RESTORAN PELACUR DI INDONESIA

RESTORAN PELACUR DI INDONESIA

Posting Ini bukan tujuan untuk melucah. Hanya menyampaikan info perkara yg wujud di dunia ini yang mungkin kita sudah tahu atau belum tahu.

RESTORAN PELACUR DI INDONESIA!👑

Nama restoran ini adalah Pelacur, yang merupakan singkatan dari ‘Pemusnah Lapar Cukup Rasional’. Terletak di Yokjakarta dibuka selama 24jam. ketika memasuki restoran ini, anda akan disambut oleh PSK, iaitu Pelayan Setia Kedai.

Sementara nama menu makanannya antara lain adalah Masturbasi (Mie Nasi Telur Bercampur dalam Satu Porsi), Miyabi (Mie Yang Tak Biasa), Souperma (Soup Cream ala Kedai), atau bahkan Gigolo (Gerombolan Nasi Goreng Sesuka Lo). Tersedia juga menu Milx Sex, Smoothu Orgasm, Warna-warni Horny, dan masih banyak lagi menu lainnya.

Harga makanan pada restoran ini murah dan sesuai untuk mahasiswa. Harga makanan mulai dari Rp 5 ribu hingga Rp 15 ribu. Selain murah, makanan di restoran ini cukup mengenyangkan perut. Untuk harga minuman juga murah iaitu hanya Rp 1.000 saja untuk teh ais. Berminat nak cuba?

Sumber: Jasonking fans

Komen Paklong: Agaknya kalau hampa pi jalan-jalan dengan family atau isteri dan anak-anak kedai macam ni hampa gamak nak masuk tak? coba bayang bapak hampa order SOUPERMA tu? Memanglah sup ja pun tapi nama extreme terlajak sampai rasa tak gamak pulak nak masuk. Kedai cantik dah harga pun murah tapi nama makanan ekstrim sangat. Bukan mental koyak macam sorang player tu tapi mungkin paklong dah tua kot …. paklong rasa tak sesuai paklong masuk kedai macam ni. Tapi buat anda semua yang nak coba silakan, RASAKAN KESEDAPAN DAN KEENAKAN MIYABI(mie yang tak biasa)!!!!! 🙂

Jangan kecam Paklong… chilll!

Tekan video dan gambar dibawah untuk maklumat lanjut!!

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *