“Tiada Apa Perlu Dirisaukan, Semua kontroversi DBI Adalah Fitnah”

“Tiada Apa Perlu Dirisaukan, Semua kontroversi DBI Adalah Fitnah”

Kuala Lumpur: “Saya sempat menghantar WhatsApp kepada Boy Iman bertanyakan kesahihan kontroversi berkenaan dan dia memaklumkan tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana ia sekadar fitnah pihak yang mahu menjatuhkan perniagaannya,” ujar penyanyi era 80-an, Datuk Nassier Wahab, 55.

Beliau sebelum ini yang dilantik sebagai duta DBI Technology terkejut dengan penahanan Datuk Nuruliman A Rahman atau Boy Iman selaku Pengarah Urusan DBI Properties.

Nassier yang baru pulang dari Makkah Sabtu lalu, akui masih belum berkesempatan berjumpa Boy Iman kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Katanya, ketika di Tanah Suci dia ada mendapat kiriman mesej daripada rakan memaklumkan isu mengatakan syarikat perumahan itu menipu orang ramai berkaitan skim tawaran berkenaan.

“Boy Iman meminta saya mendoakan supaya semuanya diselesaikan dengan cara baik,” katanya.

Nassier atau Mohd Nasir Abd Wahab berkata, sepanjang berada di Makkah dia juga mengambil keputusan untuk tidak membuka mana-mana akaun media sosial kerana ingin fokus pada ibadah haji.

Apa pun, tegas Nassier, dalam hal ini dia sekadar duta dan tidak mempunyai kaitan mengenai perjalanan serta urusan perniagaan dikendalikan Boy Iman.

“Peguam saya menjelaskan, isu terbabit tidak ada kaitan dengan diri saya dan tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

“Saya hanya dilantik sebagai duta dan pernah menjadi duta produk lain sebelum ini tetapi tiada masalah. Selama 32 tahun dalam industri, saya tidak pernah berniat untuk bersekongkol bagi menipu orang ramai,” katanya.

SUMBER: HARIAN METRO

P/s Paklong: sampai kena cekup dah pun boleh nafi lagi cakap fitnah, semoga berjaya dunia akhirat lah Dr.Belon… busuk habis sekali dengan Nasir Wahab ni hang punya angkara. SEMOGA BEROLEH HIDAYAH

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *