HARIMAU MATI DIBAHAM KUCING

HARIMAU MATI DIBAHAM KUCING

Kucing ni bawa gigit di tengkuk harimau tak berdosa ni dan bawa lari merentasi pagar!

walau tengah membunuh kucing tetap menten CUTE!

JANGAN MARAH PAKLONG… GURAU2 AJA 😀

Video:

mana mungkin kucing baham harimau… tengok biodata depa kat bawah ni….

HARIMAU

Harimau (Panthera tigris) (juga dipanggil harimau belang atau pak belang) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis “kucing besar” dalam genus Panthera, dan anggota famili Felidae.[4] Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 feet) dan berat 300 kilogram (660 paun).[5][6] Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.

Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan

undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi ancaman.

Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.

KUCING

Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil daripada subspesis Felis silvestris catus. Ia ialah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan barangkali telah dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini, kucing merupakan salah satu binatang belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang daripada satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun berekor, dan mereka ada dalam pelbagai warna yang berlainan dan ada juga yang mempunyai banyak warna. Mereka ialah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih daripada seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia. Mereka berhubung dengan mengiau (“ngiau”), mengeluarkan bunyi ‘purrr’, berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan masih baru dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja dalam dongengan dan legenda daripada beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Sumber: WIKIPEDIA

Tekan video dan gambar dibawah untuk maklumat lanjut!!

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *