Month: November 2017

Air Potong Lemak ni Kempiskan Perut dan Hilangkan Berat 2kg Seminggu, Jom Coba!

Air Potong Lemak ni Kempiskan Perut dan Hilangkan Berat 2kg Seminggu, Jom Coba!

Kalau waktu makan memang tak ingat apa, semua makanan nak masuk mulut. Padahnya perut akan rasa tidak selesa dek kerana buncit! Sebenarnya buncit adalah berkaitan dengan penjagaan makanan dan disiplin ketika menjamah makanan, nak selesaikan masalah lemak makin melekat ini anda boleh ikut petua yang dikongsikan oleh Farizan Aualudin ini…

Hari ini hakak nak ajar buat air kempis perut yang diajar oleh member baik saya seorang pemilik spa. Apa yang penting mudah, sedap dan berkesan. Sila amalkan 2 kali sehari:

  • Pagi sebelum sarapan
  • Malam 1 jam sebelum tidur

Air buang lemak ini dapat bantu korang hilangkan berat 2kg semingu! Tak percaya?? Jom amalkan!

Bahan-bahan:

  • Halia 2 inci di mayang
  • Serai 4 batang di titik
  • Lemon sebijik dipotong bulat
  • Cengkih 10 batang
  • Kayu manis (cassia)
  • Madu sebagai pemanis

Cara nak buat:

1. Masukan semua bahan-bahan dalam periuk bersama 1 liter air kecuali madu tak payah masukkan. (nak minum nanti baru letak ya)

2. Bring it to boil bak kata omputih, didihkan sampai kuar warna kayu manis tu macam keemas-emasan gitu.

3. Dah kuar warna tu korang dah bole tutup api dan sejukkan, kalo nak minum terus pun lagi elok. Yang lebih-lebih tu korang boleh simpan untuk diminum hari-hari mendatang!j Hanya tambah air panas je.

4. Ini lah hasilnya saya tambah lagi 1 hirisan lemon dan 1 sudu madu untuk pemanis!

5. Jom minum untuk kurus! Slain sedap air ini juga ade hint of refreshing gitu!

Sumber: mingguan wanita

Kisah Rasulullah Menumbangkan, Jaguh – Jaguh Gusti Arab Yang Angkuh!

Kisah Rasulullah Menumbangkan, Jaguh – Jaguh Gusti Arab Yang Angkuh!

Gambar sekadar hiasan

Rukanah satu nama yang amat terkenal di Kota Mekah sebagai seorang yang kuat dan bertubuh sasa. Hampir tidak ada seorang pun yang tidak mengenalinya, seorang yang perkasa dan jarang ada orang yang berani menentangnya. Rukanah adalah seorang jaguh gusti yang ulung. Oleh kerana itu beliau berasa bangga dengan kekuatannya, malah beliau berani mencari lawannya.

Nabi Muhammad s.a.w. mengetahui akan kemashuran Rukanah itu. Kekuatan dan keangkuhannya sering diperkatakan orang ramai. Terlintas dalam fikiran Nabi jika Rukanah ini dapat diajak memeluk Islam, beliau boleh mendatangkan kesan kepada usaha dakwah Rasulullah s.a.w. Pada suatu ketika datanglah kesempatan Nabi untuk berdakwah dengan baik kepada Rukanah dan Baginda berharap berhasil apa yang terlintas difikirannya itu.

Waktu itu Rukanah berada di Syi’b (jalan dekat bukit Mekah). Nabi bertemu dengannya dan mengajak beliau beradu kekuatan sebagai satu jalan mendakwahkan Rukanah.

“Wahai Rukanah!, belumkah engkau bertakwa kepada Allah dan menerima agama yang aku sampaikan?” demikian Nabi s.a.w. berkata kepadanya.

“Muhammad, apakah buktinya tanda di atas kebenaran agama engkau?” jawab Rukanah.

“Bagaimana jika aku dapat mengalahkan engkau dalam bergusti, adakah engkau akan beriman kepada Allah dan RasulNya?” bertanya Nabi s.a.w.

Baiklah wahai Muhammad.” Rukanah menyambut pelawaan.

“Bersiaplah engkau,” perintah Nabi.

Rukanah pun menyiapkan diri dan berasa yakin akan dapat mengalahkan Rasulullah s.a.w. Ketegapan tubuh badannya boleh membanting Muhammad dalam waktu singkat sahaja dan beliau menganggap tentangan Muhammad adalah olok-olok dan main-main sahaja. Setahunya Nabi Muhammad hanya berdakwah sepanjang hari, tidak ada berlatih tenaga untuk menghadapinya.

Dalam keadaan kesombongan sebagai jaguh gusti, Rukanah bersiap sedia dalam kebiasaan beliau bergusti. Nabi s.a.w. pun segera mendekatinya dan mengambil tempat dan menunggu kesempatan untuk menghempas dan mengalahkan lawannya.

Nabi dapat memegang badan Rukanah dan dengan cepat membantingnya. Rukanah menjadi terkejut dan amat hairan kenapa Muhammad berhasil mengalahkannya sedangkan beliau mengira akan dengan mudah dapat menjatuhkan Muhammad. Sesungguhnya beliau berasa tidak berpuas hati dan meminta diulang kembali beradu tenaga.

Nabi s.a.w. dengan senang hati menerima cabaran tersebut.

Sekali lagi Baginda dapat membanting Rukanah dan mengalahkannya. Manakala Rukanah bertambah kehairanan seolah-olah beliau tidak mempunyai tenaga bertahan seperti yang sudah-sudah beliau beradu tenaga.

Diulanginya lagi dan untuk ketiga kalinya juga Rukanah tidak Berjaya dan mengakui kekalahannya.

“Sesungguhnya hairan aku dengan keadaan engkau, Muhammad!” demikian katanya kepada Nabi selepas beradu itu.

Selain Rukanah, Nabi s.a.w. juga telah Berjaya menentang seorang jaguh iaitu Abu Aswad Al-Jumahy yang masyhur dengan keistimewaannya sendiri. Pernah beliau tegak di atas sekeping kulit lembu dan menyuruh 10 orang cuba menarik kulit itu dari tapak kakinya. Tetapi tidak berhasil ditarik keluar dan beliau tegak berdiri bagaikan batu besar, malahan kulit itu pula yang koyak dan terpisah kerana tarikan tersebut.

Nabi telah mengajaknya berlawan sebagai satu jalan dakwah kepadanya memeluk Islam.

“Jika engkau dapat menjatuhkan aku, akan akan beriman kepada engkau,” demikian kata Abu Aswad kepada Nabi. Beliau sendiri yang memberikan syarat, berlainan Rukanah yang diajak Nabi untuk beriman jika kalah.

Cabaran Aswad itu diterima oleh Nabi s.a.w.

Nabi Berjaya menjatuhkan Aswad sehingga beliau mengalami kekalahan yang memalukan. Walaupun begitu beliau telah tidak menepati janjinya, beliau tidak jadi beriman seperti yang diperkatakan sebelum itu.

Betapa juga keadaannya, hakikatnya Nabi s.a.w. telah Berjaya menundukkan jaguh-jaguh gusti yang terkenal gagah perkasa di Mekah. Sesungguhnya tenaga luar biasa Nabi itu berasal dari iman yang kuat kepada Allah. Baginda telah melakukan dakwah kepada orang ramai menurut kemampuan dan keadaan mereka masing-masing. Jaguh-jaguh gusti dihadapi Baginda bukan seperti menghadapi masyarakat dan orang-orang ternama Quraisy dengan ayat-ayat Allah. Walaupun kesannya belum mencapai seperti pengharapan Rasulullah, tetapi keberanian dan ketabahan Nabi s.a.w. menentang orang kuat Mekah menjadi perhatian umum akhirnya. Aswad yang tidak menepati janji itu bukan sahaja kalah tetapi kemudiannya berdusta telah menjatuhkan maruahnya sendiri dan Nabi s.a.w. Berjaya meningkatkan dakwahnya.

Tekan video dan gambar dibawah untuk maklumat lanjut!!

(VIDEO) Monyet Kaki “Stim” Curi Petrol Motorsikal Buat Hilang GIAN!

(VIDEO) Monyet Kaki “Stim” Curi Petrol Motorsikal Buat Hilang GIAN!

SEKUMPULAN pemilik motosikal di Panipat, utara India, yang memasang perangkap bagi melihat siapa yang mencuri minyak motosikal mereka, terkejut apabila mendapati pencuri terbabit ialah monyet yang ketagih petrol.

Dalam kejadian Isnin lalu, pemilik motosikal terbabit meninggalkan motosikal tanpa dijaga dan menyorok agak jauh, sehingga nampak seekor monyet datang.

Monyet berkenaan melucutkan saluran minyak dari tangki ke enjin dan menyedut petrol seperti minum air.

Menurut UPI, Gaurav Leekha dari pertubuhan sukarela di bandar itu berkata, monyet berkenaan minum petrol dengan banyak sehingga ‘lalok’ dan enggan mengambil pisang yang diberi.

“Monyet itu jelas ketagih petrol. Ia enggan makan pisang dan kacang yang diberi orang ramai,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Kalau ada yang prihatin dekat kesihatan monyet-monyet ni mohon sekolahkan depa tentang bahaya isap petrol yang Paklong tulis kat bawah ni:

Lebih dua bulan mungkin, soalan pembaca yang tak terjawab mengenai kesan minyak petrol jika terdedah terlalu lama.

Mohon maaf kerana sudah sekian lama baru saya balas jawapannya.

Begini lah, seperti yang kita ketahui, minyak petrol, minyak gasoline, dan yang seangkatan dengannya mempunyai bau yang kuat dan tajam bukan? Seperti gam kangaru yang mempunyai sifat yang sama, memberi kesan kepada penghidu gam dalam jangka masa panjang kerana mereka (baca:minyak gas/gam) mempunyai daya kesejatan yang tinggi. Perasan bukan mereka mudah tersejat jika dibiarkan seketika berbanding air? Sama juga analoginya dengan minyak pewangi di mana ia juga mudah tersejat di mana ia memberi kesan (yang berbeza mengikut jenis kandungannya).

Untuk kes minyak petrol, gasoline, benzene dan yang seangkatan dengannya, walau hanya sekadar mencium baunya untuk seketika, bagi yang kurang daya ketahanan diri (baca: lemah), hidung dan tekaknya akan lebih mudah terasa gatal, pening lalat, mabuk, terasa nak muntah, dan gangguan pernafasan. Bagi yang biasa-biasa, tidak ada kesan sangat lah dan tidak perlu dirisaukan. Akan tetapi jika didedahkan dengan mereka dalam jangka masa panjang, tanpa perlindungan sepatutnya, dengan kadar pendedahan yang lebih pekat, sememangnya mereka membawa kesan yang buruk pada tubuh kita di mana ia boleh menyebabkan koma/kematian.

Memang terdapat kes di mana mereka yang terdedah dengan minyak dalam jangka masa panjang (biasanya pekerja industri minyak gas) menderita kehilangan memori, melemahkan imun tubuh serta daya kekuatan otot yang berkurangan (macam nyanyuk dan lemah tubuh badan). Jika terdedah dalam dos yang tinggi, seperti gasolin dan benzene misalnya, boleh menyebabkan kanser. Dalam perihal benzene, ia menyebabkan kanser darah. Pada pekerja perempuan pula, ‘menstrual period’ anda akan terganggu dan mengecutkan ovari. Terkejut?

Pendek kata, jika kalian bekerja berterusan dalam jangka masa panjang dalam industri yang melibatkan bahan kimia di mana baunya sememangnya kuat dan tajam, pakailah penutup mulut/hidung sekurang-kurangnya. Mungkin bagi sesetengah orang baunya enak dihidu (seperti saya yang suka menghidu), kesan jangka panjangnya hanya lah menumpulkan kesihatan kita. Tidak lah lengkap jawapan saya ini kerana jenis minyak yang tidak spesifik, secara amnya sahaja saya terangkan, penerangan lebih padat boleh dibaca di link di bawah.

Sumber: Pseudosains

Duda dan janda sama-sama ‘stim’

Duda dan janda sama-sama ‘stim’

PASANGAN ditahan kerana jadikan bengkel cat kereta lokasi lepas gian dadah. 

KEGIATAN janda dan duda menjadikan sebuah bengkel mengecat kereta di Kampung Sentosa, Besut sebagai lokasi melepaskan gian dadah dan melampias nafsu terbongkar selepas mereka ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), semalam.

Pada serbuan jam 6.30 pagi, janda berusia 27 tahun itu ditemui berkain pelekat manakala si duda berumur 30 tahun bersembunyi di bawah katil.

Ketua Pegawai AADK Besut Normayati Mat Nawi berkata, serbuan dibuat hasil maklumat awam berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di bengkel berkenaan.

“Ujian saringan air kencing mendapati pasangan itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Difahamkan, wanita itu dipercayai sudah dua kali berkahwin sebelum berpisah dengan pasangannya, dia mempunyai seorang anak dan dijaga oleh bekas suami pertama,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan turut mendapati pasangan itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau seperti dadah di Kelantan.

Kedua-duanya kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

P/s Paklong: Semoga takda yang ikut jejak depa berdua ni, dah la bukan mahram tapi tinggal serumah, isap dadah lagi pulak tu, kepada yang kenal pun mohon jangan terikut-ikut. Jangan dibiar orang macamni terus bebas buat hal mungkar ni, kalau lepas-lepas ni ada lagi terus lapor kepada pihak berwajib. Masyarakat kita tanggungjawab kita, ALLAH tanya tu nanti!

‘Dia tak boleh lari, kena minta maaf’ (Serbegeth Singh)

‘Dia tak boleh lari, kena minta maaf’ (Serbegeth Singh)

KETUA pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim perlu tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penyokong bola sepak tanah air atas tindakannya yang mengeluarkan kata-kata kesat ketika meraikan kejayaan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Pengkritik bola sepak negara, Serbegeth Singh berkata, kenyataan Safiq bukan saja melanggar etika Fairplay atau Respect, malah ia turut mengguris perasaan kaum India kerana kata-kata kesat yang diluahkannya itu membawa maksud ‘kemaluan wanita’.

“Sebagai pemain profesional yang popular di Malaysia dan di rantau ini, Safiq harus melakukan sesuatu untuk menjernihkan keadaan.

“Dia tidak boleh lari atau berdiam diri kerana kesalahannya cukup besar dan boleh membawa contoh tidak baik kepada pemain muda.

“Saya rasa jalan terbaik ketika ini adalah tampil memohon maaf kepada penyokong di atas kesilapannya itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam aksi final bertemu Kedah itu, anak buah Ulisses Morais cemerlang menewaskan skuad Helang Merah 2-0 untuk menjulang Piala Malaysia yang tidak pernah dimenangi sejak kelab berkenaan ditubuhkan pada 2013.

Bagaimanapun, malam gemilang mereka sedikit tercemar dengan tindakan biadap Safiq apabila mengeluarkan kata-kata kesat di depan jurufoto yang sedang merakam detik manis kejayaan mereka.

Ujarnya lagi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga perlu menghukum ketua pasukan kebangsaan itu kerana ia dibimbangi akan memberi imej dan persepsi buruk kepada organisasi berkenaan.

“FAM sendiri pun hingga sekarang senyap. Sebelum ini pemain Pahang (Ahmad Syamim Yahya) pernah didenda kerana menunjukkan isyarat lucah kepada rakan sepasukannya sendiri.

“Jadi Safiq juga harus didenda, kalau tidak orang akan terus membenci FAM seperti mana isu mengenai pengadil yang dikatakan terlalu berat sebelah kepada JDT,” katanya.

Berdasarkan insiden sama yang pernah berlaku sebelum ini, Syamim didenda RM500 dan gantung satu perlawanan kerana melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM 2015 atas kelakuan yang menyinggung dan ‘Fair play’.

Sumber: Harian Metro

Bersyukurlah Jika Kawan Maki Anda “BAHLUL”, Sesungguhnya Beliau Adalah Wali ALLAH!

Bersyukurlah Jika Kawan Maki Anda “BAHLUL”, Sesungguhnya Beliau Adalah Wali ALLAH!

SIAPAKAH BAHLOL ?

Bahlol ialah nama seorang ulama Islam yang terkenal yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rashid. Nama sebenar beliau ialah Bahlol bin Omar ataupun lebih dikenali sebagai BAHLOL DANA RA. Hebatnya Bahlol ini hinggakan Imam Abu Hanifah iaitu pengasas Mazhab Hanafi pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya.

Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tidak dapat dipastikan sama ada saudara tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri. Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan-perbuatan yang tidak masuk akal. Hanya sesetengah orang sahaja yang mampu mengenali siapa madjzub ini. Berikut adalah kisah-kisah berkenaan BAHLOL yang boleh dijadikan pengajaran.

Kisah 1

Satu kisah yang menarik ialah, ketika Khalifah Harun Ar-Rashid sedang berjalan-jalan dengan permaisuri baginda iaitu Zubaidah, mereka ternampak Bahlol ini sedang membuat rumah daripada tanah liat. Zubaidah ini pun bertanya :

“Sedang buat apa itu Bahlol?”

“Buat rumah. Rumah ini untuk syurga punya”

“Nak beli boleh ? Harganya berapa dinar?”

“Harganya 10 dinar sahaja”.

Lalu Zubaidah pun mengeluarkan duit sebanyak 10 dinar, lalu menyerahkan kepada Bahlol. Sebaik sahaja menerima duit tersebut, Bahlol membuangnya dalam sungai.

“Haa.. balik lah, kamu sudah ada rumah di syurga wahai Zubaidah”.

Melihatkan hal itu, maka tergelaklah Harun Ar-Rasyid. ”Adinda sudah kena main dengan Bahlol tu”, katanya sambil tergelak.

Pada malam tersebut, Harun Ar Rashid bermimpi, baginda bermimpi masuk ke syurga. Di hadapannya pada masa itu ada sebuah istana, yang tertera nama isteri baginda, Zubaidah. Harun Ar-Rasyid pun cuba memasukinya, tetapi dihalang oleh malaikat. Lalu baginda pun bertanya kepada malaikat:

“Kenapa engkau menghalang ? Inikan rumah permaisuriku ?”

Lalu malaikat penjaga rumah tersebut pun menjawab:

“Rumah permaisurimu di dunia bolehlah engkau masuk. Di akhirat ini sendiri-sendiri”

Khalifah Harun Ar-Rashid lalu terjaga dari tidurnya, badannya berpeluh-peluh. Di kejutkan permaisuri baginda dan pada pagi itu juga, mereka berdua pergi mencari Bahlol. Akhirnya mereka berdua berjaya berjumpa dengan Bahlol di tepi sungai, sedang membuat rumah daripada tanah liat.

“Bahlol, aku datang hendak beli rumah ni”

Lalu Bahlol pun menjawabnya, “Boleh”.

“Berapa harga ?”, tanya Khalifah.

“Harganya cuma , 10 000 dinar”, jawab Bahlol.

“Gerangan apakah harganya naik sampai 10 000 dinar ?”, tanya Khalifah lagi.

“Haa.. sebabnya semalam permaisuri mu ‘membeli tanpa melihat’ “.
Jadi apakah maksud tersirat Bahlol bila beliau mengatakan Zubaidah “membeli tanpa melihat”, sehinggakan Zubaidah dapat harga runtuh?
..
Tersebutlah kisah, pada masa Bahlol tersebut, berlaku satu kemarau yang sangat dahsyat. Habis segala ulama disuruh oleh Khalifah supaya melakukan solat minta hujan (Istisqa’). Maka turunlah segala ulama, solat hajat beramai-ramai, tetapi malangnya hujan tidak turun-turun juga. Khalifah pun berasa sungguh hairan. Lalu dipanggillah menteri-menteri baginda supaya masuk mengadap. Lalu Khalifah pun bertanya:

“Sudah habis semua ulama kita suruh solat hajat minta hujan. Tetapi tidak setitik pun hujan turun. Gerangan apakah yang perlu kita buat lagi, wahai memanda menteri ?”.
Lalu salah seorang menteri pun menjawab, “Tuanku, ada sorang lagi yang kita tidak panggil”

“Siapa ?”, tanya Khalifah.

“Bahlol”, jawab menteri tersebut.

“Bahlol pun Bahlollah, arah segera supaya dia membuat solat hajat meminta hujan”

Lalu dengan segera Bahlol dititahkan supaya melakukan solat hajat meminta hujan. Maka Bahlol pun segera pergi ke masjid. Pada masa itu orang-ramai sudah ramai yang berkumpul.

Tiba-tiba, Bahlol naik ke atas mimbar, lalu ditunjukkan jarinya ke langit seraya berdoa, ”Ya Allah, turunkanlah hujan”. Tidak ada solat apa pun.
Pada masa itu juga, hujan turun dengan lebat. Cepat sungguh Allah mengkabulkan permintaan wali-Nya.

Sumber: Sepat

Sulur Bidar Makhluk Misteri Yang Menghantui Kaki Pancing

Sulur Bidar Makhluk Misteri Yang Menghantui Kaki Pancing

Merupakan makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang lama. Sulur Bidar ni dikatakan ditemui di sekitar tasik dan sungai besar seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang. Tasik Kenyir contohnya, Sulur Bidar sering dikatakan akan muncul semasa musim hujan. Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai.

Menurut cerita orang-orang di sekitar tasik Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.

kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air. Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari dasar tasik seolah-olah ada “sesuatu” yang telah memerah atau mengeringkan daun tersebut. Menurut orang-orang tua daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun ia dari dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri dari makhluk tersebut.

Terdapat cerita mengenai seorang pemancing yang terserempak Sulur Bidar lalu cuba membaling mata kail ke arahnya namun ia menembusi badan makhluk tersebut. Kebenaran makhluk ini belum dapat dibuktikan secara saintifik walaupun ada yang mendakwa pernah menangkap gambarnya.

Sulur Bidar mempunyai pelbagai versi, penemuan serta pandangan yang berbeza. Di bawah ini beberapa versi yang akan diketengahkan.

Versi Pertama

Sulur Bidar dikatakan berbentuk tikar putih, mempunyai kepala seakan-akan labi-labi di setiap penjuru dan mempunyai kaki kecil seperti ulat gonggok yang banyak di sekelilingnya.

Versi Kedua

Ada sesetengah berpendapat Sulur Bidar merupakan haiwan seperti ular besar yang menjalar di atas air dan ada juga mengatakan ia mempunyai kepala yang bulat serta rambut dipenuhi ular berbisa.

Versi Ketiga

Sulur Bidar dikatakan adalah seekor ular besar (Ular Bidang) yang berbentuk leper seperti permaidani yang berukuran 4 meter x 4 meter.

Versi Keempat

Sulur Bidar yang ditemui Red Indian kelihatan seperti minyak beku terapung di permukaan air yang dapat melemaskan mangsa serta mampu memasuki lubang bot untuk menangkap mangsa.

Versi Kelima

Sulur Bidar merupakan makhluk halus dalam kepercayaan orang Melayu. Kemungkinan ia terdiri daripada jin atau syaitan yang suka mengganggu manusia. Ia juga dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air. Ia menyerupai tikar mengkuang yang hanyut dan akan menggulung serta melemaskan mangsanya.

Versi Keenam

Masyarakat Sunda menggelar Sulur Bidar sebagai Leled Samak. Leled bermaksud menggulung manakala samak bermaksud tikar. Kepercayaan mereka mengatakan Leled Samak bermula apabila tikar bekas alas memandikan jenazah telah dibuang ke dalam sungai yang kemudiannya diserap oleh makhluk halus penunggu sungai.

Maka secara ringkasnya Sulur Bidar merupakan makhluk sangat misteri yang belum lagi menemui jawapannya. Begitu banyak pendapat, pandangan dan penemuan namun sehingga kini soalan yang belum lagi terjawab iaitu apakah sebenarnya Sulur Bidar?

Sumber: Sepat

Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan misteri kematiannya

Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan misteri kematiannya

KELUARGA Allahyarham Sudirman membuat keputusan untuk ‘menyembunyikan’ Penghibur Nombor Satu Negara itu mengenai penyakit dan punca kematiannya kerana tidak mahu peminat sukar menerima hakikat mengenai keadaannya yang sangat menyedihkan.

Walaupun ia menyebabkan timbul pelbagai andaian sehingga ada yang mengaitkan Sudirman menghidap penyakit Aids, tetap mereka tegas untuk tidak mendedahkan kepada umum mengenai punca penyakit dan kematian penyanyi itu.

Rakan karib Sudirman yang juga penulis lirik terkenal tanah air, Habsah Hassan berkata, bagaimanapun, sejak kebelakangan ini keluarga penyanyi itu seperti sudah bersedia untuk bercerita dan merungkai rahsia sebenar mengapa mereka bertindak ‘menyorokkannya’.

“Selepas bertahun-tahun, barulah rahsia itu terungkai. Keluarganya tidak mahu mendedahkan atau memberi peluang masyarakat Malaysia melihat Sudirman pada waktu itu kerana mereka tidak mahu melihat keadaan sebenar Sudirman yang sangat menyedihkan. Mereka sudah biasa tengok Sudirman dalam sentiasa ceria dan ‘cute’.

“Secara perubatan, Sudirman disahkan mati kerana kegagalan hatinya berfungsi dengan sempurna. Tapi sebenarnya, ada punca kematian yang tidak boleh dijelaskan secara perubatan kerana pada waktu itu, Sudirman sedang menghadapi pelbagai perkara aneh.

“Saya akui, ia juga disebabkan ajalnya memang sudah sampai. Tetapi Sudirman melalui banyak perkara misteri dan mistik yang sukar untuk dipercayai pada zaman moden ini. Tetapi hakikatnya itulah yang dihadapi oleh Sudirman sehingga membawa kepada kematian,” katanya.

Habsah berkata demikian ketika menjadi tetamu siri Pesona Seni Aswara – Mengenang Sudirman: Program Kecil Berjiwa Besar di Dewan Orkestra, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Program yang dilancarkan oleh Ketua Pengarah Aswara, Datuk Omar Awang itu menampilkan Mohd Kamarulzaman Taib sebagai moderator.

Habsah berkata, berdasarkan keakrabannya dengan penyanyi itu, beliau mendapati Sudirman ialah seorang pemerhati, ada pandangannya sendiri, memiliki ilmu dan pengetahuan am yang sangat baik.

Katanya, hal ini boleh ditemui menerusi kebanyakan lagu nyanyiannya kerana itu ia menjadikan Sudirman satu-satunya penyanyi yang berani tampil dengan lagu mencakupi pelbagai tema kehidupan.

“Saya secara peribadi berasakan apa yang dibuat oleh Sudirman belum boleh digantikan oleh penyanyi sekarang. Saya bukanlah hendak melebihkan Sudirman kerana rapat dengan Allahyarham, tetapi anda boleh kaji sendiri lagu nyanyiannya, tulisannya, komik yang pernah dihasilkannya. Anda akan dapat apa saja daripada soal isu semasa, kerjaya, kemasyarakatan sehinggalah kepada soal hati.

“Memang soal hati amat mengusik perasaan kerana Sudirman yang saya kenali lebih daripada seorang yang romantis,” katanya.

Katanya, Konsert Jalanan yang dibuat oleh Sudirman pada tahun 1984 adalah konsert terbesar yang berjaya menarik lebih 100,000 orang untuk menyaksikannya dan ia adalah antara bukti penyanyi itu mempunyai kesungguhan dalam kerjayanya.

1 – Right

“Untuk memastikan konsert itu berjaya, dia tidak menyerahkan semua urusan 100 peratus kepada orang lain. Sebab itu, Sudirman menguruskan banyak perkara termasuklah mendapatkan permit polis,” katanya.

Habsah berkata, Sudirman juga tidak menafikan dia bukanlah seorang penyanyi yang mempunyai suara berkualiti, fizikalnya pendek dan tidak tampan seperti kebanyakan penyanyi lain dan itu semua dianggap dirasakan sebagai kekurangan pada dirinya.

Katanya, Sudirman juga sangat berani dalam menentukan lagu yang hendak dirakamkan dalam albumnya tanpa mempedulikan sama ada ia boleh diterima oleh peminat dan pendengar.

“Sudirman seorang yang tidak kisah sama ada peminat mahu terima atau tidak. Baginya, sebagai penyanyi, bukan masyarakat yang berhak menentukan pilihan lagu yang hendak dinyanyikannya. Sudirman berasakan dia yang berhak tentukan dan memang banyak lagunya berjaya.

“Seingat saya, Sudirman adalah satu-satunya penyanyi di negara ini yang berani bercakap pasal patriotik. Dialah penyanyi yang merakamkan album yang semua lagunya bertemakan patriotik.

“Dia bukan sekadar seorang yang tidak takut mencuba tapi memang tidak takut untuk buat. Dan, Sudirman juga penyanyi yang ada jati diri cukup kuat. Dia buat album lagu Melayu seperti deli, joget, asli. Sememangnya dia seorang berfikiran jauh seolah-olah tahu dan yakin dia tidak hidup lama,” katanya.

Tambahnya lagi, Sudirman juga mahu membuktikan sesuatu iaitu sekiranya dia sudah tiada di dunia tetapi namanya tidak mudah dipadamkan dalam sejarah kerana penyanyi ini meninggalkan jejak yang sukar diganti.

“Dia seorang yang kerja kuat. Mungkin pelik tetapi untuk mendapatkan tenaga, Sudirman suka makan telur mentah,” jelas Habsah lagi.

Dalam diskusi itu, Mohd Kamarulzaman atau Che’ Kem yang kini dikenali sebagai Tunku Abdul Rahman dalam filem 1957: Hati Malaya, mengemukakan beberapa persoalan kepada Habsah berhubung dengan beberapa seni kata tulisannya yang cukup menyentuh jiwa apabila dinyanyikan oleh Sudirman seperti lagu Terasing, Merisik Khabar, Jauh Di Sudut Hati dan Salam Terakhir.

Mengulas perkara itu, Habsah menjelaskan, dia menulis seni kata secara tidak dirancang dan kebanyakannya disiapkan pada saat akhir iaitu ketika Sudirman sedang bersiap sedia untuk memulakan rakaman suara.

“Misalnya lagu Terasing. Lagu dan melodinya sudah disiapkan oleh Manan Ngah. Dia dan Sudirman sudah berada di studio untuk memulakan rakaman. Manan juga sudah menyiapkan liriknya tetapi Sudirman menolak. Manan kemudian menghubungi saya minta tulis lirik untuk Sudirman.

“Saya rasa dalam masa tidak sampai dua jam, lirik Terasing disiapkan dan Sudirman terus merakamkannya. Tapi disebabkan keakraban saya dengan dia menjadikan sedikit sebanyak memang boleh memahami perasaannya,” katanya.

Tambah Habsah, keakraban itu menjadikan Sudirman dianggap sebagai adiknya dan penyanyi itu sering bercerita mengenai harapan, impian dan cita-cita serta bebas menelefon pada bila-bila masa saja.

“Nasib baik suami sudah memahami sangat hubungan saya dengan Sudirman. Ada suatu ketika dia menelefon saya dalam keadaan sedih, sayu dan menangis. Dia memang berterus terang dengan apa yang tersimpan di hatinya. Saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan suruh dia bersabar dan banyak beristighfar.

“Lagu Merisik Khabar dinyanyikan Sudirman dengan penuh perasaan kerana liriknya memang satu luahan dalam dirinya pada waktu itu,” katanya.

sumber: sepat

KEWUJUDAN NAGA BERDASARKAN ISLAM

KEWUJUDAN NAGA BERDASARKAN ISLAM

Assalamualaikum

daripada beberapa research sy pasai naga,ini hasil yang saya telah temukan:

Abdurrazaq dan Ibnu jarir meriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata,”Sesungguhnya Iblis menawarkan dirinya kepada setiap binatang melata, agar dapat membawanya masuk ke Syurga dan berbicara kepada Adam dan isterinya. Namun semua haiwan menolak permintaannya…

Lalu dia berkata kepada ular “Aku akan melindungi dirimu dari gangguan Adam dan engkau ada dalam jaminanku jika engkau memasukkanku kedalam Syurga” Maka ular itu membawa Iblis diantara dua taringnya lalu masuk kedalam Syurga. Tadinya ULAR INI BERJALAN DENGAN KAKINYA,lalu Allah menjadikannya BERJALAN DI ATAS PERUTNYA.”

Ibnu Abbas berkata,”Maka bunuhlah ular dimanapun kamu terserempak dengannya. Pendamlah makhluk yang pernah mendapat jaminan dari musuh Allah itu.” (Luqthul Marjan fi Ahkamil Jaan, Imam Suyuthi, edisi terjemahan hal 178)

Iblis memberikan kedudukan “special” kepada bangsa ular disebabkan jasa2 depa yang pernah diberikan di langit yang telah membantunya untuk berjaya menghasut sejurus mengeluarkan Adam dan Hawa dari syurga. Ular tersebut diletakkan (sebagai yang dekat dengan Iblis) di istananya dan ular yang terkuat di Dunia ini adalah ULAR NAGA…

Naga Sekarang Adalah “Panglima” Istana Iblis Di Lautan:

Imam Ahmad berkata bahawa telah bercerita kepadaku Yunus dari Hammad bin Salamah dari Ali dari Abu Nadhrah dari Abu Said bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda kepada Ibnu Shayyad:“Apa yang kamu lihat? Dia menjawab, aku melihat singgasana di atas lautan yang dikelilingi oleh beberapa ular. Maka Rasulullah bersabda: sesungguhnya, dia telah melihat singgahsana Iblis.” (HR.Ahmad)

Ibnu Shayyad adalah tokoh yang sakti di zaman Rasulullah yang memiliki Kasyaf Syaithani yang matanya mampu untuk menembus alam jin dengan bantuan Iblis karena kekeramatannya para sahabat bahkan sampai menganggap Ibnu Shayyad ini adalah Dajjal..Ibnu Shayyad dalam hadis pernah diuji oleh Rasulullah mengenai Kasyaf Syaithaninya, kerana memang Ibnu Shayyad adalah salah satu kahin (dukun) maka dapat melihat Istana Iblis yang dijaga oleh ular-ular naga…
Bahkan disebabkan berjasanya ular naga bagi Iblis, tidak segan para Jin untuk merubah diri mereka menjadi ular disetiap kesempatan ketika bertasyakul (mengalij rupa). Rasulullah bersabda: “Ular-ular itu adalah jin yang mengubah rupa dan bentuknya sebagaimana Bani Israel yang berubah bentuk menjadi rupa monyet dan babi” (H.R. Thabrani dengan sanad yang sahih)

Kewujudan Naga/Ular Daripada Bangsa2 Jin:

Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa’labah al-Khasyani, sabda Rasulullah s.a.w :
“Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (sepertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ULAR dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)”

Kesimpulan

secara ringkasannya,Naga atau Ular Naga asalnya adalah haiwan drpd Syurga yg mempunyai kaki serta berjalan biasa namun,setelah berkerjasama dgn Iblis,bangsa2 ular tersebut telah diusir dari Syurga serta dilaknat oleh Allah S.W.T ada yg hilang kakinya & ada yg masih mempunyai kesaktian serta menjadi panglima kerajaan Iblis..sejak ribuan tahun dahulu lg,Naga telah hadir dlm kehidupan manusia sejurus ia diagung2kan,disembah malah makhluk yg ditakuti oleh masyarakat zaman dahulu dan mengenai keberadaannya juga telah dicatit dlm beberapa kitab/manuskrip dan sbgnya (spt dlm gambar)
so x hairan la kenapa NAGA muncul di dlm byk budaya2 di dunia kita nie,especially China,Jepun,Vietnam & Korea dimana Naga diagungkan sbg pembawa tuah…menurut kepercayaan matt saleh,Naga adalah makhluk jahat yg boleh mengeluarkan api dari mulutnya…tp x semestinya semua Naga itu jahat,masih ada yg baik,Naga yg dilaknat sahaja yg menjadi pengikut Iblis…

ukiran Naga juga terdapat di Masjid Demak,Indonesia serta di pedang Rasulullah SAW iaitu Al-Rasub serta di pedang Ottoman pd abad ke 13-14 & byk lg ukiran naga yg terdapat pd tempat & barang dlm sejarah Islam…

so adakah Naga adalah makhluk ghaib? jika semua ini benar,jawapannya adalah ya,ia makhluk ghaib,dia adalah sejenis ULAR,pendek kata naga adalah moyang kpd ular samada yg ada kaki atau xdak..mgkn naga tu besaq kot serta naga2 skrg menjadi panglima di istana Iblis sepertimana Imam Ahmad berkata bahwa telah bercerita kepada Yunus dari Hammad bin Salamah dari Ali dari Abu Nadhrah dari Abu Said bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda kepada Ibnu Shayyad:“Apa yang kamu lihat? Dia menjawab, aku melihat singgasana di atas lautan yang dikelilingi oleh beberapa ular. Maka Rasulullah bersabda: dia telah melihat singgahsana Iblis.” (HR.Ahmad)

Penutup

sebelum itu,harus diingati bahawa apa yg sy tulis dalam nie tidak semestinya benar 100%,ini hny kajian dari sumber yg berangkai & pelbagai,so jgn la kecam sy 😅 hny ingin share…kebenaran yg sebenar2nya hanya Allah Yang Maha Mengetahui
sekiranya terdapat apa2 yg bertentangan dgn syariat mohon diperbetulkan..kita manusia hanya mampu mengkaji,mendalami & meneka secara logik yg kita mampu,selebihnya hanya Allah S.W.T Pencipta Sekalian Alam yang mengetahui segalanya..

Wallahualam..

note: penah x mimpi terjumpa ulaq yang besaq..??..jgn tikam nombor ulaq sudah…
*gambar2 di bawah diambil drpd manuskrip yg berusia ratusan tahun iaitu kitab Al-Bulhan & Ajaib Al-Makhluqat Wa Gharaib Al Mawjudat kira2 pd abad ke 11-12…
segala kajian dirujuk drpd buku2 mengenai alam ghaib serta artikel2 mengenainya..

Sumber:  ayahanda sepuloh

9 Peristiwa menarik yang berlaku pada tahun 1980-an

9 Peristiwa menarik yang berlaku pada tahun 1980-an

Tapi sebelum itu, menerusi Oh Bulan, kami kongsikan antara perkara yang menarik berlaku pada 1980.

1) TV warna diperkenalkan

Pada Februari 1980, Televisyen warna telah diperkenalkan buat pertama kalinya di negeri Sabah dan Sarawak. Pada zaman dulu, kalau siapa yang ada TV warna dianggap orang berada la sebab mampu beli.

Sekarang ni bukan TV color je, TV nipis, TV 3D, TV gantung segala jenis TV ada di zaman moden ni.. Huhu

2) Sudirman sebagai ‘Michael Jackson’ Malaysia!

Arwah Sudirman Haji Arshad ni sememangnya ‘Legend’ dan menjadi idola di hati masyarakat di Malaysia. Sampai sekarang kalau orang serbut nama Sudirman mesti diorang akan terkenang lagu-lagu popular sepeti Salam Terakhir, Basika Tua dan Balik Kampung.

Paling tak boleh lupa bila Sudirman buat persembahan di Chow Kit Road pada 14 April 1986. Hampir 100, 000 yang turun padang untuk saksikan persembahan idola mereka. Epik gila beb!

3) Pemain bola sepak paling ‘Legend’

Mokhtar Dahari ni kiranya Cristiano Ronaldo pada zaman dulu la. Sangat lincah dan menjaringkan banyak gol untuk pasukan Malaysia dan pasukan Selangor. Sebut sahaja Mokhtar Dahari, ramai pemain antarabangsa yang kenal dengan kelibat beliau.

Paling ingat sekali apabila Mokhtar Dahari menjarinkan 2 gol ketika menentang Arsenal di Stadium Merdeka. Lawan Arsenal kot beb! Bukan calang-calang tu.

4) Yaohan shopping mall terbesar di KL

Sekarang ni di Kuala Lumpur penuh dengan shopping mall seperti Pavilion, Berjaya Times Square, Lot 10 dan macam-macam lagi. Tapi tahukah anda pada zaman 1980an, Yaohan mall merupakan mall yang paling besar di Kuala Lumpur. Woww!

5) Pasar seni dibuka buat kali pertama

Tipu lah siapa yang tak pernah sampai ke Pasar Seni. Pasar Seni merupakan salah satu tempat yang menarik dan tumpuan bagi pelancong dari luar negara. Oh ya, Pasar Seni atau Central Market telah dibuka buat kali pertama pada Februari 1986. Wahh lama gila.

6) Mee kari RM1? Mana nak dapat oii

Best nya hidup pada zaman dulu. Semua barang harga tak teruk macam sekarang ni. Korang bayangkan, dulu harga makanan macam mee kari, nasi lemak harga serendah RM1 je. Zaman sekarang ni mana nak dapat harga macam tu. Huhuhu

7) Jambatan Pulau Pinang yang ‘Famous’!

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang paling panjang di Malaysia dan juga keempat terpanjang di Asia Tenggara. Tahukah anda jambatan Pulau Pinang mula dibina pada tahun 1982 dan siap pada tahun 1985.

Eh 3 tahun je dah siap? Power gila.. Pembinaan jambatan ini telah memakan perbelanjaan sebanyak RM850 juta.

8) Kita kenal bendera negara lain sebab

Siapa ingat lagi pemadam yang ada bendera negara di seluruh dunia ni. Mengaku je laa, sebenarnya pemadam ni yang membantu kita untuk tahu rupa bendera dan nama negara orang lain.

Ada juga yang jenis kumpul pemadam ni sampai satu dunia lengkap buat koleksi. Paling tak pun korang akan guna pemadam ni untuk ‘fight’ dengan member. Macam kat bawah ni;

9) National barang elektronik paling trending

Pada zaman 1980an, National merupakan jenama barangan elektrik paling terkenal di Malaysia. Bila sebut sahaja ingin beli barang seperti mesin basuh, television atau pun rice cooker, pasti orang akan cari jenama National sampai lah zaman sekarang.

Tapi korang tahu tak sekarang jenama National telah ditukar ke Panasonic. Wahhh dah advance la! Panasonic sekarang merupakan antara jenama paling terkenal di dunia. Terbaik!

sumber: tenonettenonet