Langgar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM, Ini HUKUMAN KERAS Yang Bakal Ditanggung Safiq Rahim!

Langgar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM, Ini HUKUMAN KERAS Yang Bakal Ditanggung Safiq Rahim!

KUALA LUMPUR: Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim yang mencarut selepas tamat aksi Piala Malaysia, Sabtu lalu tidak harus terlepas daripada tindakan kerana perbuatannya itu satu kesalahan dan melanggar undang-undang yang sudah digariskan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah berkata, meskipun insiden itu berlaku selepas wisel penamat dibunyikan, namun jawatankuasa itu memiliki bidang kuasa untuk menyiasat segala insiden yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

Bagaimanapun, Kamaruddin bersetuju dengan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, yang menyatakan jawatankuasa berkenaan perlu menunggu laporan mengenai insiden itu sebelum membuat penilaian dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Disebabkan ia berlaku selepas perlawanan, jadi jawatankuasa boleh menyiasat insiden itu dengan lebih lanjut dan secara peribadinya, saya melihat tindakan berkenaan satu kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemain profesional.

“Jika dilihat kepada hukuman yang dikenakan atas kesalahan sama sebelum ini, kemungkinan besar Safiq boleh dikenakan denda termasuk juga penggantungan perlawanan, namun semuanya terserah kepada keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sabtu lalu, Safiq yang juga kapten kebangsaan mencetuskan kontroversi apabila mencarut di depan jurufoto yang sedang merakam detik manis kejayaan JDT merangkul Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit yang tular di laman sosial, Safiq mengeluarkan kata-kata “P….. kepada semua pengkritik, wa (saya) champion (juara) sekarang” kata Safiq dalam rakaman itu.

Berdasarkan insiden sama yang pernah berlaku sebelum ini, pemain tengah Pahang, Ahmad Syamim Yahya dikenakan hukuman denda RM500 dan digantung satu perlawanan selepas didapati bersalah menunjukkan isyarat lucah pada saingan antara Pahang dan Melaka United (MU) pada 25 Februari lalu.

Jawatankuasa Tatatertib FAM mendapati pemain tengah itu bersalah melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM 2015 kerana kelakuan yang menyinggung dan ‘Fair play’ sekali gus dikenakan denda berkenaan.

Sumber: ManggaHijau

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *