Month: April 2018

HANYA MINUM INI SETIAP PAGI SEBAGAI PENAWAR DARAH TINGGI, KENCING MANIS DAN KOLESTEROL TINGGI…SHARE PADA SEMUA YANG SAKIT

HANYA MINUM INI SETIAP PAGI SEBAGAI PENAWAR DARAH TINGGI, KENCING MANIS DAN KOLESTEROL TINGGI…SHARE PADA SEMUA YANG SAKIT

Lemon mengandungi flavonoid polyphenolic yang membantu mengurangkan tahap kolesterol buruk (LDL). Di samping itu, ia juga mengandungi vitamin C dan B yang membersihkan saluran darah, dan akibat yang melindungi keadaan dan penyakit-penyakit yang berkaitan (penyakit tiga serangkai) dengan tekanan darah tinggi, penyakit kencing manis dan penyakit jantung…

Inilah resepi yang kita mesti sediakan dan cuba.

Bahan-bahan:

  • 500ml air
  • 6 lemons
  • Madu (pilihan)

Petua mengamalkannya:

Pertama sekali, benar-benar basuh lemon tersebut, kemudian dipotong dua. Selepas itu, letakkan lemon tersebut di dalam periuk yang penuh dengan air dan direbus selama 3 minit.

Apabila ia mendidih dan biarkan sehingga sejuk selama 10 hingga 15 minit, kemudian buang lemon tersebut. Mengisi cawan dengan air ini dan simpan bahagian selebihnya untuk kegunaan akan datang. Jika anda ingin rasa manis, anda harus menggunakan madu.

Minum pagi dengan perut kosong dan menikmati faedah-faedah yang ditawarkan!

APA ITU KOLESTEROL?
Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol. Kolesterol sering disalahertikan dalam sebahagian diet harian kita. Kebanyakannya tahu bahawa mereka sepatutnya mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi ramai diantaranya yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol itu. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang kesan kolesterol di dalam badan.

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

Bagaimana Pembentukan Plak Ini Menyebabkan Bahaya?

Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.

Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

Ubah corak pemakanan untuk menurunkan tahap kolesterol.

Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia. Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan mengubah cara pemakanan harian kita. Dengan mengelak pengambilan makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan.

mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari.

Dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi di dalam badan supaya mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari. Nasihat lanjut perlu anda dapatkan dari doktor dan pakar untuk tindakan seterusnya.

Kongsi pengalaman derita 3 jenis kanser

Kongsi pengalaman derita 3 jenis kanser

SIAPA menyangka di sebalik senyuman manis terukir di bibir dan kelihatan sihat, sebenarnya ibu tiga anak ini melalui detik mencemaskan kerana menghidap tiga jenis kanser dalam tempoh tiga tahun.

Walaupun, serangan kanser itu bertubi-tubi bermula dengan kanser payudara, kemudian paru-paru dan diikuti kanser tulang pinggul, namun tidak mematahkan semangat, Wan Musfirah Aimi Wan Supian, 33, terus menjalani kehidupan sehingga sekarang.

Pegawai eksekutif di sebuah bank itu, berkata ketika ini beliau masih menjalani rawatan kanser tulang pinggul yang kini berada pada tahap empat, namun tetap positif dan berharap bebas sepenuhnya.

Cuma, beliau agak lega kerana kanser payudara tahap dua dan kanser paru-paru tahap tiga yang dideritai sebelum ini berjaya dirawat sepenuhnya selepas menjalani pelbagai rawatan termasuk kemoterapi.

Mengimbas memori itu, Wan Musfirah Aimi berkata, beliau hanya mendapat tahu menghidap kanser payudara ketika berusia 30 tahun selepas mengalami sakit di bahagian ketiak.

Bekas Pesakit Kanser, Wan Musfirah Aimi pada Program Ceramah Kesihatan Wanita di NR Medical Imaging Sdn Bhd, Shah Alam. Gambar kanan, Wan Musfirah yang mengalami keguguran bulu kening serta kelopak matanya berikutan kanser. – Foto Faiz Anuar
Katanya, perjalanan beliau melalui keadaan itu yang disahkan menghidap kanser dan rawatan dijalani sangat mencabar, namun tidak berputus asa untuk sembuh sepenuhnya.

“Saya hanya mendapat tahu yang saya mempunyai kanser payudara pada Januari 2015 apabila memaklumkan kepada doktor mengenai kesakitan yang saya alami di bahagian ketiak.

“Sebaik sahaja disahkan saya terus mendapatkan rawatan alternatif terlebih dahulu selama enam bulan, tetapi akhirnya berputus asa selepas tiada perubahan sebelum mendapatkan rawatan di hospital untuk membuang payudara kiri.

“Selepas membuang sel kanser berkenaan, tidak lama kemudian saya disahkan menghidapi kanser paru-paru apabila sel penyakit itu sudah merebak ke organ berkenaan, walaupun selepas sebulan menjalani pembedahan.

“Terus saya mulakan rawatan kemoterapi dan kemudian terapi hormon,” katanya,” yang juga dipilih sebagai Ibu Sejati melalui kempen Lady’s Choice, jenama mayonis di bawah Unilever (M) Sdn Bhd (Unilever) dengan kerjasama strategik Media Prima Bhd (Media Prima).

Beliau berkongsi pengalamannya pada Ceramah Kesihatan Wanita anjuran NR Pusat Diagnostik dan Hospital UMRA di TTDI Adina, di Shah Alam.

Turut memberi ceramah, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital UMRA, Dr Mohammed Niraj Mohammed Feizal; Pakar bedah dari Hospital Columbia Asia, Dr Rosliza Ghazali; wakil daripada Breast Cancer Foundation, Razlan Patrick Phillip.

Wan Musfirah Aimi . diuji sekali lagi selepas disahkan menghidap kanser tulang pinggul pula, pada Julai tahun lalu.

“Sekali lagi, saya harus membuat rawatan radioterapi untuk membunuh sel kanser,” katanya yang aktif sebagai penceramah bebas untuk berkongsi pengalaman mengharungi liku-liku sebagai pesakit kanser

Disebabkan rawatan radioterapi yang dijalani beliau disahkan menopaus pada usia yang muda dan kini masih melalui rawatan terapi hormon dan kemoterapi.

Sehingga kini, beliau sudah menjalani 17 rawatan terapi hormon, kemoterapi (enam), radioterapi (enam) dan hormon terapi untuk menopaus (enam).

Beliau berkata, kemungkinan kanser yang dihadapinya juga berpunca daripada gaya hidupnya.

“Saya sedar gaya hidup adalah sangat penting. Kita harus jaga pemakanan dan bersenam dalam menghindari kanser.

“Ramai orang yang saya kenali apabila mereka disahkan menghidapi kanser terus berputus asa. Percaya ini bukan pengakhiran hidup. Kita harus melawan kanser ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Mohammed Niraj berkata, setiap orang perlu membuat rawatan berkala untuk mengesan barang risiko penyakit termasuk kanser bagi mengelak menjadi lebih serius.

“Ini penting supaya mereka boleh menyimpan rekod sahsiah penyakit yang dihadapi, selain menjaga kesihatan,” katanya.

“Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam, diet, minum air masak selalu dan lain-lain lagi. Jangan sudah sampai di peringkat yang akhir baru nak rawat.

“Apa yang terbaik bagi mereka yang tidak menghidap kanser untuk mencegahnya,” katanya.

Info:

Kanser payudara

* Antara kanser utama dalam kalangan wanita di Malaysia.

*1 daripada 19 wanita adalah berisiko menghidapnya.

* Wanita 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.

‘Neymar sempat pulih untuk Piala Dunia’

‘Neymar sempat pulih untuk Piala Dunia’

RIO DE JANEIRO: Neymar berusaha keras untuk pulih daripada kecederaan kaki yang memaksanya berehat sejak Februari lalu dan akan kembali beraksi di Piala Dunia 2018, kata doktor pasukan Brazil yang menjalankan pembedahan ke atasnya. “Neymar sedang menjalani pemulihan dengan cara terbaik,” kata Rodrigo Lasmar kepada GloboEsporte, hari ini. “Dia berusaha keras dengan jangkaan yang dia akan kembali dalam keadaan terbaik sebelum latihan Piala Dunia bermula.” Neymar yang menjalani pemulihan di sini, berkata pada minggu lalu bahawa dia tidak akan turun ke padang sehingga 17 Mei ini – tarikh ujian perubatan terakhir susulan pembedahan di Belo Horizonte pada 3 Mac lalu. Ia sekali gus menyaksikan kempen Neymar bersama Paris Saint-Germain (PSG) sudah berakhir dengan Caen menjadi lawan terakhir mereka pada 19 Mei nanti. Tetapi dia kekal berada pada landasan betul untuk beraksi dalam Piala Dunia di Russia daripada 14 Jun hingga 15 Julai nanti. Kem latihan pasukan kebangsaan Brazil dijadualkan bermula pada 21 hingga 27 Mei di Teresopolis, namun Lasmar menyatakan keutamaan Neymar adalah untuk mencari kecergasan semula. “Kami perlu meningkatkan kecergasan fizikalnya kerana ia sudah tentunya menurun. Pemain yang baharu pulih daripada kecederaan berhak mendapat penilaian individu,” kata Lasmar. Penyerang berusia 26 tahun itu yang juga pemain termahal dunia mengalami keretakan di bahagian kaki kanannya pada 26 Februari lalu sewaktu PSG mengatasi Marseille 3-0.