Author: admin

Mengapa Kita Tidak Boleh Mengucap “ISRAEL LAKNATULLAH”

Mengapa Kita Tidak Boleh Mengucap “ISRAEL LAKNATULLAH”

Kamu Mencela Israel Sedangkan Itu Nama Nabi Ya’kub Alaihisalam

Baru baru ini dengan conflict yang telah dilakukan oleh Rejim Zionist Laknatullah terhadap Palestine sudah membangkit kemarahan umat manusia lagi lagi umat islam. Kemarahan ini memang sepatutnya ada dan kami umat islam juga lebih diutama untuk merasa marah dan tidak puas hati kerana saudara kita dizalimi.

Tetapi ada yang melampaui batas hingga mereka mencaci dan mencela dan ada yang hingga melaknat ISRAEL. Memang niat itu hendak mencela negara Israel dan bukan lah terhadap Nabi Allah Ya’kub Alaihisalam yang digelar Israel juga.

Jadi persoalannya adakah ini dibolehkan walaupun niat kita bukan hendak mencela seorang Nabi Allah?

Israel adalah gelaran bagi Nabi Ya’kub Alaihisalam

Allah ta’ala berfirman:

كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلَّا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ
“Semua makanan adalah halal bagi Bani Israil melainkan makanan yang diharamkan oleh Israel untuk dirinya sendiri sebelum Taurat diturunkan.” (QS. Ali Imran: 93)

Israel yang pada ayat di atas adalah Nabi Ya’qub ‘alaihis salam. Dan nama ini diakui sendiri oleh orang-orang yahudi

Apa erti Israel?

Kata “Israil” merupakan susunan dua kata israa dan iil yang dalam bahasa arab artinya shafwatullah (kekasih Allah). Ada juga yang mengatakan israa dalam bahasa arab artinya ‘abdun (hamba), sedangkan iil artinya Allah, sehingga Israil dalam bahasa arab artinya ‘Abdullah (hamba Allah). (Simak Tafsir At Thabari dan Al Kasyaf untuk surat Al Baqarah ayat 40)

Hujjah Pertama

1. Israel adalah nama gelaran bagi Nabi Yakub Alaihisalam. Meskipun niat kita bukan hendak mencela baginda a.s

Allah melarang para sahabat untuk menggunakan kalimat yang disalah gunakan oleh Yahudi ketika memanggil Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allah berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقُولُوا رَاعِنَا وَقُولُوا انْظُرْنَا وَاسْمَعُوا وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu katakan (kepada Muhammad): “Raa’ina”, tetapi Katakanlah: “Unzhurna”, dan “dengarlah”. dan bagi orang-orang yang kafir siksaan yang pedih. (QS. Al-Baqarah: 104)
Kata raa’ina memiliki dua kemungkinan makna,
Diturunkan dari kata raa’a – yuraa’i yang artinya perhatikan. Sehingga raa’ina bermakna perhatikanlah kondisi dan keadaan kami.
Diturunkan dari kata ru’unah, yang artinya orang bodoh. Sehingga kata raa’ina bermakna ’orang bodoh di kalangan kami.’
Jadi para sahabat menggunkana perkataan “Raa’ina” dengan makna yang pertama iatu
“Ya Rasulullah raa’ina” iatu “Wahai Rasulullah, perhatikanlah kami..
Tetapi pada masa yang sama puak Yahudi menggunakan perkataan yang sama dengan maksud yang kedua iatu
“Ya Muhammad raa’ina” iatu “Wahai Muhammad orang bodoh di kampung kami.”

Maka Allah swt menurukan ayat tersebut sebagai teguran dan menyuruh mereka untuk menggunakan perkataan yang lain iatu undzurnaa, yang maknanya sama.

Di sini jelas, kita yakin bahawa Para Sahabat tidak ada niat sekali hendak menggunakan maksud yang kedua terhadap nabi. Tetapi kerana perkataan itu mempunyai dua maksud yang berlainan dan Allah swt menyuruh untuk gunakan perkataan yang lain.

Begitu juga dengan maksud Israel iatu boleh jadi disandarkan kepada Nabi Ya’kub Alaisalam tetapi boleh juga disandarkan kepada Negara Israel, Walaupun tidak ada niat sekali pun untuk mencela Nabi Ya’kub tetapi guna lah perkataan lain seperti Yahudi, Zionist dan sebagainya.

Hujjah Kedua

Allah menyebut yahudi dalam al-Quran dengan dua nama; Yahudi dan Bani Israil.
Sebagai mukmin yang baik, kita selayaknya lebih mengedepankan istilah yang Allah gunakan dari pada istilah buatan manusia. Karena ini termasuk bentuk menjaga keotentikan syiar islam.
Kerana Allah gelarkan Yahudi dan Bani Israel maka kita elak dari menggunakan istilah baru iatu “Israel” yang disandarkan kepada Negara Israel.

Hujjah Ketiga

Celaan dan makian ini boleh disasarkan kepada Nabi Ya’kub.
Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdakwah di Mekkah, orang-orang musyrikin Quraisy mengganti nama Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan Mudzammam (manusia tercela) sebagai kebalikan dari nama asli Beliau Muhammad (manusia terpuji). Mereka gunakan nama Mudzammam ini untuk menghina dan melaknat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mudzammam gila, Mudzammam tukang sihir, dst. Dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak merasa dicela dan dilaknat. Karena yang dicela dan dilaknat orang-orang kafir adalah “Mudzammam” bukan “Muhammad”. Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Tidakkah kalian heran, bagaimana Allah mengalihkan laknat dan celaan orang Quraisy kepadaku. Mereka mencela dan melaknat Mudzammam sedangkan aku Muhammad.” (HR. Ahmad 7331, Bukhari 3533, dan Nasai 3438)
Di sini, bahawa apa yang dicela dan dilaknat oleh Puak Yahudi sebenarnya tidak disasarkan kepada Rasulullah SAW kerana Nama baginda SAW bukan lah Muzammam tetapi Muhammad SAW.
Walaupun memang benar bahawa puak Yahudi berniat untuk mencela Nabi SAW tetapi Baginda SAW tidak anggap itu sebagai celaan kepada baginda SAW sebab itu bukan nama baginda saw.
Maka begitu juga, boleh jadi orang yang suka mencaci dan menlaknat Israel disasarkan kepada Nabi Ya’kub Alaihisalam kerana itu memang nama baginda.

Hujjah Keempat

Nama Israel seperti dibincangkan maksud dia sangat baik iatu Kekasih Allah atau Hamba Allah. Jadi bukan perkara yang baik jika kita menlaknat nama itu dan mencaci ia.
Jadi elak kan lah dari menggunakan nama Israel. Gunakan nama seperti Yahudi, Bani Israel maupun Rejim Zionist.

Wallahualam
Kelebihan Hari Jumaat yang Ramai Pandang Remeh

Kelebihan Hari Jumaat yang Ramai Pandang Remeh

Sahabat yang dirahmati Allah,

Hari Jumaat adalah hari hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : “Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui”. (Surah Jumaah ayat 9)

Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.

Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka mencatatnya.

Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid, hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.

Sebaik-baiknya hendaklah ia solat di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia sedang solat. .Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala nasihat tersebut.

Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud:”Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Setiap hari-hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada hari-hari lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu :

1. Berlakunya hari kiamat.

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : “Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari Syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada Syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya : “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Jadi, sama-samalah kita berdo’a moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah s.w.t.

5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.

Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yangsebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya do’a di antara dua khutbah.

Majoriti ulama’ berpendapat bahawa makbulnya do’a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo’a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do’anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Sahabat yang dimuliakan,

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.”

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.”

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.”

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam , ” dan

“Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.”

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tarmizi).

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam antaranya adalah :

1.Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat. Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda maksudnya : “Tidaklah daripada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

2. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

3. Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan surah Al-Insan.

4. Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

5. Memperbanyakkan do’a, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

6. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

7. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”

8. “Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.”

9. “Mereka yang berdo’a dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.”

Sahabat,

Marilah kita sama-sama kita menfaatkan malam dan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdo’a dan berselawat kepada Nabi s.a.w. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Semoga kalian semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dalam amalan soleh yang kalian kerjakan.

by Abu Basyer



Suami Akan Dilaknat Allah Apabila Melakukan 7 Perkara Ini Pada isterinya

Suami Akan Dilaknat Allah Apabila Melakukan 7 Perkara Ini Pada isterinya

Duhai saudara seislam, ada beberapa hal yang bisa membuat seorang suami dianggap berbuat derhaka pada istri dan akan mendapatkan ganjarannya Dan laknat Allah, beberapa di antaranya sebagai berikut:



1.Menjadikan Istri Sebagai Pemimpin Rumah Tangga

Dari Abu Bakrah, ia berkata: “Rasulullah saw.bersabda: ‘tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita.’ “(HR.Ahmad n0.19612 CD, Bukhari, Tirmidzi, dan Nasa’i)
Saat ini banyak suami yang malas bekerja dan menyandarkan kebutuhan hidupnya pada sang istri sehingga secara tak langsung menjadikan istri sebagai pemimpin rumah tangga.
Suami seperti ini tentu saja telah berbuat durhaka karena tak melaksanakan kewajibannya dan bahkan menyulitkan istrinya dengan keharusan menafkahi dirinya. Ia akan kehilangan martabat dan harga diri di hadapan manusia terlebih lagi di hadapan Allah.

2.Tidak memberi wang belanja/ nafkah

Dari ‘Abdullah bin’ Amr, ia berkata: “Rasulullah bersabda: ‘seseorang cukup dipandang berdosa bila ia menelantarkan belanja orang yang menjadi tanggung jawabnya.'” (HR.Abu Dawud no.1442 CD, Muslim, Ahmad, dan Thabarani)
Terhadap suami yang seperti ini, istri dapat mengambil diam-diam harta suami untuk mencukupi kebutuhan hidup diri dan anaknya:
“Dari Asyah ra, bahwa Hindun binti Utbah pernah berkata: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mau memberikan kepadaku belanja yang cukup untuk aku dan anakku, sehingga terpaksa aku mengambil dari hartanya tanpa sepengetahuannya.” Beliau besabda:’ Ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar. “(HR.Bukhari no.4945 CD, Muslim, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, dan Darimi)

3.Tidak melunaskan mahar pernikahan

Dari Maimun Al-Kurady, dari bapaknya, ia berkata: “saya mendengar nabi saw. (Bersabda): ‘siapa saja laki laki yang menikahi seorang perempuan dengan mahar sedikit atau banyak, tetapi dalam hatinya berarti tidak akan menunaikan apa yang menjadi hak perempuan itu , berarti ia telah mengacuhkannya. Bila ia mati sebelum menunaikan hak perempuan itu, kelakpada hari kiamat ia akan bertemu dengan Allah sebagai orang yang fasiq … ‘”(HR.Thabarani, Al-Mu; jamul, Ausath II / 237/1851 CD)

4.Mengabaikan kemahuan seksual istri

Suami yang berjima hanya untuk memuaskan kebutuhannya saja dan tidak peduli pada istrinya, sesungguhnya juga telah berbuat kesalahan.
Dari anas ra, Nabi saw bersabda: “jika seseorang di antara kalian bersenggama dengan istrinya, hendaklah ia melakukannya dengan penuh kesungguhan. Selanjutnya, bila ia telah menyelesaikan kebutuhannya (mendapatkan kepuasan) sebelum istrinya mendapatkan kepuasan, janganlah ia buru buru (mencabut kemaluannya) sampai istrinya menemukan kepuasan. “(HR.’Abdur Razzaq dan Abu Ya’la, Jami ‘Kabir II / 19/1233 )
Rasullullah saw bersabda: “Janganlah sekali kali seseorang diantara kalian menyenggamai istrinya seperti seekor hewan bersenggama, tetapi harus ada pendahuluan diantara keduanya.’ada yang bertanya” apakah kemajuan itu? “Beliau bersabda:” Ciuman dan ucapan (romantis). “(HR Abu Syaikh)

5.Berjimak ketika isteri haid atau melalui dubur

Dari Ibnu Abbas, ia berkata: “‘Umar (Ibnu Khaththa) datang kepada Rosulullah saw., Ia bertanya:’ Ya rosullullah, saya telah binasa. ‘ Beliau bertanya: ‘apa yang menyebabkan kamu binasa?’ Ia menjawab: ‘semalam saya telah membalik posisi istriku.’akan tetapi dia tidak menjawab sedikitpun, lalu turun ke Rosulullah saw ayat.’istri kalian adalah ladang bagi kalian, maka datangilah lading kalian dimana dan kapan saja kalian inginkan.’ (Selanjutnya Beliau bersabda : ‘Datangilah dari depan atau belakang, tetapi jauhilah dubur dan ketika haid.’ “(HR Tarmidzi no.2906)
6.Menuduh isteri berzina
“Dan orang orang yang menuduh istri mereka berzina, padahal mereka tidak memiliki saksi saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian satu orang dari meeka adalah bersumpah empat Kalli dengan nama Allah bahwa sesungguhnya dia adalah termasuk orang orang yang benar (dalam tuduhannya) (7) dan kelima kalinya (ia mengucapkan) bahwa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ternyata ia tergolong orang orang yang berdusta. “(QS.An-Nuur (24): 6-7)
7.Memukul dan Memburuk burukkan istri di hadapan orang lain

Dari mu’awiyah Al-Qusrayiri, ia berkata: “saya pernah datang kepada Rosulullah saw. ‘ Ia berkata lagi: ‘saya lalu bertanya:’ Ya Rosulullah, apa saja yang engkau perintahkan (untuk kami perbuat) terhadap istri-istri kami? ‘Beliau bersabda:’ … janganlah kalian memukul dan janganlah kalian memburuk burukkan mereka. ‘”(HR Abu Dawud no 1832) (ummi)
Buat Sendiri Ubat Batuk Menggunakan Buah Nanas, 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Dari Ubat Batuk Klinik

Buat Sendiri Ubat Batuk Menggunakan Buah Nanas, 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Dari Ubat Batuk Klinik

Ramai kita diluar sana akan mencari ubat membeli ubat-abat di farmasi atau kedai jika di jangkiti batuk, ada antara kita memilih ubat yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan ada antara kita memilih ubatan kimia.

Bagi mereka yang mahu menggunakan ubat batuk bebas bahan kimia atau ubatan moden, ubat batuk yang dibeli di kedai dipercayai menggunakan bahan tradisional pun kita tidak tahu adakah ianya 100% bahan tradisional bebas kimia, jadi alangkah baiknya jika kita hasilkan sendiri ubat batuk di rumah yang sudah pasti bebas dari bahan kimia.

Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Norashikin Bt Hasan di mana beliau berkongsikan cara-cara untuk menghasilkan ubat batuk organik menggunakan buah Nanas.

Jom kita baca perkongsian dan cara-cara menghasilkan ubat batuk berkenaan.

Ada 3 jenis nenas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nenas madu, nenas sarawak/paun dan nenas moris. Boleh guna mana-mana jenis nenas. Saya guna nenas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara

1. Buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.

2. Potong cube, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. 🙂 saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dgn madu. 🙂 Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bhgn tengah dan join sekali dlm blender.

3. Blend sampai halus. Tapis.

Ini hasilnya.’

4. Tapis lagi dengan penapis yg lebih halus. Buih-buih jus nanas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis molek deh.

5. Masukkan dalam botol yg kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye’

6. Siap dimasukkan dlm botol. Ini tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot2 anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh.

7. Guna picagari utk beri pada si manja. Sinergikan dgn madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dlm botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dlm picagari ketika ingin diberikan kpd anak.

8. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nenas makan terus cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap.

EDITED: Kami di Siakapkeli tidak mengesyorkan jus nanas ini diberikan kepada bayi kerana sifatnya yang tajam.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada uabt batuk biasa yang di beli di kedai.

Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam merawat batuk, ternyata pesakit yang mengambil jus nanas 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa.

Namun kerana sifatnya yang agak tajam, disyorkan hanya diberikan kepada bayi berumur setahun dan ke atas, namun menurut puan Norashikin, jika risau untuk berikan nenas kepada anak bawah setahun, madu dan habatussauda sesuai digunakan untuk merawat batuk. –Siakapkeli.my

KOMEN PAKLONG

Kalau hampa betul-betul tak lena la cikgu mengajar sains kat sekolah, hampa akan faham , semua benda sekeliling kita adalah berasal dari tindak balas kimia. Jadi kalau ada yang guna resepi ni untuk lari dari ubat kimia hospital, ubat nanas ni pun ada bahan kimia sayang oi .Manusia akan takut pada benda yang dia tak faham, sebabtu ramai benar yang share resepi ni , sebab nampak simple, dan hampa  faham ramuan dia dari awal sampai habis.

Jadi, dengar cakap Paklong ni, ubat klinik tak semestinya tak bagus sebab dia ada bahan kimia, jus nenas ni pun ada bahan kimia, tahi telinga hampa pun bahan kimia, air liur hampa pun bahan kimi. Jangan serbu takutkan benda yang kita tak faham, Paklong tak suruh semua hampa pi apply kos farmasi sebab  nak faham ubat batuk , kalau tak tahu, TANYA . Ada orang lain dalam kampung kita yang dah belajar  pasal ubat ni  5 6 tahun dah  , contohnya DOKTOR  dan FARMASI.

Puas kena berleter? Paklong blah dulu , air dah mendidih kat dapur.

Ini Bukti Tsunami 2004 di Malaysia adalah Buatan Manusia

Ini Bukti Tsunami 2004 di Malaysia adalah Buatan Manusia

BUMI YANG TERCINTA

TSUNAMI YANG BERLAKU PADA 26 DISEMBER 2004 ADALAH BUATAN MANUSI

Pada 26 December 2004, telah berlaku satu trajedi yang menggemparkan seluruh dunia. Tragedi tersebut telah mengorbankan lebih dari 500,000 manusia. Angka yang sebenar tidak dapat dipastikan oleh sesiapapun.

Tragedi tersebut ialah “tsunami” atau digelar “ombak besar” telah berlaku di Lautan Hindi berhampiran pantai barat Aceh dan tersebar ke kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia.

Gempa bumi yang kononnya sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan telah mengakibatkan “tsunami”. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter.

Ramai yang menyalahkan “takdir” dan “gempa bumi” sebagai punca berlakunya tsunami 2004.

TETAPI tahukah anda bahawa tsunami yang berlaku pada 26 December 2004 itu adalah buatan manusia?

Seorang wartawan bebas dari Australia yang bernama Joe Vialls telah membuat suatu pendedahan yang menggemparkan dunia.


Joe Vialls

Menurut Joe Vialls, bahawa tsunami yang berlaku pada 26 December 2004 itu adalah buatan manusia.

Berikut adalah fakta dan penjelasan yang diberikan oleh Joe Vialls:

Fakta 1: Penggunaan bom  “American 9 megaton W-53 thermonuclear warhead” 

Gambar dibawah menunjukkan bom yang digunakan untuk meletupkan dasar laut Sumatra dan akhirnya mengakibatkan Tsunami pada 26 December 2004.

Bom “American 9 megaton W-53 thermonuclear warhead” adalah bom yang dipercayai telah digunakan untuk meletupkan dasar laut di Sumatra berhampiran Aceh. Bom ini adalah milik Pentogan di Amerika tetapi telah diseludup oleh orang tertentu.

Bom ini adalah yang paling sesuai untuk menahan tekanan air laut yang dianggarkan sebanyak 10,000 paun untuk setiap inci di dasar laut “Sumatran Trench”. Bom ini cuma 5 ton sahaja beratnya dan mudah untuk dimuatkan didalam mana-mana kapal secara rahsia.


Fakta 2: Corak gegaran yang berlaku adalah sama dengan corak gegaran yang berlaku di Nevada setelah berlakunya letupan bom nuclear di bawah tanah.

Pada 26 December 2004, telah tercipta suatu gelombang besar dari dasar laut di “Sumatran Trench” iaitu sekitar 155 batu dari daerah Aceh.

Gelombang besar itu bergerak pada kelajuan 18,000 batu sejam dan telah sampai ke Banda Aceh dalam masa 32 saat dan telah mengakibatkan gegaran bumi selama 13 saat, (Ciri-ciri Ini adalah sama seperti yang berlaku di Nevada setelah berlakunya letupan bom nuclear di bawah tanah.)

Selepas berlakunya gegaran, tidak ada apa-apa berlaku selama 22 minit. Tidak ada kecederaan, harta benda tidak musnah. Kemudian secara tiba-tiba muncullah “Tsunami” yang dahsyat yang akhirnya memusnahkan setiap yang di berada dilaluannya.


Fakta 3: Bacaan skala Richter dari NOAA sentiasa berubah (Mula-mula mereka kata 6.4 skala Richter, kemudian berubah jadi 8.0, kemudian 8.5, kemudian 8.9, kemudian 9.0, kemudian jadi 9.1, dan akhirnya menjadi 9.3 skala Richter.

Pejabat Geophysical Jakarta telah mengumumkan bahawa telah berlaku gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter. TETAPI maklumat ini telah ditutup dan diubah menjadi 8.00, kemudian 8.5, kemudian 8.9, kemudian 9.0, kemudian 9.1, dan akhirnya menjadi 9.3 skala Richter oleh NOAA (National Oceanic and Atmospheric Administration).


Fakta 4: Kerajaan India tahu bahawa ini bukanlah gempa bumi yang semulajadi.

India tidak pernah menghadapi masaalah “tsunami” sepanjang sejarah India.  Pada 29 December 2004, Pengarang akhbar The India Daily telah melaporkan:
“Was this a showdown by a country to show the region what havoc can be created?”…
“Given the level of devastation and given the fact India is a regional power in South Asia, [the] Indian Navy has an obligation to investigate and tell the world what they found.”

Target utama “Mereka” ialah 2 lokasi Reactor Nuclear di India iaitu Kalpakkam dan Koodankulam berhampiran Chennai, India. Sekiranya kedua-dua Reaktor Nuclear ini meletup maka akan membawa bencana kepada seluruh penduduk di India. Maka India perlu melutut memohon bantuan kewangan dari IMF.
Tetapi “tsunami” yang melanda di India tidak mampu untuk melaksanakan hajat “mereka”.


Fakta 5: Video yang dirakam oleh penduduk Aceh jelas menunjukkan bahawa tidak ada harta benda musnah selepas gegaran bumi. 

Jika anda melihat video yang dirakam oleh penduduk Aceh sewaktu kejadian gegaran bumi pada 26 Disember 2004, Anda akan mendapati bahawa tidak ada berlaku sebarang kerosakan pada bangunan disitu. Penduduk disitu juga kelihatan berjalan dan duduk seperti biasa tanpa ada sebarang rasa takut.



Fakta 6: Siapakah yang “UNTUNG” akibat dari tsunami 2004?

Untuk mendapatkan jawapan untuk soalan tersebut, kita perlu berfikir beberapa perkara:

1) Siapakah yang sanggup membunuh manusia seramai 500,000 orang hanya untuk terus berkuasa?
2) Siapakah yang telah membunuh ramai manusia di Iraq?
3) Siapakah yang telah membunuh ramai manusia di Afghanistan?
4) Siapakah yang telah membunuh ramai manusia di Palestine?

Fikirkanlah…………

Sumber rujukan:

http://www.reformation.org/joevialls.html
http://www.supremelaw.org/authors/vialls/Asia%20Tsunami%20Proved%20Biggest%20War%20Crime%20in%20History.htm
http://www.whale.to/b/vialls_h.html
http://www.theatlantic.com/photo/2014/12/ten-years-since-the-2004-indian-ocean-tsunami/100878/
https://wikispooks.com/wiki/Joe_Vialls’_website
http://web.archive.org/web/20051126041417/http://www.vialls.com/joespassing.html
http://www.abovetopsecret.com/forum/thread155744/pg

TERKINI: Israel Sembur Bahan Kimia Toksik Pembunuh Atas Ladang-Ladang Penduduk Palestin

TERKINI: Israel Sembur Bahan Kimia Toksik Pembunuh Atas Ladang-Ladang Penduduk Palestin

TERKINI: Israel Sembur Bahan Kimia Toksik Pembunuh Atas Ladang-Ladang Penduduk Palestin

SEMENANJUNG GAZA, 13 Syaaban 1438H, Rabu – Pengusaha pertanian Palestin berdepan kerugian teruk selepas pesawat rejim Israel bertindak menyembur bahan kimia toksik dan racun perosak berbahaya di atas tanah ladang mereka di Semenanjung Gaza.

Sumber tempatan berkata, beberapa kawasan terjejas di antara bandar Jalur Gaza selatan di Khan Yunis dan bandar Jalur Gaza Pusat di Dayr al-Balah.

Katanya, rejim Israel turut mengancam untuk melepaskan tembakan ke kawasan penternakan dan petani sekiranya mereka mendekati kawasan lain.

Seorang petani Palestin berkata, beberapa hasil tanamannya seperti tembikai, bendi dan gandum yang berada berhampiran dengan pusat pemeriksaan Israel telah disembur dengan racun perosak dan racun rumpai.

Katanya, racun rumpai itu digunakan oleh Israel untuk merosakkan tumbuhan liar di sekitar pagar keselamatan, yang biasanya disembur berpuluh meter jaraknya dari ladang tanaman mereka.

Namun, beliau yakin rejim itu sengaja menyasarkan kawasan tanamannya sehingga menyebabkan segala hasil terjejas dan rosak.

Petani Palestin kini berusaha untuk memenuhi permintaan yang tinggi kepada 1.8 juta penduduk Gaza yang dikawal oleh rejim itu. Mereka berdepan dengan pelbagai cabaran disebabkan oleh kekurangan peralatan pertanian dan racun perosak yang diluluskan.

Disebabkan oleh penurunan dalam pengeluaran dan larangan Israel ke atas kemasukan komoditi asas, petani Gaza terpaksa menggunakan bahan-bahan kimia yang diharamkan, bagi memaksimum hasil tanaman.

Ia sekaligus akan menimbulkan bahaya terhadap kesihatan petani dan juga pengguna.- Agensi

Kenali Jeneral Dajjal di atas muka Bumi ini, Manusia paling jahat di dunia.

Kenali Jeneral Dajjal di atas muka Bumi ini, Manusia paling jahat di dunia.


Mengapa Rothschild dan Rockefeller paling jahat?

Kedua-dua makhluk ini merupakan benih dari keturunan Yahudi asli yang mana bertanggungjawab di atas masalah-masalah ekonomi dunia dan juga peperangan dunia.

Kedua-dua mereka memiliki kekayaan yang tiada had, namun kekayaan mereka disembunyikan oleh majalah FORBES dan diletakkan dengan nama yahudi lain iaitu Bill Gates. (Bill Gates juga seorang Yahudi sejati)

Kekayaan Rothschild dan Rockefeller adalah diperoleh secara turun temurun semenjak zaman sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW.

Menurut kebanyakan ilmuwan Islam, keturunan Rothschild adalah dari nasab salah seorang Bani Israel yang mengikut Nabi Musa a.s. merentas laut Merah kerana dikejar Firaun.

Keturunan nenek-moyang Rothschild ini jugalah yang berpaling tadah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun dengan mengikut kata-kata dusta Samiri (Dajjal) agar menyembah patung lembu.

Rothschild dan Rockefeller adalah Yahudi dari suku Ashkenazi iaitu sama keturunannya dengan Karl Marx, Hitler dan Albert Pike.

Mereka menguasai seluruh ekonomi dunia termasuk Jepun.

Persoalannya, bagaimana kedua-dua mereka menguasai dunia? Itu adalah cerita panjang yang mana anda perlu menyelongkar semula sejarah berlakunya Revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan beberapa negara Eropah lain.

============================================================================================================================

ASHKHENAZI, NAZI & NEGARA DAJJAL

Yahudi mempunyai pelbagai cabang suku antaranya ialah:

– Mizrahi
– Khazar
– Sephardi
– Askhenazi
– Samaritan

Ashkenazi ialah nama suku (tribe) dari salah satu cabang dari bangsa Yahudi. Manakala Yahudi itu pula ialah berasal dari suku bangsa sebelah Siti Sarah iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. Semua anak keturunan dari perut Siti Sarah adalah digelar Bani Israel.

Bani Israel ialah gelaran kepada Nabi Yaakob a.s. yang mana semua keturunannya bermula dari Nabi Daud, Nabi Sulaiman sehinggalah Nabi Musa dan Nabi Isa adalah berketurunan Yahudi yang digelar Bani Israel.

============================================================================================================================================

ASAL USUL PERKATAAN NAZI

Orang ramai sudah biasa dengan perkataan ini malah apabila menyebutnya pastinya teringatkan negara Jerman dan pemimpin diktatornya iaitu Adolf Hitler (Keluarga Rothschild) yang menyembelih yahudi Ortodox untuk menubuhkan negara Dajjal, Israel.

Sebenarnya perkataan NAZI bukanlah akronim bagi sesuatu pertubuhan.

Ianya sebenarnya berasal dari suatu perkataan purba yang merujuk kepada sebuah suku Yahudi iaitu Ashkenazi.

Perkataan NAZI diambil dari 4 huruf hujung perkataan AshkeNAZI. Perkataan itu dikeluarkan oleh Dajjal dan dibangunkan inputnya sehingga menjadi suatu bentuk ideologi ekstrem.

Apa itu Ashkenazi?

Menurut Wessthea iaitu Pengarah Black Solidarity Terdapat dua kontradiksi di sini membabitkan asal usulnya. Fakta sejarah dari karangan sarjana Oxford dan juga PBB sendiri mengiktiraf Ashkenazi sebagai salah satu suku dari bangsa Yahudi Kuno.

Manakala para ilmuan sejarah Islam menyatakan Ashkenazi adalah seorang lelaki yang bukan dari keturunan Nabi Ibrahim tetapi dia adalah berasal dari keturunan Yafith anak Nabi Nuh a.s.

Secara faktanya juga Ashkenazi bukanlah golongan Sematik dan Hematik, Arab atau Parsi tetapi dari Eropah.

===========================================================================================================================================

PEMBENTUKAN SIMBOL NAZI

Simbol NAZI kelihatan seperti kipas yang dibengkokkan setiap hujungnya.

Namun sebenarnya ialah simbol tersebut adalah hasil gabungan dua huruf iaitu N dan Z. Huruf N jika diterbalikkan akan kelihatan seperti Z dan begitu juga sebaliknya.

N diambil daripada suku kata ”NA” manakala Z diambil dari suku kata ”ZI”.

===========================================================================================================================================

KAITAN ASHKENAZI DAN DAJJAL

1) Sekiranya Dajjal bukan perancang bagi segala kemusnahan dunia mengapa semua kekayaan dunia dan pemerintahan dimiliki oleh golongan elit Yahudi Ashkenazi?

2) Mengapa suku Ashkenazi amat berpengaruh dan sedang meluaskan pengaruhnya dari tahun 1800 hingga sekarang?

3) Mengapa Dajjal memilih suku ini dari suku-suku lain untuk memimpin kumpulan-kumpulan sulit Yahudi seperti Bilderberg, Skull and Bones, Illuminati, Trilateral Commission, Freemason dan Council on Foreign Relationship?

4) Mengapa hanya keturunan keluarga Rothschild dan Rockefeller sahaja yang dipilih untuk menguasai ekonomi dunia sejak 300 tahun dahulu?

5) Mengapa konspirator-konspirator Yahudi dari suku lain (misalnya Mizrahi dan Sephardi) tidak membantah penguasaan Rothschild dan Rockefeller?

6) Adakah mereka semua telah ketahui bahawa Rothschild dan Rockefeleer adalah keluarga terpilih oleh Raja mereka?

7) Ataupun adakah suku-suku Yahudi lain telah pun mengetahui bahawa Dajjal berasal dari suku ini?

Oleh kerana persoalan-persoalan inilah yang membuatkan para ilmuwan Islam amat yakin suku Ashkenazi adalah suku asal Dajjal. Dan Dajjal sudah tentu mempunyai sebab-sebab tertentu untuk memilih sukunya sendiri.

============================================================================================================================

TOKOH TOKOH SUKU ASHKENAZI

Ada beberapa sebab tertentu mengapa para ilmuwan Islam cenderong untuk mengatakan Dajjal berasal dari suku Ashkenazi. Fakta-fakta tersebut ialah…

~ Kebanyakan tokoh-tokoh perang dunia berasal dari suku Ashkenazi.
~ Tokoh-tokoh sains Eropah adalah dari bangsa Yahudi
~ Tokoh-tokoh ekonomi dunia sekarang adalah berasal dari Yahudi suku Ashkenazi
~ Kesemua tokoh berpengaruh dunia adalah berbangsa Yahudi Ashkenazi

1) Albert Eistein,merupakan Yahudi suku Ashkenazi, beliau adalah saintis terulung yang diagung-agungkan oleh barat sehingga wataknya dimasukkan dalam program Microsoft Office bahagian ‘Office Assistant”. Padanlah begitu, Bill Gates juga berbangsa Yahudi.

2) Karl Marx, juga berbangsa Yahudi suku Ashkenazi. Beliau menulis beberapa buku dan juga pengasas fahaman Nazi yang selepas itu didokong oleh Adolf Hitler (juga seorang Yahudi, sebelah ibunya).

3) Henry Kensigger, bekas setiausaha kerajaan Amerika Syarikat juga dari suku Ashkenazi. Sekarang ini menjadi salah seorang pemimpin kumpulan sulit bernama The Bilderberg Group.

4) Keluarga Rothschild. Merupakan keluarga yang terkaya di dunia dan 50% kekayaan dunia sekarang adalah miliknya. Keluarga Rothschild adalah penyebab bagi segala peperangan dunia dari 1800-an ahingga sekarang.

5) Keluarga Rockefeller, juga penguasa ekonomi dunia, dikatakan 40% kekayaan dunia sekarang adalah miliknya termasuk semua mesin-mesin carigali minyak dismua negara Arab. Rockefeller adalah pengasas kepada Trilateral Commission malah mempunyai universiti sendiri. Sesetengah pengkaji konspirasi meramalkan dia adalah orang yang boleh berhubung terus dengan AntiChrist (Dajjal)

Di atas hanya beberapa tokoh sahaja dari suku Yahudi Ashkenazi. Yahudi dari suku lain juga mungkin menguasai pelbagai dimensi sosial dunia. Cuma Dajjal berkemungkinan lebih cenderung untuk menaikkan saudara mara sukunya pada peringkat teratas.

“Yakni Dajjal mahukan tokoh-tokoh dari sukunya iaitu Ashkenazi menjadi pemimpin bagi semua tokoh-tokoh dari suku Yahudi yang lainnya”

============================================================================================================================

ASHKENAZI MENGAWAL DUNIA

Umum mengetahui bahawa dunia hari ini dikuasai oleh bangsa Yahudi dari segala aspek bermula dari politik hinggalah ke dunia hiburan serta pendidikan.
Malah Rockefeller mempunyai universiti sendiri.

Tetapi masyarakat dunia (khususnya umat Islam), tidak mengetahui bahawa kebanyakan Yahudi yang menguasai dunia hari ini adalah dari suku Ashkenazi.
Dan ramai juga yang tidak tahu, mengapa?

============================================================================================================================

KESIMPULAN

Negara dunia mengikut telunjuk PBB, manakala PBB mengikut Amerika, Amerika ditadbir oleh Obama, manakala Obama tunduk kepada arahan David Rockefeller dan Jacob Rothschild.

Kemudian kedua-duanya menurut arahan siapa?….. sudah tentu Dajjal.

Kisah keperitan hidup Dato’Vida sebelum menjadi Jutawan

Kisah keperitan hidup Dato’Vida sebelum menjadi Jutawan

Jangkaan mengenai personaliti wanita ini yang kurang peramah agak tersasar jauh.

Ditambah pula dalam gemerlapan populariti yang dilimpahinya bukan sedikit, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman melangkaui apa yang disangkakan pada awal pertemuan.

Sebelum ini, nama wanita berusia 43 tahun ini asyik disebut-sebut. Gara-gara melabur RM3 juta untuk menaja Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), impaknya produk beliau, Qu Puteh menjadi fenomena yang luar biasa.

Namun, Hasmiza yang popular dengan gelaran Datuk Vida itu tidak dapat lari daripada menjadi kutukan segelintir masyarakat apabila dia dituduh gila glamor apabila mengiklan diri dan produknya secara berlebihan ketika siaran langsung AJL29.

Apatah lagi dengan tanggapan suka menunjukkan kemewahan barang kemas dan baju mahal, Ketua Pegawai Eksekutif, Vida Beauty Sdn. Bhd. ibarat tidak bernyawa apabila diserang dari kanan dan kiri.

“Memang susah buat saya kerana gaya hidup saya sangat bertentangan dengan anggapan orang ramai dan apa yang mereka lihat di kaca televisyen.

“Saya sebenarnya seorang yang sederhana di rumah dan di pejabat. Saya bukan suka sangat nak pakai baju manik merlip dan muncul dengan penampilan sebegitu.

“Semuanya saya lakukan kerana identiti untuk produk saya promosi. Saya kena ada kelainan penampilan, baru orang ingat jenama produk saya,” katanya tersenyum manis.


Kata ibu kepada empat anak ini, dia sebenarnya tidak kisah untuk membeli apa jua barang walaupun tidak berjenama asalkan nampak cantik dan sedap mata memandang.

“Saya juga jenis tidak kisah makan di mana-mana. Gerai bawah pokok saya pergi hari-hari kalau sudah sedap. Pernah saya ketagih sangat dengan nasi vanggey.

“Buat apa nak malu. Saya pun tidak obses dengan kereta sport mewah. Cukup sebuah kereta yang selesa untuk saya berjalan jauh dan dapat berehat dan tidur sekejap,” katanya bersungguh-sungguh dalam nada yang penuh teruja ketika ditemui ibu pejabat Vida Beauty di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Menyambung perbualan yang semakin rancak, Hasmiza memberitahu kesukaran hidupnya melalui pelbagai pahit getir untuk berada pada tahap hari ini mengajarnya untuk tidak meninggi diri.

Wanita kelahiran Machang, Kelantan ini jujur mengakui dia lahir dalam keluarga berada sebelum menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapa.

“Saya dan ibu hilang punca rezeki ketika itu secara tiba-tiba. Jadi bermula dari situ, saya mengenal apa itu bisnes. Asal yang boleh dapat wang saku, saya buat.

“Saya pernah jual nasi lemak orang, untung dapat 30 sen. Saya bersyukur sangat duit itu saya lama-lama kumpul dapat beli motosikal.

“Ini kerana saya selalu fikir saya bila hendak sekolah naik bas ketika di sekolah menengah waktu itu,” katanya yang bersemangat bercerita tentang kisah zaman persekolahannya.

Jelasnya, lebih menyedihkan apabila ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia.

Kata anak tunggal dalam keluarga itu, harga tanah itu dijual pada harga RM13,000 dan hari ini harga tanah itu melambung kepada RM150,000.

“Tapi baru tahun pertama saya sudah habis RM5,000. Bayar yuran, beli buku dan sara kos sara hidup. Jadi saya mula berfikir kena cari duit saku.

“Saya mula jual macam-macam kepada pensyarah dan kakitangan universiti. Saya bawa kain telekung, batik dan macam-macam barang lagi dari Kelantan.

“Pernah waktu cuti semester, saya pergi kerja kilang selain kerja sambilan di restoran segera, Kentucky Fried Chicken,” katanya yang tidak malu untuk mencari duit bagi menampung kos pelajarannya.

Sebagai pemegang Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Hasmiza turut tampil berkongsi pengalaman menjadi guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh, Perak.

“Orang cakap kalau jadi cikgu tidak boleh meniaga, saya gelisah waktu itu. Saya memang boleh demam kalau tidak berniaga. Jadi tahun pertama jadi guru, saya sambung buat Sarjana dahulu sebelum meneruskan pengajian Doktor Falsafah secara jarak jauh,” katanya rancak bercerita.

Seterusnya, akibat jiwanya memberontak mencuba karier yang lebih mencabar, Hasmiza memilih perniagaan salon sebagai destinasi kerjaya pilihan.

Dari situlah dia mula membuat pelbagai produk kecantikan bagi memenuhi keperluan pelanggan di salon bagi rawatan wajah.

Apatah lagi, ketika itu kira-kira 15 tahun yang lalu, gelombang produk kecantikan dari luar mendapat permintaan tinggi menyebabkan dia berani menghasilkan produk kecantikan sendiri secara kecilan.

Seterusnya, rezeki berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah panjang dalam kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK).

Mendapat wang tertunggak sebanyak RM500,000, dia memberani diri membeli iklan untuk mempromosi produknya itu.

Namun akhirnya akibat salah mengiklan, dia mengalami kerugian besar apabila produk langsung tidak mendapat sambutan.

“Rasanya sudah berjuta saya rugi akibat menaja dan buat iklan yang tidak menjadi. Sebab itu bila saya nak taja AJL29 dan Gegar Vaganza, saya sudah tekad, stesen tv kena ikut cara saya.

“Saya yang bagi idea semua sebab saya sudah belajar dari kesilapan lalu. Biasanya saya berdoa tidak kira waktu dan tempat sebanyak 20 kali sehari. Tapi waktu taja AJL29, saya berdoa lebih 50 kali. Saya reda dan tawakal.

“Dan Alhamdulillah, iklan saya menjadi dan jadi sebutan ramai. Permintaan dan jualan melonjak hari-hari sampai saya kehabisan stok dan terpaksa mengagihkan produk kepada stokis secara kuota,” katanya serius.

Vida Beauty kini memiliki lebih 400 stokis di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura dengan menggajikan kakitangan seramai 130 orang.

Tujuh tahun lalu, bisnes Hasmiza melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenakan minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga.

Produk yang menjadi fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan sehingga mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di bandar Ipoh.

Apabila ditanya hasil di sebalik semua kejayaan itu, wajah wanita yang nampak tegas namun peramah itu tiba-tiba menjadi sangat ceria.

Katanya, dia gembira dan bersyukur kerana dapat membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Sebanyak 98 peratus testimoni Pamoga kembali pulih seperti biasa dan yang buat saya gembira, apabila mereka dapat kembali bersolat dengan sempurna dan ada yang tidak perlu dijaga lagi oleh anak-anak setelah sakit sekian lama.

“Selain itu, saya juga mahu kejayaan di dunia dan akhirat. Berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan, itu yang lebih memberi kepuasan,” katanya yang malu-malu bercerita tentang sekolah pondok miliknya selain kesanggupannya menaja beberapa rumah anak yatim dan sekolah tahfiz.

Emosi sedih Hamza semakin larut apabila diminta berkongsi kenangan pahit sepanjang 15 tahun bergelar usahawan berjaya.

Wanita ini berkata, kehidupannya bagaikan musnah apabila hilang dua anak yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat pada 5 Ogos 2013.

Lebih menyayat hati, dua anaknya Eddie Zuhdi, 11, dan Edrie Zikri, 10, pergi mengadap Ilahi pada 25 Ramadan, lima hari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal.

Dua lagi anaknya, Edlin Zamilin dan Eric Zaquan yang kini berusia 10 dan lapan tahun menjadi penyeri hidupnya untuk mengusung sisa duka yang belum hilang ke hari ini.

Bercerita mengenai arwah dua puteranya itu, naluri keibuan wanita ini cukup terserlah.

“Dua arwah anak saya itu hendak sangat berjumpa malam lailatulqatur dan selalu doa nak masuk syurga tertinggi. Saya menangis 40 hari dan bertahlil di ruang tempat mereka tidur.

“Namun saya sudah ada isyarat sebelum kejadian itu kerana suka bermurung. Bila saya terima berita, saya cuma terdiam dan reda. Ada orang cakap ini saham untuk saya di akhirat nanti,” katanya sayu.

Di akhir wawancara ini, nada suara Hasmiza kembali serius apabila dia berkongsi pengalaman bergelar ibu tunggal.

Berkahwin kali ketiga pada Oktober tahun lalu, jelas ada gerimis yang bertandang di wajah wanita ini biarpun bibir sentiasa menguntum senyuman.

Kurang selesa bercerita hal peribadi, barangkali ramai yang tidak tahu Hasmiza bergelar ibu tunggal selama lapan tahun sebelum berkahwin kali kedua Januari tahun lalu.

Derita yang dia tidak tahu kepada siapa boleh diluahkan apabila diceraikan selepas tiga bulan mengecapi alam perkahwinan.

Barangkali air mata wanita ini sudah kering untuk ditangisi. Dia sudah puas menanggung derita sebelum berada di puncak pada hari.

Justeru, kata nista yang dilempar gara-gara menaja AJL29 langsung tidak meninggalkan kudis buat dirinya.

“Saya cuma berharap dapat memberi sumbangan yang cukup kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Kehilangan dua anak membuatkan saya hendak kaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Itulah yang saya perjuangkan hari ini dalam perniagaan,” luahnya yang melengkapkan pandangan sebagai seorang wanita yang istimewa di mata saya. – MalaysiaGazette

Kenderaan Ketenteraan Firaun Di Temui Di Dasar Laut Merah?

Kenderaan Ketenteraan Firaun Di Temui Di Dasar Laut Merah?

Seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt pada akhir tahun 1988 silam mendakwa bahawa dia telah menemui beberapa roda kereta tempur kuno di dasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di lautan tersebut ketika di gunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.

Menurut pengakuannya, selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuatkan tekaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.

Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.

Selain itu, keadaan bentuk roda juga dapat di lihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang di turunkan kepada Nabi-Nabi Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita dongeng belaka. Di antara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan empat buah jeriji yang terbuat dari emas. Di andaikan itulah sisa dari roda kereta kuda yang di tunggangi oleh raja mereka, Firaun.

Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas. Pada bahagian peta yang di dalam bulatan merah itulah, menurut para ahli kaji sejarah kira-kira di situlah lokasi di mana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi laut Merah. Lokasi penyeberangan mereka dikatakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Anggaran jarak antara Nuweiba ke Arab Saudi sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah dianggarkan 900 meter.

Dapatkah kita bayangkan berapa kuatnya daya yang diperlukan untuk membelah air laut sehingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata-rata mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama? Dan menurut sejarah, pengikut Nabi Musa pada ketika itu adalah berjumlah ribuan orang? (menurut tulisan lain anggaran jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Mengikut pengiraan, anggaran keperluan tekanan (daya per meter luas) sebesar 2,000,000 (juta) Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita alami jika
menyelam di lautan dengan kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kelajuan angin, menurut beberapa pengiraan matematik kelajuan angin yang di perlukan adalah lebih kurang 30 meter/saat (108 km/jam) sepanjang malam untuk membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! Sungguh luar biasa dan mengagumkan, Allah Maha Besar.

Secara ilmiah seharusnya roda tersebut telahpun hancur karena usianya yang telah terlalu tua. Namun jika Allah menghendaki, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku dan ianya akan di lindungi sebagaimana mayat firaun yang terawet dan masih elok ketika ditemukan untuk menjadi pengajaran bagi manusia tentang kewujudan dan kebesaran Allah SWT. WaAllahhu ‘alam.