Category: Artikel

Sejarah Penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM)

Sejarah Penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM)

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif sekumpulan ahli profesional yang terdiri daripada doktor, pensyarah universiti, para ilmuan agama dan individu-individu yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam.

VISI UTAMA PENUBUHAN

Penubuhan ini adalah bertujuan untuk menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para pengguna Islam, melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan berstrategi.

Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang, adalah diharapkan setiap pengguna Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang untuk mengembalikan maruah umat Islam yang kian tercemar dan terabai.

PPIM berusaha dengan gigih untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya sebagai ikhtiar untuk menjana ke arah perubahan yang positif di dalam kehidupan ummah.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Memberi kesedaran kepada setiap pengguna Islam akan tanggungjawab diri sendiri terhadap memperjuangkan hak kepenggunaan Islam;
  • Memberi kesedaran kepada pihak pembekal akan tanggungjawab mereka tentang tuntutan Islam dalam kepenggunaan;
  • Menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya;
  • Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan Islam melalui aktiviti-aktiviti terancang dan proaktif;
  • Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus pembangunan negara dengan cara positif.

P/s Paklong: Mungkin ada yang anggap PPIM ni macam PEKIDA versi baru sebab langgar sana, langgar sini mohon tukar balik lah mind set anda. PPIM hero kita ni tak berkait langsung dengan benda-benda macamtu, Abang Ali PPIM pun ada kata jangan terlibat dengan gangster! Sama-sama kita doakan mereka semua ni yang berjuang menegakkan keadilan! 🙂

Sumber: Blog Rasmi PPIM

 

Jenis Dan Syarat Keahlian Hero Rakyat “Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)”!

Jenis Dan Syarat Keahlian Hero Rakyat “Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)”!

KEAHLIAN PPIM TERBAHAGI KEPADA 5 KATEGORI :

1. Angkatan Pengguna Islam (API)

– Mewujudkan kumpulan pejuang kepenggunaan Islam paling berpengaruh di Malaysia. Menjadi mata dan telinga ppim bagi menangani pelbagai permasalahan ummah.

– Ahli akan diberi “kad keahlian api dan stiker kenderaan”. Perlindungan khairat kematian dari takaful ikhlas mengikut kategori yuran keahlian

2. Ahli BlueMosque Fraternity ( BMF )

-Satu jaringan persaudaraan antara umat Islam seluruh dunia. Tujuannya adalah untuk mengimbangi kedudukan umat Islam di dunia yang makin ketinggalan dalam berbagai perkara.

-Dengan gabungan ini, segala kegiatan ekonomi, sosial, pendidikan, profesional dan lain-lain dapat diarahkan kepada satu agenda, sokong menyokong dan sayang-menyayangi antara satu sama lain dalam semua perkara.

-Mempelawa semua ahli perniagaan , para profesional, pertubuhan dan ahli korporat mendaftar di bawah jaringan tersebut. Mereka akan dikategorikan mengikut kepakaran masing-masing dan disenaraikan dalam direktori, majalah dan web.

-Setiap ahli akan diberikan logo / sijil keahlian dan “bar kod” bagi memudahkan pengenalan sebagai ahli perniagaan. Para peniaga boleh meletakkan logo ini di premis perniagaan dan di barangan keluaran mereka.

3. Muslim Friendly Organization (MFO)

  • Pengiktirafan kepada badan-badan perniagaan / industri kepunyaan bukan Islam di Malaysia untuk memberi ruang persahabatan dan mendidik mereka bahawa kita akan menyokong mereka sekiranya mereka menghormati kita. (PPIM tidak mengiktiraf mereka sebagai AHLI BMF).
  •  Dengan mengamalkan sikap toleransi dan menghormati terhadap kakitangan Islam/Melayu:
  • Tiada diskriminasi. Berpeluang untuk pekerja Islam maju dalam syarikat-syarikat besar mereka, tanpa ada perbezaan agama dan bangsa.
  • Tiada tekanan yang berlebihan terhadap kerja kerana perbezaan agama dan bangsa.
  • Membenarkan solat Jumaat pada waktunya.
  • Menjaga kebersihan di tempat kerja terutamanya di premis pembuatan makanan.
  • Mengamalkan perniagaan beretika, seperti tidak menggunakan wanita sebagai tarikan dan iklan.
  • Mengadakan tempat bersolat juga kemudahan tempat berwudhu’ untuk pekerja Islam.
  • Tidak menjadikan pakaian seragam untuk mendedahkan aurat kepada pekerja-pekerja wanita.
  • Berlaku adil dan berperikemanusiaan terhadap “pembantu rumah” dengan memberikan mereka mengamalkan syariat Islam semasa bekerja.
  • Tidak menggunakan perkataan yang meghina seperti “melayu bodoh” dll.
  • Memberikan pertimbangan kepada pekerja yang perlu memperolehi makanan yang halal.
  • Tidak mendikriminasi kepada pembekal-pembekal Islam
  • Membuka peluang perniagaan kepada masyarakat Islam.
  • Mempunyai panel syariah untuk rujukan berkaitan kepenggunaan Islam.
  • Tidak berlaku lain-lain perkara yang didapati tidak menghormati Islam yang mungkin bertambah dari masa ke semasa

4. Keahlian “ Gerakan Masyarakat Pengguna Perihatin Kebangsaan” (GEMPAK)

Merupakan sebuah Pasukan Pemantau yang ditubuhkan oleh PPIM pada November 1999. Bertujuan menjalankan tugas sukarelawan sebagai WAKIL PPIM atau ‘ mata dan telinga ‘ Persatuan untuk membongkar aktiviti rakus pihak pengusaha yang tidak bertanggunjawab di seluruh Negara.

Perlantikan wakil GEMPAK adalah mrngikut kawasan Parlimen bagi setiap Negeri .

Tujuan Penubuhan / Objektif :

  • Melindungi hak dan kepentingan pengguna yang dipandang remeh
  • Memperkukuh keberkesanan aktiviti perlindungan pengguna
  • Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukarelawan
  • Penyaluran maklumat penting secara efektif
  • Menjana sebahagian daripada jihad ekonomi ummah
  • Menjadi jaringan komunokasi dan telekomunikasi yang menyeluruh

Keanggotaan / Keahlian

Terbuka dan boleh dianggotai oleh berbagai lapisan masyarakat yang beragama Islam, terdiri daripada berbagai lapisan umur. Keanggotaan adalah secara sukarela dimana mereka perlu menghadiri taklimat, berakad dan berikrar.

5. Sukarelawan dan Kelab Penyokong PPIM

Terbuka kepada semua agama, bangsa dan warganegara;

  • Untuk manjadi wakil keahlian tersebut. Mereka mestilah mematuhi beberapa pra syarat yang ditetapkan oleh PPIM :
  • Mendapat kebenaran / kelulusan dari pentabiran PPIM
  • Menghadiri taklimat, berakad dan berikrar
  • Mematuhi semua peraturan / syarat – syarat yang diamanahkan
  • Jujur dan amanah di semua bentuk pengurusan mengikut syariat Islam
  • Berprinsip seperti yang dianjurkan, sentiasa memelihara kesucian / maruahnya serta menghayati perjuangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Prinsip Ahli :

Melazimkan diri mendengar Radio IKIM dan Radio 24 Bernama

Mengetahui dan memboikot produk yang diboikot

Menyokong produk Islam / bumiputra / ahli

Menghadiri taklimat

  • Membaca, memahami dan mengamalkan FAQ PPIM
  • Menjalankan aktiviti dengan jujur, amanah, benar, adil dan tidak gopoh atau menyalahi undang-undang
  • Memastikan aktiviti yang dijalankan bercirikan kebaikan, selamat dan sentiasa menjaga adab dan kesopanan
  • Mesti mendaulatkan perpaduan, hormat menghormati sesama ahli dan seluruh umat Islam walaupun berbeza fahaman mazhab
  • Bersama PPIM menyokong, mempromosi dan memperjuangkan agenda ummah
  • Dilarang mengeluarkan kenyataan akhbar atau mengambil tindakan secara bersendirian tanpa pengesahan pihak PPIM
  • Mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan PPIM;
  • Sukarelawan bertindak hanya sebagai pemantau dan pemberi maklumat
  • Mereka ditegah daripada bertindak seperti Pegawai Penguatkuasa

Sumber: Blog Rasmi PPIM

5 KES HINA MELIBATKAN DATO’ BOY IMAN! NO 5 MEMANG MALU TAK SUDAH!

5 KES HINA MELIBATKAN DATO’ BOY IMAN! NO 5 MEMANG MALU TAK SUDAH!

Kasihan pula kami lihat pada Dato Boy Iman kerana setiap apa yang dilakukannya pasti akan dikecam netizen. Boleh dikatakan hampir semua perkara menimbulkan kontroversi. Buat anda yang terlepas pandang, 5 kes ini tercalit kontroversi DBI.

1. Menubuhkan Majlis Paduka Ayahanda Dato’ Boy Iman

Sewaktu tularnya pertubuhan ini, rata -rata netizen telah mengecam DBI gara – gara pengeluaranT-shirt dan sticker Majlis Paduka Ayahanda Dato’ Boy Iman. Ketika itu, DBIdianugerahkan pangkat ‘ayah’ di dalam Persatuan Pekida dan turut menubuhkan persatuannya sendiri.

2. Isu pembelian Dato

Sewaktu mengumumkan beliau mendapat pangkat Dato dari Kerajaan Naning, sudahpun mencetuskan kontroversi apabila pangkat itu tidak diiktiraf oleh mana – mana kerajaan negeri mahupun negara.

Tidak cukup dengan itu, DBI turut mengumumkan beliau mendapat pangkat Dato dari kerajaan negeri Pahang. Kecaman hebat terus dilemparkan buat beliau kerana beliau hanya memuat naik gambar di hadapan pintu istana sehingga membuat ramai pihak mempertikaikan taraf dato tersebut.

3. Taraf kedoktoran yang tidak diiktiraf

Selain isu pangkat Dato, DBI juga telah mencetuskan kontroversi apabila beliau dikatakan mendapat pengiktirafan yang bergelar Doktor oleh sebuah universiti swasta luar negara.

Namun yang menjadi persoalan adalah majlis konvokesyen beliau hanya dibuat ringkas di dalam sebuah dewan yang dihiasi belon dan dihadiri oleh kenalan rapat sahaja, berbeza dengan istiadat konvokesyen yang lazim kita lihat.

4. Kes penyelewengan hartanah

Kes paling panas dikaitkan dengan beliau! Setelah ramai pihak ragu – ragu dengan nilai rumah yang dijual oleh syarikat DBI, timbul pula dakwaan beberapa individu yang mendakwa ditipu oleh syarikat beliau. Malah beberapa institusi turut menafikan mereka memberi pengiktirafan dan kelulusan bekerjasama dengan syarikat DBI.

5. Filem Blok 404

Suatu ketika dahulu filem ini pernah mendapat sambutan hangat kerana memaparkan jalan cerita seram yang berbeza dari filem lain ketika itu. Tahun 2017 telah menyaksikan pembikinan semula filem ini dan DBI bertindak sebagai pengarah dan pelakon filem remake ini.

Namun apa yang mencetuskan kontroversi adalah apabila DBI membuat kenyataan bahawa pelakon Tasha Shilla akan berlakon dalam filem ini. Akui tidak selesa dihimpit pelbagai persoalan, Tasha Shilla melalui instagram nya tampil menyatakan bahawa beliau tidak berminat dengan tawaran tersebut dan turut menggelar DBI sebagai pakcik.

Pelbagai kontroversi terus dikaitkan dengan DBI. Apapun, kami di Hangat mendoakan Dato Boy Iman akan terus sukses dengan setiap bidang yang diceburi dan dapat membuka mata mereka yang selalu menindas beliau.

sumber: hangat.com

BUKTI PLURALISME AGAMA DALAM FILEM “MY NAME IS KHAN”

BUKTI PLURALISME AGAMA DALAM FILEM “MY NAME IS KHAN”

Masihkah anda mengingati filem Bollywood bertajuk “My Name Is Khan”?.

Merupakan filem bertaraf “Box Office” yang di tayangkan di pawagam pada 2010 dan pelbagai reaksi serta maklum balas telah diberikan oleh masyarakat dunia.
Meskipun sudah 7 tahun ianya di tayangkan,saya ingin mengajak pembaca semua mngimbas kembali akan unsur2 pluralisme yg terdapat dlm filem ini,bersesuaian dengan kekalutan dan ‘kekacauan’ yg melanda umat dan agama Islam itu sendiri di negara kita pada hari ini.

Filem “My Name is Khan” menceritakan tentang perihal perjalanan hidup seorang lelaki yang di lahirkan berpenyakit Autis (Asparger Sindrome).
Namanya Risvan Khan (lakonan oleh Shah Rukh Khan), pemuda dari India yang berpindah ke Amerika mengikuti adiknya(Zakir).

Kemudian dia berkahwin dengan Mandira (lakonan Kajol Devgan) walau ditentang keluarganya kerana perbezaan agama.

Peristiwa 911 menjadi titik permulaan serangan ke atas umat Islam secara terhormat dan terancang oleh musuh Islam
Tragedi pengeboman New York,World Trade Centre (WTC) pada 11 September telah merubah landskap dan politik di Amerika di mana umat Islam di label sebagai pengganas.

Berpaksikan dari tragedi tersebut,filem ini telah di kembangkan akan jalan ceritanya.
Kebahagian yang terbina dari percantuman dua agama menjadi kompleks kerana stigma teroris yang digambarkan kepada umat Muslim.

Ia di gambarkan telah memberikan kesan negatif kepada Khan.
Ekoran kematian Sam (anak lelaki Mandira), perasaan benci dan marah timbul di hati Mandira serta menyebabkan Mandira tidak dapat menerima kenyataan suaminya seorang Muslim.

Oleh kerana tertekan dengan perlakuan Mandira yang masih skeptikal terhadapnya, maka Khan telah memulakan pengembaraan solonya untuk bertemu Presiden Amerika.
Pada pandangannya,pengembaraan ini merupakan misi untuk menghapuskan stigma atau persepsi liar terhadap umat Muslim sebagai TERORIS.

Dalam masa yang sama,Khan juga mengharapkan kembalinya cinta dan kasih sayang daripada Mandira dengan cara menyempurnakan misi untuk menyampaikan ucapan “My Name Is Khan,I am not a terrorist“ kepada Presiden Amerika.

Sesiapa sahaja boleh mengatakan bahawa filem ini adalah filem yang inspiratif,mengharukan dan penuh mesej moral.
Namun di sebalik itu semua,filem ini juga membawa nilai-nilai sejagat (universal) yang merbahaya kepada aqidah umat Islam.

Di dalamnya sarat akan tindakan dan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.
Salah satu nilai merbahaya yang digarapkan ke dalam filem ini adalah “Pluralisme Agama”.

Kefahaman ini jelas amat bertentangan dengan syariat Islam di mana menganggap bahawa SEMUA AGAMA SAMA BENAR.

Hasil semakan dan penelitian mendapati sekurang-kurangnya terdapat tiga babak/scene menonjolkan nilai-nilai Pluralisme Agama secara terang-terangan dan menggelirukan umat Islam.

BABAK/SCENE YANG PERTAMA

Babak Khan ketika kecil dimana kehidupannya dikelilingi oleh situasi konflik agama di antara penganut Hindu dan Muslim.
Ketika Khan berada di anjung rumahnya,dia terdengar suara protes dan amarah masyarakat Muslim terhadap rusuhan yang berlaku sambil melaungkan kata-kata; “musnahkan dan hancurkan…..”.

Ungkapan kata ini diulang-ulang oleh Khan di dalam rumahnya.
Tiba-tiba dia dimarahi oleh ibunya (Razia) sambil melarangnya dari terus mengungkap kata-kata tersebut.

Razia menerangkan kepada Khan tentang hakikat KEBAIKAN dan KEJAHATAN sambil memberikan contoh secara melukis gambar dua karektor berbeza.
Satu kerektor membawa tongkat (yang kemudian disebut orang jahat) dan satu lagi karektor yang membawa lollipop (yang kemudian dianggap sebagai orang baik).

Di antara petikan dialog yang diungkapkan oleh ibunya ialah:

“Di dunia ini hanya ada dua perbezaan iaitu KEBAIKAN dan KEJAHATAN.
Baik,jika seseorang itu berbuat kebaikan.
Dan jahat sekiranya seseorang itu berbuat kejahatan.
Jadi tidak ada Muslim dan Hindu”.

Jika di amati dialog di atas, sudah pasti akan tergambar di fikiran kita DOKTRIN PLURALISME AGAMA yang ingin disampaikan yakni semua agama adalah sama.
Secara umumnya,semua agama di dunia pasti mengajarkan kebaikan di dalamnya.

Namun begitu,pendapat ini telah disanggah oleh Allah S.W.T secara total.
Malah kita diminta menyakini Islam sebagai Ad-Diin dengan menolak KONSEP tidak ada perbezaan Islam dengan agama yang lain dengan merujuk kepada firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka.
Dan (ingatlah),sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.”
(QS Ali-Imran ayat 19)

BABAK/SCENE KE 2

 

Adegan seterusnya ialah sikap Khan yang berkeras untuk menikahi Mandira iaitu seorang ibu tunggal yang menganut agama Hindu.
Walaupun sudah diingatkan oleh Zakir (adiknya) bahawa hukum HARAM berkahwin dengan wanita yang berbeza keyakinan dan kepercayaan agama.

Namun,Khan memiliki keyakinan bahawa tidak ada yang membezakan antara agama Islam dan Hindu.
Sebaliknya,yang ada hanyalah manusia yang BAIK dan manusia yang JAHAT(sebagaimana yang dikatakan oleh ibunya).

Tindakan Khan ini sekaligus telah menimbulkan satu perspektif yang salah kepada ajaran Islam dan syariatnya.
Perkara ini tidaklah menggemparkan kita kerana pelakon Shah Rukh Khan (Rizvan Khan) sendiri dalam kehidupan realitinya juga berkahwin dengan Gauri Khan;seorang penganut Hindu.

Larangan perkahwinan di kalangan umat Islam dan bukan Islam telah diterangkan oleh Allah S.W.T dalam Al Quran Surah Al Baqarah ayat 221.

BABAK/SCENE KE 3

Adegan seterusnya amat kurang menyenangkan hati umat Islam.
Ianya ketika Khan dan Mandira sedang bersembahyang mengikut kepercayaan dan amalan agama masing-masing di mana Khan solat di atas sejadah.

Manakala Mandira bersembahyang dengan nyalaan lilin dan tokong berhala.

Kedua-dua aksi ini telah dicantumkan menjadi SATU adegan dalam SATU upacara sembahyang secara serentak.

BABAK/SCENE YANG LAIN

Seperkara lagi ialah semasa Khan bersama keluarganya menghadiri majlis memperingati Tragedi 911 anjuran masyarakat bukan Islam. Didapati dia dan semua tetamu yang hadir menyalakan lilin sebagai simbol BERKABUNG.

Tambah menjengkelkan apabila kita diperlihatkan adegan Khan menghulurkan cek sumbangan peribadinya berjumlah USD3,502.50 duit ZAKAT kepada penganjur yang bukan beragama Islam(sedangkan zakat hanya untuk kegunaan orang Islam).

Perjalanan Khan untuk berjumpa Presiden Amerika diteruskan sehingga beliau sampai di wilayah Georgia.
Di sana,dia bertemu Mama Jenny dan Joel (anak lelakinya).
Khan telah bermalam di rumah mereka dan turut sama hadir keesokkan harinya ke majlis berkabung dan memperingati perajurit yang mati di medan perang di dalam sebuah gereja.

Dia turut serta menyanyi dan memberikan ucapan di hadapan pengunjung gereja sambil berdoa bersama penganut agama lain secara serentak.

Bukankah perbuatan ini adalah HARAM dilakukan? Allah S.W.T telah memberikan amaran keras kepada umat Islam dengan firmanNya yang bermaksud:

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3] “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4] “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6] “Bagi kamu ugama kamu,dan bagiku ugamaku”.

(QS Al-Kafirun ayat 1-6)

Oleh itu,kita perlulah mengambil sikap PEDULI terhadap ancaman Pluralisme Agama yang sentiasa menanti peluang di pintu minda kita untuk mempengaruhi segala tindak tanduk seharian.

Credit: Apanama.com

5 Perkara Yang Akan Menganggu Kita Selepas Mati

5 Perkara Yang Akan Menganggu Kita Selepas Mati

Mati itu pasti. Bersedia atau tidak ianya akan tetap datang menjemput kita. Apa yang kita buat di dunia akan menentukan apa yang kita dapat di sana kelak. Bila waktunya kita akan pergi meninggalkan dunia ini, meninggalkan semua harta benda, tinggalkan semua keluarga dan kawan-kawan. Namun kita akan pulang dengan 3 perkara yang pasti dan perkara ini akan berterusan walaupun kita sudah tiada nanti.

Sebelum kita pergi sudahkan kita bersedia? Bagaimana dengan mereka-mereka yang kita sayang untuk teruskan hidup tanpa kita? Mahukan kita melihat mereka berpecah belah akibat perbuatan kita?

Sebelum kita tutup mata seeloknya kita persiapkan apa yang patut. Sudah banyak cerita kita dengar tentang perbalahan antara keluarga disebabkan harta dan peninggalan kita. Perkara ini bukan hanya berlaku di dalam drama petang-petang tu sahaja. Malah ianya kerap berlaku di dunia realiti juga.

“Ish, tak payahlah nak sebut-sebut pasal wasiat ni. Aku muda lagi. Lagipun, bukannya aku ni banyak harta. Kalau mati esok pandai-pandailah, hukum faraid kan ada.”

Ini lah yang selalu kita ungkapkan? Bukan senang harta untuk di bahagiakan dengan hukum faraid. Ramai antara kita berpendapat wasiat itu hanya perlu di buat bila di hujung usia atau diambang kematian. Ada yang hanya mula buat wasiat bila mereka nak pergi menunaikan haji. Tapi tahukan kita bila kita akan meninggal?

Menurut Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 90% umat Islam tidak membuat wasiat kerana tidak tahu kepentingan wasiat dan sikap suka menangguh-nangguhkan urusan berkaitan harta pusaka yang bakal ditinggalkan.

Hakikatnya, semua umat Islam yang berusia 18 tahun ke atas, sempurna akal, sukarela, tidak dihalang mengurus hartanya, waras fikiran, baik ingatan dan memahami wasiat dibuat adalah digalakkan untuk meninggalkan sebarang bentuk wasiat bertulis atau yang boleh disahkan.

Sebelum masuk lebih lanjut ni korang tahu ke faraid tu apa?

Faraid hanyalah kaedah pengagihan harta, di mana ia hanya boleh bermula setelah segala proses pentadbiran selesai. Jika arwah tidak membuat apa-apa dokumetasi untuk lantikan Wasi (pemegang amanah), maka waris-waris perlu bersepakat untuk melantik salah seorang daripada mereka.

Memang nampak senang tapi proses ini sebenarnya makan masa yang agak lama dan boleh melibatkan kos guaman tertentu yang boleh menelan belanja ribuan ringgit, terutamanya jika harta tersebut tinggi nilainya.

Maka, proses pentadbiran inilah yang selalunya mengambil masa kerana ia agak rumit. Malah, ia boleh menjadi lebih rumit sekiranya tiada pengalaman, pengetahuan, dan kerjasama di kalangan pewaris.

Oleh itu sebaik baiknya kita tinggalkan wasiat bagi mengelak perkara ini mungkin terjadi kepada kita dan keluarga.

Ada 5 perkara yang mungkin berkait dengan kita setelah kita pergi tinggalkan dunia ini.

1. HARTA

Harta!! kerana hartalah banyak kita tengok kisah-kisah yang enak berlaku dikalangan keluarga. Akibat pembahagian yang tidak adil masing-masing tarik muka. Dahulu tidur sebantal sekarang nak tengok muka pun dah tak mahu. Harta terbahagi kepada 2. Harga duniawi dan juga harta akhirat! Harta akhirat kita dahbawa pergi bersama di alam sana. Harga dunia pula harta yang kita tinggalkan kepada mereka yang masih meneruskan kehidupan.

2. KELUARGA

Keluarga lah yang akan kita tinggalkan. Oleh itu, pentingnya melantik Wasi (pemegang amanah) melalui wasiat adalah supaya mereka dapat bertindak sebagai seseorang yang boleh dipercayai dalam menguruskan dan mempercepatkan proses tuntutan harta pusaka. Mereka inilah yang akan menjalankan tugas bagi pihak kita apabila kita sudah tiada nanti.

Sebagai contoh wasi inilah yang akan ke bank-bank untuk tutup akaun dan keluarkan wang dari akaun tersebut.

Selain itu, perkara-perkara lain juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat seperti cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga sah anak di bawah umur 18 tahun, peruntukan perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak. Malah, bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat.

3. MEDIA SOSIAL

Di alam cyber ini kita juga harus bijak menggunakan media sosial. Yes memang kita boleh buat apa sahaja dengan akaun media sosial kita tapi kesannya mungkin akan mempengaruhi masa akan datang. Jika kebaikan yang kita buat melalui akaun kita InshaAllah semuanya akan bermanfaat.

Jangan sesekali biarkan aurat dan kata-kata yang kita lontarkan di status media sosial memberi kesan yang buruk untuk kita di sana nanti. Pastikan kita tidak membiarkan gambar-gambar aurat kita di siarkan secara umum di media.

4. HUTANG

Banyak mana pun kita berhutang, masukkan semua maklumat itu dalam wasiat. Hutang dengan bank ada hitam putihnya, tetapi hutang sesama kawan atau ahli keluarga mungkin lebih sulit untuk diuruskan sekiranya tidak ditinggalkan wasiat. Walaupun berapa pun jumlah hutang, hukum bagi menjelaskan hutang tersebut tetap tidak berubah dan WAJIB dibayar. Siapa pemberi hutang dan jumlah hutang perlulah dijelaskan kepada pewaris.

Menurut JAWHAR, sungguhpun hukum berwasiat adalah bergantung kepada keadaan, namun ia boleh menjadi wajib apabila melibatkan hutang atau wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak dikenali oleh orang lain.

Selain itu, seseorang juga perlu berwasiat jika terdapat tanggungjawab syarie yang masih belum dilaksanakan seperti zakat dan haji, di mana dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan.

5. AMAL JARIAH

Amal jariah adalah salah satu daripada perkara yang dapat memberi pahala berterusan sekalipun setelah kita meninggal dunia.

Menurut hukum Islam, seseorang boleh menyalurkan tidak lebih daripada 1/3 daripada hartanya untuk tujuan wakaf, membantu orang miskin, anak angkat, atau apa saja tujuan kebajikan. Hukumnya sunat jika diberikan kepada orang yang memerlukan, manakala harus jika ia diberikan kepada sahabat handai atau orang kaya yang bukan dari golongan berilmu dan beramal soleh.

AMANAH RAYA WASIAT (ARW)

Maka, jika dilihat secara menyeluruh, berwasiat ini bukanlah semata-mata untuk kepentingan ahli waris saja tetapi sebenarnya manfaatnya adalah lebih untuk diri sendiri.

Jadi, jangan bertangguh lagi. Kita senang waris pun tak pening.

Mana nak buat wasiat ni?

Bagi mereka yang tak pasti boleh cuba Amanah Raya Wasiat melalui Bank Muamalat!! Banyak kepentingan mebuat wasiat ini yang masih lagi ramai yang tak nak ambil tahu. nak tak nak kita akan mengalami nya kelak.

Wasiat ini sangat penting untuk kita, bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan berlaku dikemudian hari. Berikut antara sebab kenapa kita perlu buat wasiat.

  • Melantik pelakasaan harta (Wasi/Pentadbir Harta)
  • Melantik penjaga (Bagi yang mempunyai anak berumur kurang 18 tahun)
  • Mempercepatkan proses perundangan (Probet dan sijil faraid)
  • Memberi 1/3 harta kepada bukan pewaris
  • Menyampaikan pesanan terakhir pewasiat

So, dengan pelan Amanah Raya Wasiat ini anda dapat faedah yang menguntungkan untuk diri kita sendiri. Kerana ianya di jalankan di atas kemahuan pewasiat. Harta pula terjaga.

  • Cepatkan pentadbiran pusaka
  • Mengurangkan pertikaian waris
  • Wasi ditentukan dan dilantik
  • Pembahagian ditentukan sendiri
  • Harta terpelihara=tidak terjual/tergadai
  • ARB = menjamin kesaksamaan dan
  • Memelihara hak antara waris

Bagi mereka yang mempunyai isteri dan anak-anak sudah pastinya anda mahukan hak mereka juga diberi seadilkan nanti. Sebab tahukan anda kalau tidak di wasiatkan harta kita akan diberikan hak kepada adik beradik kita? Dimana pula isteri dan anak-anak kita mahu tinggal dan teruskan hidup nanti?

Dengan adanya Amanah Raya Wasiat kita juga boleh memberi kelebihan dalam membuat deklarasi harta sepencarian. Semua pihak nanti boleh memutusakan dan bersetuju dengan cara pembahagian yang dilakukan. ARW ni juga akan memastikan semua pihak benar-benar berpuas hati dengan bahagian masing-masing.

Selain itu, hak suami isteri juga dapat di lindungi dan proses pembagian juga boleh di percepatkan serta menjimatkan masa. Tak perlulah nak turun naik mahkahmah berhabis duit upah guaman bagai.

Paling penting pertelingkahan dapat di elakkan!!!

Apa lagi jom ke bank Muamalat sekarang untuk selesaikan Amanah Raya Wasian anda. Lagi cepat dan memudahkan.

Macam mana nak daftar?

Ok untuk mendaftar boleh ke bank muamalat. Sediakan satu salikan mykad. Yuran Pendaftaran Wasiat Amanah Raya Berhad adalah sebanyak RM530.00 (sekali seumur hidup).

Jangan Tonton Porno di Smartphone!! Kawan Paklong Baru Saja Terkena, SANGAT BAHAYA!!

Jangan Tonton Porno di Smartphone!! Kawan Paklong Baru Saja Terkena, SANGAT BAHAYA!!

Mungkin disebabkan faktor mudah alih telefon pintar itu yang memudakan penggunanya untuk menonton bahan porno di mana-mana saja menjadikannya peranti yang popular berbanding dengan peranti-peranti jenis lain.

Tetapi apa yang ramai tidak tahu sebenarnya mereka yang gemar menggunakan telefon pintar mereka untuk mengakses laman web lucah sebernya terdedah dengan risiko untuk digodam oleh hackers.

Sebuah kajian yang dijalan di Britain baru-baru ini mendedahkan 40 daripada 50 laman web lucah sebenarnya mengandungi malware yang disembunyikan. Sebaik saja malware tersebut berjaya memasuki telefon pintar anda, ianya akan mengakses data yang terkandung di dalam telefon pintar anda yang boleh dijadikan barang untuk tujuan jenayah.

Berbeza dengan sistem keselamatan komputer, sistem keselamatan telefon pintar adalah lebih rendah terutamanya telefon jenis Android dan ini menjadikannya lebih mudah untuk dimanipulasikan oleh penggodam.

Tapi tumblr di kategorikan sebagai sosial apps. maybe tak bahaya kot….hehehe

sumber: rileklah.com

p/s: sepatutnya tak payah tonton terus di mana-mana platform pun, hampa tak perasan ka kalau tonton porno ni lama-lama otak hampa sebelah belakang akan rasa macam ditekan dan rasa tak selesa. Teruk lagi tengah tonton tu rasa macamni then terus tertidur depan laptop ataupun apa-apa platform, hampa tak rasa ka porno ni boleh shut down fungsi otak? memang porno ni terkenal pun dengan menjahanamkan sel-sel neuron dalam otak apatah lagi kalu sambil tonton sambil ligat melancap. Jadi pikir lah baik-baik sebelum buat perkara tak baik. Selamat beramal 🙂

Ini Rupanya Sebab APPLE Tak Keluarkan iphone 9, Terus lompat ke iphone X

Ini Rupanya Sebab APPLE Tak Keluarkan iphone 9, Terus lompat ke iphone X

Sebelum ni apple telah pun melancarkan iPhone 8 dan memperkenalkan iPhone generasi baru iaitu iPhone x yang juga di kenali sebagai iPhone 10. Banyak komen komen dari natizen ada yang setuju dan ada jugak yang mula melenting.

Yang jadi misterinya kenapa dari iPhone 8 terus meloncat ke iPhone 10? Mana perginya iPhone 9? Tak takut jadi macam Samsung yang langkau Samsung Galaxy 5 ke 7 dah terus meletup? hehhe

Ada banyak juga spekulasi yang keluar kenapa tiadanya iPhone 9. Namun bagi pihak apple sudah tentunya mereka mempunyai alasan tersendiri.

Berikut mungkin antara sebab hilangnya iPhone 9 dari keluarga Apple…

1. Strategi pemasaran. Katanya sebab x nak iphone 8 rasa ketinggalan disebabkan pelancaran pada masa yang sama. Bila keluarkan iPhone 9 dan 8 sekali gus sudah pasti irang ramai akan beli iPhone 9 berbanding iPhone 8. Sebab itu iPhone X di keluarkan.

2. iPhone 8 (ate) iPhone 9. Sebab tu iPhone 9 tak der. haha ini lawakkkk

3. Mengikut jejak langkah Windows yang keluarkan Windows 10 selepas Windows 8.

4. No 9 x der ong katanya. Tapi aku suka je no 9.

Haha. Macam – macam kan. entahlah. Bagi aku iPhone X pun boleh tahan dah nama. Mungkin lepas ni akan keluar iPhone XYZ dah macam Sony dah.

So mereka yang beli iPhone 8 tak perlu risau akan ketinggalan sebab iPhone 9 tak ada. Walaubagaimana pun harga iPhone X memang gila-gila punya harga…

Sumber: Rileklah.com

Nur Sajat Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Jejaka Tampan Pujaan Hatinya

Nur Sajat Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Jejaka Tampan Pujaan Hatinya

Tahniah Sajat!!!! Semoga dapat cahaya mata yang comel-comel lepas ni. Untunglah si jejaka yang menjadi pilihan hati Sajat. Jaga Sajat elok-elok tau. Huhu… *nangis di bucu katil* Melepassss….

Nur Sajat yang terkenal dengan tagline Let’s Cantik Jangan Mengata berkata jika tiada aral melintang, beliau akan mendirikan mahligai bahagia bersama kekasih hatinya hujung tahun depan. Namun, katanya, buat masa ini beliau mahu mencapai beberapa sasaran dalam hidupnya yang masih belum dicapai selain mahu mengembangkan empayar perniagaan yang dibina.

“Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja.
“Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah,”

Ketika ditanya mengenai soal kekasih, Sajat kini lebih terbuka bercerita mengenainya.

Malah, beliau mengakui sudah berpunya dan mengakui jejaka itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya iaitu memahami kariernya yang sentiasa sibuk.

“Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai lamaran Abdul Rani Kulup, Sajat menyifatkan Raja Report Malaysia itu cuba mencari publisiti murahan dengan mengaitkan dirinya dan rakan industri, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

“Video itu sangat lawak. Sajat tak kenal pun siapa dia tapi yang pasti dia sengaja mencari publisiti murahan dengan cuba mengaitkan dirinya dengan orang seperti Sajat dan Datuk Vida.

“Sajat rasa dia kurang kasih sayang sebab itu dia cuba melamar kami yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Tak perlu kot dia nak melamar lagipun Sajat dah berpunya,” katanya – petikan mstar

Lagi sekali tahniah buat Sajat. Semoga kekal bahagia. Coach Yin katanya bf baru Sajat… Fitness coach tuu… Apa apa pun, kita tunggu jelah dia umumkan nanti ye… Betul ke tidak cerita dia nak kahwin ni…

Ada ke yang frust dengan keputusan Sajat nak kahwin ni?

Sumber: Mstar

“Kami akan tembak pesawat US walaupun bukan di ruang udara kami, mereka sudah istihar perang!” (Korea Utara)

“Kami akan tembak pesawat US walaupun bukan di ruang udara kami, mereka sudah istihar perang!” (Korea Utara)

Pesawat pengebom AS diiringi jet pejuang terbang di ruang udara pantai timur Korea pada Sabtu lalu.

SEOUL – KOREA SELATAN . Pyongyang telah menggerakkan pesawat dan meningkatkan pertahanan di pantai timur negara itu sebagai respons terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) menghantar jet pengebom B-1B ke Semenanjung Korea pada Sabtu lalu.

Semalam, agensi berita Yonhap di Seoul menerusi laporan memetik kenyataan Menteri Luar Korea Utara, Ri Yong Ho memaklumkan langkah itu diambil selepas Presiden Donald Trump memuat naik tweet provokasi yang mengisytiharkan perang dengan Pyongyang.

“Kami mempunyai hak untuk bertindak balas termasuk menembak jatuh pesawat pengebom AS walaupun ia tidak berada di ruang udara negara ini. Seluruh dunia perlu tahu, AS yang terlebih dahulu mengisytiharkan perang dengan kami,” katanya menerusi sidang media ketika menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York, kelmarin.

Ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Korea Utara turut mencetuskan kebimbangan Seoul yang menggesa tindak balas segera selain memberi amaran sebarang pertembungan tidak disengajakan di rantau terbabit boleh menjadi tidak terkawal.

Sementara itu, jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders menafikan Washington ada membuat pengisytiharan perang seperti didakwa Pyongyang dan beliau turut menggelar dakwaan tersebut sebagai tidak masuk akal.

Dalam satu kenyataan lain, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang menegaskan tidak akan ada pemenang dalam peperangan di Semenanjung Korea.

“Kami berharap kedua-dua pihak bertelagah itu sedar tindakan ketenteraan bukan jalan penyelesaian krisis terbabit,” ujarnya. – Agensi

sumber: sinar harian

Playboy henti siar gambar bogel

Playboy henti siar gambar bogel

WASHINGTON: Majalah popular Playboy tidak akan menyiarkan lagi gambar wanita bogel sebagai sebahagian reka wajah baharu karya itu.

Keputusan dibuat selepas pengarang kanan majalah itu bertemu dengan pengasas Playboy, Hugh Hufner di Playboy Mansion bulan lalu, menurut ketua eksekutifnya, Scott Flanders.

Pemilik majalah berkenaan berkata, ia berikutan kewujudan internet yang menjadikan gambar bogel sudah ketinggalan dan ia tidak mampu lagi berdaya maju secara komersial, lapor New York Times.

Edaran Playboy menurun daripada 5.6 juta pada 1970-an kepada 800,000, menurut perangkaan rasmi.

Bagaimanapun, ia akan terus memaparkan gambar wanita dalam aksi provokatif walaupun tidak berbogel sepenuhnya.

Eksekutif majalah mengakui Playboy – yang diasaskan pada 1953 – diambil alih oleh perubahan yang dipeloporinya.

“Pertarungan berlaku dan menang. Anda cuma perlu menekan butang untuk aksi seks yang dibayangkan secara percuma. Ia sudah ketinggalan zaman,” kata Flanders.

Playboy dahulu turut panas menerusi laporan temubual dengan tokoh seperti Martin Luther King Jr, Malcolm X dan Jimmy Carter, menjadikan Playboy amat penting secara budaya dan politik, kata wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), Nick Bryant di New York.

Laman web majalah itu sudah pun menghentikan siaran gambar bogel, sebahagiannya bagi memberi akses kepada media sosial seperti Facebook dan Twitter.

sumber: berita harian

P/s: ada tak yang tak kenal majalah sensasi ni? kalau tak kenal mohon jangan berkenalan.. Paklong tak sarankan!