Mengapa WANITA perlu makan timun setiap hari?

Mengapa WANITA perlu makan timun setiap hari?

Timun sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan wanita? Boleh guna dari hujung rambut ke hujung kaki, tapi kena tahu caranya. Ok, jom kita tinjau apakah khasiat timun:

 

  1. Cepat kurus

Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air. Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit. Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun timun membantu mengurangkan paras kolestrol.

 

  1. Rambut

Timun membantu menggalakkkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.

  1. Gusi dan Gigi

Jus timun juga bermanfaat bagi anda yanag mengalami masalah gigi dan gusi keran timun merupakan sumber serat yang baik.

 

  1. Mata

Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan saja timun yang yang dipotong membulat pada mata. Timun mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak tersebut.

 

  1. Sistem Penghadaman

Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser keasidan, pedih ulu hati dan gastrik. Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman.

  1. Kulit

Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu seperti magnesium, kalium, serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit. Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketegangan kulit. Kulit timun membanti memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari. Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *