Bank Rakyat Umum Penangguhan Bayaran Pembiayaan/LOAN Selama Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir!

Bank Rakyat Umum Penangguhan Bayaran Pembiayaan/LOAN Selama Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir!

Bank Rakyat Umum Penangguhan Bayaran pembiayaan Selama Enam Bulan Bagi pelanggannya Yang Terjejas Akibat Banjir

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Bank Rakyat hari ini mengumumkan penangguhan bayaran pembiayaan selama enam bulan bagi mengurangkan beban kewangan pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

Penangguhan ataupun moratorium itu diumumkan oleh Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu turut menyebut, pelanggan yang layak menerima moratorium itu mestilah tinggal atau bekerja di kawasan berlakunya bencana dan termasuk dalam senarai yang diisytiharkan oleh Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, menerusi Program Misi Bantuan Banjir Pulau Pinang anjurannya, beberapa buah hospital dan klinik di sekitar Pulau Pinang turut menerima bantuan.

Antara hospital dan pusat kesihatan yang menerima bantuan ialah Hospital Pulau Pinang, Klinik Kesihatan Mak Mandin, Klinik Desa Lahar Yooi, Klinik Kesihatan Perai, Klinik 1Malaysia Taman Seri Delima dan Klinik Kesihatan Sungai Dua.

Menerusi misi tersebut, Bank Rakyat membantu dari segi keperluan dan kelengkapan untuk hospital dan klinik kesihatan yang rosak berikutan hujan dan air pasang besar sehingga dinaiki air.

Menurut Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, kehadiran Program Misi Bantuan Banjir Pulau Pinang di hospital dan klinik kesihatan pada hari ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Bank Rakyat untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

Sumber: UtusanOnline

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *