian daripada penipuan Telco di negara ini. Penipuan seperti pakej data unlimited tetapi kemudiannya habis dan perlu beli kuota lain dan macam-macam lagi penipuan yang wujud.

Persoalan lebih besar, apa tindakan kementerian berkaitan pengguna dan komunikasi ? Bertuah la kalau nak mengaku ‘kita tak tahu…kita tido je kat Putrajaya tu’. … Rasanya sudah beribu aduan mengenai perkara-perkara ini diketengahkan selama puluhan tahun.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

“MINTA MAAF Saya Tersalah Simbah Cat” Konco Ahlong

“MINTA MAAF Saya Tersalah Simbah Cat” Konco Ahlong

“MINTA maaf kerana tersilap simbah cat.”

Itu kata lelaki dipercayai ahlong dengan mudah mengungkapkan kata-kata berkenaan selepas menyimbah cat merah pada dua kereta di Taman Puchong Perdana, Selasa lalu.

Nazihah Suliman, 28, seorang daripada dua mangsa yang kereta mereka disimbah cat berkata, kejadian berlaku pada 10 malam dan dia mengetahui mengenainya selepas menerima panggilan telefon daripada jiran.

Katanya dia baru kematian kehilangan ibu dan ketika dimaklumkan mengenai perkara itu dia sekeluarga baru selesai tahlil.

“Kami sekeluarga tidak sempat rehat selepas majlis pengebumian arwah ibu, jiran telefon pula beritahu ada sesuatu terjadi pada kereta yang saya parkir di sebelah rumah.

“Apabila keluar, terkejut mendapati kereta Nissan Sentra dan Perodua Bezza milik rakan yang datang menziarah, dipenuhi cat merah,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya, individu yang menyimbah cat itu ada meletakkan nombor telefon pada tembok pagar rumah jirannya itu.

“Ini perbuatan ahlong dan saya hubungi nombor yang ditampal itu.

“Bagaimanapun, lelaki itu menjawab dia tersalah sasaran dan memohon maaf,” katanya.

Nazihah berkata, jirannya membenarkan dia meletakkan kereta di hadapan rumah berkenaan.

“Rumah sebelah disewa warga Indonesia, jadi mereka tidak mempunyai kereta. Pemilik rumah benarkan saya parkir.

“Saya difahamkan ada individu menggunakan alamat itu untuk meminjam wang Ahlong, namun kereta adik dan rakan saya jadi mangsa disimbah cat merah,” katanya.

Nazihah berkata, ia kejadian kali kedua yang berlaku di rumah jirannya itu.

“Sebelum ini, mereka (Along) pernah datang dan simbah cat. Tidak sangka Selasa lalu, saya pula jadi mangsa,” katanya.

Menurut Nazihah, dia mengambil masa tiga jam bagi membersihkan cat itu.

“Kalau hantar ke kedai pasti kosnya tinggi. Jadi, saya gunakan minyak petrol untuk cuci tompokan cat,” katanya.

Sumber: myMetro Online

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) DEDAH BAGAIMANA MEREKA PERANGI AHLONG DAN BANTU MANGSA!

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) DEDAH BAGAIMANA MEREKA PERANGI AHLONG DAN BANTU MANGSA!

Mungkin ramai yang dah tahu & mungkin ada yang masih tidak tahu kewujudan badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Salah satu khidmat yang PPIM sediakan adalah membantu masalah peminjam Ahlong yang tak dapat bayar hutang.

Bukan perkara baru isu mangsa pinjaman Ahlong ni.. Kena ugut, kena pukul, kena kurung & macam macam lagi la depa ni kena kalau tak boleh bayar hutang Ahlong yang depa pinjam. Sebelum hangpa berniat nak pinjam dengan Ahlong satu benda hangpa kena tau.. Sekali hanga pinjam mungkin seumur hidup anda berhutang.. Kadar faedah (Bunga) dia bukan macam pinjaman bank ok.. Dia punya faedah memang sekebun cinta nan berbunga.. Teguh berdiri nan berduri.. lepas tu hangpa akan jadi.. Pemusnah ku adalah kumbang.. runtuh bila ku kelayuan.. tu dia keluar dah lirik lagu ziana zain sebagai sountrack kisah peminjam Ahlong katanya. hehehee

Tapi kalau yang dah terjebak tu tak boleh nak buat apa dah.. Nak tak nak kena cari solution samada bayar semua hutang Ahlong termasuk sekebun cinta nan berbunga tu kalau mampu la.. Atau bunuh diri je… erkk!

Jangan la bunuh diri.. Kalau hangpa tak tau nak buat apa. Hidup di selubungi ugutan Ahlong setiap masa. Hingga terasa hidup di bayangi Ahlong sampai rasa Ahlong tu dah macam Qarin hangpa ja.. Boleh jer merujuk kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Macam mana PPIM boleh bantu peminjam Ahlong ni selesaikan masalah depa? Adakah PPIM upah gangster untuk pukul semua talibarut talibarut Ahlong? Yelah.. gangster kena lawan dengan gaster kan.. Atau PPIM tolong bayaq hutang hangpa? Semua yang di sebut bukan cara PPIM membantu mangsa Ahlong.. Nak tau macam mana PPIM boleh selesaikan masalah peminjam Ahlong ni boleh baca pada screenshot di bawah..

Jadi yang ada masalah berhutang dengan Ahlong.. Boleh membuat aduan & temujanji dengan pegawai pegawai PPIM yer. Atau yang ada masalah berkaitan kepenggunaan. Terguna produk beracun walau ada notifikasi KKM ker tak tau mana nak menuntut bela & menuntut kerugian atas muka hangpa yang rosak & barai tak hengat tu pun boleh minta bantuan PPIM.. Depa boleh selesaikan. Tak dapat selesaikan cara tertutup depa boleh viral guna PC terus.Walaupun NGO tapi PPIM memang berpengaruh. So jangan risau. Apa je masalah anda boleh buat aduan ke PPIM, Insya Allah mereka sedia membantu.

Sumber: Lekatlekit.com

 

5 Kes Paling Tak Masuk Akal Dari Fail Aduan PPIM

5 Kes Paling Tak Masuk Akal Dari Fail Aduan PPIM

1. AHLONG MENGGANAS! BAKAR RUMAH & KENDERAAN MANGSA!

Seorang mangsa Ahlong terpaksa hidup seperti pelarian kerana risau akan keselamatan diri dan keluarganya kerana telah beberapa kali diugut bun*h apabila mangsa gagal membayar pinjaman pada tarikh yang ditetapkan. Ahlong tersebut bertindak membakar Rumah dan kenderaan mangsa ketika mangsa dan keluarganya berada di dalam rumah, namun mereka sekeluarga sempat menyelamatkan diri.

Kerugian Dianggarkan berjumlah RM45 Ribu setelah rumahnya disimbahi cat merah & keretanya pula dibakar. Menurut aduan yang diterima, mangsa yang merupakan seorang kontraktor telah terjebak dengan Ahlong setelah lewat menerima bayaran dari projek yang diusahakan. Mangsa terpaksa meminjam dari Ahlong untuk menampung kos seharian. Buntu tanpa jalan penyelesaian, mangsa memohon bantuan PPIM untuk menyelesaikan hutang berjumlah RM150,000.00.

2. PENGETUA PECAH AMANAH, GADAI 2 PUSAT TAHFIZ!

Seorang pengetua tahfiz di Perak sanggup menggadaikan 2 bangunan yang diwakafkan sebagai asrama tahfiz kepada Ahlong. Segalanya bermula apabila beliau mula melabur dalam skim forex kerana ingin mendapatkan pulangan yang lumayan.

Akibat sifat tamak menguasai diri, ustaz tersebut sanggup menggadai 2 buah bangunan yang dijadikan asrama tahfiz kepada Ahlong untuk mendapatkan pinjaman berjumlah RM200,000.00. Wang tersebut kemudiannya dilaburkan kepada skim forex dengan harapan mendapat pulangan yang berlipat ganda.
Malangnya, pelaburan tersebut bukan sahaja tidak memberikan sebarang pulangan malah modal berjumlah RM200,000.00 turut hangus. Sedar akan kesilapan yang dilakukan, ustaz tersebut telah datang ke PPIM untuk membuat aduan.

Hasil siasatan PPIM mendapati hutang yang pada awalnya berjumlah RM200,000.00 telah meningkat kepada RM600,000.00 akibat bunga yang dikenakan oleh Ahlong. Setelah perancangan teliti dibuat, Alhamdullilah PPIM dengan kerjasama pihak Polis berjaya menahan Ahlong yang terlibat untuk siasatan lanjut.

3. PINJAM RM5,000 AHLONG TUNTUT RM1 JUTA!

Mangsa pada awalnya membuat pinjaman RM5,000.00 dari Pemberi Pinjaman Wang Berlesen namun atas taktik licik pinjaman tersebut berubah menjadi pinjaman Ahlong.

Mangsa telah pun membayar RM60,000.00 namun Ahlong masih menuntut RM1 juta dan merampas pasport, surat beranak serta melibatkan seluruh ahli keluarga mangsa dalam pinjaman tersebut.

Ugutan Ahlong menyebabkan mangsa menghadapi pelbagai kesukaran sehingga terpaksa menggadaikan harta miliknya dan keluarga demi membayar segala tuntutan. Kes ini berjaya diselesaikan dengan baik dalam tempoh 3 minggu oleh Unit Banteras Ceti Haram PPIM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPIM & PDRM kerana telah banyak membantu mereka dalam pelbagai aspek.

4. ISTERI DERITA AKIBAT SUAMI ALIM BERJUDI SEHINGGA BERHUTANG AHLONG

Seorang wanita terpaksa menanggung derita apabila suaminya yang dulu berpewatakan alim berubah setelah terjebak dengan kegiatan judi dan sanggup berhutang dengan Ahlong semata-mata untuk memuaskan nafsunya.

PPIM dimaklumkan suami mangsa berubah setelah 4 tahun mereka mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 3 cahaya mata. Keadaan bertambah parah apabila Ahlong mula mengganggu dan mengugut keluarga mangsa setelah suaminya beberapa kali gagal untuk membayar bunga yang ditetapkan. Seperti jatuh ditimpa tangga,mangsa telah dihalau oleh ibu bapa kandung sendiri kerana bimbang akan terlibat dalam masalah yang dihadapi mangsa.

Buntu dengan masalah yang dihadapi, mangsa telah membuat aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM. Alhamdulillah, setelah beberapa usaha dilakukan, unit banteras ceti haram PPIM berjaya menyelesaikan masalah Ahlong yang dihadapi mangsa.

5. WANITA CUBA BUNUH DIRI AKIBAT TEKANAN HUTANG AHLONG!

Akibat terlalu suka berfoya foya dan inginkan gaya hidup mewah , seorang wanita berjawatan tinggi dalam sebuah syarikat terkemuka sanggup berhutang dengan Ahlong.

Mangsa yang berkawan dengan golongan VIP terpaksa berbelanja melebihi kemampuan kerana tidak mahu ketinggalan dengan gaya hidup mewah rakan-rakannya.

Mangsa mula meminjam dari Ahlong apabila tidak mampu untuk mengekalkan kehidupan mewah yang dikecapi selama ini dan mula meminta wang dari ahli keluarga apabila gagal membayar bunga yang dituntut oleh Ahlong. Pada bulan disember yang lepas, mangsa telah mengugut untuk membunuh diri apabila wang yang diminta tidak diberikan oleh ahli keluarga.

Risau dengan keadaan mangsa, Ibunya telah datang ke pejabat Unit Banteras Ceti haram PPIM untuk membuat aduan apabila mangsa sekali lagi mengugut untuk membunuh diri, hasil kerjasama pantas oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), wanita tersebut telah ditahan di kediamannya dengan beberapa kesan luka di tangan akibat ditoreh menggunakan pisau. Mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Hasil perbincang dengan ahli keluarga mangsa,
Alhamdulillah kes Ahlong mangsa berjaya diselesaikan oleh Unit Banteras Ceti Haram PPIM.

“Sekiranya anda atau kenalan mempunyai masalah berkaitan Ah Long, kami nasihatkan anda untuk segera melaporkan aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM bagi mendapatkan bantuan”

Mengikut pengalaman kami, ramai mangsa Ahlong mula terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa sebarang masalah. Untuk makluman semua, Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yang tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yang meminjam dari Ahlong akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya.

PPIM melalui Unit Banteras Ceti Haram telah menyelesaikan ribuan kes Ahlong yang melibatkan nilai jutaan ringgit. Kejayaan demi kejayaan dicapai sekaligus membantu ribuan mangsa Ahlong serta mereka yang terbabit. Bantuan diberikan tidak mengira Bangsa & Agama.

Jangan Takut, Jangan Malu, Bertindak Sebelum Terlambat!

Unit Banteras Ceti Haram PPIM boleh dihubungi ditalian 013-3071 999 atau 019-3458 444.

Kami menasihati masyarakat jangan sesekali meminjam dari Ahlong!

” Sebaik Sahaja Anda Meminjam, Seumur Hidup Anda Berhutang”

Bahan berikut diambil dari FB Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kebenaran.

Sumber: MyNewsHub
http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/5-kisah-paling-mengejutkan-dari-fail-aduan/

(Video)Kisah Yusuf Azmi Dikurung Ahlong 7 Jam Tanpa Makanan Dan Minuman!

(Video)Kisah Yusuf Azmi Dikurung Ahlong 7 Jam Tanpa Makanan Dan Minuman!

DICULIK AHLONG WALAUPUN BAYAR “ON-TIME”

Kuala Lumpur, 19 June 2017 – Seorang wanita didakwa diculik ahli kumpulan sindiket pemberi pinjam wang berlesen di Kuala Lumpur baru-baru ini. Wati (bukan nama sebenar) mendakwa kumpulan gangster tersebut mendekati beliau semasa sedang menunggu kawan yang ingin menjemputnya di sebuah perhentian bas di ibu kota. “Dia keluar dari kereta dan memaksa saya menaiki kereta bersama mereka dan setibanya saya di pejabat “ahlong” tersebut, saya dikurung selama 7 jam tanpa sebarang makanan dan minuman” katanya yang ditemiui di pejabat Unit Tindakan Khas PPIM di Villa Puteri Kuala Lumpur. Ketua Unit Tindakan Khas, Tuan Ali Salimin ketika ditemui berkata, modus operandi ahlong masa kini memang pelbagai dari yang kecil seperti menghantar kata-kata kesat sehinggalah ke kes yang besar seperti mencederakan serta mengugut bunuh. Lagi mengejutkan apabila wanita berkenaan dilaporkan membayar wang pinjaman termasuk bunga kepada ahlong berkenaan tepat pada masa dan tidak ada terlepas waktu bayaran. Watie mendakwa ahlong tersebut berang kerana wanita berkenaan juga turut meminjam dari seorang lagi ahlong yang lain menyebabkan wanita tersebut menjadi mangsa penganiayaan mereka. “Ini syarat-syarat gila, sudah caj lebih dari 300%, tak benarkan orang buat pinjaman kepada syarikat lain” kata Tuan Ali Salimin.

Jika anda ada sebarang masalah berkaitan ahlong, sila hubungi:

  • 019 9130000
  • 013 7886666
  • 013 2201565

Unit Tindakan Khas PPIM.