(VIDEO) Monyet Kaki “Stim” Curi Petrol Motorsikal Buat Hilang GIAN!

(VIDEO) Monyet Kaki “Stim” Curi Petrol Motorsikal Buat Hilang GIAN!

SEKUMPULAN pemilik motosikal di Panipat, utara India, yang memasang perangkap bagi melihat siapa yang mencuri minyak motosikal mereka, terkejut apabila mendapati pencuri terbabit ialah monyet yang ketagih petrol.

Dalam kejadian Isnin lalu, pemilik motosikal terbabit meninggalkan motosikal tanpa dijaga dan menyorok agak jauh, sehingga nampak seekor monyet datang.

Monyet berkenaan melucutkan saluran minyak dari tangki ke enjin dan menyedut petrol seperti minum air.

Menurut UPI, Gaurav Leekha dari pertubuhan sukarela di bandar itu berkata, monyet berkenaan minum petrol dengan banyak sehingga ‘lalok’ dan enggan mengambil pisang yang diberi.

“Monyet itu jelas ketagih petrol. Ia enggan makan pisang dan kacang yang diberi orang ramai,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Kalau ada yang prihatin dekat kesihatan monyet-monyet ni mohon sekolahkan depa tentang bahaya isap petrol yang Paklong tulis kat bawah ni:

Lebih dua bulan mungkin, soalan pembaca yang tak terjawab mengenai kesan minyak petrol jika terdedah terlalu lama.

Mohon maaf kerana sudah sekian lama baru saya balas jawapannya.

Begini lah, seperti yang kita ketahui, minyak petrol, minyak gasoline, dan yang seangkatan dengannya mempunyai bau yang kuat dan tajam bukan? Seperti gam kangaru yang mempunyai sifat yang sama, memberi kesan kepada penghidu gam dalam jangka masa panjang kerana mereka (baca:minyak gas/gam) mempunyai daya kesejatan yang tinggi. Perasan bukan mereka mudah tersejat jika dibiarkan seketika berbanding air? Sama juga analoginya dengan minyak pewangi di mana ia juga mudah tersejat di mana ia memberi kesan (yang berbeza mengikut jenis kandungannya).

Untuk kes minyak petrol, gasoline, benzene dan yang seangkatan dengannya, walau hanya sekadar mencium baunya untuk seketika, bagi yang kurang daya ketahanan diri (baca: lemah), hidung dan tekaknya akan lebih mudah terasa gatal, pening lalat, mabuk, terasa nak muntah, dan gangguan pernafasan. Bagi yang biasa-biasa, tidak ada kesan sangat lah dan tidak perlu dirisaukan. Akan tetapi jika didedahkan dengan mereka dalam jangka masa panjang, tanpa perlindungan sepatutnya, dengan kadar pendedahan yang lebih pekat, sememangnya mereka membawa kesan yang buruk pada tubuh kita di mana ia boleh menyebabkan koma/kematian.

Memang terdapat kes di mana mereka yang terdedah dengan minyak dalam jangka masa panjang (biasanya pekerja industri minyak gas) menderita kehilangan memori, melemahkan imun tubuh serta daya kekuatan otot yang berkurangan (macam nyanyuk dan lemah tubuh badan). Jika terdedah dalam dos yang tinggi, seperti gasolin dan benzene misalnya, boleh menyebabkan kanser. Dalam perihal benzene, ia menyebabkan kanser darah. Pada pekerja perempuan pula, ‘menstrual period’ anda akan terganggu dan mengecutkan ovari. Terkejut?

Pendek kata, jika kalian bekerja berterusan dalam jangka masa panjang dalam industri yang melibatkan bahan kimia di mana baunya sememangnya kuat dan tajam, pakailah penutup mulut/hidung sekurang-kurangnya. Mungkin bagi sesetengah orang baunya enak dihidu (seperti saya yang suka menghidu), kesan jangka panjangnya hanya lah menumpulkan kesihatan kita. Tidak lah lengkap jawapan saya ini kerana jenis minyak yang tidak spesifik, secara amnya sahaja saya terangkan, penerangan lebih padat boleh dibaca di link di bawah.

Sumber: Pseudosains

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *