Category: Keluarga

Kongsi pengalaman derita 3 jenis kanser

Kongsi pengalaman derita 3 jenis kanser

SIAPA menyangka di sebalik senyuman manis terukir di bibir dan kelihatan sihat, sebenarnya ibu tiga anak ini melalui detik mencemaskan kerana menghidap tiga jenis kanser dalam tempoh tiga tahun.

Walaupun, serangan kanser itu bertubi-tubi bermula dengan kanser payudara, kemudian paru-paru dan diikuti kanser tulang pinggul, namun tidak mematahkan semangat, Wan Musfirah Aimi Wan Supian, 33, terus menjalani kehidupan sehingga sekarang.

Pegawai eksekutif di sebuah bank itu, berkata ketika ini beliau masih menjalani rawatan kanser tulang pinggul yang kini berada pada tahap empat, namun tetap positif dan berharap bebas sepenuhnya.

Cuma, beliau agak lega kerana kanser payudara tahap dua dan kanser paru-paru tahap tiga yang dideritai sebelum ini berjaya dirawat sepenuhnya selepas menjalani pelbagai rawatan termasuk kemoterapi.

Mengimbas memori itu, Wan Musfirah Aimi berkata, beliau hanya mendapat tahu menghidap kanser payudara ketika berusia 30 tahun selepas mengalami sakit di bahagian ketiak.

Bekas Pesakit Kanser, Wan Musfirah Aimi pada Program Ceramah Kesihatan Wanita di NR Medical Imaging Sdn Bhd, Shah Alam. Gambar kanan, Wan Musfirah yang mengalami keguguran bulu kening serta kelopak matanya berikutan kanser. – Foto Faiz Anuar
Katanya, perjalanan beliau melalui keadaan itu yang disahkan menghidap kanser dan rawatan dijalani sangat mencabar, namun tidak berputus asa untuk sembuh sepenuhnya.

“Saya hanya mendapat tahu yang saya mempunyai kanser payudara pada Januari 2015 apabila memaklumkan kepada doktor mengenai kesakitan yang saya alami di bahagian ketiak.

“Sebaik sahaja disahkan saya terus mendapatkan rawatan alternatif terlebih dahulu selama enam bulan, tetapi akhirnya berputus asa selepas tiada perubahan sebelum mendapatkan rawatan di hospital untuk membuang payudara kiri.

“Selepas membuang sel kanser berkenaan, tidak lama kemudian saya disahkan menghidapi kanser paru-paru apabila sel penyakit itu sudah merebak ke organ berkenaan, walaupun selepas sebulan menjalani pembedahan.

“Terus saya mulakan rawatan kemoterapi dan kemudian terapi hormon,” katanya,” yang juga dipilih sebagai Ibu Sejati melalui kempen Lady’s Choice, jenama mayonis di bawah Unilever (M) Sdn Bhd (Unilever) dengan kerjasama strategik Media Prima Bhd (Media Prima).

Beliau berkongsi pengalamannya pada Ceramah Kesihatan Wanita anjuran NR Pusat Diagnostik dan Hospital UMRA di TTDI Adina, di Shah Alam.

Turut memberi ceramah, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital UMRA, Dr Mohammed Niraj Mohammed Feizal; Pakar bedah dari Hospital Columbia Asia, Dr Rosliza Ghazali; wakil daripada Breast Cancer Foundation, Razlan Patrick Phillip.

Wan Musfirah Aimi . diuji sekali lagi selepas disahkan menghidap kanser tulang pinggul pula, pada Julai tahun lalu.

“Sekali lagi, saya harus membuat rawatan radioterapi untuk membunuh sel kanser,” katanya yang aktif sebagai penceramah bebas untuk berkongsi pengalaman mengharungi liku-liku sebagai pesakit kanser

Disebabkan rawatan radioterapi yang dijalani beliau disahkan menopaus pada usia yang muda dan kini masih melalui rawatan terapi hormon dan kemoterapi.

Sehingga kini, beliau sudah menjalani 17 rawatan terapi hormon, kemoterapi (enam), radioterapi (enam) dan hormon terapi untuk menopaus (enam).

Beliau berkata, kemungkinan kanser yang dihadapinya juga berpunca daripada gaya hidupnya.

“Saya sedar gaya hidup adalah sangat penting. Kita harus jaga pemakanan dan bersenam dalam menghindari kanser.

“Ramai orang yang saya kenali apabila mereka disahkan menghidapi kanser terus berputus asa. Percaya ini bukan pengakhiran hidup. Kita harus melawan kanser ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Mohammed Niraj berkata, setiap orang perlu membuat rawatan berkala untuk mengesan barang risiko penyakit termasuk kanser bagi mengelak menjadi lebih serius.

“Ini penting supaya mereka boleh menyimpan rekod sahsiah penyakit yang dihadapi, selain menjaga kesihatan,” katanya.

“Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam, diet, minum air masak selalu dan lain-lain lagi. Jangan sudah sampai di peringkat yang akhir baru nak rawat.

“Apa yang terbaik bagi mereka yang tidak menghidap kanser untuk mencegahnya,” katanya.

Info:

Kanser payudara

* Antara kanser utama dalam kalangan wanita di Malaysia.

*1 daripada 19 wanita adalah berisiko menghidapnya.

* Wanita 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.

Terserempak Sepasang Suami Isteri Beli Pakaian Sekolah Dan Pampers Anak. Perbincangan mereka Buat Jiwaku SEBAK!

Terserempak Sepasang Suami Isteri Beli Pakaian Sekolah Dan Pampers Anak. Perbincangan mereka Buat Jiwaku SEBAK!

Kisah yang dikongsikan oleh Puan Intan Nornie Sheika ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Bila kita fikir kita susah, INGAT! masih ada lagi yang susah lebih daripada kita. Jom baca kisah ini.

AWAL minggu lalu, melangkah ke Aeon. Ramai amat orangnya. Adam yang sedang demam, ditinggalkan rehat di rumah. Hajat saya nak membeli dua hingga tiga pakaian sekolah. Nak ‘grab’ mana yang sempat.

Angkat sehelai. RM30. Dibelek yang lain. Baju sahaja minima RM24 satu, belum dipadankan seluar. Laju kepala mencongak.

“Tak cukup bajet ni.”

Usai beli barangan dapur saya bergegas keluar mengejar masa. Hati teringatkan Adam di rumah.

PERGI KEDAI MAMPU MILIK.

Pergi ke kedai yang lebih mampu milik. Kedai yang dulu jarang-jarang ada orang, sangat penuh. Dari mula meletak kereta, hingga ke kaki lima. Ada saja keluarga kecil dengan anak-anak berdiri dan bercakap-cakap sesama sendiri.

“Murah agaknya ni. Ramai orang n,” bilang saya pada diri sendiri.

Sebelum keluar dari kereta, cebisan kertas itu diperhatikan berkali-kali. Senarai keperluan sekolah Adam, risau ada terlupa dicatat. Sempat belek helaian kertas dalam beg duit juga. Masuk ke dalam dan belek baju-baju. Lingkungan harga RM13-RM23. Alhamdulillah, mampu milik.

Lalu saya yang cerewet membelek lipatan baju satu persatu. Sampai adik sales person yang manis kerling pada tibu.

“Akak perlukan bantuan? Nak saiz yang mana?” beliau cuba membantu.

“Dik, akak nak belek jahitan dia sikit, boleh ya? Maaf dik kalau akak susahkan kerja adik.” jawab tibu sambil memberi sebuah senyuman.

Adik itu menggangguk dan kata, “Sebenarnya supervisor saya tak bagi. Tapi tak apa. Dia tak ada. Akak belek-belek dulu ya.”

DENGAR SUARA PASANGAN SUAMI ISTERI BERBINCANG.

Sedang tibu asyik membelek-belek, kedengaran perbincangan antara dua orang di lorong sebelah saya rasanya, suara wanita.

“Cukuplah dua abang. Ayang basuh hari-hari. Sempatlah Long dengan Angah sekolah pagi dengan agamanya.”

“Uish awaknya. Sempat ke? Kot bawak dek hujan tak berbaju sekolah budak-budak. Ambiklah sehelai lagi. Esok-esok abang tanya Mail kot ada nak upah kutip durian, abang pegilah. Lepas duit bebudak punya kasut pulak,” kata lelaki itu, suami wanita berkenaan.

“Tak pun baju Long tu kita pin la kalau-kalau Angah pakai gedeber beso. Takyah la abang pakai duit tu. Esok nak isi minyak lagi,” balas wanita itu.

Walaupun suara mereka sangat perlahan, tapi tibu dengar satu demi satu. Mungkin sebab kami memang bersebelahan, cuma dipisahkan oleh rak baju sahaja.

Saya capai tiga pasang uniform dan tinggalkan pasangan itu. Tak sanggup mendengar yang selebihnya. Usai membayar, air mata saya dah mula bergenang. Ya Allah di balik keluh kesah diriku yang keletihan, ramai lagi di luar yang sudah lama jerih, sudah lama pedih. Allahu.

Saya pergi ke ‘pit stop’ akhir. kedai eko RM2. Berhajat nak mendapatkan keperluan alat tulis dan stokin Adam. Pun penuh, ramai ‘yak mat’ umat manusia. Yang membeli jajan sepenuhnya bakul. Dalam hati saya ingin memberitahu, namun ditelankan sahaja niat itu. Bimbang suasana tidak sesuai.

“Di sana orang berkira setiap sen yang ada membeli keperluan sekolah. Dekat sini, seronok pula dia masukkan setiap jajan kalori kosong itu sebab murah. RM2 saja kan?” bisik pada hati.

Diambil tiga pek stokin, melintas sebentar ke bahagian barangan anak. Membelek pin dan ternampak pasangan sedang membelek bungkusan beberapa keping ‘pampers’ yang di pek semula.

“Ambil dulu 4 cukup bang. Habuan tidur malam. Siang pakai ja lampin kain,” kata wanita itu kepada lelaki sebelahnya.

Allahu sekali lagi sayup dalam hati. Hari ini Allah kirimkan dua pasangan ini untuk saya pelajari sesuatu tentang kehidupan. Di dalam rintihan kita, Allah ajarkan bahagia itu ada pada jiwa yang syukur setiap apa adanya. Ada orang, yang hari-hari bergelut untuk hidup dengan apa yang dia tak ada. Sedang kita yang hari-hari mengeluh dengan apa yang kita ada.

Kredit : Intan Nornie Sheika

‘Tak akan berhenti menemani, menyayangi…’

‘Tak akan berhenti menemani, menyayangi…’

Nurr Hidayah akan menjaga Hamdan sepanjang hayatnya.

“DOKTOR beritahu suami tidak boleh sihat seperti dulu, matanya sekarang sudah tidak nampak lagi. Dia hanya boleh mendengar,” kata Nurr Hidayah Hassan, 29, isteri kepada Hamdan Hashim, 30, yang menderita penyakit Johnson Steven Syndrom sejak awal tahun ini.

Menurut Nurr Hidayah, semuanya bermula ketika suaminya bekerja di stor kilang pakaian di Melaka.

“Pada asalnya selepas bekerja di stor kilang pakaian, suami saya sakit mata dan ke klinik untuk dapatkan rawatan. Doktor bagi ubat mata dan pil bagi meredakan sakit di mata suami saya.

“Bagaimanapun, kurang dari 24 jam mata dan mulut suami bengkak sebelum saya bawa dia ke Hospital Melaka bagi mendapat rawatan,” katanya yang kini hanya bekerja sambilan dalam talian bagi meraih pendapatan.

Nurr Hidayah berkata, penyakit suaminya semakin serius selepas doktor memberikan antibiotik kerana mendakwa suaminya sakitcacar air.

“Selepas makan antibiotik dia semakin teruk kerana kulit bertukar seperti melecur dan berdarah.

“Dia (suami) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sebulan. Sedih saya lihat keadaannya ketika itu namun sebagai isteri saya perlu kuat,”katanya yang ketika ini menumpang teduh di rumah neneknya di Kampung Morten, Melaka.

Menurutnya, suaminya kini tidak dapat bekerja berikutan doktor mengesahkan menghidap penyakit Johnson Steven Syndrom hingga mengakibatkan penglihatan suaminya tidak jelas.

“Mata kanan suami tidak dapat diselamatkan kerana sudah ada selaput yang menghalang dan dia tidak nampak.

“Namun doktor cuba untuk memulihkan mata kiri yang kabur. Kerana tidak dapat melihat, suami hanya akan mendengar radio sepanjang hari dan saya menemaninya serta membantu untuk menguruskan dirinya,” katanya.

Menurut Nurr Hidayah, ada komen negatif netizen yang diterimanya selepas gambar suaminya tular di Facebook (FB) sejak semalam.

“Ada yang suruh saya bercerai dan sebagainya. Saya sayang suami saya dan akan jaga dia sepanjang hayat saya.

“Susah senang saya mahu bersamanya dan akan sedaya upaya mencari jalan untuk dia pulih,” katanya yang berkahwin dengan Hamda sejak tiga tahun lalu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun Maybank Hamdan Bin Hashim, 1040 6829 6200.

Sumber: Harian Metro

Lupa Ibu Sudah Tiada…

Lupa Ibu Sudah Tiada…

CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Noh Zakaria, 17, yang kehilangan ibunya semalam, dapat menjawab peperiksaan dengan baik walaupun sukar untuk fokus pada mulanya kerana masih terbayangkan insan kesayangannya itu.

Hari ini, dia selesai menjawab kertas Bahasa Inggeris Satu dan Dua, serta Bahasa Arab kertas Satu di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman (SAMNI), Kampung Bukit Cerakah, Meru, Klang.

Malam tadi, Harian Metro melaporkan calon SPM itu menerima khabar duka mengenai kematian ibunya, Maziah Alias, 50, akibat serangan jantung selepas selesai menduduki hari pertama peperiksaan itu.

Berita kejadian 12 tengah hari menimpa ibunyaitu diketahuinya sejurus selesai menduduki peperiksaan Bahasa Melayu kertas Dua pada 4.30 petang.

Guru Besar Sekolah Agama Kota Damansara 5 itu, ditemui tidak sedarkan diri ketika berehat di bilik rawatan di sekolah itu selepas keletihan dan tidak bermaya.

Menurut Muhammad Noh, dia sememangnya tersentak apabila kali pertama memulakan kehidupan tanpa ibu kesayangannya.

“Pagi tadi, saya mahu bersalaman dengan ibu namun terlupa yang dia sudah pergi buat selama-selamanya.

“Rutin harian ibu menyediakan sarapan setiap pagi untuk saya sebelum ke sekolah. Namun, kehilangannya amat dirasai walaupun baru sehari dia tiada,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sekolahnya, hari ini.

Jenazah Allahyarham yang dikenali sebagai Ustazah Maziah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, malam tadi.

Allahyarham turut meninggalkan suami, Zakaria Kasiran, 56, bersama lima anak lain iaitu Haziq Fikri, 28; Fadlin Sakinah, 25; Saidatul Kalimah, 23; Rabiatul Adawiyah, 15, dan Mizan Qistina, 8.

Kata Muhammad Noh, selepas selesai pengebumian arwah, dia hampir berputus asa kerana sukar menerima hakikat apatah lagi mengetahui ibunya tidak mempunyai penyakit sebelum ini.

“Namun, keluarga, rakan dan guru memberi semangat kepada saya selain memegang amanat arwah yang sentiasa berpesan supaya menjadi insan berjaya

“Saya terlalu sedih apabila teringatkan ibu tetapi saya beristihgfar dan berdoa kepada Allah supaya menenangkan hati. Alhamdulillah saya dapat menjawab peperiksaan dengan baik,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Menangis Semula Selepas Beberapa Minit

Menangis Semula Selepas Beberapa Minit

TINDAKAN seorang bapa mencetak gambar isterinya, ditampal pada botol dan diletakkan di sebelah anak bongsunya berusia tiga bulan untuk memujuk daripada berhenti menangis tular di media sosial.

Uzaini Mohd Amin, 35, berkata, apa yang dilakukannya pagi tadi kepada anak ketiganya, Nur Caireen Delisyaa adalah secara spontan dan hanya sekadar suka-suka.

“Saya terkejut sebenarnya apabila tular kerana apa yang saya buat ini suka-suka saja. Biasalah bayi terutamanya yang menyusu badan memang sangat dekat dengan ibunya.

“Isteri saya (Nur Adhzura Ismail, 35) sudah kembali bekerja sejak sebulan lalu selepas melahirkannya jadi saya saja ingin buat eksperimen seperti ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Gambar dan status yang dimuat naik Uzaini terdahulu tular di Facebook (FB) apabila dikongsi lebih 3,300 kali dan menerima lebih 1,800 ‘like’.

“Dia merengek apabila ibunya tiada di sebelah dan diam apabila saya letakkan gambar itu di sebelahnya antara lima hingga 10 minit saja.

“Mungkin bila dia sedar ibunya itu tidak benar, dia menangis semula sebelum ibu mentua saya berikannya susu,” katanya yang bekerja sendiri.

Uzaini yang tinggal di Klang, Selangor berkata, isterinya menganggap apa yang dilakukannya sebagai kelakar selain turut menerima banyak komen daripada pelayar FB.

“Ada beberapa saya nampak komen negatif tapi saya abaikan saja sebab saya bukan buat benda tak elok pun,” katanya.

Sumber: Harian Metro

“Saya Perasan Mata Suami Merah Bila Duit Gaji Tak Cukup, Bila Suami Tidur, Saya ‘Check’ Dompet Suami, Allahu. Tinggal RM2, Bank Suami RM50.

“Saya Perasan Mata Suami Merah Bila Duit Gaji Tak Cukup, Bila Suami Tidur, Saya ‘Check’ Dompet Suami, Allahu. Tinggal RM2, Bank Suami RM50.

Hari ni kandungan masuk bulan ke5..Alhamdulillah, sihat dgn izin Allah s.w.t.. Bila tgok suami menangis sb duit gaji xcukup nak cover itu ini..sya diam..sya sedih tpi saya xmenangis depan suami…suami juga tak menangis depan saya, tpi saya perasan mata suami merah.

Bila dia tidur saya check dompet dia, Allahu..Tinggal RM2… sya check.balanced dalam akaun maybank suami dengan maybank2u.. Allahu, tgal lagi RM50…Dlm hati mcm mana suami nak tampung belanja rumah, lagi 2 mgu baru gaji.. Hjung mggu suami ajak balik kg, saya tahu suami nak pinjam duit dari mak dan abah mertua..

Saya diam, saya tak tanya apa2.. saya cuma mengangguk apa yg suami kata.. saya ikut dia balik rumah mertua.. Sepanjang perjalnan suami diam, saya tahu suami susah hati.. Saya cuma tak henti2 berdoa, walau apa usaha suami utk mencari rezeki, sya minta Allah s.w.t mudahkan..

Sepanjang pindah ke tengah2 bandar, bukan sekali suami minta tlg dgn mertua.. Tapi alhamd, mertua selalu memahami. Gaji suami xbesar mana, saya tak bekerja, komitmen sana sini.. saya cuba cari kerja, tpi barangkali belum ada rezeki..

Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan, saya terpanggil untuk berniaga. Suami tgok keadaan saya dgn mengandung, jalan pun kadang2 mcm itik sebab perot makin membesar, dia melarang saya. Tapi saya yakinkan dia saya sihat, saya boleh bantu dia. Saya minta dia beri keizinan dan doakan saya.

Alhamdulillah, suami akur. Dia tahu saya penat, tpi saya sembunyi, sebab itu dia selalu bantu saya tanpa saya suruh. Sambil dia tlg saya, ada masanya mata dia xberkedip pandang saya, pandang perot saya, saya perasan, tpi saya buat tak tahu. mcm2 sya ajak dia bergurau, semata2 saya tak nak suami sedih..tak nak dia melayan perasaan dan apa yg sedang bermain difikiran dia..

Saya ckap dengan suami, jgn sedih tgok saya tlg dia, ini kepuasan saya. Saya tak pernh bagitahu dia yg saya selalu menangis saat pndang muka dia bila dia dah nyenyak tidur..

Dalam hati saya, suami ini Allah s.w.t hdirkn dgn kelebihan dan kekurangan. Kelebihan dia melengkapi kekurgan aku, dan kekurangan dia cuba utk aku sempurnakan dgn kelebihanku…

Buat Suami, inilah suami pertama dan ini juga yg terakhir jika diiznkan Allah s.w.t.. Tak pernah mengharap yg lbih baik kerana kebaikan akan datang jika kita memberi kebaikan. Terima Kasih utk sepanjang bersama.

Walau ada saatnya tak lari dri perasaan terluka sesama sendiri…namun, kekuatan dan kesabarn yg dimohon dri Allah s.w.t itu jauh lebih baik… moga Allah s.w.t memberkati semua hubungan suami isteri didunia ini.aaminn

sumber: limaumanis

[VIDEO] Penyakit Azil Datang Lagi, Kali Ini Azal Mengamuk Mahu Bunuh Diri!

[VIDEO] Penyakit Azil Datang Lagi, Kali Ini Azal Mengamuk Mahu Bunuh Diri!

Melihat kepada Zarina Zainuddin, semua orang merasa kagum dengan ibu yang berjiwa tabah ini. Dalam lakaran senyuman yang terukir di wajahnya, siapa tahu Tuhan menduganya dan suami dengan dugaan yang sangat hebat apabila perlu menjaga 2 anak autism yang sudah makin meningkat dewasa.

Zarina walaupun sibuk menguruskan bisnes pulut kuning dan berlakon, namun dia tetap memberikan tumpuan dan kasih sayang sepenuhnya pada Azal dan Azil yang punya ragam sendiri.

Menurut Zarina, Azal dan Azil adalah anak yang baik dan penyayang. Cuma sahaja waktu tertentu, apabila mereka tidak ada mood dan mengamuk, dia dan suami perlu berusaha kuat untuk menenangkan mereka dan memujuk dengan cara baik.

Sebelum ini Azal dan Azil pernah mengamuk serentak sehingga Zarina terpaksa memanggil polis untuk datang ke rumah.Allahuakhbar.

Terkini, rakaman video Azal berkata mahu bunuh diri membuatkan netizen terkejut. Sebenarnya anak autism ini memang perlu di beri perhatian yang sangat besar kerana kita tidak dapat jangka apa yang bakal mereka lakukan.

Netizen sangat simpati melihat apabila Azil mengamuk, Azal juga akan mengamuk sekali. Namun netizen respect dengan Zarina dan suami yang tetap sabar dan berlembut untuk menasihatkan anak mereka yang sedang mengamuk itu. Menurut Zarina dia berkongsi semua video tentang anaknya supaya dapat memberi kesedaran kepada ramai orang tentang menjaga anak autism.

Kata Zarina, anak autism juga layak untuk mendapatkan perhatian yang sepenuh dari orang tua walaupun mereka lain dari yang lain. Semoga Kak Zarina semakin kuat untuk menjaga anak-anak di samping mencari rezeki buat keluarga.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

sumber: limaumanis

AKIBAT PERHAMBAKAN IBU JADI BABYSITTER, ALLAH CAMPAK BALA NI KEPADA AKU!

AKIBAT PERHAMBAKAN IBU JADI BABYSITTER, ALLAH CAMPAK BALA NI KEPADA AKU!

Aku Tina seorang bekerjaya.Anak,aku bagi ibu dan ayah aku jaga. Ibu terpaksa batalkan niat pergi kelas agama demi jaga anak aku.
Setiap bulan lepas gaji.kalau ada baki duit lebih baru aku bg ibu aku..kalau tak ada..memang tak bagi lah..
Sampailah satu hari ..Aku diuji.Allah bayar cash pada aku, sehingga aku dan suami…..

Saya Tina. Baru habis pantang bersalin anak kedua. Juga baru dibuang kerja serta merta semasa masih dalam pantang. Suami juga hanya tinggal berbaki sebulan lagi untuk berkhidmat di syarikat tempat dia bekerja kerana telah dapat surat amaran terakhir akibat keengganan suami untuk ditukarkan lokasi kerja. Ujian bertimpa-timpa. Saya ceritakan satu persatu agar dapat dijadikan teladan oleh pembaca sekalian.

Sebelum saya mengandung anak kedua, saya hantar anak sulung saya umur setahun setengah pada mak setiap hari sebelum saya ke pejabat. Mak yang jaga anak sulung saya dari pagi sampai saya balik kerja. Lepas ambik anak saya akan terus balik rumah sendiri. Dari Isnin sampai Sabtu (memandangkan saya bekerja separuh hari Sabtu). Begitulah rutin saya selama hampir dua tahun. Mak tak pernah merungut. Saya tahu ini kesilapan besar seorang anak yang menghambakan ibu untuk menjaga anak saya. Duit gaji saya hanya berikan pada mak setelah saya bayar semua komitmen saya. Kalau tak cukup, tak adalah duit yang akan saya beri pada mak. Sebab itu saya tak hantar anak di rumah pengasuh sebab duit gaji tak cukup. Saya tahu saya salah! Saya tahu saya buat silap! Semoga Allah ampunkan dosa2 saya pada mak.

Sepanjang anak saya dalam jagaan mak, jadual mak telah berubah. Mak tak dapat lagi ke kelas mengaji kerana menjaga anak saya, mak terpaksa korbankan masanya semata2 kerana beban yang saya dah letak pada mak. Kadang2 ada hari yang mak tak sihat, mak demam tapi saya masih mahu ke pejabat dan terpaksalah mak menjaga anak saya dalam keadaan kesihatan dia yang tak mengizinkan. Ayah juga banyak korbankan masanya untuk jaga anak saya sekali sekala bila mak dah tak larat sangat. Kadang2 saya balik kerja lewat malam terpaksalah ayah dan mak batalkan hasrat untuk ke kuliah maghrib di surau berdekatan kerana tiada siapa yang akan jaga anak saya.

Suami? Mesti pembaca tertanya2 apa peranan suami saya sampai anak pun tak boleh nak hantar ke pengasuh. Suami saya kadang kala syarikat hantarnya ke luar negara. Gaji dia memang banyak tapi tak tahu kenapa kami sentiasa rasa tak cukup.. semakin hari hidup saya macam kucar kacir. Hutang sana sini. Maka bermulalah ujian satu persatu datang. Selepas saya mengandung anak kedua, syarikat suami bekerja mengarahkannya supaya dihantar ke luar negara selama 5 tahun bergantung pada jangkamasa projek. Suami enggan terima arahan tersebut sehingga dapat surat amaran ketiga yang menyatakan suami dibuang dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat amaran terakhir tersebut. Banyak faktor suami enggan ke sana selama 5 tahun. Berbalik kisah saya dibuang kerja, masa dalam pantang saya terima panggilan dari pejabat menyatakan saya punya kerja telah diaudit dan mereka jumpa dokumen yang telah saya tandatangan bagi pihak klien. Disebabkan dokumen itu saya diberhentikan serta merta dan diminta datang ke pejabat untuk mengesahkan isu berkenaan. Saya terima silap saya dan redha atas apa yang terjadi. Sekarang, keadaan saya betul2 kucar-kacir. Dengan tak ada kerja, dengan suami yang akan diberhentikan dan masih belum dapat panggilan temuduga, dengan komitmen2 yang berlambak yang perlukan duit setiap bulan.. memang tertekan.

Dipendekkan cerita, kakak saya yang mengetahui khabar saya kemudian mesej dan kata-katanya buat saya betul2 insaf. Dalam mesejnya,
“Tina, kakak tak pernah nak masuk campur urusan hidup Tina tapi kalau Tina boleh fikir balik, semua ujian yang datang pada Tina dan suami sekarang mungkin disebabkan tergurisnya hati mak ayah pada Tina. Mak tak cakap pada Tina sebab taknak Tina dan suami kecil hati. Tapi kakaklah yang selalu jadi pendengar mak. Mak setiap hari call kakak bagitahu mak penat sangat tapi tak dapat rehat sebab menjaga anak Tina. Mak tak pernah minta duit Tina dan suami. Mak sayang cucu mak tapi mak perlu masa untuk diri mak sendiri. Mak perlu hadir ke kuliah agama dan kelas mengaji sebab mak suka aktiviti2 tu. Tapi Tina tak pernah faham mak. Tina tau tak kalau hati mak dah terguris sikit pun, apa saja yang Tina buat takkan menjadi. Apa jadi bila mak tak redha atas apa yang Tina buat? Tina ambiklah masa dan fikir balik”.

Ya Allah…. aku betul2 dah buat silap. Aku nak berjaya tapi aku tak dapat redha mak. Aku selalu ingat mak okay sebab mak tak pernah mengeluh dan mengadu pada aku macam2. Mungkin hidup aku kucar kacir sebab aku dah buat mak ayah aku terasa hati dengan perbuatan aku yang aku sendiri tak sedar.. aku insaf. Aku solat taubat agar Allah ampunkan dosa aku. Aku mintak maaf kat mak ayah.

Semoga kisah aku ni boleh jadi iktibar buat pembaca. Pada yang masih menghambakan mak ayah korang, tengok macam mana kehidupan korang saat ni. Bahagiakah? Sama2 kita perbetulkan silap kita selagi masih ada masa.

– Tina

Sumber: IIUMC

Syafaat Anak Kecil Yang Meninggal Dunia Kepada Bapanya Di Hari Akhirat nanti

Syafaat Anak Kecil Yang Meninggal Dunia Kepada Bapanya Di Hari Akhirat nanti

Rasulullah ﷺ pemberi syafaat utama kepada umatnya tetapi ada juga syafaat lain iaitu syafaat anak kecil yang meninggal dunia sebelum usia baligh sebagaimana diceritakan melalui kisah berikut ;

Hadrat Malik bin Dinar r.a. merupakan seorang warak yang masyhur. Kehidupannya pada permulaan tidak berapa elok. Salah seorang telah bertanya kepadanya, “Apakah yang telah berlaku yang membuat tuan bertaubat dari kehidupan yang terdahulu?”

Beliau menjawab, “Ketika dahulu saya seorang tentera, terlalu ketagih dengan arak dan sentiasa sibuk dengan arak. Saya telah membeli seorang hamba wanita yang amat jelita. Daripadanya telah lahir seorang anak perempuan yang amat saya sayangi. Anak itu pun sangat sayang kepada saya. Apabila dia telah mula berjalan bertatih, maka kasih sayang saya kepadanya telah bertambah dan dia sentiasa bersama saya.

Tetapi adalah menjadi suatu tabiatnya yang mana apabila saya hendak minum arak, dia mengambil cawan di tangan saya dan menuangkannya di atas pakaian saya. Oleh kerana saya terlalu sayang kepadanya saya tidak dapat membuat apa-apa dan ketika berusia 2 tahun, dia telah meninggal dunia. Kematiannya amat melukakan hati saya.
Berlaku sekali peristiwa pada malam 15hb Syaaban saya telah banyak minum arak. Dalam keadaan mabuk terus tidur. Solat Isyak pun belum ditunaikan.

Saya bermimpi kiamat telah berlaku. Manusia mengibas2 tanah dari kepala, mereka bangkit dari kubur masing-masing berjalan ke Padang Mahsyar. Ketika berjalan ke Padang Mahsyar, saya mendengar sesuatu di belakang saya. Saya melihat seekor AZDAHA (ular yang terlalu besar) mengejar saya. Ular itu berwarna hitam, bermata kuning, mulutnya terbuka luas. Ular itu datang kepada saya dengan pantas.

Dikuasai oleh perasaan takut yang amat sangat, saya pun berlari secepat mungkin. Sedang berlari saya bertembung dengan seorang tua yang berpakaian putih bersih, berbau harum. Saya telah memberi salam kepadanya dan dia pun menjawab salam saya.

Saya meminta, “Tolonglah tuan, ular itu sedang mengejar saya!”
Dia menjawab, “Aku sangat lemah. Dia terlalu kuat. Aku tidak mampu menolong kamu atau melawannya. Tetapi kamu mesti berlari laju lagi. Mungkin di hadapan nanti kamu boleh mendapat sesuatu untuk menyelamatkan diri kamu dari ular itu”.

Di satu tempat saya melihat satu busut dan terus naik ke atasnya. Saya nampak api neraka yang amat menjulang bahaya. Walaupun api neraka itu sangat dahsyat, namun kerana dikuasai perasaan takut pada ular itu saya hampir terjatuh ke dalam jurang api neraka itu.

Ketika itu saya mendengar satu suara yang agak kuat. “Undur balik. Engkau bukanlah dari kalangan mereka (ahli neraka)”.

Maka saya pun patah balik ke belakang dengan serta merta. Saya telah menemui orang tua yang berpakaian putih itu sekali lagi. Saya berkata kepadanya, “Kasihanilah terhadap saya tuan! Sebelum ini pun saya telah meminta tolong. Tuan tidak membuat apa-apa. Tolonglah sedikit. Ular itu tetap mengejar saya!.”

Mendengar kata-kata saya itu, orang tua itu menangis sambil berkata, “Apakah yang aku boleh buat. Kamu melihat aku ini sangat lemah dan ular itu terlalu kuat. Bagaimana aku boleh melawannya? Akan tetapi, di hadapan sedikit ada lagi satu bukit di mana ada amanah orang2 Islam. Barangkali kamu pun ada sesuatu amanah di situ yang akan menjadi asbab keselamatan kamu dari ular itu”.

Saya pun berlari sehingga sampai di bukit itu. Ular itu pun turut mengejar saya ke sana. Di bukit yang bulat itu banyak tingkap yang terbuka. Tirai dari sutera tergantung dengannya. Setiap tingkap ada dua daun tingkap dari emas, dihiasi dengan permata yaqut & mutiara.

Apabila saya cuba naik ke atas tingkap itu, saya dengar satu suara malaikat, “Bukalah tingkap dan angkatlah tirai. Keluarlah kamu sekalian! Mungkin di kalangan kamu ada sesiapa yang merupakan amanah orang bermusibah ini dan ia boleh menolongnya”.

Dengan serta merta tingkap itu dibuka dan ramai kanak-kanak seperti bulan purnama keluar dari dalam bukit itu. Tetapi saya dalam keadaan gelisah kerana ular itu semakin menghampiri saya.

Ketika itu semua kanak-kanak pun menjerit dan berteriak, “Keluarlah semua cepat-cepat! Ular itu semakin hampir menangkap orang yang bernasib malang itu!”.

Kanak-kanak seperti tentera demi tentera keluar dari bukit itu. Kebetulan pandangan saya tertumpu kepada anak perempuan saya yang telah meninggal dunia pada usia dua tahun. Melihat saya dia mula menangis sambil berkata, “Demi Allah! Itu adalah ayahku!”

Dengan serta merta dia pun terjun seperti anak panah dan naik ke atas satu kenderaan nur (cahaya) dan menghulur tangan kirinya kepada saya. Saya pun dengan pantas memegang tangannya. Kemudian dia menghulurkan tangan kanannya kepada ular itu yang terlalu hampir kepada saya. Maka ular itu pun lari ke belakang. Selepas itu dia memberi saya tempat duduk dan dia sendiri duduk di atas pangkuan saya.

Dia menggerakkan tangannya di atas janggut saya sambil berkata, “Ayah! Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang beriman untuk khusyu’ hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan kepada mereka?”

Firman Allah سبحانه وتعالى :
وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ
“Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang fasik – derhaka.”(Surah Al-Hadeed: 16).

Mendengar kata-katanya itu saya mula menangis. Saya bertanya kepadanya, “Wahai anakku! Kamu semua pandaikah membaca Al-Quran?”

Dia menjawab, “Kami lebih pandai membaca Al-Quran daripada kamu sekalian”.
Saya bertanya, “Anakku, apakah musibah ular itu?”

Dia menjawab, “Itulah amalan ayah yang berdosa. Ayah telah membekalkan kekuatan yang banyak kepadanya sehingga dia sedaya upaya membawa ayah ke dalam neraka!”.
Saya bertanya lagi, “Siapakah orang tua yang warak itu?”

Dia menjawab, “Dia itu amalan baik yang dilakukan ayah. Tetapi ayah telah membiarkan dia lemah sehingga dia tidak dapat menghapuskan ular itu. Akan tetapi, dia telah menunjuk ayah akan jalan keselamatan.”

Saya bertanya lagi, “Anakku, apakah yang kamu buat di dalam bukit itu?”

Dia menjawab, “Kami semua anak-anak orang Islam. Kami akan berada di situ sampai kiamat menanti-nanti kedatangan kamu. Apabila kamu datang, maka kami akan memberi syafaat untuk kamu.”

Berbahagialah mereka yang ada saham di akhirat melalui kematian anak-anak sebelum usia baligh mereka. Anak mereka itu dapat menyumbang syafaat kepada ibu bapanya. Selagi masih beriman, walau siapa pun ibu bapanya, mereka tetap akan dicari oleh si anak untuk memberikan syafaatnya bagi memasuki syurga.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Rujukan : Fadhilat Sedekah karangan Staikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariya R.A.

وَالسَّلاَمْ

Posted by; shafiqolbu

Kenapa Lepas Berkahwin, Kita akan Nampak Wanita Lain Lebih Cantik daripada isteri sendiri? Ini jawapan Rasulullah SAW

Kenapa Lepas Berkahwin, Kita akan Nampak Wanita Lain Lebih Cantik daripada isteri sendiri? Ini jawapan Rasulullah SAW

Seorang suami mengadukan apa yang Dia rasakan kepada seorang Syekh. Dia berkata:

“Ketika aku mengagumi calon istriku seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat banyak perempuan seperti dia.
Ketika aku sudah menikahinya aku lihat banyak perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.
Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari pada istriku.”

Syekh berkata: ﺃﻓﺄﺧﺒﺮﻙ ﺑﻤﺎ ﻫﻮ ﺃﺩﻫﻰ ﻣﻦ ﺫﻟﻚ ﻭﺃﻣﺮّ!؟

“Apakah engkau tahu, ada yang jauh lebih parah daripada yang engkau alami saat ini!?”

Laki-laki penanya: “Iya, mau.”

Syekh: “Sekalipun engkau mengawini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing-anjing yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu dari pada wanita manapun.”

Laki-laki penanya itu tersenyum masam, lalu ia berujar: “Kenapa tuan Syekh berkata demikian?”

Syekh itu melanjutkan: ليس الأمر في عرسك ، وإنما هو في قلبك الطامع وبصرك الزائغ ، ولا يملأ عين ابن آدم الا التراب

“Masalah sesungguhnya bukan terletak pada istrimu, tapi terletak pada hati rakusmu dan mata keranjangmu. Mata manusia tidak akan pernah puas, kecuali jika sudah tertutup tanah kuburan.”

Rasulullah bersabda:
لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

“Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mau bertaubat”.

Lalu Syekh itu bertanya, “Apakah engkau ingin istrimu kembali seperti dulu, menjadi wanita terindah di dunia ini?”

“Iya Syekh,” jawab lelaki itu dengan perasaan tak menentu.
Syekh: فاغضض ﺑﺼﺮﻙ ، فإن من ارتضى بحلاله رزق الكمال فيه

“Pejamkanlah matamu dari hal-hal yang haram… Ketahuilah, orang yang merasa cukup dengan suatu yang halal, maka dia akan diberi kenikmatan yang sempurna di dalam barang halal tersebut.

Semoga bermanfaat

Sumber: fiqhmenjawab.net