Author: admin

Perang-Perang Besar Dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin)

Perang-Perang Besar Dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin)

Sastera Melayu merupakan salah satu cabang ilmu yang sangat misteri dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Kalau orang Barat boleh bangga dengan karya mereka seperti Beowulf, Historia Regum Britanniae oleh Geoffrey of Monmouth yang juga mengandungi kisah King Arthur, The Odyssey oleh Homer, The Histories oleh Herodotus dan sebagainya, kita penduduk Malaysia secara khususnya pun patut berbangga dengan hasil kesusasteraan penduduk kita. Sebagai contoh, Sulalatus Salatin karya Tun Seri Lanang, Bustan al-Arifin oleh Sheikh Nuruddin al-Raniri, Tuhfat al-Nafis oleh Raja Ali al-Haji dan banyak lagi yang menunjukkan bahawa penulisan karya kesusasteraan kita pun setanding atau lebih baik dari segi penulisan dan gaya bahasa berbanding karya daripada Barat.

(Hikayat) Sejarah Melayu, atau disebut juga Sulalatus Salatin adalah hasil tangan Tun Seri Lanang, mengikut catatan yang terdapat pada akhir penulisan kitab ini siap ditulis pada tahun 1123 hijrah, iaitu bersamaan tahun 1711 mengikut kalendar masihi. Sebagaimana diketahui, kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu ini merupakan antara salah satu karya nukilan dan hasilan dari Alam Melayu Nusantara yang hebat, di mana kalau diperhatikan dengan teliti di dalam karya agung ini terdapat penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Arab yang dimurnikan menjadi satu jalan cerita yang mudah difahami dan senang diselami watak serta plot ceritanya. Karya Sulalatus Salatin ini mengandungi pelbagai cerita dan plot yang berbeza; bermula dengan kisah Raja Iskandar Zulkarnain serta salah satu keturunannya yang menguasai Benua Hindi, diselang-seli dengan kisah Raja-raja dan rakyat di negeri bawah penguasaan raja masing-masing, diakhiri dengan kisah-kisah menarik berkenaan penduduk Alam Melayu.

Hikayat Melayu ini juga menggambarkan kepada kita bahawa Alam Melayu sudah mempunyai penduduk yang berorganisasi, maju dalam pelbagai bidang seperti pelayaran, pertanian, perniagaan, dan lain-lain lagi, serta mempunyai strata pemerintahan tersendiri yang unik mengikut negeri masing-masing, hubungan diplomatik yang luas dengan kerajaan-kerajaan lain di sekitar Alam Melayu mahupun peringkat antarabangsa, serta mempunyai kemajuan tersendiri dari sudut ketenteraan, pembuatan barangan harian dan juga pembangunan sekali gus menafikan dan menutup dakwaan pengkaji sejarah Barat yang mengatakan bahawa Alam Melayu masih mengamalkan kehidupan primitif sejak dahulu.

Dalam Sulalatus Salatin, terdapat penceritaan beberapa kisah peperangan antara kerajaan dan pemerintah yang penulis rasakan sangat sesuai untuk dikongsi, kerana ia dapat mendedahkan pembaca kepada pengembaraan ke dalam dunia Alam Melayu. Bahkan penulis merasakan bahawa pendedahan berkenaan peperangan yang pernah dicatat di dalam Sulalatus Salatin ini adalah alternatif yang bagus untuk menarik minat pembaca meminati dan mengkaji sejarah penduduk di Kepulauan Melayu ini setelah kita selalu dimomokkan dengan kehebatan kisah peperangan Barat saban hari melalui media cetak dan media antarabangsa seperti dokumentari, filem dan sebagainya sedangkan tamadun di alam Melayu pun mempunyai kisah yang sama kalau bukan lebih hebat.

Berikut adalah beberapa kisah-kisah perang yang boleh dijumpai dalam kitab Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang. Antara kisah perang terawal di dalam Sulalatus Salatin adalah kisah Raja Suran, pemerintah kerajaan Amdan Negara di Benua Hindi yang berketurunan Iskandar Zul-karnain. Baginda telah menjalankan operasi menakluk China yang pada ketika itu tidak termasuk di dalam jajahan takluk kerajaan Baginda di benua Hindi. Di dalam Sulalatus Salatin disebut mengenai bermulanya pengembaraan Raja Suran ini untuk menakluk negeri China:

Maka adalah kerajaan baginda itu, segala raja-raja dari masyrik lalu ke maghrib sekaliannya takluk kepada baginda, melainkan negeri China juga yang tiada takluk kepada Raja Suran. Maka Raja Suran pun berkira-kira hendak menyerang negeri China. Maka baginda menyuruhlah menghlmpunkan segala bala Teriteranya; maka sekalian rakyat pun berkampunglah daripada segala pihak negeri, tiada terpermanai lagi banyaknya. Maka segala raja-raja yang takluk kepada Raja Suran itu pun sekaliannya datang dengan alat senjatanya, dan dengan segala rakyatnya sekali; adalah banyaknya segala raja-raja itu seribu dua ratus. Maka telah sudah sekaliannya datang berkampung, maka Raja Suran pun berangkatlah hendak menyerang benua China. Maka adalah daripada banyaknya rakyat berjalan itu, segala hutan belantara pun habis menjadi padang, dan bumi pun bergentar seperti gerupa, dan gunung pun bergerak, dan segala tanah yang tinggi-tinggi itu pun menjadi rata, dan batu pun habis berpelantingan, dan segala sungai pun habis kering, jadi seperti lumpur, kerana dua bulan perjalanan itu tiada berputusan lagi; jikalau pada malam yang gelap sekalipun, menjadi terang seperti bulan pumama pada ketika cuaca, daripada kebanyakan kilat cahaya Senjata; jikalau halilintar di langit sekalipun tiada kedengaran, daripada kesangatan tempik segala hulubalang dan sorak segala rakyat, bercampur dengan gajah, kuda, tiadalah sangka bunyinya lagi. Maka segala negeri yang bertemu dengan Raja Suran itu habislah dialahkannya, maka sekalian negeri itu semuanya habis takluk kepada baginda.

Maka boleh difahami bahawa kisah-kisah perang di dalam kitab Sulalatus Salatin ini adalah apa yang penulis himpun dan ringkaskan berdasarkan kisah antara raja-raja dan rakyat yang berlaku sejak kedatangan Iskandar Zul-karnain ke benua Hindi sehingga berlakunya pertembungan dan asimilasi dengan kerajaan yang wujud di alam Melayu. Berikut adalaha antara kisah peperangan yang penulis ringkaskan:

PENAKLUKAN RAJA SURAN KE ATAS GANGGA NEGARA

Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan kuno yang terletak di Benua Hindi. Dikatakan Gangga Negara merangkumi tiga negara lain iaitu Beruas, Dinding dan Manjung yang sekarang terletak di Perak, Malaysia. Diceritakan di dalam Sulalatus Salatin telah berlaku pertempuran antara kerajaan Amdan Negara pimpinan Raja Suran dengan kerajaan Gangga Negara pimpinan Raja Gangga Syah Johan. Kisah ini dicatat oleh Tun Seri Lanang di dalam kitab Sulalatus Salatin:

Setelah berapa lamanya, maka Raja Suran pun sampailah kepada sebuah negeri Gangga Negara namanya, Raja Gangga Syah Johan nama rajanya. Maka adapun negeri itu di atas bukit, dipandang dari hadapan terlalu tinggi, dan dari belakang rendah juga; ada sekarang kotanya di darat Dinding, ke sana Perak sedikit. Setelah Raja Gangga Syah Johan mendengar khabar Raja Suran datang, maka baginda menyuruhlah menghimpunkan segala rakyatnya, nan menyuruh menutupipintu kotanya, dan bangunan-bangunan pun disuruh tunggui, dan parit pun dipenuhi dengan air. Maka segala rakyat Raja Suran pun datanglah mengepung kota Gangga Negara itu, maka dilawan berperang oleh orang di atas kota itu. Maka segala rakyat Raja Suran pun tiada boleh tampil; kenaikan baginda gajah meta. Maka beberapa ditikam dan dipanah orang dari atas kota, tiada diendahkannya; maka tampil juga ia menghampiri pintu kota Gangga Negara, dipalunya dengan cokmamya, maka pintu Gangga Negara pun robohlah. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam kota Gangga Negara dengan segala hulu balangnya.

Peperangan antara dua kuasa ini akhirnya berakhir dengan kemenangan Raja Suran ke atas Raja Gangga Syah Johan. Di dalam kisah ini juga diceritakan bahawa Raja Suran telah berkahwin dengan seorang puteri asal Gangga Negara bernama Puteri Dara Segangga.

PEPERANGAN RAJA SURAN DENGAN RAJA CHULAN, PEMERINTAH LANGGIU

Selepas Gangga Negara, Raja Suran seterusnya meneruskan perjalanan dalam operasi penaklukan China, baginda sampai ke sebuah negara digelar Langgiu atau Linggiu, di mana menurut penulis kitab Sulalatus Salatin ini, perkataan Langgiu dalam bahasa Siam bermaksud ‘perbendaharaan permata’. Langgiu ialah sebuah negara yang besar dan hebat di bawah pemerintahan seorang raja bernama Raja Chulan. Raja Chulan pemerintah negara Langgiu ini adalah berbeza dengan Raja Chulan keturunan diraja Sarawak yang berjuang menaikkan ekonomi penduduk Tanah Melayu sewaktu pemerintahan British dahulu.

Mengikut kitab Sulalatus Salatin, Langgiu merupakan sebuah kota yang diperbuat daripada batu hitam dan terletak di Hulu Sungai Johor. Sehingga kini muncul pelbagai teori dan kajian yang mengatakan bahawa kota Langgiu atau Linggiu ini wujud di kawasan takungan air Empangan Linggiu yang dibina oleh kerajaan Singapura, tetapi belum dijumpai sebarang bukti kukuh yang menyokong pernyataan sedemikian. Setelah Raja Suran sampai ke negara Langgiu, maka berlakulah pertempuran antara Raja Suran dan Raja Chulan seperti diceritakan di dalam Sulalatus Salatin:

Demi Raja Chulan mendengar Raja Suran datang itu, maka Raja Chulan pun menghimpunkan segala rakyat; dan segala raja-raja yang takluk kepada baginda, semuanya berkampunglah. Maka Raja Chulan pun mengeluarilah akan Raja Suran; maka rupa segala rakyat itu seperti lautan, rupa gajah dan kuda pun demikian juga, seperti pulau rupanya, dan tunggul panji-panji seperti hutan, dan segala Senjata pun berlapis-lapis. Sekira-kira empat gorah bumi jauhnya berjalan, setelah datang lah pada suatu sungai, maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya. Maka kata Siam, “pangkali” ertinya “sungai”, maka dinamai orang sungai itu Sungai Pangkali.

Diceritakan oleh Tun Seri Lanang di dalam kitab Sulalatus Salatin ini bahawa berlaku pertempuran melibatkan gajah milik Raja Suran dan Raja Chulan dengan pelbagai aksi menarik berlaku antara keduanya: Setelah dilihat oleh Raja Suran, maka baginda pun tampillah mengusir Raja Chulan itu

Maka adapun kenaikan Raja Suran, gajah tunggal lagi meta, delapan hasta tingginya; tetapi gajah Raja Chulan itu terlalu berani. Maka bertemulah kedua gajah itu, lalu berjuang, maka bunyi kedua gading gajah itu seperti bunyi petir yang tiada berputusan. Maka kedua gajah itu pun tiada beralahan; maka berdiri Raja Chulan di atas gajahnya menimang-nimang lembingnya, lalu ditikamkannya kepada Raja Suran, maka kenalah ke baluhan gajah itu, sejengkal menjunjung ke sebelah. Maka Raja Suran pun segera memanah Raja Chulan, kena dadanya terus ke belakang; maka jatuhlah ia dari atas gajahnya ke tanah, lalu mati.

Peperangan ini berakhir dengan kemenangan Raja Suran ke atas Raja Chulan, penaklukan kerajaan Amdan Negara ke atas negara Langgiu selain diceritakan berlakunya perkahwinan antara Raja Suran dengan puteri Raja Chulan, iaitu Puteri Onang Kiu.

PENAKLUKAN MAJAPAHIT KE ATAS TEMASIK (SINGAPURA)

Antara satu kisah perang yang ada di dalam Sulalatus Salatin adalah kisah bagaimana kerajaan Majapahit menakluk Temasik. Kisah ini berlaku selepas peristiwa Temasik diserang todak. Pada masa itu, Temasik diperintah oleh Raja Iskandar dan mempunyai seorang bendahara bernama Sang Rajuna Tapa. Raja Iskandar menyayangi anak kepada Sang Rajuna Tapa kerana kecantikan paras rupa dan elok wajahnya. Akan tetapi anak beliau ini telah difitnah oleh dayang-dayang istana yang lain sehingga dihukum bunuh oleh Raja Iskandar. Maka Sang Rajuna Tapa telah membelot serta memanggil kerajaan Majapahit untuk menyerang Temasik sebagai pembelaan ke atas anaknya yang dibunuh akibat fitnah tadi. Kisah ini dicatat di dalam kitab Sulalatus Salatin oleh Tun Seri Lanang:

Hatta, maka Sang Rajuna Tapa pun berkirim surat ke Majapahit, demikian bunyinya, “Sang Rajuna Tapa. bendahari Raja Singapura empunya sembah kepada Betara Majapahit, jikalau Betara hendak mengalahkan Singapura, segeralah datang; Hamba ada belot dalam negeri.” Setelah Betara Majapahit mendengar bunyi surat bendahari Singapura itu, maka baginda pun segera menyuruhkan berlengkap tiga ratus jong, lain daripada banting dan jongkong, kelulos, tiada berbilang lagi; dua keti rakyat Jawa yang pergi itu. … Maka dikeluari oleh orang Singapura terlalu sabur berperang; tetak-menetak, parang memarang, tikam-menikam, serta dengan tempik-soraknya, gegak-gempita, tiada sangka bunyi lagi. Maka darah di Terigah peperangan itu seperti air sebak, merah rupanya pasir itu,datang sekarang ada lagi. Maka patahlah perang orang Singapura, lalu sekaliannya undur masuk ke dalam kota; pintu kota pun ditutup, dan dilawan berperang dari dalam kota kira kira sebulan lamanya.

Peperangan ini dikatakan meninggalkan impak yang sangat besar kepada penguasaan politik kerana dengan penguasaan ke atas Temasik, ia telah membuka pintu kepada kerajaan Majapahit untuk terus melebarkan pengaruh dan kuasa mereka di alam Melayu.

PENAKLUKAN MELAKA KE ATAS KAMPAR

Disebut di dalam Sulalatus Salatin juga berkenaan sebuah negara yang bernama Kampar, ibu negaranya diberi nama Pekan Tua yang diperintah oleh raja berketurunan Minangkabau, iaitu Maharaja Jaya. Mengikut penulisan kitab Sejarah Melayu ini, disebutkan bahawa negara Kampar tidak tertakluk di bawah penguasaan Melaka. Maka pemerintah Melaka ketika itu, Sultan Mansur Syah memerintahkan Seri Nara Diraja diiringi oleh Khoja Baba untuk menyerang dan menundukkan Kampar di bawah penguasaan Melaka. Kisah ini boleh dibaca di dalam Sulalatus Salatin:

Setelah datang ke Kampar, maka dipersembahkan orang kepada Maharaja Jaya, mengatakan: “Orang Melaka datang menyerang kita.” Setelah Maharaja Jaya mendengar khabar Seri Nara Diraja datang menyerang dia itu, maka Maharaja Jaya memberi titah kepada mangkubuminya, Tun Demang namanya, suruh mengampungkan rakyat Kampar. Maka Tun Demang pun keluarlah mengampungkan segala rakyat dan berhadir segala kelengkapan perang. Setelah itu maka Seri Nara Diraja pun datanglah. Maka segala orang Melaka pun naiklah ke darat, lalu dikeluari oleh Maharaja Jaya dengan kenaikan gajah, dan Tun Demang di bawah gajah, Senjatanya lembing. Maka bertemulah orang Melaka dengan orang Kampar, lalu berperang terlalu ramai; ada yang.bertikamkan.lembing, ada yang bertetakkan pedang dan cipan, ada yang berpanahpanahan. Maka daripada kedua pihak rakyat pun banyaklah matinya, dan darah yang mengalir di bumi. Adapun perang itu seperti dalam hikayat. Daripada sangat tempuh orang Melaka, maka orang Kampar pun undur.

Disebut juga di dalam kisah ini berlaku pertempuran antara Seri Nara Diraja wakil Melaka dengan Tun Demang, wakil kerajaan Kampar. Pertempuran itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Seri Nara Diraja dan penguasaan Melaka ke atas Kampar. Sultan Mansur Syah juga telah meletakkan pemerintahan Kampar di bawah Seri Nara Diraja sebagai balasan jasa yang dicurahkannya kepada perkembangan kemajuan Melaka.

SERI UDANA DAN PENAKLUKAN SIAK

Selepas kisah Seri Nara Diraja dan Khoja Baba menakluk Kampar, Sultan Mansur Syah mendapat pula berita berkenaan sebuah negara asal kerajaan Pagar Ruyung iaitu kerajaan Siak. Siak diperintah oleh seorang yang digelar Maharaja Parameswara, dan kerajaan Siak ini tidak mengiktiraf penguasaan Melaka. Sultan Mansur telah memerintahkan Seri Udana sebagai ketua dalam misi menakluk Siak. Kisah ini boleh dibaca dalam kitab Sulalatus Salatin:

Setelah sudah lengkap, maka Seri Udana pun pergilah dengan segala hulubalang yang tersebut itu. Berapa hari di jalan,maka sampailah ke Siak. Maka dipersembahkan orang kepada Maharaja Parameswara “Kelengkapan Melaka datang menyerang kita.” Maka baginda memberi titah pada mangkubuminya yang bernama Tun Jana Pakibul, menyuruh mengampungkan segala rakyat dan memperbaiki kota, dan berlengkap Senjata. Maka kelengkapan Melaka pun mudiklah. Adapun kota Siak itu di tepi sungai; maka oleh orang Melaka, segala kelengkapan dikepilkannya berkembar dengan kota Siak. Maka oleh orang Melaka ditempuhinya sekali dengan Senjata, rupanya seperti air turun dari atas bukit; maka rakyat Siak pun banyaklah matinya. Bermula, Maharaja Parameswara berdiri di kepala kotanya, menyuruhkan segala rakyatnya berperang. Setelah dilihat oleh Akhtiar Muluk, maka segera dipanahnya, kena pada dada Maharaja Parameswara terus, maka Maharaja Parameswara pun matilah. Setelah rakyat Siak melihat rajanya sudah mati, habislah pecah lari cerai-berai; maka kotanya pun dibelah oleh orang Melaka, dimasukinya; sekaliannya menawan dan merampas, terlalu banyak beroleh rampasan.

Kerana kebijaksanaan Seri Udana dan semangat perjuangan hulubalang Melaka, peperangan ini berpihak kepada Melaka dan sekali gus meletakkan Siak di bawah pemerintahan Sultan Mansur Syah dan kesultanan Melayu Melaka.

PERANG KERAJAAN HARU DAN MELAKA

Dalam Sulalatus Salatin, tersebut kisah sebuah kerajaan bernama Haru yang mempunyai pemerintah bernama Maharaja Diraja. Kisahnya bermula dengan konflik antara kerajaan Haru dan kerajaan Pasai, sehingga membawa kepada arahan daripada Maharaja Diraja untuk menyerang Pasai seterusnya kerajaan Melaka termasuk tanah jajahan Melaka. Mengikut penulisan Tun Seri Lanang, kerajaan Haru ini sebuah kerajaan yang sama besar atau lebih besar daripada Melaka, mengikut penerangan kelengkapan perang yang dimiliki oleh kerajaan Haru:

Kelengkapan Haru tiga ratus banyaknya, kelengkapan Melaka hanya seratus. Pada sebuah perahu Melaka, dua tiga buah perahu Haru.

Pada pertemuan kali pertama di sebuah kawasan jajahan Melaka, pemerintah Melaka ketika itu iaitu Sultan Alau’d-Din telah memerintahkan Laksamana Hang Tuah bersama dengan Seri Bija Diraja membawa hulubalang Melaka untuk menyekat kemaraan tentera Haru daripada terus menyerang dan merosakkan kediaman penduduk di kawasan tersebut, membawa kepada kekalahan kepada tentera Haru. Pertempuran kali kedua pula berlaku di Melaka, di mana tentera Haru telah datang menyerang Melaka:

Arkian maka kelengkapan Haru pun datang, bertemu dengan kelengkapan Melaka lalu berperang, tiada sangka bunyinya lagi. Maka rupa anak panah dan damak sumpitan seperti rnanik hujan yang lebat. Maka oleh orang Melaka dilanggarnya sekali-sekali, dicurahnya dengan batu dan seligi; maka kelengkapan Haru pun banyaklah alah, barang yang tinggal habis.

Peperangan ini berakhir dengan kemenangan kepada Melaka. Maka Haru pun termasuk dalam salah satu kerajaan di Kepulauan Nusantara yang tunduk kepada pemerintahan Melaka. Kisah-kisah perang sangat banyak jika dicari dan dibaca di dalam Sulalatus Salatin, dan banyak pengajaran boleh diambil daripadanya dalam memupuk semangat perpaduan antara rakyat.

Kisah-kisah perang ini dan banyak lagi merupakan antara kisah yang diceritakan oleh Tun Seri Lanang di dalam kitab beliau Sulalatus Salatin. Tidak dinafikan sejarah negara kita juga menarik dan elok untuk dipelajari di samping, jika dibaca dan diajarkan kepada rakyat Malaysia, nescaya akan dapat memupuk semangat cintakan negara melalui kisah-kisah lama yang berlaku di kepulauan Nusantara ini, sekali gus dapat mengimbangi minat rakyat kita yang terlalu banyak disogokkan dengan kehebatan sejarah Barat dan Timur dunia.

RUJUKAN:

Samad Ahmad (penyelenggara). 1979. Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu (Edisi Pelajar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Mashitah Sulaiman & Adibah Sulaiman @ Mohamad. 2013. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) (Edisi Lengkap). Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin. 2014. Pengajian Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.

Mardiana Nordin. T.th. Peperangan di dalam Sulalatus Salatin. Universiti Malaya. (https://www.um.edu.my/docs/librariesprovider4/history_dept/scholarly_articles/mardiana-peperangan-di-dalam-sulalatus-salatin.pdf?sfvrsn=2)

Inilah Presiden Zuhud Yang Paling Miskin Dan Langsung Tidak Miliki Harta

Inilah Presiden Zuhud Yang Paling Miskin Dan Langsung Tidak Miliki Harta

Sudah menjadi perkara biasa bahawa gaya hidup ahli-ahli politik jauh sekali jika dibandingkan dengan orang-orang pengundi mereka. Tetapi tidak begitu di Uruguay. Presidennya hanya seorang yang tinggal di sebuah ladang dan sudah menjadi kebiasaan untuk mendermakan sejumlah besar daripada gaji bulanannya kepada rakyat miskin.

Jose Mujica menjawat jawatan Presiden Uruguay pada tahun 2010 hingga 2015 dan merupakan bekas pemimpin gerila yang tinggal di sebuah kampung kecil. Setiap bulan, 90% daripada gajinya diserahkan kepada orang miskin dan pengusaha kecil.

1. Mujica tidak pernah tinggal di istana presiden

Presiden Uruguay yang berusia 79 tahun ini terus tinggal di rumah usangnya sendiri yang mengambil masa 20 minit untuk ke ibu negara Uruguay, Montevideo. Beliau hanya memiliki sebuah Volkswagen Beetle lama yang berharga AS$1,945 (RM6,023).

2. Menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat miskin

Presiden Mujica menderma kira-kira 90% daripada gaji bulanan, bersamaan dengan $12,000 kepada badan amal. Sumbangan amal beliau telah memberi manfaat kepada orang-orang miskin dan usahawan kecil.

“Saya mungkin kelihatan seorang lelaki tua aneh … Tetapi ini adalah pilihan sukarela saya. Saya hidup dengan baik dengan apa yang saya ada.” katanya ketika ditanya mengapa.

3. Tinggal di sebuah rumah usang, bukan kediaman rasmi Presiden

Mujica, bekas pemimpin gerila berhaluan kiri terus tinggal di sebuah rumanh hampir roboh di sebuah ladang kecil di pinggir bandar Montevideo atas nama isterinya, Courtesy.

Untuk keselamatan, beliau hanya memiliki dua polis anjing berkaki tiga bernama Manuela. Dalam temu bual 2012 dengan BBC, beliau mengatakan: “Saya dipanggil ‘presiden paling miskin’, tetapi saya tidak berasa miskin. Orang miskin adalah mereka yang hanya bekerja untuk cuba untuk menjaga gaya hidup yang mewah, dan sentiasa mahu lebih dan banyak lagi, “katanya.

4. Hanya memandu VW Beetle biru lama

Presiden Mujica dan isterinya yang terkenal dengan gaya hidup merendah diri mereka. Mujica pernah mengisytiharkan bahawa aset beliau hanyalah Volkswagen Beetle tahun 1987 yang menjadi simbol gaya hidup sederhana beliau.

Walaupun kebanyakan presiden di negara lain memiliki kereta Porsch dan mempunyai pemandu sendiri, bekas presiden Uruguay ini masih lagi memandu sendiri kereta Beetle milik beliau ke mana-mana sahaja beliau mahu pergi.

5. Berpakaian sederhana

Mujica tidak ambil kisah tentang permaidani merah, perhiasan dan lain. Beliau memakai pakaian kasual untuk majlis rasmi dan tidak pernah memakai tali leher. Beliau hanya mahu menjadi diri sendiri

Namun begitu, Mujica tidak ingin dipanggil sebagai orang miskin atau presiden miskin. Miskin baginya adalah orang yang bekerja keras kerana mahu mempertahankan gaya hidup mewah, selalu mahu lebih dan lebih.

Sumber: Laicikang

AWAS: Penapis Air Coway Meletup Sendiri Dan Rentung Ketika Rumah Tiada Penghuni!

AWAS: Penapis Air Coway Meletup Sendiri Dan Rentung Ketika Rumah Tiada Penghuni!

BUKAN sahaja mesin penapis air jadi rentung, malah meja tempat di mana ia diletakkan turut hangus terbakar bersama, sekaligus memusnahkan alas meja dan benda-benda lain di sekitarnya.

Kejadian ini dikatakan berlaku ketika semua penghuni tiada di rumah.

Gambar yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter @enamalique (Ena) itu menjadi viral di media sosial, menurutnya penapis air yang terbakar di rumah makciknya itu adalah berjenama Coway.

Punca kebakaran pada penapis tersebut setakat ini belum diketahui, namun menurut Ena, suis mesin penapis tersebut memang sentiasa dihidupkan setiap masa kerana mematuhi arahan jurujual penapis tersebut yang meminta untuk berbuat demikian.

Beberapa pengguna lain turut mengaku pernah mengalami perkara yang sama terhadap penapis air jenama Coway yang mereka gunakan sebelum ini.

Ramai yang menasihatkan agar memastikan suis mesin penapis dimatikan jika tiada di rumah bagi mengelakkan kejadian sama berlaku, dan mungkin boleh menyebabkan kebakaran.

P/S: Nasib baik api tak merebak sampai ke seluruh rumah, kalau tidak hanya sebab kita yang pemalas nak masak dan sejukkan air, habis satu rumah hangus kena jilat api. Paklong dekat rumah masak ayaq pakai dapur kayu saja Alhamdulillah habis saja guna terus curah dengan air, risiko gas bocor meletup pun takda, jimat pun jimat memang berbaloi baloi. HAMPA SEMUA PATUT CUBA! 😀

Sumber: Milo Suam

5 NEGARA INI LANGSUNG TAK PUNYAI PASUKAN TENTERA UNTUK PERTAHAN NEGARA

5 NEGARA INI LANGSUNG TAK PUNYAI PASUKAN TENTERA UNTUK PERTAHAN NEGARA

Setiap negara pasti memiliki pasukan tentera masing-masing yang berfungsi untuk menjaga dan melindungi negaranya daripada serangan negara-negara luar. Namun apa jadinya jika sebuah negara tidak mempunyai kekuatan tentera?

Mungkin negara tersebut boleh dengan mudah diserang dan diambil alih oleh negara lain. Tapi ternyata ia tidak seperti itu, di dunia ini ada banyak negara yang tidak mempunyai kekuatan tentera tetapi tetap aman hingga sekarang. Hanya saja jika terjadi perang, negara-negara tersebut perlu bergantung kepada bantuan negara lain.

Seperti beberapa negara di bawah ini yang sama sekali tidak mempunyai pasukan tentera untuk melindungi negara mereka. Ada sebab kenapa negara-negara ini tidak mempunyai pasukan tentera. Untuk penjelasan lebih lanjut, semak ulasannya berikut ini.

1. Republik Palau

Palau merupakan negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik, 255 km sebelah timur wilayah Maluku Utara. Negara ini tidak mempunyai kekuatan tentera, dan hanya mempunyai polis sahaja sebagai pelindung mereka. Seandainya terjadi perang, mahu tidak mahu Palau terpaksa meminta bantuan dari negara-negara lain.

Walaupun tidak punya kekuatan tentera, negara ini dilindungi oleh Amerika Syarikat. Ini kerana sejak tahun 1983, Palau menjadi wilayah naungan AS.

2. Costa Rica

Sebelum Presiden Costa Rica Fugueres Ferrer menghapuskan angkatan bersenjata pada 1 Disember 1948, negara ini sebelumnya memang punya angkatan tentera. Penghapusan tentera di Costa Rica dilakukan setelah terjadi perang saudara yang menewaskan lebih dari 2,000 orang.

Sekarang Costa Rica hanya mempunyai unit pelindung yang disebut Fuerza Publica atau polis yang bertugas untuk menjaga keselamatan negara sekaligus menegakkan undang-undang. Apabila Costa Rica diserang, negara ini boleh meminta bantuan kepada negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat, Cuba, dan Chile.

3. Kepulauan Solomon

Pada ketika Perang Dunia II, negara ini mempunyai pasukan Tentera Pertahanan Negeri Naungan Kepulauan Solomon yang merupakan sebahagian dari British sejak tahun 1893.

Pada tahun 1976, negera ini mempunyai pemerintahan sendiri sehinggalah pada tahun 1998, terjadi konflik etnik yang berlangsung sehingga tahun 2006. Untuk menyelesaikan konflik di sana, New Zealand dan Australia datang untuk melucutkan senjata kumpulan yang terlibat konflik. Sehingga akhirnya tidak ada pasukan tentera di Kepulauan Solomon.

Kini, Kepulauan Solomon hanya mempunyai unit polis sebagai pelindung negara dan penduduknya. Walaupun demikian, negeri ini menjalin hubungan pertahanan dengan Australia.

4. Andorra

Andorra merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara Portugal dan Sepanyol. Negara ini dulu hanya mempunyai kekuatan tentera dengan anggota yang tidak lebih dari 10 orang. Walaupun begitu, negara ini berani menyatakan pengisytiharan perang terhadap Jerman pada tahun 1914.

Namun pengisytiharan perang Andorra tidak dianggap serius oleh Jerman kerana anggota tentera mereka sangat sedikit. Hingga pada tahun 1931, kerajaan Andorra secara rasmi menghapuskan tentera. Peranan tentera di sana digantikan oleh polis yang jumlahnya tidak lebih dari 240 orang.

5. Samoa

Negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik selatan ini hanya mempunyai unit polis dan tidak mempunyai kekuatan tentera. Mahu tidak mahu Samoa harus bergantung pada negara lain andai berlaku perang.

Sumber: Laicikang

INILAH IBLIS YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENGHAPUSAN ETNIK ROHINGYA!

INILAH IBLIS YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENGHAPUSAN ETNIK ROHINGYA!

Hampir jari seluruh dunia diarahkan kepada Aung San Suu Kyi dalam serangan keganasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar. Masyarakat dunia mendesak supaya Hadiah Keamanan Nobel yang diterima oleh Suu Kyi juga ditarik balik.

Rupa-rupanya ada lagi satu nama yang tidak boleh terlepas daripada tuduhan melakukan pelanggaran hak asasi manusia di Myanmar. Beliau adalah Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, Ketua Komander Angkatan Tentera Myanmar. Aung San Suu Kyi tidak mempunyai kawalan ke atas tentera. Semuanya di bawah Jeneral Min.

Myanmar tidak pernah sepi dari pelbagai pemberontakan bersenjata. Ada kawasan yang ingin membebaskan diri daripada kerajaan di Yangon dan Naypyidaw.

Junta Tentera pula tidak tahu berkompromi. Operasi ketenteraan adalah jawapan kepada semua suara yang tidak puas hati. Bukan sahaja militan terbunuh, orang awam juga turut merasakan penindasan Tatmataw, gelaran tentera untuk Myanmar. Bermula dari pemindahan yang dipaksa, pembunuhan, rogol dan buruh paksa di bawah tentera.


Apabila tentera Myanmar menghancurkan gerakan Kebangsaan Karen di Kayin pada tahun 2006, kira-kira setengah juta orang awam telah terjejas.

Tentera Burma juga menghadapi peperangan menentang Tentera Kemerdekaan Kachin dan pertempuran bersenjata di Kokang pada tahun 2014 dan 2015.

Kini di Rohingya, Jeneral Min Aung Hlaing meneruskan tindakan keganasan yang dilakukan oleh Junta Tentera. Ratusan ribu orang awam dihalau. Wanita telah dirogol manakala pembunuhan dan pembakaran terus berlaku.

Siapa General Min Aung Hlaing?

Beliau dilahirkan dari keluarga kelas pertengahan pada tahun 1956 di Savoy, wilayah Tanintharyi. Bapanya adalah seorang jurutera awam yang bekerja di Kementerian Kerja Raya Burma.

Pada tahun 1973, Min telah belajar undang-undang di Universiti Yangon. Tetapi pemuda ini kemudiannya tertarik untuk memasuki dunia ketenteraan. Beliau kemudian memasuki akademi tentera Burma dan lulus dengan pangkat leftenan kedua pada tahun 1977.

Dikatakan bahawa dalam akademi tentera beliau kurang disukai oleh kawan-kawannya kerana sifatnya yang pendiam dan kurang ramah.

Kerjaya pegawai muda ini di bawah Junta Tentera adalah cemerlang. Selepas bertahun-tahun perkhidmatan beliau dinaikkan pangkat menjadi komander divisyen infantri 44 di Thaton.

Nama beliau menjadi terkenal ketika menjadi komandan tentera di wilayah segitiga konflik pada tahun 2002. Di daerah itu beliau menghadapi tentera pemberontak Wa yang beraliran komunis dan tentera pemberontak Shan yang dipimpin oleh panglima perang tempatan.

Pada tahun 2008 beliau menjadi Mejar Jeneral dan dilantik sebagai Ketua Biro Operasi Khas. Semua kawalan tentera di sempadan adalah tanggungjawabnya.

Pada tahun 2009 satu gencatan senjata antara tentera kerajaan dan pemberontak Tentera Pakatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) bubar. Mejar Jeneral Min segera mengadakan operasi ketenteraan untuk menghapuskan pemberontak.

Semasa operasi ketenteraan, tentera kerajaan dipercayai telah melakukan pelanggaran hak asasi manusia seperti pembunuhan beramai-ramai, rogol dan pengusiran paksa. Lebih 37,000 orang awam terpaksa melarikan diri ke sempadan China.

Operasi tentera ini dianggap berjaya oleh komandernya. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral pada tahun yang sama.

Pada tahun 2010, Min Aung Hlaing menggantikan Ketua Shwe Mann sebagai ketua bersama tentera, laut dan udara. Pangkatnya naik lagi kepada jeneral empat bintang.

Beliau menjadi Ketua Junta Tentera dan menjadi Jeneral Kanan pada tahun 2013. Min Aung Hlaing adalah orang yang paling berkuasa di Myanmar.

Berikutan penindasan yang dilakukan oleh tentera Myanmar terhadap Rohingya, Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi telah bertemu dengan Jeneral Kanan. Beliau berkata bahawa penurunan ketegangan di Negeri Rakhine harus menjadi keutamaan Kerajaan Myanmar.

Jeneral Min tetap menegaskan apa yang dilakukan oleh pasukannya di Rakhine adalah untuk memburu pemberontak ARSA yang melakukan tindakan keganasan di Rakhine.

“Pelampau-pelampau Bengali melakukan serangan di kawasan Buthitaung dan Maungdaw,” kata Min.

Tetapi beliau berjanji untuk mempertimbangkan kebenaran untuk bantuan kemanusiaan yang diminta oleh Menteri Luar Negeri Retno.

“Indonesia sudah bersedia untuk segera membantu Myanmar dalam memberikan bantuan kemanusiaan, kami menunggu pintu dibuka,” kata Menteri Luar Negeri Retno, Isnin (9/4).

Menteri itu berharap bantuan kemanusiaan yang diberikan oleh Indonesia dapat mencapai semua yang diperlukan, tanpa pengecualian. Beliau berkata bantuan kemanusiaan di kawasan di mana penduduk sangat memerlukan bantuan makanan dan ubat-ubatan harus diutamakan.

Di samping itu, Menteri Luar Negeri Retno berharap pihak berkuasa keselamatan Myanmar segera dapat memulihkan keamanan dan kestabilan di Negeri Rakhine.

Sumber: Laicikang

SEKUAT MANA TENTERA MYANMAR JIKA MAHU HANTAM INDONESIA DAN MALAYSIA?

SEKUAT MANA TENTERA MYANMAR JIKA MAHU HANTAM INDONESIA DAN MALAYSIA?

Keganasan yang dilakukan oleh tentera Rohingya di Myanmar di Rakhine telah mendapat kecaman masyarakat antarabangsa khususnya Muslim.

Sehingga kini tentera Burma masih menutup pintu kepada bantuan kemanusiaan kepada Rakhine. Sementara itu, beribu-ribu Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh tanpa makanan atau bekalan.

Myanmar, yang dahulunya dikenali sebagai Burma, telah dikenali sebagai junta tentera selama bertahun-tahun. Hanya pada November 2015 lalu mereka mengadakan pemilihan secara demokratik. Parti Aung San Suu Kyi, Liga Demokrasi Negara memenangi pilihan raya.

Walaupun mendapat majoriti undi di parlimen, pengaruh angkatan tentera tidak hilang. Panglima Angkatan Bersenjata Myanmar, Jeneral Senior Min Aung Hlaing masih dalam kawalan penuh terhadap tentera dan isu pertahanan dan keselamatan negara.

Selama bertahun-tahun berkuasa, junta tentera membina angkatan tentera mereka dengan kuat.

Seperti Laicikang.com terjemah dari merdeka.com, sebuah laman web yang menyenaraikan kekuatan ketenteraan dunia, globalfirepower, meletakkan Myanmar pada kedudukan yang ke-31 di dunia. Lebih kuat dari Malaysia yang pada kedudukan 33.

Namun, kedudukan itu masih jauh ketinggalan berbanding Indonesia yang berada pada kedudukan 14 dan menjadi negara dengan kekuatan tentera terkuat di Asia Tenggara.

Laman web itu mengatakan Myanmar mempunyai 406,000 anggota tentera yang aktif, manakala Indonesia mempunyai 435,000 dan Malaysia mempunyai 110,000 tentera aktif.

Tentera Myanmar juga agak kuat. Mereka mempunyai 592 unit kereta kebal, 1,300 kenderaan perisai dan beratus-ratus artileri dan pelancar roket. Jumlah ini melebihi kepunyaan tentera Indonesia dan Malaysia.

Kereta kebal MBT 2000 buatan China dan T-72S buatan Ukraine menjadi tulang belakang Angkatan Tentera Myanmar ini. Bagi kenderaan pengangkut pasukan, tentera Myanmar menggunakan BTR-3U buatan Ukraine.

Seperti yang diketahui, tentera Indonesia bergantung pada Kereta Kebal Leopard yang dibuat di Jerman, salah satu kereta kebal terbaik di dunia. Sementara itu, Malaysia masih menggunakan PT-91M buatan Poland.

Tentera Udara Myanmar bergantung pada pesawat tempur pelbagai guna MiG-29 dan pesawat pejuang buatan China seperti Nanchang Q-5, Chengdu J-7 dan Shenyang J-6.

Melihat ini, tentera Indonesia pula dengan barisan SU-27/30 serta F-16 Block 52ID dan T-50i Golden Eagle masih berada pada tahap teratas.

Kekuatan maritim Myanmar tidak terlalu kuat. Mereka mempunyai 5 kapal frigat, 3 korvet dan 40 kapal peronda, ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan Indonesia. Manakala Tentera Maritim Diraja Malaysia mempunyai 2 kapal frigat, 6 korvet dan 41 kapal peronda.

Sumber: Laicikang

AHLI ARKEOLOGI JUMPA BUKTI NYATA BERLAKUNYA PERISTIWA BANJIR BESAR NABI NUH!

AHLI ARKEOLOGI JUMPA BUKTI NYATA BERLAKUNYA PERISTIWA BANJIR BESAR NABI NUH!

Kisah banjir besar zaman Nabi Nuh merupakan kisah terkenal yang bersumberkan dari kitab suci, baik itu agama Nasrani, Yahudi, dan Islam. Ramai di antara kita pasti sudah tahu bagaimana kisah Nabi Nuh dan banjir besar.

Dalam Al-Quran saja, ada beberapa ayat yang menjelaskan bahawa Allah memerintahkan Nabi Nuh untuk membuat bahtera kerana akan segera terjadi banjir besar yang akan menenggelamkan seluruh daratan di muka bumi. Hanya pengikut Nabi Nuh sahaja yang naik bahtera dan selamat dari banjir besar tersebut

Begitulah kira-kira kisah ringkas banjir besar zaman Nabi Nuh. Kerana peristiwa ini sudah sangat lama terjadi, penyelidik sukar mencari bukti-bukti peninggalan Nabi Nuh, termasuk bahtera raksasa yang digunakan sewaktu banjir besar tersebut berlaku.

Walaupun demikian, ada banyak bukti saintifik yang membuktikan bahawa banjir besar zaman Nabi Nuh benar-benar pernah terjadi. Berikut ulasan tentang bukti saintifik banjir besar zaman Nabi Nuh, yang disiarkan dari Listverse.

1. Penemuan Bahtera Nabi Nuh


Menurut teks zaman kuno, bahtera Nabi Nuh dipercayai berhenti di seberang Gunung Ararat di Turki. Seorang penyelidik bernama David Allen Deal pernah mengaku membuat pencarian saki baki dari bahtera peninggalan Nabi Nuh. Berita tersebut terus menjadi tajuk utama pada akhir tahun 1990-an.

Di seberang Gunung Ararat, terdapat sebuah tapak yang dikenali sebagai Naxuan. Laman ini pertama kali ditemui pada tahun 1940. Garis-garis besar yang aneh tiba-tiba muncul di tanah ketika itu, atau tepatnya setelah terjadi gempa.

Pada tahun 1960, majalah Life menyiarkan gambar tapak tersebut. Tapi setelah Allen melakukan kajian menyeluruh di tapak tersebut selama 10 tahun, beliau mendakwa dalam bukunya yang berjudul “The Day Behemoth And Leviathan Died”, bahawa tapak tersebut merupakan tempat Nabi Nuh berhenti selepas banjir besar.

2. Beberapa Peradaban Menceritakan Kisah Yang Sama

Bukan hanya kitab suci saja yang mengisahkan tentang banjir besar Nabi Nuh, namun beberapa peradaban terkenal seperti Rom kuno dan Yunani kuno juga menunjukkan kisah yang hampir sama dengan kisah Nabi Nuh.

Dalam mitos legenda Yunani, Zeus (dewa dalam kepercayaan orang Yunan), akan menghantar banjir besar kepada musuh-musuhnya. Diceritakan ada yang tahu rancangan Zeus untuk menghantar banjir iaitu Prometheus yang menyuruh anaknya untuk segera membina sebuah bahtera.

Manakala menurut versi orang Rom kuno, Tuhan menghantar banjir besar kepada orang-orang jahat. Dalam cerita versi Rom ini, Deucalion dan isterinya, Pyrrha menyelamatkan diri daripada banjir besar tersebut dengan naik perahu besar.

3. Göbekli Tepe: Bandar Pertama Yang Dibina Selepas Banjir


Laman kuno Göbekli Tepe dipercayai oleh ahli sejarah sebagai daerah atau bandar pertama yang dibina sejak banjir. Bangunan dan pengetahuan terkini mengenai pengairan dan pertanian dijumpai di tapak ini.

Menurut perspektif kuno, pembuatan bahtera Nuh dipercayai menggunakan teknologi maju. Sehingga muncul anggapan bahawa Göbekli Tepe adalah bandar pertama yang dibina dengan bantuan Nabi Nuh. Selain itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa tapak ini sudah ada sejak 10,000 sebelum Masihi.

Sekarang tapak ini berada di wilayah Turki, dan dulunya tapak ini pernah menjadi tempat tinggal orang-orang Armenia. Ramai daari mereka yang mendakwa bahawa mereka keturunan terus dari orang-orang yang tinggal di Göbekli Tepe.

4. Banyak Ditemukan Bandar Di Bawah Air

Penyelidik sudah banyak menjumpai bandar di bawah air. Banyak pula di antara bandar bawah air tersebut yang tenggelam pada 10,000 sebelum Masihi, waktu yang dipercayai banjir kilat Nuh terjadi.

Salah satu contohnya adalah runtuhan bawah laut yang terletak di luar pantai Okinawa, Jepun. Pada tahun 1996, sisa runtuhan raksasa dijumpai di sana. Yang menjadikan penemuan ini menarik kerana runtuhan itu dipercayai dulunya sebagai peradaban yang maju.

Kemudian di luar pantai India, di mana runtuhan dijumpai beberapa batu di bawah permukaan air dengan menggunakan sonar. Dipercayai bandar tersebut tenggelam dalam tempoh akhir Zaman Ais.

Jika dikaitkan dengan kisah Nabi Nuh, adakah mungkin bandar-bandar zaman dulu ini tenggelam kerana banjir kilat seperti yang dikisahkan dalam kitab suci?

Sumber: Laicikang

Tak Pilih Bulu, Almarhum Sultan Abdul Halim Tak Pernah Anak Tirikan Pihak Pembangkang

Tak Pilih Bulu, Almarhum Sultan Abdul Halim Tak Pernah Anak Tirikan Pihak Pembangkang

Raja dan rakyat berpisah tiada, itulah satu ungkapan bagi menggambarkan Istana sentiasa menaungi rakyat jelata. Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah membuktikan frasa ini sepanjang 59 tahun pemerintahan Baginda. Almarhum menyantuni segenap penjuru rakyat yang ada di bumi Darul Aman bahkan juga Malaysia sepanjang 2 penggal Baginda menaungi Malaysia selaku Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Almarhum Tuanku sepanjang pemerintahan baginda berjaya untuk dilihat berkecuali dalam isu politik di Negeri Kedah. Tidak seperti mana sebahagian yang lain Istana dilihat condong kepada mana-mana parti politik.

Penulis tidak katakan Tuanku pro UMNO 100% ataupun PAS 100%, namun tindakan Almarhum Tuanku berjaya menyeimbangkan kuasa politik di negeri ini disamping dilihat adil dalam sebahagian isu serta menjadi pendamai dan mententeramkan rakyat disaat pergolakkan politik berlaku.

Penulis akan cuba nukilkan beberapa peristiwa antara Tuanku dan PAS Kedah serta sumbangan Tuanku yang akhirnya menjadikan Tuanku bukan sekadar adil bahkan dilihat adil.

Dalam isu Memali, Ust Ibrahim Libya bersama 14 yang lain syahid di bunuh atas tuduhan sebagai pemberontak dan pembawa ajaran sesat. Pihak PAS mengambil sikap bahawa semuanya syahid dan dikebumikan mengikut tatacara mereka yang syahid. Majlis fatwa kebangsaan menolak bahawa Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya syahid manakala ahli Majlis Syura PAS, Ulama-ulama pondok seperti Tuan Guru Haji Salleh, Guru-guru pondok di sekitar Lanai dan Parit Panjang konsisten menisytiharkan mangsa Memali adalah Syahid. Keadaan semakin genting apabila mula cabar mencabar antara pelbagai pihak. Almarhum Tuanku hadir ke maqam Syuhada di Parit Panjang dan menyiram air mawar di perkuburan mereka. Tindakan Tuanku telah mententeramkan keadaan pada ketika itu.

Bagi sesetengah negeri, pemimpin pembangkang boleh dikatakan mustahil untuk mendapat apa-apa pengiktirafan peringkat negeri dalam bentuk anugerah mahupun pingat. Sedangkan tidak dapat dinafikan pemimpin PAS ataupun pembangkang yang lain juga punya sumbangan yang signifikan di peringkat masyarakat.

Namun ini tidak berlaku di Kedah. Almarhum Tuanku sentiasa meneliti mana-mana individu yang berhak mendapat pengiktirafan selain daripada nama-nama yang dicadangkan oleh pihak berwajib. Ia dimulakan dengan Almarhum Tuanku menganugerahkan pingat yang membawa gelaran Dato kepada Presiden PAS pada ketika itu Almarhum Dato Fadhil Mohd Nor. Satu kejutan pada ketika itu kerana sangat sukar bagi Adun Pembangkang untuk mendapat penganugerahan pingat kebesaran dari Istana. Ini membuktikan hubungan baik antara Almarhum Tuanku dan juga Adun Bukit Raya yang juga Presiden PAS pada ketika itu. Bahkan satu perkara biasa apabila Ust Fadzil Nor dilihat hadir dalam majlis-majlis rasmi yang melibatkan Almarhum Tuanku.


Semasa PAS dan Pakatan Rakyat memerintah Kedah dari tahun 2008-2013, Almarhum Tuanku juga sudi menganugerahkan pingat kebesaran kepada beberapa pimpinan PAS antaranya:

– Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada ketika itu. Anugerah ini disampaikan sempena Sambutan Jubli Emas pemerintahan Almarhum Tuanku Sultan.

– Darjah Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) kepada Speaker DUN Kedah Dr. Abdul Isa Ismail, Ahli Parlimen Pokok Sena YB Mahfuz Omar, Exco Kerajaan Negeri YB Ir Amiruddin Hamzah dan YB Ustazah Aishah Ghazali serta Adun Bukit Pinang YB Md Roshidi Osman.

– Juga Pingat Setia Mahkota Kedah (SMK) kepada Timbalan Speaker Dun yang juga Adun Air Hitam YB Ust Abdul Ghani Ahmad. Manakala Pingat Jaksa Pendamai (JP) kepada Ahli Parlimen Baling pada ketika itu YB Ust Taib Azamuden bin Md Taib. Terdapat beberapa lagi tokoh PAS pada ketika itu yang turut menerima pingat kebesaran dari Tuanku, namun penulis tiada maklumat tentang nama pingatnya. Antara mereka ialah YB Dato Ir Phahrolrazi Zawawi ( Adun Pengkalan Kundor) dan juga YB Dato Ismail Salleh (Adun Alor Mengkudu).

Ahli PAS pada yang mendapat penganugerahan dari Almarhum Tuanku pada ketika itu tidaklah mendominasi penerima pingat. Ada juga pimpinan politik dari UMNO dan PKR yang menerimanya. Maka istana dilihat adil dalam menganugerahkan pingat sempena hari kebesaran.

Semasa Almarhum Tuanku menjadi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung juga, Almarhum Tuanku telah menganugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) kepada Almarhum Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak yang membawa gelaran Tan Sri. Pada ketika itu PAS sudah tidak memerintah Kedah akibat kekalahan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Ustaz Azizan menjadi individu pertama dalam PAS mendapat anugerah darjah kebesaran peringkat persekutuan.

Akrabnya Almarhum Tuanku dengan beberapa individu dalam PAS boleh dilihat apabila Almarhum Tuanku mencemar duli meziarahi jenazah Almarhum Dato Ustaz Fadzil Md Nor di Kuala Lumpur dan juga jenazah Mantan Menteri Besar yang disayangi Tuanku Almarhum Ustaz Azizan Bin Abdul Razak di hari kematian mereka. Kesudian hadirnya Almarhum Tuanku pada ketika itu menerbitkan lebih rasa kasih rakyat jelata dan ahli PAS kepada Almarhum Tuanku.

Ketika berlakunya krisis Menteri Besar Kedah antara Dato Seri Mukhriz Mahathir dan juga Dato Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Almarhum Tuanku melalui Jemaah Pemangku Sultan telah sudi menerima mengadap wakil-wakil rakyat dari PAS bagi mendengar sendiri pendirian rasmi dari wakil PAS terhadap isu tersebut.

Almarhum Tuanku juga sudi menganugerahkan kepada Almarhum Tuan Guru Haji Salleh sebagai Tokoh Pendakwah Negeri Kedah bagi tahun 2009.

Kebijaksanaan dan keadilan Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim dalam pemerintahan Baginda terus menjadi sebutan rakyat dan para pemimpin negeri Kedah. Moga Allah swt merahmati dan mengampunkan Almarhum Tuanku Sultan. Benarlah, Raja dan Rakyat berpisah tiada.

Sumber: Nazmie Samarahan

Pikul Tugas Hingga Ke Akhir Hayat, Pelayan Istana Kongsi Detik Akhir Sebelum Almarhum Tuanku Mangkat

Pikul Tugas Hingga Ke Akhir Hayat, Pelayan Istana Kongsi Detik Akhir Sebelum Almarhum Tuanku Mangkat

ALOR SETAR – Kisah mengenai keperibadian Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mulia dan disenangi segenap lapisan rakyat terus dikongsi, selain kemangkatan Almarhum baginda disifatkan sebagai satu kehilangan yang sangat besar.

Pelayan istana di Istana Anak Bukit di sini, Shahrul Salmi Ahmad, 39, berkata beliau sangat berbesar hati dan bersyukur kerana berpeluang berkhidmat untuk Almarhum baginda yang merupakan seorang Sultan yang sangat mesra dan penyayang itu selama lebih sembilan tahun.

“Almarhum tuanku tidak kisah berbual-bual dengan saya, pelbagai kisah kami kongsi bersama dan saya suka tanya kisah dulu-dulu macam cerita zaman penjajah dan Almarhum tuanku tidak pernah jemu melayan soalan-soalan saya dengan penuh mesra diselangi dengan gurauan dan gelak tawa,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Shahrul Salmi berkata beliau sangat terharu apabila Almarhum baginda memilihnya untuk berkhidmat di Istana Negara semasa Almarhum dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember 2011 hingga 13 Disember 2016.

“Semasa di Istana Negara, kami sering bersenam bersama-sama. Saya adalah bekas penari, jadi saya selalu melakukan poco-poco, kalau Almarhum baginda larat, baginda ikut sekali, jika tidak, Almarhum baginda duduk saja dan tengok kami bersenam beramai-ramai.
​​​​​​​
“Oleh kerana saya berbadan agak besar, Almarhum selalu ingatkan saya agar jaga makan dan cuba turunkan berat badan kerana katanya akan mudah dapat penyakit dan Almarhum serta anakanda-anakanda Almarhum selalu ingatkan saya agar sentiasa bersenam,” katanya yang pernah mengikuti Almarhum Sultan Abdul Halim ketika melakukan lawatan ke beberapa negara.

Menceritakan detik (malam) terakhir bersama Almarhum baginda, Shahrul Salmi berkata beliau bersama dua lagi rakan setugas serta seorang jururawat dan pengawal keselamatan langsung tidak dapat melelapkan mata kerana bimbangkan keadaan Almarhum baginda yang dilihat sangat uzur.

Beliau berkata mereka seolah-olah dapat merasakan bahawa akan kehilangan Sultan berjiwa rakyat yang sangat disayangi segenap lapisan rakyat itu.

“Saya ada beberapa kali memanggil Almarhum baginda dan bertanya; Tuanku mahu santap air?… Almarhum hanya mengangguk dan saya suapkan air menggunakan sudu.

“Keadaan itu sangat menghibakan dan saya terkenang, setiap kali sebelum saya habis bertugas, Almarhum akan bertanya siapa yang akan masuk untuk syif seterusnya dan akan menyampaikan beberapa pesanan kepada pelayan istana yang akan masuk tu,” katanya.

Pemuda berasal Pokok Sena itu berkata beliau tidak akan melupakan segala pesanan Almarhum baginda dan akan cuba merealisasikannya.

“Almarhum tuanku pesan, kalau nak buat sesuatu, buat betul-betul. Bila orang bagi kepercayaan kepada kita, buktikan bahawa kita boleh buat dan banggakan mereka,” katanya sebak apabila mengingati kenangan-kenangan manis bersama Almarhum baginda.

Sumber: BERNAMA

“Sekampung Peluk Islam Sebab Tuanku” (Tok Batin), Kisah Almarhum Tuanku Tegakkan Islam Di Pedalaman Kedah!

“Sekampung Peluk Islam Sebab Tuanku” (Tok Batin), Kisah Almarhum Tuanku Tegakkan Islam Di Pedalaman Kedah!

BALING – Kenangan terindah buat 50 keluarga Orang Asli Ken Sieu dari Kampung Lubuk Legong apabila memeluk Islam di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sekitar 1986.

Pengalaman manis ini telah dikongsikan oleh Tok Batin, Razali Kulim berkata, Almarhum baginda individu pertama mengislamkan masyarakat Orang Asli di kampung tersebut.

“Bawah khemah sekitar jam 11.30 pagi di kampung inilah, baginda mengislamkan kami termasuk saya yang waktu tu masih belasan tahun,” ujarnya.

Selain itu, Almarhum sentiasa ambil berat permasalahan masyarakat Orang Asli Ken Sieu.

“Baginda melalui pegawai istana atau penghulu mukim selalu bertanya khabar termasuk beri bantuan makanan,” dan Almarhum selalu berpesan agar berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Katanya, pengalaman manis lebih 30 tahun itu masih diingati hingga hari ini.

“Tuanku Yang Islamkan Kami Sekampung”, Tok Batin Suku Kensui Kongsi Detik Paling Bersejarah Dalam Hidupnya

Sedikit fakta mengenai perkampungan orang asli suku Kensiu di Baling, Kedah

Kampung Lubuk Legong adalah satu-satunya perkampungan asal Orang Asli dari suku Kaum Kensui (kumpulan Negrito) di semenanjung Malaysia. Kampung ini terletak kira-kira 13 km dari Bandar Baling dan telah dikategorikan sebagai perkampungan pinggir bandar. Pekan yang terdekat ialah pekan Kampung Lalang yang jaraknya hanya 3 km serta dikelilingi oleh kampung-kampung Melayu lain.

Keunikan dan juga daya tarikan utama masyarakat luar ke kampung ini ialah terdapatnya satu Kolam Rekreasi Air Panas, Ulu Legong. Kolam semulajadi ini telah dinaik taraf dan menjadi tarikan kepada pengunjung-pengunjung sekitar negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Iskandar Carey (1970), berdasarkan lawatan ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Lalang sekitar tahun 1968 dan 1969, puak Kensiu ini telah mempunyai penempatan sendiri.

Mereka juga dikatakan sebagai puak yang tertua sekali. Pada asasnya puak Kensiu ini dikatakan mempunyai pertalian keluarga di Kampung Rai, Yala, Thailand.

Manakala berdasarkan maklumat lisan, masyarakat Kensiu ini berasal dari Kuala Kedau dan Ulu Legong. Semasa kemasukkan Jepun ke Tanah

Melayu sekitar tahun 1941 dan 1942, puak Kensiu ini telah melarikan diri ke merata tempat di daerah Baling. Di antara yang dituju ialah ke Parit Panjang, Kampung Bendang Man di Sik, Kampung Sg. Celak dan Kampung Tiak di Kupang, Baling.

Pada masa sekarang, penempatan yang dibina oleh kerajaan iaitu di Perkampungan Orang Asli Kampung Lubuk Legong telah mengumumkan ahli puak tersebut di satu tempat.

Puak Kensiu ini telah menetap di sini sememjak 1957 di lot No. 3623 yang telah ditawarkan pada tahun 1958 sebagai Rezab Orang Asli iaitu dengan keluasan tanah sebanyak 428 ekar.

Sumber: Sinar Harian