Sejarah Penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM)

Sejarah Penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM)

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif sekumpulan ahli profesional yang terdiri daripada doktor, pensyarah universiti, para ilmuan agama dan individu-individu yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam.

VISI UTAMA PENUBUHAN

Penubuhan ini adalah bertujuan untuk menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para pengguna Islam, melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan berstrategi.

Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang, adalah diharapkan setiap pengguna Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang untuk mengembalikan maruah umat Islam yang kian tercemar dan terabai.

PPIM berusaha dengan gigih untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya sebagai ikhtiar untuk menjana ke arah perubahan yang positif di dalam kehidupan ummah.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Memberi kesedaran kepada setiap pengguna Islam akan tanggungjawab diri sendiri terhadap memperjuangkan hak kepenggunaan Islam;
  • Memberi kesedaran kepada pihak pembekal akan tanggungjawab mereka tentang tuntutan Islam dalam kepenggunaan;
  • Menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya;
  • Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan Islam melalui aktiviti-aktiviti terancang dan proaktif;
  • Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus pembangunan negara dengan cara positif.

P/s Paklong: Mungkin ada yang anggap PPIM ni macam PEKIDA versi baru sebab langgar sana, langgar sini mohon tukar balik lah mind set anda. PPIM hero kita ni tak berkait langsung dengan benda-benda macamtu, Abang Ali PPIM pun ada kata jangan terlibat dengan gangster! Sama-sama kita doakan mereka semua ni yang berjuang menegakkan keadilan! 🙂

Sumber: Blog Rasmi PPIM

 

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *