PPIM & NGO Islam Bersumpah Setia Perangi Sindiket Maksiat!

PPIM & NGO Islam Bersumpah Setia Perangi Sindiket Maksiat!

Kuala Lumpur: Beberapa NGO Islam berpengaruh di Malaysia berikrar akan menangani permasalahan pusat-pusat maksiat dan perjudian yang semakin membarah. Lebih malang lagi ialah apabila ianya didalangi sindiket antarabangsa.

Berikut keputusan yang dibuat pada satu majlis solidariti beberapa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang telah diadakan pada 26 Oktober baru-baru ini di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membincangkan masalah pusat maksiat yang semakin bertambah di Malaysia.

Antara wakil-wakil yang hadir adalah Datuk Nadzim Johan, saudara Yusuf Azmi dan Datuk Hishamuddin Hashim dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), saudara Kamaruzaman Mohamad, Penyelaras Jawatankuasa dan Sekretariat dari Kongres Rakyat, wakil dari Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (TAREKAT), Pengerusi Gabungan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Tuan Haji Aminuddin Yahaya dan Syed Hasan Syed Ali (PERKASA).

Antara masalah yang banyak dibincangkan adalah mengenai kewujudan pusat-pusat maksiat seperti pusat hiburan, pusat perjudian, dan pemberian lesen haram yang semakin membimbangkan di Malaysia. Bukan itu sahaja, salah satu penyebab kekebalan pusat-pusat maksiat ini adalah kerana dipayungi oleh sindiket bertaraf antarabangsa. Dipengerusikan oleh Ustaz Masridzi dari Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH), NGO-NGO berkenaan menyeru kepada semua NGO Islam dan juga kerajaan untuk bersatu menentang menghapuskan segala kegiatan maksiat dan berjuang menyelesaikan masalah demi kemaslahatan umat Islam dan agama Islam.

Selain itu, wakil-wakil dalam pertemuan tersebut juga menyeru kesepakatan dan kerjasama antara NGO-NGO Islam dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam dan membantu mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

sumber: https://www.menara.my/ngo-islam-ikrar-tangani-sindiket-maksiat

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *