Duda dan janda sama-sama ‘stim’

Duda dan janda sama-sama ‘stim’

PASANGAN ditahan kerana jadikan bengkel cat kereta lokasi lepas gian dadah. 

KEGIATAN janda dan duda menjadikan sebuah bengkel mengecat kereta di Kampung Sentosa, Besut sebagai lokasi melepaskan gian dadah dan melampias nafsu terbongkar selepas mereka ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), semalam.

Pada serbuan jam 6.30 pagi, janda berusia 27 tahun itu ditemui berkain pelekat manakala si duda berumur 30 tahun bersembunyi di bawah katil.

Ketua Pegawai AADK Besut Normayati Mat Nawi berkata, serbuan dibuat hasil maklumat awam berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di bengkel berkenaan.

“Ujian saringan air kencing mendapati pasangan itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Difahamkan, wanita itu dipercayai sudah dua kali berkahwin sebelum berpisah dengan pasangannya, dia mempunyai seorang anak dan dijaga oleh bekas suami pertama,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan turut mendapati pasangan itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau seperti dadah di Kelantan.

Kedua-duanya kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

P/s Paklong: Semoga takda yang ikut jejak depa berdua ni, dah la bukan mahram tapi tinggal serumah, isap dadah lagi pulak tu, kepada yang kenal pun mohon jangan terikut-ikut. Jangan dibiar orang macamni terus bebas buat hal mungkar ni, kalau lepas-lepas ni ada lagi terus lapor kepada pihak berwajib. Masyarakat kita tanggungjawab kita, ALLAH tanya tu nanti!

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *